1.11.16

Video Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat by Mothers Againts Pornograohy



Hello u olls,


Rakyat Malaysia sekarang ni dah pandai.  Semua orang dah sedarinya kecuali para pemimpin kita yang masih nampak kita seperti manusia zaman batu mungkin.  Seperti kita semua sedia maklum,  tak lama dulu ada banyak kes-kes yang dibangkitkan mengenai kanak-kanak yang telah mendapat gangguan seksual daripada para guru agama dan cikgu.  Cerita macam itu amat menyeram bulu roma kalian kan ?  Macam akak yang dah bergelumang dengan teman-teman LGBT,  kisah dinodai abang-abang senior dan guru di sekolah agama dan pondok bukanlah perkara baru.


Berkenaan daripada kes-kes itu,  akak menerima satu perkongsian daripada rakan-rakan akak di laman Whatsapp berkenaan satu group ibu bapa yang bertanggungjawab dan peka tentang keselamatan anak-anak kita daripada gangguan seksual di mana depa dah buat satu Facebook page yang dipanggil Mothers against Pornography.


Melalui page ini,  ibu bapa dan guru boleh bersama berkongsi maklumat dan juga informasi tentang bagaimana melindungi anak-anak daripada gangguan si pedofilia yang seharusnya direjam dengan batu sampai mampus.


So kepada semua ibu-ibu dan bapa bapa yang membaca blog akak hari ini,  let's visit this page.  Depa ada juga post satu video lakaran kartun yang boleh mengajar anak-anak kita tentang bagaimana melindungi diri apabila diganggu dalam keadaan yang tidak sepatutnya.  Sorry akak tak share embedded video kat sini sebab page admin tak izinkan kita buat macam tu.  Tapi hangpa boleh check it out kat page depa.  

Sebab tu akak kata,  rakyat Malaysia dah pandai.  Let's share this around people !!!

Click read more.  





Kami mengalu-alukan ibu-bapa dan guru-guru untuk berkongsi video ini dengan anak-anak serta murid-murid agar mereka tahu batasan tubuh badan mereka yang boleh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. Video ini juga menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh anak-anak sekiranya hak mereka dicabuli. Video yang diilhamkan oleh team MAP ini sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun.

Kami juga menggesa kepada para ibu khususnya untuk tidak mengambil ringan sekiranya anak anda ada mengadu atau bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Jangan biarkan sehingga terlambat! Selamatkan anak-anak kita. Mereka merupakan tanggungjawab dan amanah buat kita.
#saynoto2P
#saynotochildgrooming
#tubuhsayamaruahsaya
#annur3031



Click Link Mothers Against Pornography  Facebook untuk tonton video :  https://www.facebook.com/mapikram/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...