2.12.16

Sabun dari Susu Badan



Hello u olls,

Ibu ibu yang bertuah badan sebab mempunyai susu badan yang melimpah ruah dan banyak sampai tak cukup simpan kat peti ais di rumah,  bubuh pulak kat peti ais di office,  mai sini akak nak share satu kisah daripada seorang ibu dari Australia.  Dia dan adik dia,  dua-dua ibu yang sedang menyusu,  mempunyai bekalan susu badan yang terlalu banyak.

Last sekali,  depa punya creative,  depa amik susu badan yang banyak tu dan depa buat sabun.  Seperti kita tau,  susu badan mempunyai banyak khasiat.  Orang tua-tua kita pun selalu bagi petua ambil susu badan untuk merawat masalah kulit bayi.

Susu badan yang telah diperbuat dalam bentuk sabun itu pada mulanya digunakan oleh mereka sendiri yang sememangnya mempunyai masalah kulit sensitif.  Tapi lama kelamaan,  sabun-sabun itu telah dipasarkan melalui laman sosial dan apabila mereka berniaga di flea market.  Lani depa jadi popular dah sebab banyak laman web berita yang duk cover pasai story depa ni.

Jasmine duk berniaga.  Dia la dapat idea nak buat sabun ni lepas adik dia duk komplen kata susu badan dia duk banyak sangat tak tau nak buat apa.



Click read more

Crystal,  si adik yang mula-mula duk komplen kat adik dia,  susu badan dia banyak sangat tak tau nak buat apa.


Jasmine dan Chrystal Overton dua beradik ini sebelum ini telah memulakan perniagaa yang digelar Rosie Posie Handcrafted Creations dimana mereka menjual pelbagai barangan kraftangan especially barangan bayi.  Sabun susu badan ciptaan mereka dikatakan melembutkan kulit,  melegakan radang kulit,  mengurangkan masalah kulit berminyak,  jerawat dan gatal-gatal.  Kerlas !!!


Sabun susu badan yang baru diacuankan.

Gambar depa share anak depa dimandikan dengan susu badan.


Kalau kata kat Malaysia ada orang nak buat sabun susu badan macam ni,  tak tau la ada orang nak beli ka dak ?  Tak tau nak kata reaksi dan juga penerimaan pelanggan macam mana.  Akak pun personally,  kalau susu badan tu dari akak punya sendiri ataupun dari kawan atau saudara yang akak kenal,  akak rasa OKAY kot nak pakai.  Kalau susu tu akak tak kenal sapa tuan empunya,  rasa macam scary pulak.  AHAHAHAH.

So why not,  u olls - u olls ibu ibu mengandung yang mempunyai susu badan yang banyak,  apa kata rajinkan diri untuk membuat sabun out of your susu yang banyak tu.  Selain boleh bagi pakai kat bayi,  kita sekeluarga boleh pakai.  Because whatever best for babies,  best for adults too.  So kat bawah,  akak ada share video cara-cara membuat sabun daripada susu.  Hangpa cuba la :)

Aku kan kepala otak business,  tapi pemalas saja.  Apa kata,  sapa yang pandai buat sabun ni,  ampa buat servis untuk tolong buat susu badan ni.  Orang tu bagi susu dia,  hangpa tolong buat ja....haa !  Idea tu Kak Zah.



Follow them on Facebook  :  Rosie Posie Handcrafted Creations
Sumber  : DailyMail UK

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...