CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

22.11.16

Ulasan Filem-Filem Yang Saya Tonton (Until Nov 2016)

Hello u olls,  

Kalau tak salah,  the last movie aku review dalam blog aku adalah The Age of Adaline.  Lepas tu mak duk busy tengok tengok semua movie,  so here aku akan share beberapa ulasan tentang movie best yang aku dah tengok.  

Tapi movie yang biasa-biasa aku tak share la.  Yang okay,  aku share secara rawak kat sini,  dan movie yang betul-betul best menarik,  aku buat artikel asing untuk each of that movie.  Ampa kalau ada masa terlapang,  boleh pi cari movie ni dan tonton.

Susunan adalah mengikut tahun filem itu diterbit.



The Josephine Baker Story (1991)
Sinopsis  :  Filem ini adalah mengenai seorang penyanyi dan pelakon ataupun lebih tepat sebagai wanita kulit hitam pertama menjadi superstar dan famous sekitar tahun 1921 hingga 1975.  Tetapi wanita kulit hitam yang berasal dari St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat ini tidak popular dan '' 'diterima' di Hollywood tetapi dia memulakan kerjayanya di Perancis dan kemudian menjadi kegilaan di seluruh Eropah.

So before kita ada Dorothy Dandridge,  kita ada Josephine Baker.  Keunikan dan keberaniannya menyebabka seluruh Eropah obses dengan wanita ini.  Dikatakan,  setiap hari dia menerima beratus-ratus tawaran untuk berkahwin dengan ramai jejaka kulit putih dari seluruh Eropah.

Dia juga mencipta banyak fenomena antaranya,  Banana Dance.  Iaitu menari dengan memakai skirt yang diperbuat daripada buah pisang.  Kerlas.  Lady Gaga terus jatuh ke tahap amatur.

Dia cuba kembali untuk membuat persembahan di tanah airnya,  tetapi tidak diterima dengan baik.  Pengkritik balun dia teruk.  So dia kembali ke Eropah dan seterusnya berkahwin dan mengambil anak angkat daripada pelbagai latar belakang yang dia panggil sebagai "The Rainbow Tribe".  

The real Josephine Baker.

Tengok kat mana ?  :  Youtube

click read more


Pendapat aku tentang movie ini  :  Filem ini membuatkan aku rasa pelik dengan masyarakat mat salleh di Amerika dan Barat.  Depa ni apa sebenarnya ?  Racist atau tak racist ?  Apa yang ada dalam kepala otak depa adalah bagi aku,  depa ni baguih daripada semua orang.  So sama ada orang itu akan diterima atau tidak,  semuanya terletak dalam tangan depa sendiri.  Josephine Baker adalah seorang kulit hitam tetapi dia diterima dengan baik kat Eropah dan bukan di Amerika Syarikat.  Mak pening bila pikiaq balik.

Tapi bercakap tentang karakter Josephine Baker,  satu perkara tentang orang-orang hebat ni adalah orang ramai tak boleh nak ikut dengan cara pemikiran mereka yang selalunya tersangat over the top dan tak sama dan selari macam orang lain yang kita boleh ukur sebagai 'normal'.  Keberanian mereka untuk buat sesuatu yang orang lain tak berani dan tak pernah terpikir nak buat ada kalanya membuatkan kita terpikiaq depa ni memang betul genius ataupun dalam Bahasa Penang lebih senang aku kata 'Depa ni pandai sangat sampai last sekali jadi bodoh?"

Lynn Whitfield yang melakonkan watak utama dalam filem ini telah melakukan tugaskan dengan terlalu baik.  

Rating  :  7/10




Introducing Dorothy Dandridge (1999)
Sinopsis  :  Filem ini mengisahkan tetag Dorothy Dandringe pelakon wanita kulit hitam pertama yang dicalonkan dalam kategori pelakon wanita terbaik dalam Anugerah Oscar.  Walaupun kalah,  tetapi penceritaan tentang kisah kerjaya wanita ini membuka mata peminat seni filem dan pengkaji tentang bagaimana diskriminasi berlaku ke atas orang kulit hitam dalam dunia pop culture di Amerika Syarikat.

Walaupun berbakat besar dan menjadi kegemaran ramai di kelab malam dan layar perak,  tetapi dalam dunia Amerika Syarikat yang penuh dengan diskriminasi,  dia tidak dibenarkan untuk mandi di kolam mandi dan makan di restoran hotel yang dia menginap,  walaupun dia mampu dan dibenarkan untuk tinggal di bilik suite.  Di belakang pentas persembahannya,  dia hanya dibenarkan untuk kencing dalam cawan.

