Featured Post

#PrayforPenang

24.1.17

Ulasan Fesyen 2017 Golden Globe Awards Part 3





Giuliana Rancic in Rai Zakhem
Siriesly dress ini sangat smart!! Dia punya motif pnya tu bukan lace tapi macam corak melekat meghelit lembut macam mana ka.  Potongan kemas yang dilengkapkan dengan tali pinggang warna emas pun sempurna.  Tapi lawaknya,  Giuliana Rancic ni kuruih gila dan dia nampak macam praying mantis.



click read more




Laura Dern In Burberry
Hangpa tau dak, pompuan ini dulu la kapel dengan Billy Bob Thornton,  pastu Angelina Jolie mai,  rampas Billy Bob Thornton dari pompuan ini la.  Gila betui!  Maknanya Angelina Jolie bukan sekali,  dua kali dia pernah gagau laki orang.  Cuma masa tu Laura Dern tu tak kawen lah dengan Billy Bob,  dia duk kapel ja.  Tiba-tiba dia tau saja,  laki dia tu dah pi kapel dengan Angelina Jolie.

Okay sorry cerita tu pulak yang panjang,  dress ini simple jer.  Nice u olls.  Make up and rambut pun simple nice.








Olivia Culpo In Zuhair Murad
Mat Salleh tak suka dress macam ni depa akan kata too colorful dan semak.  Tapi akak sukaaaa dress ini.  Sangat meriah ya.








Ruth Negga in Louis Vuitton
Aiyoo !  Deni nampak macam pencil box warna meghelit.  Siap ada zip besaq semua.  Tak elok la dress ini.  Tetapi dia nampak confident and stylo. Tapi mungkin pencinta fesyen yang pelik-pelik akan suka rekaan ini.






Naomie Harris in Armani Privé
Kerlas kakak kita always look polished and nice.  I love her.








Claire Foy in Erdem
Pilihan yang agak pelik oleh seorang perempuan mempunyai rupa Inggeris klasik ini.  Kain labuci penuh ini nampak macam mor-mor.  Walaupun tak berapa nak meghelip,  tapi bagi akak,  macam something is wrong.  Apa pendapat hangpa pula?








Regina King in Romona Keveza
Kerlasss kakak Regina.  Nice la jugak....nampak macam ranggi.










Millie Bobby Brown in In Jenny Packham
Pandai Millie memilih dress yang nampak formal tetapi sesuai untuk usianya yang masih awal remaja.  Walaupun dalam pose kedua,  dia duk buat macam duk besaq dah ni.








Chrissy Teigen in Marchesa
Pelik dress ini.  Bahagian atas tu nampak macam rambu ramba yang keras.  Tetapi ini adalah pilihan yang berlainan buat Ms.  Chrissy selepas bergelar ibu.








Kaley Cuoco in Tommy Hilfigger
Again,   tetek kecik macam ni pakai V neck sampai ke faraj pun nampak macam biasa sahaja.  Cuba kalau wanita berpayu jaigentik,  mesti kita yang tengok gambar pun rasa macam sesak nafas.








Nicole Kidman in Alexander McQueen
Nicole kata,  masa dia duk buat fitting baju-baju yang dia nak pilih dan pakai for red carpet,  anak dia suka baju ini.  Anak dia kata "Mother,  you look like angels." Pastu Kak Nicole pun pilih pakai baju ini.  AIIYOOOOO...len kali jangan duk trust pilihan anak hang melainkan anak hang dah besar panjang dan mempunyai pertimbangan yang boleh digunapakai.


Siriesly tak elok kot baju ini.  Serabut dan nampak macam artis baru-baru nak naik popular dan orang tak berapa nak kenal lagi.  Mencuba sungguh-sungguh untuk tampil hebat di red carpet.  Warna tak kena,  bulu-bulu tu dah terlampau banyak,  and yes,  wajah Kak Nicole pun dah rasa macam nak pecah dah.  Duk injeksyen banyak dah ni.








Drew Barrymore in In Monique Lhuillier
Macam ada sayap burung....i like!! Dress ini unik.








Sofia Vergara In Zuhair Murad
Amboi Kak Copia,  duk pakai dah dress ketat kat tetek dia tu.  Senala duk nampak dua kepala botak tersekat kat dress dia tu.







Sarah Paulson in Marc Jacobs
Aku suka dress ini.  Nothing to carut sebenarnya.  Next.





Gina Rodriguez in Naeem Khan
Pasaipa ramai yang duk pakai baju yang elok simple semua aku takdak benda nak carut dalam blog aku.  Siye betui.






Priyanka Chopra in Ralph Lauren
Peminat daripada negara India semua duk kutuk deni kat internet kata dia duk try too hard untuk tampil sama taraf dengan bintang-bintang Hollywood.  Akak rasa depa tu semua jeles sebab depa rasa betrayed by Indian woman yang STRONG dan bekerja kuat untuk masuk pasaran Hollywood.

Pasaipa kat dia semua tak elok semua buruk,  tapi kalau mat salleh lain semua hangpa puji gila gila.  Apa pun,  Kak Priyanka memang cantik cuma rambut tu saja macam biasa ja hari hari duk berlakon duk fesyen rambut macam tu.  Awat tak tukar fesyen sikit.







Tracee Ellis Ross in Zuhair Murad
Dress ini adalah cantik!  Simple tapi cantik.  Tapi ketat macam mana ka,  mesti susah nak jalan kan?  I hope ada terbelah kain dia kat mana-mana.  AHAHAH







Brie Larson in Rodarte 
Pompuan ni sorang pakai colour merah.  Kerlas.








Jessica Chastain in Prada
Kerlasss Kak Jessi.....duk pakai colour biru lagu ni.  Dress ini mempunyai potongan klasik yang sederhana.  Nothing to carut.








Trace Lysette
Baju ini sangat tahun 2013.  Orang tak pakai dah body suit kot dalam dengan manik-manik macam ni.  Come on nyah,  its 2017!!!






Octavia Spencer in Laura Basci
Walaupun nampak terlalu santai,  dan tak sesuai untuk ke majlis grandis macam ini.  Tapi akak rasa suit ini mempunyai potongan yang baik untuk wanita agam ini.  Akak nak tempah la satu suit cantik macam ini untuk mai kerja.







Evan Rachel Wood in Altuzarra
Kerlassssssssssssssssss!! Akak rasa dia telah memakai suit yang sangat cantik dan menampakkan dirinya yang posh.  Evan Rachel Wood memang dari dulu dia pandai dressing.  Dah banyak kali dia duk tampil di red carpet akak tak pernah carut beliau lagi.








Kathryn Hahn
Sama case macam Kak Olivia Spencer.  Suit ini cantik tetapi terlalu santai untuk event grandis.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...