Jom Try Diameida Fabulous Mascara

21.12.16

Harith Iskander Menang Gelaran Funniest Person in the World

Sumber: HarithIskander.Com


Seperti kita semua tau, baru baru ini Harith Iskandar telah menang juara untuk pertandingan Funniest Person in the World yang telah berlangsung di Levi, Finland baru baru ini.


Tahniah kepada pelawak ini kerana sejak dulu, dia memang gigih berjuang dalam bidang seni yang tiada jaminan yang kuat ini. Tambahan pula dalam negara kita. Dulu dia dan pelawak lain dari pelbagai bangsa ada rancangan lawak yang best akak suka tengok iaitu Jangan Ketawa, lepas tu dia selalu muncul sebagai pelakon dan memberikan suaranya juga dalam iklan-iklan.


Sekarang Harith Iskandar ada rancangan bual bicara dia sendiri (tapi tak tau la masih ada atau dah stop?) dan antara pelawak yang menjadi teraju utama dalam konsert Lawak Ke Der.


So hangpa dah tengok ka video lawak beliau untuk pertandingan tersebut? Akak dah tengok, tapi tak berapa lawak sangat. Maybe lawak itu lebih sesuai untuk orang-orang Finland yang mempunyai tulang lawak yang terlampau panjang, bagi getaran sikit saja dah boleh bergegar isi perut depa.


Apa pun, akak tetap bangga Harith Iskandar menang anugerah ini. Dan menghormati beliau kerana sejak dulu dia adalah pejuang lawak yang gigih!


click read more untuk tengok video








Link asal  : http://www.thestar.com.my

Laman web Harith Iskander  :  http://www.harithiskander.com/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...