Selain cabaran sebagai artist kulit hitam,  dia juga mempunyai cabaran hidup yang lain seperti suami dia yang meninggalkannya.  Anak dia cacat.  Percintaan tiga segi dengan pengarah filem. Malah dia juga mempunyai trauma sebab kena molest dengan GF mak dia sendiri.  (Zaman ni pun dah ada kapel kak tom yang tinggal sekali)

Namun itu semua tidak mematahkan semangat beliau.  Satu demi satu kejayaan dilakar bersama pengurusnya,  tetapi akhirnya Dorothy meninggal dunia kerana overdose dadah.  

Tengok kat mana ?  :  Youtube

The real Dorothy Dandrige.  So hot.

Pendapat aku tentang movie ini  :  Halle Berry sangat cantek dan aku rasa filem ini jugaklah yang menenengahkan bakatnya sebelum dia berlakon dalam filem-filem besar lain dan akhirnya dia menjadi wanita kulit hitam pertama yang memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar.

Rating  : 7/10




Infinitely Polar Bear (2014)
Sinopsis  :  Bipolar adalah satu kecelaruan yang sukar untuk kita fahami.  Tapi masalah psikologi ini paling senang kalau kita describe sebagai keadaan diri kita yang tidak boleh kekal balance di tengah. Orang tu sama ada akan jadi sangat extreme happy atau menjadi sangat extreme tak happy.  

Cerita ini adalah berkenaan tentang kehidupan empat orang anak beranak.  Mak terpaksa tinggal jauh sebab sambung belajar,  bapak pulak bipolar,  tapi terpaksa jaga juga anak perempuan dorang.  Life is hard.  Orang boleh judge macam-macam tapi in the end,  orang bukan nak tolong.

Dua anak perempuan depa sebenarnya yang jaga bapak depa.  Ini bukan cerita happy ending yang menggembirakan tetapi satu perspektif mudah untuk kita faham jiwa orang yang ada bipolar.

Tengok kat mana ?  : Tengok kat Astro tapi lupa HBO ka apa.

Pendapat aku tentang movie ini  :  Filem ini adalah satu contoh yang amat baik untuk kita fahami dunia orang yang ada bipolar dan macam mana orang disekeliling memainkan peranan penting.  Apa yang dibuat oleh anak-anak dan si isteri iaitu 'percaya' dan 'penerimaan' luar biasa ini telah memberikan keyakinan pada Cam si bapa  yang akhirnya bukanlah nak kata menyebabkan depa jadi OKAY tetapi at least,  the have each other sampai akhirnya.  Keindahan ini mungkin orang normal pun belum tentu boleh capai.  And yes,  Mark Ruffalo adalah sangat best.


Antara scene yang aku suka dalam filem ni.  Macam mana bapak dia teruih mengamok dan tinggal anak-anak.

Fakta menarik :  Cerita ini adalah berdasarkan kisah benar pengalaman hidup pengarah filem ini Maya Forbes.

Pengajaran  :  Its okay to be bipolar than being a fake.  AHAHAh ini aku yang made up.  Merujuk kepada kawan ku Nur Zalinah Noordin,  seorang yang openly mengaku dia bipolar.

Rating  : 8/10





Return to Sender (2015)
Sinopsis  :  Filem ini mengisahkan tentang seorang nurse yang kena rogol dengan seorang lelaki yang tidak dikenali ( menyamar sebagai blind date dia).  Lepas kena rogol,  dia cuba teruskan hidup dengan menjual rumah yang dia baru beli.  Tapi sapa pun tak mau beli rumah tu sebab kes jenayah yang berlaku.  And later,  pompuan ni duk tulis surat kepada penjenayah yang rogol dia.  Tapi surat-surat yang dihantar, dikirim semula kepadanya.  Sampai satu hari,  dia beranikan diri untuk pergi menziarah penjenayah yang rogolnya itu.

Perlahan-lahan hubungan mereka menjadi akrab.  Dia selalu pergi ziarah si penjenayah itu dan akhirnya apabila penjenayah itu dibebaskan kepada berkelakuan baik,  dia jemput lelaki tu ke rumahnya dan bantu dia baiki rumahnya.

