Jom Try Diameida Fabulous Mascara

25.1.17

Ulasan Anugerah Juara Lagu 31

Hello u olls,

Ahad lalu seperti yang kita semua tahu telah berlangsungnya,  AJL 31 di mana 12 buah lagu yang selama ini mencatat rekod yang baik dalam rancangan Muzik Muzik dipertandingan diperingkat akhir untuk merebut gelaran juara.  

So apa pendapat kalian semua mengenai keseluruhan AJL 31 kali ini?

Harap kalian semua bergembira dan pastinya,  akak nak ucapkan terima kasih kepada dua tiga follower baru di Facebook dan Twitter yang baru duk follow akak sebab akak up hapdet banyak pasai AJL 31 pada malam itu.  Terima kasih na.  Okay sekarang akak nak share dengan you olls,  ulasan ikhlas akak sempena AJL31 untuk tatapan kalian semua.


Tengoklah mutu gambar rasmi yang direlease oleh TV3 untuk pengumuman juara ke media sosial.  SEDIH KAN? Macam amik dengan handphone Lenovo sahaja.


No Budget
Nahariam betui starting pun depa pakai video montaj sendu yang akak amik dalam Youtube tu.  Takdak pun montaj special asing untuk pembukaan majlis utama.  TV3 memang sah-sah dah takdak duit,  takdak sapa pun nak sponsor depa buat event ni.  Semua sponsor hebat lebih suka untuk memilih Astro sebagai media utama mereka.


Tetapi ini bukan alasan untuk mereka memberikan persembahan yang 'lousy' untuk para peminat muzik di negara ini yang sentiasa menantikan persembahan terbaik untuk majlis ini.


Like I said dalam ulasan sebelum ini,  hangpa tengok la pun cara TV3 handle event ini,  Facebook page yang percuma tu pun depa tak mampu nak update.  Alah, setakat rekaan grafik simple-simple dengan segala gambar artist-artist semua pun tak boleh ka?  Ataupun hangpa duk update kat Twitter saja?  Ehk??? Awat Facebook,  Insta dan segala maknena lain?


Click read more




Acara Pembukaan
Acara pembukaan dibuat oleh El Gamma Penumbra sebuah kumpulan persembahan tarian yang menang Asia Got Talent from Filipina.  Persembahan depa memang meletops,  siap ada shadow effeck semua.  Berlatar belakangkan nyanyian Jaclyn Victor dengan lagu letosannya Gemilang yang dinyanyikan secara live,  persembahan tarian bayang-bayang itu menggambarkan perjalanan hidup seorang seniman sehingga berjaya ke AJL.  Sesuai dengan tema AJL untuk tahun ini iaitu 'Cerita Dalam Lagu'.

Tapi haaa ini akak nak carut bagi pihak alumni ASWARA,  awat dah takdak ka kumpulan penari - penari dari Malaysia sampai sanggup perabih duit bayar flight,  bayar hotel,  bayar apa semua kat group dari luar negara untuk buat persembahan pembukaan ini?

Akak bersetuju dengan luahan perasaan Hasmizan Abdul Hamid  melalui post di Facebooknya seperti di bawah.

Sanggup bayar penari dari Philippine utk buat opening. Flight tickets + accommodation + show.. tapi tak sanggup bayar local dancer. Aku tengok tak segah hebat mana pun opening tu! Local dancer pun buat more then that.



Pengacara
Me like most of the people,  bersetuju bahawa pengacara sampai empat orang adalah membazir.  Hello,  u olls!  Pengacara OSCAR ka apa jadah semua,  selalunya 1 orang sahaja.  Hangpa bayaq emcee sampai empat orang,  perabih duit pastu Facebook AJL 31 pun tak mampu nak maintain.  Butoh semua.


Pastu dahla banyak-banyak emcee,  pastu semua orang mempunyai tenaga yang berlainan.  Dan paling bangang sekali,  keempat-empat EMCEE ini takdak chemistry langsung.  Pada malam itu,  sah-sah Sarimah Ibrahim mempunyai tenaga yang paling melimpah ruah.  Dahlah dia cantik,  lama tak keluar TV,  so bila dia berdiri bersama pengacara lain secara tak langsung rasa macam nak tengok kat dia sahaja.  Pengacara lain,  akak rasa macam penari latar sahaja okay!


