UK Clark Sales

26.12.16

Beauty and the Beast Versi Orang



Hello u olls,


Kalau sebelum ini kita semua terpana dengan kecantikan gaun magikal yang dikurniakan oleh ibu betari (fairy godmother) kepada Cinderella versi orang,  pada tahun depan iaitu 2017 kita semua akan menyaksikan pulak satu lagi kisah-kisah Disney Princess yang dibangkitkan dalam versi orang iaitu kisah Beauty and The Beast.


Mesti hangpa semua tahu,  pelakon Emma Watson yang melakonka watak Hermoine Granger dalam siri Harry Potter telah dinobatkan sebagai Belle dalam filem ini,  pastinya satu pilihan yang tepat kerana watak Belle bukan semata-mata pompuan cantek dan lemah lembut.  Watak Belle adalah seorang gadis ulat buku,  anak kepada seorang saintis yang sangat berani!  Sesuai dengan keperibadian Emma Watson yang bukan sahaja terkenal kerana pelakon wanita yang cantik,  malah beliau juga seorang graduan universiti dan terlibat dalam banyak aktiviti kemanusiaan di peringkat antarabangsa.  




Orang pandai-pandai ja sibuk buat macam ni !  Orang yang kurang pandai dia sibuk update Instagram dan lepas tu buat public stunt konon kena rompak,  padahal dia memang sengaja nak mendiamkan diri sebab lani dia duk buat operation bagi kecik bontot.  EHHH!! TIBA TIBA!  




click read more



Tapi akak lebih teruja nak tengok aksi pelakon yang telah dipilih untuk melakonkan watak Beast / Prince iaitu pelakon lelaki berbangsa Inggeris yang kendu and akak taste dia nak mampus bernama Dan Stevens.  Aiiyoo ampa mesti ramai tak kenal mamat ni lagi kan ?  Dan Stevens ni memang kacak tahap dewa dan mempunyai kredibiliti untuk berlakon watak jahat atau baik.  Akak mula-mula tengok beliau secara tak sengaja dalam filem The Guest (keluar kat Astro).  Dalam cerita itu dia melakonkan watak yang lebih kurang macam watak jahat,  akak terus taste beliau!!!  Tapi sebenarnya selain filem The Guest,  Dan Stevens lebih dikenali kerana lakonannya dalam drama siri Downtown Abbey.


EHHHHH!!


Sekian sahaja,  akak share dengan you olls video trailer filem ini yang akan muncul tak lama lagi iaitu pada March 2017!


2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com