Semua orang termasuk bapa perempuan ni sangat kecewa dan pelik dengan pilihan yang dibuat oleh perempuan ini.  So last sekali,  barulah kita tau,  selama ni dia duk buat baik dengan lelaki ni sebab dia ada udang disebalik batu.  Rupanya dia nak balas dendam dengan memotong kote lelaki yang pernah rogol dia tu.  

Tengok kat mana ?  :  Tengok kat Astro tapi lupa HBO ka apa.

Pendapat aku tentang movie ini  :  What's up with Rosamund Pike ?  Semua gambar dia belakon semuanya watak pompua rambut blonde yang berperwatakan lembah lembut tetapi hakikat mempunyai hati macam haiwan.

Pi Google sendiri.

Fakta menarik :  Akak rasa mamat yang belakon sebagai penjenayah tu adalah helok sekali.

Pengajaran  :  Jangan rogol nurse,  depa boleh potong kote hangpa.

Rating  : 7/10






Spectre (2015)
Sinopsis  :  Hang bunuh aku,  aku bunuh hang,  hang bunuh aku.  Aku tembak hang,  hang tembak aku.  Hang pukul dia,  dia pukul hang.  Tapi sampai last,  James Bond tak mampuih.

Tengok kat mana ?  :  Tengok kat Astro tapi lupa HBO ka apa.

Makcik kertu yang elok.

Pendapat aku tentang movie ini  :  Siriesly ini adalah antara James Bond yang dilakonkan oleh Daniel Craig yang paling bohsan sekali.  Banyak kekecewaan kerana banyak sangat benda yang kita dah boleh expect dalam cerita ni.  Tapi lebih kecewa adalah apabila watak Monica Bellucci,  wanita kertu tetapi hot gila itu terbit terlalu ringkas.  Dah la mai berlakon part romen saja.  Satu lagi kekecewaan yang aku rasa pengarah James Bond kena lebih peka adalah untuk create watak antagonis yang segar.  Dah bosan la tengok Christoph Waltz jadi jahat !!

Fakta menarik :  Daniel Craig punya seluar sangat ketat sampai dia jalan pun nampak macam pengkang sikit.

Pengajaran  :   Jangan pakai seluar ketat.

Rating  : 6/10




Steve Jobs (2015)
Sinopsis  :  Filem ini mengisahkan tentang apa yang berlaku di belakang tabir semasa sesi pelancaran produk-produk Apple.  Disebabkan pendirian dan wawasan yang dimiliki oleh Steve Job diadun dengan keegoannya,  menyebabkan Steve Jobs sanggup bergaduh dan putus hubungan dengan kawan baik sendiri malah keluarga hanya untuk pastinya apa yang dia gambarkan menjadi realiti.

Tengok kat mana ?  : Tengok kat Astro tapi lupa HBO ka apa.

Pendapat aku tentang movie ini  :  Bohsan jugak sebab banyak sangat bercakap.  Actually bukan bercakap tetapi berbalah.  Pening juga cerita macam ni.  Aku rasa format filem macam ni menjadi ikutan dan kegilaan layar perak sekarang.  Orang IQ tinggi boleh la nak layan.  Michael Fassbender berlakon jadi Steve Job tapi langsung tak menampakkan dirinya macam Steve Job.  Depa tak berusaha nak buat make up effect ka apa ka.

Aku rasa aku lebih enjoy tengok filem Job (2013) yang dilakonkan oleh Ashton Kutcher.  Cerita tu lebih details tentang bagaimana Steve dapat semua inspirasi untuk buat macam-macam produk Apple.  Tapi filem tu dapat rating yang rendah.


Pengajaran  :  Tak mustahil orang yang tak tau memasak boleh jadi chef.

Rating  : 5/10





Victor Frankenstein (2015)
Sinopsis  :  Filem ini adalah adaptasi daripada novel Frankenstein yang ditulis oleh pada kurun ke 19.  Tetapi dalam filem ini,  akhirnya didedahkan sebenarnya makhluk yang cuba dihidupkan oleh Dr.  Victor Frankenstein rupanya adalah abang kandungnya sendiri Henry Frankenstein yang sangat dia kasihi.  Setelah ujikaji terakhirnya menemui kegagalan,  dia melarikan diri dan meninggalkan catatan shahdu kepada pembantunya.

Tengok kat mana ?  : Tengok kat Astro tapi lupa HBO ka apa.