Fizi Hot FM,  aku tak kenai sapa kejadah ni.  Suara percakapan dia biasa sahaja,  tak menarik and of course standardlah pengacara kat Malaysia,  cakap berterabur dan tak ada isi sebab persembahan acara TV kat Malaysia,  para pengacara akan cakap sesuka hati bukan berdasarkan oleh penulis skrip yang berpengalaman.


Awal Ashaari, okaylah dia hemsem. Mak rasa nak tengok lah jugak dia. And dia pun tak over, selalu maintain macam cool sahaja. Tidak cuba untuk membuat lawak bangang.


Paling akak kesian adalah Farah Fauzana.  I don't hate her,  but god, I HAVE A LOT OF THINGS TO SAY ABOUT HER.


1.  Dia tenggelam gila bila duduk sebelah Sarimah.  She looked intimidated,  cakap merepek,  cuba mengontrol cun,  cuba mengontrol muslimah.  Tiada keserasian antara dia dan Sarimah.  Sarimah punya energy punyalah banyak macam pompuan bunga api,  tapi Farah Fauzana yang dulu aku kenali (kenal melalui TV dan radio saja okay...bukan semua artis kawan mak),  sebagai seorang pompuan yang chicky,  pak lawak dan very the sempoi,  awat tiba-tiba hang dah berubah? Awat sebab hang dah pakai tudung?  Aiyo!! Pasaipa kalau hang dah pakai tudung hang nak kena berubah jadi pompuan-pompuan control cun?

2.  Farah Fauzana seorang yang petah berbicara tetapi malam itu,  banyak kali dia bukan tersasul atau tergagap,  tetapi dia macam BLANK.  Ayat yang keluar dari mulut dia adalah ayat-ayat biasa yang tidak bombastik.  Akak boleh nampak dia macam tidak selesa dengan sesuatu dan dia tidak boleh membuahkan idea-idea menarik untuk dicakapkan.  Sama ada dia tidak selesa dengan Sarimah,  ataupun keduanya akak rasa dia tidak selesa dengan dua helai busana yang dia pakai.  Ataupun,  PADA MALAM KETIKA SEDANG MENJADI PENGACARA MAJLIS,  BELIAU SEDANG MEMBACA TWITTER AKAK.  Sekian!!


Sarimah Ibrahim,  fucking love this woman.  Aku memang suka kat dia dari dulu dia kalau jadi pengacara majlis memang best.  Dia boleh berubah menjadi pompuan cantik yang posh dan sopan kepada pompuan gila-gila yang betul-betul relaks.  Pengalaman dia handle banyak majlis korporat yang melibatkan audience VVIP,  Dato',  Tan Sri itu semua membuatkan beliau sangat selesa di pentas. Apalah sangat kalau nak beraksi di hadapan penonton AJL yang dipenuhi artist popular tahun 80 an dan 90an,  artist-artist realiti TV yang suam suam kuku dan para kaum Melayu yang sama taraf dengan akak sahaja.


Mama Regina ada timbulkan persoalan "Kenapa comeback?" HAHAHAHA siot tau mama Gina duk buat spekulasi.  Yalah,  artis Malaysia yang sudah berkahwin tiba-tiba nak comeback.  Ko rasa?  Rupanya,  kemunculan Sarimah Ibrahim adalah juga sebagai mempromosi talk show nya yang akan diterbitkan di TV3 tidak lama lagi.  Tapi still..........Ish ish tak baik kita.  Doakan yang baik-baik sudah.


Satu lagi akak nak ulas berdasarkan tema 'Cerita Dalam Lagu' yang dipilih untuk AJL tahun ini langsung tidak ditegaskan oleh para pengacara majlis.  Empat-empat ekoq duk pakai busana yang sesuai dengan kepala otak depa sendiri.  Tidak menggambarkan tema-tema depa langsung.  Sarimah punya baju,  dua-dua okay.  Menarik,  dua-dua macam pernah tengok dipakai oleh artist lain tapi tak ingat kat mana,  tapi overall busana Sarimah pakai is okay!


Awal pun okay,  sebab dia dah tau gaya yang sesuai untuk dirinya.  Fizi Hot FM,  biasalah artist baru nak up,  dia tau pakai suit warna warni sahaja.  Farah Fauzana?  Hurm....hangpa tunggu post seterusya akak nak buat ulasan pakaian artist ke AJL.  Okeh?





