UK Clark Sales

9.12.16

Ulasan Siri Drama TV Sains Fiksyen: Stranger Things



Hello u olls,


Akak duk baca dalam 9GAG semua orang duk cakap pasai cerita ni. So akak pun check it out, and yes, cerita ini best. Hangpa semua kena tengok. Cerita ni macam X Files, campur cerita hantu zaman-zaman Stephen King. Tapi cerita ini adalah drama bersiri dan memandangkan cerita ini baru habis season 1, so hangpa ada masa untuk catch up musim pertama yang ada 10 episod ini.


Cerita ini dipanggil Stranger Things. Cerita ini adalah mengenai seorang budak perempuan yang digunakan sebagai ujikaji sains sampai dia ada some sort of super power. Entah macam mana satu hari, dia terlepas daripada makmal ujikaji tu dan dia dijumpai oleh 3 bersahabat, budak lelaki yang berumur lebih kurang 10 -11 tahun. Depa tiga sahabat ni pun, terjumpa budak perempuan ni sebab depa duk cari kawan depa yang hilang secara misteri. Kehilangan kawan depa dan kemunculan budak perempuan tu menjadi misteri di sekitar pekan depa yang kecik.


Click read more



Apa yang membuatkan aku kata cerita ni best adalah sebab;


  • Aku memang suka cerita-cerita misteri science fiction yang mengerikan macam ni. Rasa macam fantasi sat.
  • Pelakon-pelakon dalam cerita ni semua baguih-baguih. Walaupun bagi aku sorang saja yang terkenal iaitu Wynona Ryder, tapi yang lain-lain semua baguih. Termasuk 5 orang budak yang menjadi pelakon utama dalam cerita ni.



Winona Ryder buat comeback sebagai ibu tunggal yang raplah sebab anak hilang.

  • Skrip dalam cerita ini juga best, lawak dan mengungkap emosi manusia-manusia dalam cerita ini. Watak ibu tunggal, watak polis yang murung, watak sahabat-sahabat budak lelaki di era 80 an (yang lebih best berbanding budak budak zaman internet), watak remaja yang gigih mencari pengiktirafan dan macam-macam lagi.
  • Monster dalam cerita ni haram menakutkan.  Dia macam berlendiaq macam mana ka.  Sat aku tunjuk gambaq dia.
Ini monster tu bila katop mulut.

Ini pulak bila monster tu bukak mulut.  Mampuih !!!




Watak Budak Perempuan Botak
Watak budak perempuan inilah yang menjadikan cerita ini hit. Watak ini bernama Eleven, seorang budak perempuan yang dijadikan bahan ujikaji sains. Dia botak. So masa mula-mula dia dijumpai, depa tanya dia "Hang ni kanser ka?" Aku gelak mampuih. Siye betui. 

Pelakon yang melakonkan watak ini adalah seorang budak perempuan dari UK bernama Millie Bobby Brown. Segak juga dia bila diluar set. Mesti ramai yang akan syiok gila kat dia bila dia dah akil baligh tak lama lagi.

Watak Eleven.

Ini budak yang berlakon cerita Eleven tu.  Segak bak hang bila dah make up ada rambut semua.



Watak Lain Yang Aku Suka
Watak lain yang aku suka adalah watak Dustin, salah seorang daripada 3 bersahabat tu. Dia takdak gigi, sebab dia ada masalah gangguan pada ketumbuhan tulang dan rambut. Dalam depa tiga orang, dia yang selalu paling cool dan pak lawak, tapi sebenarnya dalam depa tiga orang, dalam keadaan yang paling mengraplahkan, dia yang paling matang dalam membuat pilihan. Dia juga paling pandai dalam bab-bab sains berbanding kawan-kawan yang lain.

Dustin hat depan sekali.


Selain Dustin, aku suka watak cikgu sains depa kat sekolah iaitu Mr. Clarke. Tanya apa pun kat cikgu depa ni pasai sains dan teknologi, cikgu depa boleh jawab. Haram betui!! Ada satu malam, depa call cikgu depa macam mana nak buat eksperimen 'sensory-deprivation-tank', tengah-tengah malam tu juga cikgu depa boleh jawab seketoi bagitau apa dia melalui telefon. Kira zaman dulu-dulu sebelum datangnya Google, cikgu macam nila yang jadi cool among anak murid.

Aku tak tau apa yang lebih epik,  kepandaian cikgu ini ataupun ketebalan misai dia.

Okaylah, jom tengok beberapa video klip dan gambar TV series ini.




Gambar dari IMDB.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com