Pendapat aku tentang movie ini  :  Simple,  tidak kelang kabut.  Sesuai untuk tontonan keluarga.

Fakta menarik :  James McAvoy adalah bekas kekasih saya.

Pengajaran  :  Adakah manusia boleh mencipta manusia lain ?

Rating  : 6/10




Straight Outta Compton (2015)
Sinopsis  :  Filem ini mengisahkan pembangunan kerjaya kumpulan hip hop rap N.W.A (Niggaz Wit Attitudes) yang dibarisi oleh Arabian Prince, MC Ren, Ice Cube, Eazy-E, DJ Yella, Dr. Dre yang menenengahkan genre gangstar rapping di pentas muzik mainstream.  Sebelum menjadi rapper terkenal,  mereka semuanya berasal daripada kejiranan penduduk kulit hitam di Compton, California.  Dihimpit kesusahan hidup dan diskriminasi,  semua mereka bermula sebagai pengedar dadah dan dalam erti kata lain,  nothing.  Takdak sapa pun yang akan sangka depa ni semua akan peluang untuk hidup dengan cara yang berbeza melalui muzik gangster rap.


Tengok kat mana ?  :  Tengok kat Astro tapi lupa HBO ka apa.

Pendapat aku tentang movie ini  :  Satu perkongsian yang sangat segar.  Barisan produksi telah berjaya memberikan perspektif bahawa dunia gangster rapping ni bukan semata-mata dadah,  seks bebas,  maki harum,  sebenarnya depa ni semua walaupun duk gangster rapping macam tahi hardcore tapi depa juga adalah abang,  anak,  bapa dan sahabat.  Dalam hati ada taman.  And filem ini juga memberikan penambaq kuat kat kepala rapper zaman sekarang yang tak habis-habis nak bercakap pasai benda merepek-repek yang takdak sapa pun paham.  

Fakta menarik :  O'Shea Jackson Jr. yang melakonkan watak Ice Cube adalah anak kandung Ice Cube.

Anak dan bapak.

Pengajaran  :  Bila boss hangpa buat siye,  masuk bilik depa dan mengamok dan bagi pecah semua barang.  AHAHAHAH

Rating  :  8/10






Spotlight (2015)
Sinopsis  :  Filem ini mengisahkan perjalanan siasatan yang dilakukan oleh satu kumpulan journalis dari akhbar The Boston Globe yang mengungkap skandal bagaimana pihak gereja melindungi paderi-paderi yang terlibat dalam skandal seks bawah umur.

Tengok kat mana ?  :  Applikasi Showbox

Pendapat aku tentang movie ini  :  Dah lama nak tengok cerita ni sejak ditabalkan sebagai Best Motion Picture of the Year dalam Anugerah Akademik pada tahun 2016.  Akhirnya dapat tengok juga.  Agak sedih sebab aku ingatkan dalam filem ini dia akan dedahkan muka-muka paderi dan pihak gereja yang musibat buat benda ni semua.  Tapi tak....dia just cerita kepandaian dan kepakaran para wartawan penyiasat ini membuat siasatan dan akhirnya membongkar skandal ini.  Apa yag berlaku kepada pihak berkenaan selepas laporan ini diterbitkan hanya diceritakan secara ringkas.

Persoalan :  Bila pulak wartawan Malaysia nak dedah skandal macam ni ? 

Rating  : 7/10




Hacker (2016)
Sinopsis  :  Berdasarkan kisah benar yang telah berlaku kepada seorang budak lelaki yang belajar sendiri untuk menjadi computer programmer.  Daripada kerja sendirian mendapat duit dari laman web,  dia akhirnya menjadi penjenayan siber yang mengaut jutaan dollar hanya memanupulasi identiti.

Tengok kat mana ?  :  Applikasi Showbox

Pendapat aku tentang movie ini  :  Slow moving movie.  Tapi okay la juga.

Pengajaran  :  Aku rasa macam menyesal selama ni aku duk tulis nama aku,  birthday dan nama mak aku dalam internet.

Rating  : 7/10

1 comment:

  1. As salam, Kak Jumie.
    Saya nak request Kak Jumie review filem 5 TO 7 ( 2014 ): An aspiring novelist enters into a relationship with a woman, though there's just one catch: She's married, and the couple can only meet between the hours of 5 and 7 each evening.

    thanks ;)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...