Persembahan


Obses by Akim & The Majistret

Gicuuu depa semua ramai-ramai jadi penjahat dalam cerita Batman.  Tapi apa motifnya?  Aku cuba berfikiran jitu dan menganggap akibat daripada perasaan obseslah semua orang-orang itu menjadi penjahat dalam hidup Batman.  Akim menjadi Joker versi Heath Ledger.  Harulas Fadzli Zainol merembes-rembes melihat aksi Akim menjadi Joker.


Suara Akim tetap sedap meletops tetapi hanya pada saat-saat akhir lagu.  Orang kata bila  nyanyian dah naik sheikh.  Pada permulaan,  ada beberapa part di mana Akim salah tune dan off key.  Akak tak salahkan Akim tetapi akak salahkan in-earmonitor yang di pakai oleh para artis yang membuat persembahan.  Hangpa perasan tak?  Beberapa artis yang cabut buang in-earmonitor depa masa menyanyi.  MESTI SEBAB DEPA TERGANGGU dengan sound pada in-earmonitor tu.


Apa fungsi in-earmonitor ni?  In-earmonitor adalah peranti yang diguna pakai oleh ahli muzik ketika membuat persembahan supaya mereka boleh dengar muzik yang dimainkan sebab depa mana boleh dengar muzik yang ditala oleh speaker kepada penonton.










Ku Rela Dibenci by Aiman Tino
Nyah,  mak tak pernah dengar atau tengok Aiman Tino nyanyi ya.  Duk tau sebab hangpa semua selalu duk sebut-sebut nama dia.  Nama dia top sebab lebih kurang sama macam penyanyi keturunan Jawa yang popular kat Malaysia pada era 80 an iaitu Herman Tino.


Bila nak start ja persembahan,  first-first sekali keluaq Arja Lee naik kerusi roda.  Mak teruih spoil mood semua habih.  Nahariam betul takdak ka pelakon murahan lain ka hangpa nak amik?  Sorry nyah,  mak bohsan tengok muka propa ini.


Lagu Ku Rela Dibenci menceritakan tentang pengorbanan seorang kekasih yang sanggup mati demi membuatkan pasangannya bahagia.  Kalau akak salah,  please correct me.


Pasaipa masih ada lagi unsur sketsa untuk persembahan pentas AJL?  Weh....kita dah 31 tahun menganjurkan AJL.  Takkan persembahan masih lagi tahap-tahap persembahan hari guru sekolah?  Akak faham,  ini adalah pertandingan di mana pengarah seni untuk pentas memberikan kebebasan kepada penyanyi untuk berkarya.  Sebab depa ada anugerah untuk persembahan terbaik.  Tetapi,  takkan hangpa sebagai penyanyi yang nak bertanding di pentas hebat ini tidak membuat sebarang research?


Come on!! Youtube kan ada?  Beyonce yang maha dahsyat tu pun rajin duk Google search apa jadah semua tengok persembahan tarian orang untuk dapat inspirasi persembahan.  Dulu dia selalu kena kutuk dan serang sebab tiru tarian dan persembahan orang,  tapi lani Beyonce dah pandai,  kalau dia tiru sapa-sapa dia habaq siap-siap,  this performance inspired by sekian-sekian.




Bercakap pasai suara Aiman Tino,  masa dia mula-mula nyanyi mak pun macam. "Eh...sedap suara budak ni." Patutlah ramai zornen-zornen dan adik-adik semua duk taste kat Aiman Tino,  bukan sahaja muka dia memang spisyis anak-anak ikan kaloi yang sedap,  tetapi beliau juga  mempunyai suara yang sedap.  I THOUGHT LAH!


Sekali nenjia masa dia tarikh,  suara dia terus jadi pondan.  Mak terkejut nok.   Tak sedap suara dia.  Macam adik-adik baru nak baligh.  Inilah yang terjadi apabila lahirnya para artist lahiran SMULE dan juga dari studio rakaman.  Semua auto tuned.  Butoh betui.








Anugerah Terindah by Black
Abang Black muncul dengan uniform TLDM.  Akak pasti ketika itu,  70%  wanita dan para zornen terus terinzal.  Tetapi mana ada abang askoker yang berjambang dan berjanggut.  Yes,  yang berpangkat tinggi tetapi bukan janggut ala-ala jarang tu.  Janggut yang betul penuh dan kemas.


