23.12.16

#tumbukrusuk

Gambar ehsan Facebook Tumbuk Rusuk.

Pernahkah u olls mendengar istilah tumbuk rusuk ? Akak pun sebelum ni tak pernah dengar istilah itu sehinggalah berpeluang untuk hadiri Seminar Preventing Jobbery: Pengkisahan dari Tirai Besi yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Firdaus Ramlan. Seminar ini dianjurakan oleh pihak Transformasi Insan USM dan terbuka kepada semua kakitangan.


Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, tumbuk rusuk bermaksud perbuatan rasuah.


So, seminar yang akak hadiri ini adalah sesi perkongsian ilmu oleh En Firdaus Ramlan yang pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman kerana tumbuk rusuk. Perkara ini berlaku ketika beliau menjawat posisi sebagai seorang majistret di sebuah daerah jajahan di Kelantan.


Inilah kali pertama akak mendengar sesi perkongsian seumpamanya, sebelum ini pernah la baca atau dengar tentang pihak-pihak yang tampil menceritakan pengalaman sendiri kepada orang awam agar perkara seperti itu dijadikan iktibar.


Sesi perkongsian oleh En. Firdaus Ramlan ini sangatlah bermakna buat akak kerana beliau seorang yang ikhlas dalam bercerita dan segala perkongsian ini diberikan bukanlah untuk membuka aib sesiapa tetapi satu perkara yang benar-benar menginsafkan.


Dia bercerita daripada bagaimana dia boleh terjebak dalam perbuatan ini, bagaimana keberanian untuk lakukan perbuatan itu boleh muncul, bagaimana dia terperangkap dalam perbuatan itu, bagaimana hukuman ini memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada diri dan keluarganya malah insan-insan yang terdekat dalam hidupnya iaitu isteri, anak dan keluarga.

click read more

Turut dikongsikan kesusahan semasa menjalani hukuman di penjara. Masa bab ni, En. Firdaus menceritakan kisah bagaimana banduan penjara melakukan apa sahaja kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Antaranya, kisah bagaimana mereka menyeludup telefon masuk ke dalam penjara.


"Kalau seludup telefon masuk penjara ni tuan puan, kami panggil, seludup kereta. Sebab bentuk telefon tu macam kereta. Seludup telefon adalah yang paling mahal sekali dan banduan yang membuat penyeludupan untuk banduan lain ini akan mendapat bayaran yang lumayan," cerita En. Firdaus.


Rasanya u olls semua tau kot macam mana telefon-telefon ini dimasukkan ? Yes!! Dimasukkan melalui lubang dubur, dibiar masuk, kemudian apabila banduan selamat masuk ke dalam bilik penjaranya, telefon itu akan dikeluarkan seperti mana perbuatan kita untuk membuang air besar. Ini bukan main-main, ini adalah kisah benar.


Lepas tu, dia tambah lagi, "Saya sendiri pernah tengok macam mana seorang kawan saya dalam penjara tu, dia seludup telefon masuk. Paling besar saya pernah tengok telefon Samsung Note 3!!!! Tuan puan tau kan ? Samsung Note 3 tu lebar macam mana?"


Akak yang memang memakai handphone Samsung Note 3 terus memasukkan telefon akak dalam handbag. AHAHAHAH siye nahariam betui la.


Sesungguhnya perkongsian En. Firdaus ni memang bagus. Dia selang selikan dengan peribahasa, ayat-ayat bombastik, cerita lawak dan sedih.


Kepada u olls yang mungkin berminat untuk menjemput beliau untuk memberikan perkongsian di jabatan / syarikat you olls, bolehlah hubungi beliau melalui laman Facebook beliau seperti di bawah. Beliau juga telah menerbitkan sebuah buku berjudul Tersugung Dek Rasuah, tetapi akak Google cari portal dalam talian yang menjual buku ini secara online, tak jumpa pulak. Maybe kena contact En. Firdaus dalam Facebook page beliau, mungkin.


Sapa terror cari mana akak.
Gambar ehsan Facebook Tumbuk Rusuk.

Official Facebook Page : Tumbuk RUSUK

Wikipedia Firdaus Ramlan: Mohd Firdaus Ramlan

USM News: HINDARI RASUAH, KESANNYA AMAT BESAR KEPADA KEHIDUPAN

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...