Featured Post

#PrayforPenang

9.12.16

Girlfriend Prince Harry



Hello you olls,

Hangpa tau dak lani,  Prince Harry dah ada GF baru dan pompuan tu sekarang dah mendapat tumpuan all the paparazzilah. Pompuan tu bernama Meghan Markle,  depa dua berkenalan selepas Meghan bercerai dengan suaminya setelah 4 tahun perkahwinan.

Ya,  pompuan ini adalah kak J.  Alah,  what the hell,  bapak depa Prince Charles pun kawen dengan janda juga kan ?

Meghan ni pelakon from Amerika Syarikat.  Duk berlakon dalam drama-drama siri seperti Suit dan FBI.  Dia juga mempunyai darah kacukan Caucasian,  African American,  Dutch and Irish.  Tapi yang bohsannya,  dia nampak sebijik macam Kate Middleton.

Aiiyoo sangat wehs !!

click read more




Awat depa dua beradik ni sama taste ka ?  Tolonglah,  dia boleh pilih sapa-sapa pun kat dunia ni tapi pasai pa dia boleh tersuka dengan pompuan yang mempunyai gaya dan rupa yang hampir sama dengan kakak ipaq dia.

Lani tabloid di UK boleh kata akan selalu update pasai Meghan ni,  hari hari nanti ada sahaja cerita dan gambar pompuan ni kat internet.  Padahal dulu sapa pun tak kenal dia.

Aku harap hubungan ini hanya sementara dan walaupun Prince Harry tak kenal aku tapi aku doakan dia dapat bini lain yang hot tapi tak dibayangi dengan rupa kakak iparnya.


Sangat macam Kate Middleton kan ?

Ini untuk cover shot yang lebih menggiurkan.

Ini kakak ipar dia,  Kate Middleton.

 

Baru-baru ni Prince Harry jumpa dengan penyanyi Rihanna sempena satu majlis rasmi di negeri Barbados.  Semua orang duk syiok tengok depa dorang ni sekali.  Suruh kawen la apala.  Memanglah rasa macam hot sebab dua dua bad boy Prince Harry dengan bad girl Riri,  tapi mana boleh depa couple.  Pecah dunia woo !

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...