Pastu nak pakai uniform,  pakai elok-elok...takyahla pakai dengan konsep seluar ketat macam tu.  Ponen teruih!! Pasaipa semua orang suka nak pakai seluar bagi kecik kot bawah?  Takyahlah nak ikut trend sangat kalau rupanya jadi buruk.


Black juga mengalami masalah in-earmonitor di mana dia mencabut benda alah itu masa perform.  Masa Abang Black duk nyanyi tarik-tarik,  dari tepi muka beliau macam Usher.  Suara dia erm okaylah sedap lah,  first note terlari (ini adalah masalah rasmi yang selalu dibuat oleh Black pada persembahan pentas).


Overall,  lagu ini biasa sahaja.  Tidak ada tarikan yang menarik sangat kecuali sebab kekuatan suara Black.  Melodi dan lirik lagu ini bagi akak adalah lagu-lagu standard yang tangkap cintan cinton.








Setia by Elizabeth Tan & Awi Rafael
Elizabeth Tan kira feeling Ellie Goulding versi Malaysia la you olls.  Mak ingatkan suara dia tu buat-buat,  rupanya tanpa auto tune,  dia nyanyi memang bunyi macam ni.  Kat Malaysia,  kita takdak lagi teknologi untuk auto tune semasa nyanyian live ya.  Kat Amerika semua dah buat macam ini!  Beyonce and Lady Gaga pun mesti buat jugak aih.


Suara Elizabeth Tan sebenarnya damai untuk didengar dalam recorded version di mana pembetulan telah dilakukan.  Kalau dengar secara live ni,  akak panggil suara ini suara 'serak-serak manja bangun tidur tetapi tertelan biji kekabu ketika menguap'.    Haaaa....sebenarnya akak tak boleh dengar suara ini lama-lama.  Rasa macam pelik nyah.  Macam hang nak menyanyi ka?  Hang nak menguap?  Suara hang jadilah macam ini.


Paling tak boleh blah apabila munculnya 4 buah bantal berwarna emas mengekori dari belakang Elizabeth Tan.  Pasaipa? Pasaipa?  Duk ikut Elizabeth Tan dari bawah kat area penonton sampai ke atas pentas.  Rupanya depa tu semua adalah penyanyi latar.   Siriesly adalah sangat menganggu tengok bantal-bantal emas itu.


Starting nyanyian Awie Rafael sangat out.  Rupanya bukan kat part starting sahaja,  tetapi sebenarnya memang tak best pun.  At one point dia cuba menyanyi ala-ala biasa manja,  at certain point yang lain dia cuba teran suara dia bagi jadi rock.  Mak tak paham!   Akak adalah sangat kecewa Faizal Tahir tidak membuat persembahan untuk nyanyian ini.


Tapi still,  lagu ini sangat sweet dan sesuai untuk lagu background muzik perkahwinan.












Kalah Dalam Menang by Syamsul Yusof & Mawi
Seperti yang akak ulaskan dalam ulasan jangkaan akak tentang AJL,  lagu ini adalah lagu hip hop rap versi Islam.  Lagu ini mempunyai konsep yang menarik ya,  akak tak nafikannya!  Rentak muzik ini kuat dan memberikan elemen semangat.  Cuma yang mengganggu akak adalah kepoyoan Syamsul duk feeling rap hip hop.  Sangat "thuglife85".  HAHAHAHAHA.  Kawan aku yaitu *nama dia tak akan aku sebut* mesti tahu apa tu thuglife85.





Tengok Syamsul Yusof duk rap,  rasa macam aiyo POSER SANGAT!  So itulah yang mengganggu akak apabila tengok Syamsul Yusof rap lagu ini.  Poser bermaksud seseorang yang rasa diri dia hip hop kuat tapi sebenarnya dia tak paham langsung pasai budaya hip hop yang bukan sekadar muzik semata.  Sebab kalau betui Syamsul Yusof paham budaya hip hop,  di akhir persembahan tu,  kan dia ada sambung rap tanpa muzik seolah-olah membuat statement?  Haa...kalau akak,  lepas akak buat rap bahagian last tu akak akan drop mic terus!  Gitu!!!


Tapi apa pun,  nyanyian Mawi still maintain.  Kerlas!!!  Tahniah Mawi.







