Jom Try Diameida Fabulous Mascara

1.12.16

Kelas Komputer untuk Anak Anak Rohingya dari Peace Learning Centre

Posing maut para cikgu dan anak-anak murid.

Hello u olls,


Pada awal bulan November yang lalu akak telah berkesempatan untuk menjadi cikgu kepada anak-anak Rohingya dari Peace Learning Centre Penang tentang cara-cara membuat blog.  Kursus sepanjang dua hari ini disertai oleh 20 orang pelajar dari Peace Learning Centre Penang yang merupakan anak-anak pelarian Rohingya di mana buat pertama kalinya mereka belajar tentang perisian penting dalam komputer seperti Words,  Excel,  Publisher dan akhir sekali internet dan blogging.


Program ini dijalankan oleh kakitangan staf PP Sains Kemasyarakatan di bawah penasihatan Dr.  Saidatulakmal Mohd selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan,  Siswazah dan Jaringan).


Aturcara program.



First Time Pegang Mouse dan Keyboard
Untuk pengetahuan ampa,  most of them yang sertai kursus ni,  ada antara mereka tak pernah pegang mouse dan key board langsung.  Yes,  mereka pernah tengok komputer dan laptop tetapi tak pernah ada kesempatan untuk bermain dengan perkakas itu.  Tapi ada antara mereka,  yang mana ibu bapa mereka sudah mempunyai pendapatan yang kukuh di Penang ini,  so depa mampu miliki laptop,  smart phone dan gadget di rumah.  But most of them,  tidak ada.

Hari pertama depa belajar perisian Words,  Excel dan juga Publisher.  Alhamdulillah,  kawan-kawan akak,  staf-staf PPSK yang menjadi cikgu pada hari pertama berasa sangat seronok dan bangga sebab mereka pandai.  Cepat tangkap apa yang diajar oleh para cikgu.


Yang berdiri tu nama Cikgu Puteri Tercantik Di Dunia,  over saja duk buat berdiri-diri.


Ada gaya dak ?




Cikgu Yang Garang
So malam itu,  kawan-kawan akak duk Whatsapp kat akak,  depa kata "Steady mok...esok hang pulak...takpa esok kami mai tolong hang,"


Akak pun mai pada hari kedua dengan semangat dan hati yang ceria.  Akak mulakan pengajaran akak dengan sesi sembang-sembang pengenalan mengenai blog.  Akak mulakan dengan diari,  explain apa tu diari,  lepas tu baru akak kaitkan dengan blogging.  Alhamdulillah,  depa seronok dan faham.


So bila kelas pun bermula,  akak pun ajar mereka cara-cara untuk create Google ID.  Keadaan dah mulai bising.  Apa yang akak perasan adalah,  depa ni nak perhatian kita.  Walaupun dah diajar,  ulang demonstrasi melalui skrin besar sebanyak dua kali,  tetapi depa semua tetap nak panggil kita pi kat PC depa sorang-sorang dan nak kita tunjuk kat depa satu persatu.


"Betul ka Cikgu?  Betul ka cikgu ? Betul ka Cikgu?"


Bila semua 20 orang pun buat perangai yang sama,  maka akak tak boleh lah nak feeling cikgu-cikgu baik mesra alam lagi.  Akak pun melontarkan suara kuasa naga tasik Cini akak dan terus menjadi garang laksana.  Haaaa....akak keriau teruih la.  Akak siap suruh dua orang berdiri dalam kelas,  tak boleh pegang komputer sebab depa main-main.


Over makcik-makcik ni duk berposing.


Dr.  Saidatulakmal Mohd sedang memberikan taklimat terakhir.



HAHAHAH bila akak menjadi garang barulah depa semua jadi series kepada pengajaran.  Ha....rupaya semua pandai pun.  Daripada register Google,  last sekali depa pandai karang ayat dalam blogpost,  insert image dan sebagainya.  Akak bagi depa ujian,  semua orang kena tulis sekurang-kurangnya 1 blog post dengan tajuk-tajuk seperti berikut  :

1.  Artist Kegemaran Saya    -  semua orang tulis pasai SHAHRUKH KHAN,  bured betui !

2.  Idola Saya  -  semua orang tulis pasai Shahrukh Khan juga,  ada la sorang tulis pasai Cikgu depa.

3.  Filem Kegemaran Saya - Ada seorang budak ni pi tulis cerita kegemaran dia,  Abang Baju Pink apa ka.  Aku rasa tu sinetron Indonesia.  Aku style marah dia !!! Aku kata,  hang jangan duk suka abang baju pink.  Kalau hang nampak lelaki pakai baju pink,  hang lari !! (Student tu pompuan).  Pastu semua orang gelak,  aku tak tau la depa paham ka dak ?  HAMPEH

