Featured Post

#PrayforPenang

24.1.17

Ulasan Fesyen 2017 Golden Globe Awards Part 2




Thandie Newton in Monse
Tak suka dress ini nampak macam dia duk jahit manik labuci kot bawah,  pastu sekerat jalan dia tak larat,  dia pun kata........sorrry nyah mak tak larat,  let's stop and buat bagi nampak dress ni ada labuci takat ni saja...baru nampak macam api - api sikit.







Sienna Miller in In Michael Kors
Kak Siena,  lani dah tahun 2017 orang dah tak pakai dah dress cut out macam ni.







Gwendoline Christie in Vivienne Westwood
Tak sangka Vivienne Westwood boleh buat dress yang tidak liar begini.  Akak suka Gwen wanita agam ni dressing macam ni.  Kerlas tau dia.  Gergasi cantek sangat.




click read more





Sarah Jessica Parker in Vera Wang
Deni duk buat dah.....kain khemah sapa la dia amik buat dress.  Merepek tau pompuan kuda ni.  Bahagian atas dress itu memang dah okay dah,  tapi pasaipa tiba-tiba pi buat macam lengan terjatuh kat bahagian tepi tu macam mana ka?  Macam dress tak siap.  Pastu perlu ka buat rambut macam tu?  Nampak sangat dramatik.






Miranda Kerr in August Getty Atelier
Dresss ini kerlassss!  Sebab nampak sangat elegen dan macam lama-lama gitu.  Akak suka.








Felicity Huffman in Georges Chakra
Cantik tapi nampak macam nak pi majlis luncheon pompuan kaya-kaya kat kelab golf sahaja.






Kristin Cavallari in Idan Cohen
Cantik dress ini,  nothing to carut.








Gillian Anderson in Jenny Packham
Kerlasss pompuan X files ni duk pakai dress yang meletops.  Siriesly akak suka dress ini.  Beliau nampak muda dan fresh.






Kristen Wiig in Reem Acra
Awat deni nampak macam Julie Andrews?





Michelle Williams in Louis Vuitton
Baju LV buat mesti macam pelik-pelik macam mana ka.  Mak tak faham.  Nak kata tak elok dak....nak kata elok pun dak.






Louise Roe in Monique Lhuillier
Walaupun pompuan ni nampak macam kepala nak terkeluaq (salah posing) tapi dress ini cantik.  kasut dia ja somehow bagi akak macam tak sesuai.  Tapi dress ini kerlas.






Mandy Moore in In Naeem Khan
Kerlas Kak Mandy Moore buat comeback.  Dress ini cantik.  Nothing to carut.  Tapi tetek takdak,  dia pakai baju V neck macam mana labuh sampai pepek pun tak nampak macam over.




Jessica Biel in Elie Saab
Ni semua Angelina Jolie punya pasai,  lani semua orang nak pakai dress kena bok keluaq kaki macam ni.






Kristen Bell in Jenny Packham
Cantik Kristen Bell pakai macam ni nampak macam pompuan-pompuan kerlas.





Busy Phillips Stella McCartney
Okaylah nothing to carut.






Miss Golden Globes Sistine, Scarlet and Sophia Stallone
Ni semua anak-anak dara Sylvester Stallone.  Kerlas.







Tiziana Rocca
Baju tidoq pompuan gemok mana dia pinjam tak tau.






Zazie Beetz in Delphine Manivet
Awat deni pakai dress kot terbalik?






Amy Adams in Tom Ford
Cantik.  Kelas......takdak apa nak carut.





Teresa Palmer In Armani PrivĂ©
Tak semua orang boleh pakai baju baldu dan akan nampak cantik. Potongan dress yang menarik juga amat penting.





Winona Ryder in Viktor & Rolf
Kesian kat kat Kak Winona,  dia membuat comeback yang meletops kali ini kerana lakonan hebatnya dalam cerita drama TV The Stranger Things.  Sampai dia dicalonkan untuk kategori "Actress - Best Performance in a Television Series – Drama".  Tapi sayangnya malam ini dia pakai dress tak elok.  Nampak macam dress daripada koleksi tahun-tahun yang lalu,  pastu make up dan hair do dia sangat sedih.




Blake Lively in Atelier Versace
Perlu ka poket emas untuk tutup tangan bila cekak pinggang lagu tu?  Pelik la.






Riley Keough in Chanel
Baju ini macam sempoi corak dia.  Pilihan yang sedikit pelik untuk red carpet.  Tetapi menarik.





Meryl Streep in Givenchy couture by Riccardo Tisci
Kerlas mak ayam.  Okay lah pilihan selamat.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...