Jom Try Diameida Fabulous Mascara

23.1.17

Roti Canai Gemas Road by Laparpo

Sumber gambar Facebook @Penang Brotherhood



Hello u olls,

Hari ini akak nak share dengan you olls semua tentang sebuah laman Facebook bertajuk Laparpo yang diterbitkan oleh anak-anak Melayu Penang yang memaparkan video-video yang mengandungi maklumat serta ulasan tentang port-port makanan yang menjadi kegemaran para lokal di negeri Pulau Pinang.


Akak tak kenal admin page ini tetapi salah seorang hero yang akan muncul dalam video review ini semua tak lain tak bukan iaitu adik angkat Freddie Mercury iaitu Abu Mamu Raja Lawak.  Haaa……dia kira Maria Tunku Sabri dalam rancangan makanan Laparpo ni.





click read more



Antara kedai makan yang telah diviralkan oleh pihak Laparpo adalah gerai Roti Canai Gemas Road.  WEHSSSSSSSSSSSSSSSSs……ini adalah lokasi di mana akak membesar ya! Hangpa semua yang dah pernah mai makan kat sini,  ni habaq kat hangpa semua,  kat sinilah akak dibesarkan u olls.  Memanglah jalan tu nama dia Gemas Road,  tetapi perkampungan sekitar itu orang Penang panggil sebagai Kebun Lama.  Selain akak,  salah seorang retis dari kampung itu (NAHARIAAM……..),  Hail Amir,  P Ramlee,  Sharnaaz Ahmad semuanya pun berasal dari kawasan kampung kami ini juga.


Mai nak story sikit pasai Roti Canai Gemas Road,  kami orang kampung panggil gerai ni sebagai Kedai Shaikh sebab tauke gerai ini (yang merupakan abang sulong dalam perniagaan keluarga tersebut) bernama Shaikh.  Depa start meniaga pada tahun 1994,  masa tu akak baru 9 tahun.


Abang Shaikh,  kiri dalam gambar sedang menuang kuah.
Sumber gambar Facebook @Penang Brotherhood




Ingat lagi masa tu,  Abang Shaikh buat roti canai,  adik dia Daulat buat teh tarik,  adik-adik lain semua kerja tukang basuh cawan dan ambil order.  One of the most earliest memory I had at Kedai Shaikh was on their first week of business,  masa tu akak dan kakak I,  Sanita duk mai beli roti canai la kat sini.  Kakak aku masa tu tak kawen lagi,  dia kira duk feeling jambulah,  duk mai beli roti canai bawak adik kecik-kecik dengan harapan nanti ada pemuda kampung yang akan mengurat beliau.


Masa tu juga,  datanglah Mak Kecik,  mak kepada Faizal Coca Cola.  Mak Kecik duk kata kat Shaikh “Hangpa buatlah bawang merah jeruk tu sikit,  makan dengan roti canai.”  Rasa-rasa aku sampai lani Abang Shaikh tak amik idea itu,  Mak Kecik pun dah arwah dah.  Kesian Mak Kecik…..mesti dalam kuboq dia duk bara kat Shaikh lagi sebab sampai lani Shaik memang tak buat bawang jeruk tu.



Akak dan kawan-kawan sekampung membesar bersama gerai Shaikh.  Dulu depan kedai Shaikh,  ada rumah kawan kami iaitu Nur Dini Elias peniaga brownies yang fofular!  Setiap petang,  kami akan pi order nak makan apa kat Shaikh,  lepas tu kami akan pi tunggu bawah rumah Dinie. Satgi adik Shaikh nama Fairus akan mai hantar roti canai yang kami order tu.  Roti canai favorite akak ialah roti dua bijik,  garing,  bubuh kuah campur,  pastu potong bawang mentah dan tabor kat atas.  Kerlas aku kecik-kecik duk makan bawang mentah macam orang tua.


Kat sini jugaklah,  akak mula-mula jumpa anak ayam akak nama Afat Gillard.  Musibat pondan tu masa kecik-kecik duk mai naik basikal sampai kampung kami.  Dia muda 4 tahun dari aku,  masa tu aku pun tegur dia "Weh...hang nama Arafat kan?"  Pastu Afat balaih dengan kekwat sambil naik basikal "Haa....awat? Pasaipa?  Punya pasai la aku nama apa pun."  MAK ANG punya Arafat tu semua.  Siyeee betui sampai lani aku ingat kejadian tu kat dia.  Ampa kalau nak tau lebih lanjut pasai Afat,  dia bukan sahaja duk jual serbuk teh - Chai Penang Mamak's Teh Tarik (hangpa boleh check it out kat page dia,  siries teh dia sangat sedap!! Aku selalu beli untuk minum sendiri dan bagi sebagai buah tangan kat kawan-kawan.  Sebab packaging dia sangat kerlas.  Link: Gillard Gourmet),  Afat celaka ni jugalah yang aku pernah share kat blog aku pasai pengembaraan ke India tu.  Baca sini:  Kembara Arafat ke India


Satu lagi cerita lawak yang kami share dengan Abang Shaikh adalah apabila ketika kami tengah lepak kat rumah Kak La,  tiba-tiba basikal roda tiga yang sedang ditolak oleh Abang Shaikh (sebab dia dah habis meniaga) telah terjatuh dalam parit di sebelah rumah Michael Repair Kereta.  Kami berapa ekoq budak-budak yang duk bermain di sekitar itu nampak kejadian itu berlaku nyata di hadapan kami,  apa lagi,  kami pun semua gelak ramai-ramai!  Gelak style kuat punya.  Kesian Abang Shaikh kena tolak basikal roda tiga dia sendiri.  AHAHHAAHHAHA.  Dia punya maki kami time tu jangan cakaplah “Tak guna semua budak-budak hangpa duk gelak bukan nak tolong Abang Shaikh.”  Aku terus naik basikal laju balik rumah sebab gelak terlalu kuat sampai terkencing dalam seluaq.  AHAHAHAHAH pukilah aku sampai lani adalah masalah pundi kencing.





Bila masuk zama remaja loka,  kami tak duduk bawah rumah Dinie dah,  kami mai duduk kat meja terus.  Port wajib kami adalah di tepi paip hujung sekali.  Terbuka tiada payung.  Kami akan duduk situ feeling macam duduk Starbucks sahaja.  Aku masih ada gambar last photo taken sekitar tahun 2008,  masa ni aku dah bekerja.  Sorry kena edit sikit gambar ini sebab kami semua lani dah pakai tudung lani.  HAHAHAH


Apa pun akak sangat bangga sebab Abang Shaikh dan keluarga telah mendapat rezeki yang melimpah ruah sekarang setelah menjadi viral di laman social.  Cuma sekarang yang menjadi kerisauan orang kampung Kebun Lama adalah kebanjiran manusia yang akan datang ke gerai yang terletak di lorong kecil itu untuk makan roti canai.


Follow Laparpo di sini  :  @Laparpofood

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...