UK Clark Sales

17.1.17

Kes Budak Panjat Papan Tanda IPOH



Hello u olls,

Masa benda ni mula jadi viral,  aku duk ada kat Kelli's Castle,  dah dekat sangat dengan tempat kejadian.  Yang aku maksudkan adalah kejadian sekumpulan budak yang pi panjat papan tanda IPOH dan menayangkan gambar dan video aktiviti ngeri depa tu dalam laman media sosial.  Dan of course,  benda tu jadi viral.  Bila jadi jadi viral,  haruslah hangpa kena kecam.  Bila dah kena kecam,  duk feeling pulak buat statement ala-ala mangsa keadaan sebab depa rasa depa bukan buat jahat teruk macam mana pun,  tapi orang kecam depa macam depa ni dah jenayah bunuh orang.


OKAY!! Dengarlah akak nak mencarut hangpa sekoq-sekoq.


Mampuih pilah hangpa nak panjat papan tanda IPOH ka,  panjat menara letrik ka,  panjat menara condong Teluk Intan ka,  panjat kepala tok hang hang,  tapi persoalannya,  perlu ka hang nak kena share benda tu kat orang ramai?


Satu benda yang budak ni tak sedaq adalah bukan semua orang mempunyai pemikiran yang sama.  Jadi kalau hangpa rasa hangpa dah cukup sempoi nak pi duduk bergayut atas hammock kat tempat tinggi macam tu tanpa sebarang kelengkapan keselamatan, duk ada beratuih ratus ribu orang kat luaq sana yang berpendapat itu bukan sempoi tapi bangang tahap 2334734.32%


Aku sokong apa yang dipos oleh Sharnaaz Ahmad mengenai isu ini,  dia kata;


click read more




Baiklah banyak sangat org komen pasal benda ni.. apa pun aku nak cakap nak terima terima kalau tak nak terima suka hati ampa rahh.. buat geng kapak ini, anda berani dan anda berhak atas diri dan nyawa anda.. seperti otai otai russia dan usa yg suka panjat banggunan tinggi.. tetapi kesalahan mereka tak berat mana pun cuma kalau tergolek baru lah kacau org, bomba lah polis lah ambulan lah rumah mayat full lah.. Baik, nasihat aku kat sini, lain kali kalau nak panjat, panjat ja!!! Takpayah tunjuk kat org, sebab ni lah jadinya, pemikiran org kita tak sama, yang buruk didahulukan, yg baik dikemudiankan.. mencari keseronakan dan passion tak salah, asal pandai makan pandai berak.. budak moto suka bawak laju whelee tujuh lapan tiang, tapi tak up video bagi viral, sebab nanti kena serah diri.. apa pun, bayar ja saman tu kalau depa suruh bermalam satu dua malam dalam lokap, iyakan aja.. anda bukan bunuh org bukan makan rasuah bukan tibai duit org, anda mencari keseronokan dan anda tiada salahnya.. so itu jelah, jangan patah semangat dan putus minat anda, tiada sapa boleh jadi hakim anda kecuali diri sendiri dan yg maha kuasa Allah SWT...happy new year ✌️😎
A photo posted by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on



Aku setuju gila dengan apa yang Sharnaaz Ahmad kata,  kalau nak panjat,  panjatlah!!!  Selagi hang tak kena tangkap atau selagi hang tak mampuih,  why not?  Tapi tak payahlah hang nak kena tunjuk kat orang.  Jangan duk kata depa ni muda lagi,  budak budak,  duk bodo kanyiaq.  Itu bukan lah alasan yang kita kena beli senang-senang.


Kita sebagai rakyat Malaysia telah didedahkan dengan kemudahan internet dah berpuluh tahun lamanya,  tapi kalau dari segi pendedahan kepada media sosial,  aku rasa dah hampir 10 tahun yang lalu.  (Lebih kurang tahun 2007,  media sosial menjadi kegilaan rakyat Malaysia seperti Yahoo Messenger,  Friendster,  Tagged dan sebagainya).  So bila kita dah sedekad mengenali dunia media sosial ni,  takkan kita masih lagi bodo dalam hal-hal etika cara penggunaan media sosial yang betul?  Takkan kita masih lagi bangang dalam menilai dan mengenal pasti sensitiviti pengguna media sosial di Malaysia khususnya?  


Contoh paling senang la,  aku quote balik apa yang Sharnaaz Ahmad kata,  "asal pandai makan pandai berak" maksudnya lebih kurang lah,  kalau hang dah buat sesuatu yang salah,  pandai-pandailah hang cover kesalahan hang tu dan janganlah pulak kesalahan hang itu menjadi ikutan orang lain.


Kegilaan untuk kongsi semua benda yang kita buat ke dalam media sosial memang aku sendiri tak sangkal,  aku pun kalau boleh semua benda aku nak share!! Tapi kita kalau nak menunjuk ke-best-an diri kita kenalah bijak,  hangpa pi panjat papan tanda IPOH tu,  first and foremost,  itu bukan tempat yang semua orang boleh naik!!


Tak kisahlah tempat tu ada papan tanda dilarang masuk atau tidak (Aku tak terkejut pun kalau papan tanda IPOH tu takdak pagar dan tulisan larangan masuk sebab biasalah Malaysia,  buat benda apa pun tak pikiaq secara kritikal,  pikiaq awal-awal apa benda yang paling teruk boleh berlaku pada masa depan.  Kan?),  tapi takkan hang tak dapat bezakan antara mercu tanda negeri yang merupakan harta awam dan juga puncak gunung yang hang daki?


Aku harap apa yang berlaku dalam kes ini menjadi pengajaran kepada kita semua.  Inilah masanya kita didik keluarga,  kawan-kawan,  dan orang sekeliling kita tentang kepentingan untuk menjaga hormat dan sensitiviti pengguna sosial media di negara kita dan dunia ampanya.


Memang rakyat Malaysia amnya tak pernah usaha nak belajar pasai sensitiviti pengguna media sosial.  Contoh paling memalukan,  Jeehan Musa buat video parody Yuna dan Usher.  Jeehan pakai turban kunonnya dia Yuna,  dan pelawak lelaki tu pi colour muka dia jadi hitam sebab nak bagi jadi dia negro.  Bodo wehss....tulah duk jadi kalau duk tengok Astro Ria saja dua puluh empat jam.  Berita dunia tak pernah baca.  Ba wau ta wau ha.


ps/  Hang kalau bini orang,  hang keluaq romen dengan skendel hang,  hang bubuh Facebook dak?  Mesti mau simpan kan?

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com