Hang Pi Mana by Khalifah
OMG persembahan Khalifah sangat kerlas.  Dia buat sambungan daripada video muzik,  pemain gitar utama mereka menaiki basikal dari kampung,  terus sampai ke pentas AJL.  Kesinambungan yang meletops!!  Lepas tu mereka mulakan persembahan dengan alunan tiupan serunai.  Sapa ada saka tak buang lagi,  boleh kena rasuk masa dengar serunai ni.  AHAHAHAHA


Suara vokalis kumpulan Khalifah adalah mantap dan steady.  Dia tidak perlu melebih-lebih sebab lagu ini memang santai iramanya.  Akak juga ingin memuji vokalis,  Yabang yang telah menukar imejnya daripada seorang abang-abang kumpulan rock kampung yang biasanya akan pakai jeans dan T Shirt bodo-bodo kepada suit warna cokelat yang kemas.











Terakhir by Sufian Suhaimi
Lagu ni sedap tetapi suara Sufian masih lagi muda.  Tak cukup pengalaman untuk menyanyikan lagu ini.  Bukan nak kata suara dia tak sedap,  tapi bagi aku kalau dia berikan lagu ini kepada penyanyi yang lebih berpengalaman,  confirm lebih meletops.


Namun,  suara Sufian Suhaimi seorang penyanyi Youtube,  kalau digilap dan diasah lagi,  lagi 5 tahun mungkin nyanyiannya boleh jadi lebih kuat dan berkarakter tersendiri.  Dia mempunyai tona suara dia ala-ala  Adam Levine,  Marroon 5.




Berkenaan dengan hiasan pentas,  pasaipa kita ni  kalau nak buat prop untuk pentas mesti nak kena guna pokok kering?  Pasaipa tak amik benda lain?  Benda yang tak cliche.  Kalau dia nak gambarkan kekontangan,  kita boleh bubuh tin kosong,  dinding-dinding putih ka,  anything!! Tak semestinya pokok kering.

Melodi lagu ini sangat sedap yang mendamaikan. Aku rasa lagu ni ikhlas.  Aku rasa dia boleh menang.








Di Amaran Mama by Hazama
Hazama feeling kuat tetapi kadang-kadang bagus juga sebab dia sangat yakin dengan apa yang dia feeling nak buat di atas pentas.  Penonton di rumah dan di pentas AJL juga pasti terhibur sebab duk terfikir-fikir apa yang beliau cuba buat?  Siap ada interaksi bersama penonton.  Kerlas!  Kali ini Hazama memilih untuk berdiri di satu podium dan terus menyanyi sampai habis.  Ini adalah pilihan yang baik kerana dia tidak menjadi semput dan akhirnya mengacau persembahan nyanyiannya.


Apa pun lagu ini best,  tetapi ada banyak lagi lagu best dalam pertandingan ini.









Lelaki Teragung by Dayang Nurfaizah
Pasukan persembahan Dayang Nurfaizah sudah berpengalaman.  3 tahun masuk AJL berturut turut.  Depa siap compose camera nak kena focus kat area mana.  Memang kerlas tengok dari kaca TV, bayang-bayang Dayang Nurfaizah duk berjalan mendekati microphone di sebalik panahan cahaya spot light.


Solekan wajah Dayang Nurfaizah sangat heavy kerana pilihan warna-warna yang gelap.  So akak rasa macam tak gembira melihat wajah Dayang ketika itu.  Matilah nanti Mak Ayam Bosco carut aku sebab komen make up dia.  Tapi akak bukan kutuk hasil make up,  akak cuma rasa tak sesuai.




Akak tahu,  untuk tahun lepas,  Dayang Nurfaizah memakai baju 'penyapu' hasil rekaan Rizalman.  Tetapi tahun ini,  Rizalman mereka busana jenis suit yang bagi akak menggambarkan sesuatu yang maskulin,  kebapaan,  kelakian.  Sesuai dengan tajuk lagu ini.  Malah,  pilihan warna gelap dan potongan tertutup ini membuatkan kita semua macam terus memberikan sepenuh fokus pada nyanyian dan suara Dayang Nurfaizah.  Like tahun lepas,  akak sangat terganggu dengan baju itu yang menenggelamkan Dayang secara mutlak.


Akak rasa Rizalman telah membuat research yang mendalam tentang perkara ini.  Hangpa pi tanya sapa sapa belajar fashion,  pasaipa lawyer pakai suit semuanya warna gelap?  Sebab depa tak mau orang tengok apa depa pakai dan focus kepada apa yang depa nak cakap sebagai seorang peguam!


