14.12.16

Dear Straight People


Hello u olls,

Baru baru ini seorang kawan akak telah mengeshare satu link yang bertajuk "Confession: I Am Straight… But I Regularly Have Sex With Other Men".  Akak pun baca artikel itu.  Menceritakan tentang seorang lelaki yang mengakui dia straight (heteroseksual) tetapi dari semasa ke semasa dia terbuka untuk membuat hubungan seksual dengan lelaki lain.  Atas alasan keperluan untuk memenuhi kehendak seksual apabila keseorangan.

Hujah-hujah yang disampaikan oleh beliau menerangkan bahawa walaupun dia terbuka untuk mengadakan hubungan seksual dengan lelaki lain tetapi dia tetap menganggap dirinya sebagai seorang straight sebab dia tidak pernah rasa teruja,  terpikat dan tidak pernah mempunyai sebarang tarikan emosi terhadap lelaki lain.

Dia kata,  the only reason dia terbuka untuk mengadakan hubungan seksual dengan lelaki lain adalah kerana kemudahan aplikasi sosial yang memberikan kebebasan untuk lelaki macam dia menemui lelaki lain yang berkongsi keinginan nafsu yang sama pada ketika itu.  Dia kata,  dia akan guna aplikasi sosial yang khas untuk gay kerana lelaki lebih mudah untuk diajak buat seks secara suka sama suka berbanding dengan perempuan.


click read more



Of courselah,  pompuan-pompuan mana ada (maybe susah) nak jumpa yang hanya nak buat casual sex.  Kena keluar makanla,  kenal-kenallah dan sebagainya.

So perkongsian ini adalah sangat meletops sebab akak memang minat dengan topik topik macam ini.  Bagi akak,  lelaki ni dia dia bisexual.  Tak kisahlah dia mengaku yang dia tak pernah ada tarikan secara emosi dengan lelaki lain pun,  tapi dah kalau kata bila kote hang boleh keras untuk orang yang sama jantina dengan hang,  dikira hang tu,  biseksual la.

Mungkin hang terlalu ego untuk mengakuinya.  Biasalah lelaki.

So,  hangpa boleh pi check out original link untuk artikel itu di sini; Confession: I Am Straight… But I Regularly Have Sex With Other Men

Artikel ini diterbitkan dalam sebuah laman web yang diberi nama Dear Straight People.  Website ini merupakan sebuah penerbitan online untuk isu-isu LGBT yang berpusat di negara Singapura.


Website:  https://dearstraightpeople.com/
Facebook Page: https://www.facebook.com/dearstraightppl/




Mereka mempunyai objektif untuk memberikan peluang kepada para pembaca untuk mendapatkan bacaan yang menenengahkan isu-isu,  informasi,  kisah-kisah yang boleh diambil iktibar yang berkait rapat dengan dunia LGBT.  Depa pun ada social media page yang kita boleh follow.  Pembaca juga boleh contribute penulisan untuk kongsikan pengalaman dan kisah kepada para pembaca dalam laman web ini.

Tapi dalam bahasa Inggeris la you olls.

So kalau hangpa nak share kisah-kisah hangpa dalam bahasa Melayu,  mai share dengan akak saja.  Of course segala informasi dan maklumat adalah dirahsiakan.  Apa-apa boleh emel kat akak jer di jumiess@gmail.com.

Kan............................

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...