4.  Tempat-tempat Yang Ingin Saya Kunjungi - Paling touching perkongsian oleh Saiful Islam.  Dia ni anak angkat aku (duk bawak dia dan adik-adik pi berjalan semua),  dia kata dia nak pi Singapore.  Aku kata,  simpan duit dan bagi duit kat Cikgu nanti Cikgu bawak kamu semua.  Nanti ampa baca blog dia.

5.  Kenapa Saya Tak Suka Buat Kerja Sekolah ?  - Ramai juga yang buat artikel ni.  Baguih betui depa berani bereksperimentasi.


Tudia,  berkat akak duk jerkah marah depa macam mak tiri,  last sekali nenjia,  rata-rata depa bukan buat satu post,  paling sikit buat 2 posting !!  Bila masa tamat,  akak suruh semua orang berkumpul tengah kelas,  dan akak panggil sorang - sorang pelajar,  dan akak bukak laman blog depa dan kami baca ramai-ramai melalui skrin besar.


Memang gelak pecah-pecah perut la depa semua.  Tapi depa cool wehs !  Depa tak malu untuk buat salah dan depa tak rasa takut untuk meluahkan apa yang depa suka.  Akak akan share beberapa laman blog depa kat sini,  nanti ampa click dan bacalah sendiri.


Blog Budak Budak 
Okay u olls,  walaupun peserta lebih kurang 20 orang tetapi akak share dengan you olls beberapa blog sahaja seperti berikut.  Sebab depa ni ada yang pi bagi aku salah alamat pulak,  tapi takpa,  aku akan trace balik untuk buat blog depa nanti.  Selamat bergelak ketawa !!

Kasmirah Bt. Bashir Ahmed http://kasminrahcantik.blogspot.my/
Mohd Junaid B. Khair Mohd http://mjunaidcars.blogspot.my/
Abdul Rahman B. Abu Bakar   http://rahamanjourney.blogspot.my/
Muhamad Ramadhan B. Hashim http://ramadhan12345678.blogspot.my/
Kohi Noor Bt. Nur Alam http://resepikahi.blogspot.my/
Rukiyah Bt. Abdul Shukur http://rukiahfantasiwold.blogspot.my/
Saiful Islam B. Abu Bakar http://saifulislammystory.blogspot.my/
Nur Fasil B. Nurul Amin http://sayabermainbola.blogspot.my/
Rusmi Kayas Bt. Nur Alam http://sayasekolahdipeace.blogspot.my/
Sharid Khan B. Abdul Shukor http://sayashahrukhkhan.blogspot.my/
Khairul Amin http://sayasukaberbasikal.blogspot.my/
Zubair Paugzah http://sayasukabermainbolasepak.blogspot.my/
Noju Mullah B. Abdul Shukur http://sayasukakompiuter.blogspot.my/
Anwar Sadiq B. Sheik Ahmad http://sayasukamainbadminton.blogspot.my/
Rashid http://sayasukanaikbasikal.blogspot.my/



Muka ceria masuk USM !

Makan time.





Kesimpulannya
Di akhir kelas,  depa semua pun sangat happy.  Bila Dr.  Saidatulakmal tanya kelas mana paling best,  mestilah depa kata kelas akak !!! HAHAH berani depa kata tak best.  Aku nanti selinap depa kot belakang nanti.


Harapan
Akak tengah pikirkan satu idea untuk buat blog untuk sekolah ini.  Di mana,  semua mereka boleh bercerita dan kongsi kisah mereka dalam blog itu.  Tapi macam mana akak nak execute project ni akak tak tau lagi.  I think,  blog adalah satu cara yang sangat mudah untuk tunjuk pada dunia yang mereka ada di sini.  Insya Allah akak akan jayakan projek itu bermula tahun depan !!


Mengenai Sekolah Peace Learning Centre
Kalau hangpa berminat nak tau lebih lanjut mengenai sekolah ini,  mai baca sini.  Orang ramai amat dialu-alukan untuk memberikan sumbangan wang dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama mereka  :  Sumbangan untuk Sekolah Damai (Sekolah Anak-Anak Rohingya di Pulau Pinang)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...