Apa pun,  suara Dayang sangat kerlas.  We olls yang menonton dari rumah pun rasa nervous dengan permainan suaranya.  Emosi yang pelbagai,  dan yang paling penting sangat jelas!!  Memang selayaknya dia menang vokal terbaik.










Terimaku Seadanya by Misha Omar & Hafiz Suip

Okaylah lagu ni sedap.  Dua dua nyanyi pun sedap kerana keduanya adalah penyanyi berpengalaman dan matang.   Dua dua dah pernah masuk AJL dan pernah menang!  So depa tau apa depa nak buat dan apa yang depa nak sampaikan kepada para penonton dan para pendengar.  Siriesly,  penghayatan nyanyian depa juga meletops.


Akak suka pergerakan yang dikoreograf oleh mereka berdua.  Depa ada cerita,  perjumpaan yang sepi,  hari hujan,  saling melihat diri sendiri tetapi sebenarnya sedang memikirkan tentang orang yang kita sayang.  Haaaa...bukan macam mental high five (akak akan jelaskan dalam ulasan persembahan Shila Amzah).


Lagu ni sedap tapi aku rasa macam tak memorable.  Sebab itu akak agak terkejut jugak macam mana lagu ini boleh menang.






Sudah Ku Tahu by Projector Band

Siriesly aku sangat suka lagu ini.  Rentak rock jiwang tahun 90 an.  Dan disebabkan lagu inilah,  laki aku dengan semangatnya suruh aku hafal dan main SMULE!!! Bongong tau laki aku tak suka aku menyanyi kat rumah sebab dia kata aku bising,  tapi since dia duk tengok orang duk record lagu Sudah Ku Tahu ni kat SMULE dan bubuh di Facebook,  Khafi duk layan dan dia suruh aku hafal dan nyanyi lagu ini jugak.





Seperti persembahan Aiman Tino,  Projector Band iaitu sebuah kumpulan yang baru dan pertama kali datang ke pentas AJL juga terperangkap dengan tema adegan sketsa di awal persembahan.  Biasalah,  idea Melayu tak berkembang semua akan sama.  Nasib baiklah pelakon utama sketsa tu,  lead gitaris depa adalah ELLLLLLLL!  Mak pun feelinglah juga tengok.

Suara vokalis,  seperti biasa banyak pecah sebab lagu ini adalah lagu yang memang tinggi haram dan hanya boleh disempurnakan dengan autotune babeh!!  

Kalau hangpa nak tau lebih lanjut tentang Projector Band hangpa boleh baca kat sini  :  www.azhan.co







Selamanya Cinta by Shila Amzah & Alif Satar


Lagu ini sangatlah Disney princesses theme song.  High notes,  ada macam irama merecik-recik.  Sedap lagu ini.  Shila Amzah yang sudah mempunyai banyak pengalaman dalam persembahan pentas di peringkat antarabangsa tampil dengan sebuah dress warna merah yang sangat ...


Disebabkan dress ini bukan hasil buatan couture,  maka si pemakai nampak sangat bulky dalam dress ini.  And perlu kah nak kena pasang tetulang sampai bahagian pungkok tu terangkat macam tu?  Ataupun memang nak bagi nampak macam ala-ala fantasi Disney?  Okay kalau begitu alasannya akak terima.


Lagu ini sebenarnya lebih sedap Shila nyanyi sorang.  Tak payah duet dengan Alif atau dengan sesiapa pun.  Pastu disebabkan Shila Amzah takut kena kecam dengan peminat Malaysia yang Islamik,  maka depa pun buatlah aksi 'mental high five'.  AHAHAH butoh high five tak kena tangan.  Banyak lagi pergerakan lain boleh buat...tapi nak buat jugak macam tu tapi tak kena.






Pemenang
Berikut adalah keputusan AJL 31

Persembahan Terbaik 
Hang Pi Mana by Khalifah

Vokal Terbaik 
Lelaki Teragung by Dayang Nurfaizah

Tempat Ketiga
Sudah Ku Tahu by Projector Band

Tempat Kedua 
Terimaku Seadanya by Misha Omar & Hafiz Suip

Juara 
Lelaki Teragung by Dayang Nurfaizah




Ulasan Pemenang
First of all let me share my prediction untuk pemenang:

Jangkaan saya keputusan AJL31.
Juara - Hang Pi Mana by Khalifah
Kedua - Terakhir by Sufian Suhaimi
Ketiga - Lelaki Teragung by Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik - Dayang Nurfaizah
Vokal Terbaik - Dayang Nurfaizah
#ajl31


Okay?  Sebenarnya akak sangat sedih tau Hang Pi Mana tak menang.  Sebab bagi akak lagu Hang Pi Mana adalah unik,  mempunyai elemen-elemen muzik tradisi Malaysia.  Hang pi mana pun kat dunia ini tak akan ada muzik yang sama macam lagu ini.  Sebab itu akak sedikit sedih lepas tau sapa menang akak pun terus tak tulis apa kat Facebook or Twitter.  Sort of sentap gichu.


