Jom Try Diameida Fabulous Mascara

27.12.16

Stephanie Del Valle dari Puerto Rico Diratukan sebagai Miss World 2016

Gaun yang diinpirasi daripada kelopak bunga raya ini sangat sweet dan cantik.  Sesuai dengan rona kulit beliau.

Hello u olls,

Pada hujung minggu lalu telah berlangsung pertandingan akhir ratu cantik Miss World 2016.  Pertandingan ratu cantik yang diasaskan di negara Britain ini telah berlangsung di MGM National Harbor, Maryland, Amerika Syarikat.

Seramai 117 ratu-ratu cantik yang mewakili negara masing-masing berentap untuk mendapatkan gelaran ini.  Namun akhirnya,  Miss Puerto Rico iaitu Stephanie Del Valle berjaya meraih gelaran Miss World 2016.


Tiga tempat teratas.  Dari kiri Yaritza Reyes dari Dominican Republic,  Stephanie Del Valle dari Puerto Rico dan Natasha Mannuela dari Indonesia.


Tempat kedua jatuh kepada wakil dari negara Dominican Republic iaitu Yaritza Reyes,  manakala tempat ketiga diberikan kepada wakil dari negara jiran kita iaitu Indonesia yang diwakili oleh Natasha Mannuela.


Top five!  From left,  Filipina,  Dominican Republic,  Indonesia,  Puerto Rico dan Kenya.


Wakil daripada negara Kenya iaitu Evelyn Thungu dan Catriona Gray wakil dari negara Filipina telah berjaya sehingga saingan lima teratas.

Wakil dari Malaysia,  Tatiana Nandha Kumar tidak berjaya meraih apa-apa gelaran.



click read more



Stephanie Del Valle 
Akak suka kemenangan ini diberikan kepada gadis berusia 20 dari negara Puerto Rico ini.  Bagi akak dia mempunyai kecantikan yang semula jadi.  Bukan muka-muka macam dah operate siap dan hanya meletops lepas kena make up teruk.  

Dalam beberapa photo dibawah yang akak curi dari Google,  akak rasa make up yang disapukan ke muka beliau menampakkan beliau jadi tak cantik teruih.

Apa pun,  hangpa follow la Instagram dia,  and nilai sendiri dia ni cantik ka dak.  @stephdvd



Obviously dalam gambar ni muka dia nampak sangat pelik.





The Show
Seperti kita tau,  Miss World ni macam selalu tak berapa ada bajet sikit.  Dan beberapa tahun lalu,  ada satu skandal dan rumor mengatakan disebabkan kesatuan ini takdak duit langsung sampai depa bagi negara China yang sponsor dan akhirnya gelaran juara diberikan kepada Miss China.

Aku rasa tahun ini pun lebih kurang sama.  Kita kena tunggu nanti show ini maybe akan keluar dalam TV,  mungkin tidak tak tau la.  Tapi yang penting,  ampa boleh tengok beberapa gambar rasmi di laman Facebook Miss World dan boleh tengok sendiri pentas style macam boring,  lampu-lampu disco ala-ala kampung dan juga calon-calon ratu cantik dipaksa untuk pakai pakaian yang hodoh-hodoh semasa sesi pertunjuka fesyen diadakan.


Macam pentas AJL tahun dulu dulu sahaja.

Antara miss miss yang tak bernasib baik dan dapat baju baju tak eliok langsung.



FINALIST

Miss World 2016
Puerto Rico Puerto Rico – Stephanie Del Valle

1st Runner-Up
Dominican Republic – Yaritza Reyes

2nd Runner-Up
Indonesia – Natasha Mannuela


Top 5
Puerto Rico Puerto Rico – Stephanie Del Valle
Dominican Republic – Yaritza Reyes
Indonesia – Natasha Mannuela
Kenya – Evelyn Thungu
Philippines – Catriona Gray


Top 11
Puerto Rico Puerto Rico – Stephanie Del Valle
Dominican Republic – Yaritza Reyes
Indonesia – Natasha Mannuela
Kenya – Evelyn Thungu
Philippines – Catriona Gray
Belgium – Lenty Frans
Brazil – Beatrice Fontoura
China PR – Jing Kong
Korea – Hyun Wang
Mongolia – Bayartsetseg Altangerel
United States - Audra Mari


Top 20

Puerto Rico Puerto Rico – Stephanie Del Valle
Dominican Republic – Yaritza Reyes
Indonesia – Natasha Mannuela
Kenya – Evelyn Thungu
Philippines – Catriona Gray
Belgium – Lenty Frans
Brazil – Beatrice Fontoura
China PR – Jing Kong
Korea – Hyun Wang
Mongolia – Bayartsetseg Altangerel
United States - Audra Mari
Australia – Madeline Cowe
Cook Islands – Natalia Short
France – Morgane Edvige
Ghana – Antoinette Delali Kemavor
Hungary – Tímea Gelencsér
India – Priyadarshini Chatterjee
Japan – Priyanka Yoshikawa
Slovakia – Kristína Činčurová
Thailand – Jinnita Buddee







Miss Indonesia







Mireia Lalaguna,  Miss World 2015 mai untuk sesi menyerahkan takhta kepada pemenang tahun ini.  Tapi siriesly,  baju dia sangat buruk.  Nampak macam kain murah-murah.  And sapa pakai kasut pump heels macam tu lagi ?  


Dress yang merepek.



Video  
Ini video masa sesi crowning.  Ampa mai tengok Stephanie Del Valle style terkejut beruk sampai rentap tangan orang sebelah-sebelah dia.





Sumber asal  : Dailymail.co.uk
Sumber gambar : Facebook.com/MissWorld

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...