Kalau mengikut tradisi AJL,  depa selalu akan angkat penyanyi-penyanyi baru yang berbakat di mana dari plaform ini mereka akan terus berkembang menjadi kumpulan atau penyanyi yang terkenal.  Oleh itu,  terima kasih kepada para juri sebab pilih Sudah Ku Tahu dari Projector Band sebagai pemenang tempat ketiga.


Lagu Lelaki Terangung sedap tetapi rentak lagu ini kita boleh dengar di mana-mana sahaja.  Kalau akak nak kata lagu ini tak sedap,  akak tak akan masukkan lagu ini dalam jangkaan nombor ketiga.  Bunyi balada kan?  Akak cuba fahami dan dalami maksud lirik ini.  Dia macam ketuhanan,  pujaan kita sebagai orang islam kepada Rasuullah. Ataupun mungkin dia more kepada seorang anak kepada seorang bapa.  It could be anything?


Adakah TV3 cuba mengangkat lagu ini menjadi juara kerana cuba mengangkat drama TV terbitan TV3 juga?  If that's so,  akak lagi kecewa.  Lagu ini sedap tetapi bagi akak Hang Pi Mana mempunyai keunikan yang tersendiri.  Menjadi kegilaan rakyat Malaysia buat seketika.  Maknanya melodi lagu ini sahaja boleh menarik minat pendengar.


Kesimpulannya,  show kali ini not bad lah.  Semua okay,  cuma tak BETUL BETUL best dan tak memorable!  Berbanding tahun lepas yang aku dubbed sebagai worst AJL EVER,  kali ini aku rasa depa dah improved dari segi koreografi fokus kamera dan pentas yang lebih better (tapi takdak la hebat bagus sangat),  tapi selainnya aku rasa takdak apa-apa yang menarik untuk AJL kali ini.


Kepada bakal producer rancangan AJL pada tahun mendatang,  bila nak buat TV show yang live dan gempak macam ini,  cubalah tengok rancangan-rancangan Tv dari negara luar yang berprestij macam Grammy Awards contohnya.  Bukan akak tak bagi u olls tengok show-show negeri Indonesia dan sama taraf dengannya,  tetapi kalau kita nak jadi hebat,  pasaipa kita kena tengok orang yang sama level atau level lebih rendah dari kita?  Haruslah kita kena buat rujukan orang yang terbaik dalam bidang ini kan?


Baca juga  :

Ulasan AJL 30 - The Worst AJL everrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Ramalan untuk AJL 31 by Jumie Samsudin

5 comments:

  1. Indeed, setuju ngan hgpa AJL31 much better than AJL30
    Kudos to Dayang & Team!
    tp kami paling tak sangka hat yg dpt no 2 tu..
    apapun kita bukan la juri..kita menilai dr segi suka suki hati kita saja..
    hehehe
    Thanks for your write up jumie! :D

    ReplyDelete
  2. review yg sangat-sangat dinantikan. thanks for the write up Jumie.

    ReplyDelete
  3. Hurm....hangpa tunggu post seterusya akak nak buat ulasan pakaian artist ke AJL. Okeh?

    Dari malam tu lagi dah bg tau kat husben, jgn lupa baca komentar eksklusif dari jumie samsudin... pasti hidup makin bermanfaat!! Sebab baju Fafau mcm hasil budak tadika buat kad ucapan CNY guna kadbod hitam letak lace RM5.00 habuan hiasan di tepi ...and dia pinjam baju pancaragam sekolah mana weh!!! Kesian...

    ReplyDelete
  4. jumi, prasan x hadiah org pentas tu je bagi, takde vip ke apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yes and i liked it. Yang tu actually bagus sebab tak perlulah nak amik VVIP naik dah la lambat apa semua. Depa buat macam ni, ala-ala Oscar la...cepat u olls.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...