27.2.17

Ulasan Filem Florence Foster Jenkins


Pernah tak hangpa berada dalam situasi di mana, hangpa duk rasa yang hangpa ni dah cukup bagus gila, sebab kawan-kawan dan ahli keluarga hangpa semua dah bagi hangpa keyakinan dan mengatakan yang apa yang hangpa buat selama ini adalah sangat bagus, tetapi bila mai waktu yang sebenar untuk hangpa test ke-terror-an hangpa, rupanya orang luar nampak hangpa ni semua takdak apa pun, tiada bakat, nothing special dan complete waste of time. Benda ini kemungkinan adalah bakat dan kebolehan sendiri, minat yang hangpa suka atau simply sesuatu yang dari dulu hangpa buat, hangpa rasa hangpa adalah yang terbaik sekali.  Dan bila akhirnya kita tau tentang kebenaran,  kemungkinan juga benda ini adalah terlalu lewat untuk kita selamatkan benda-benda lain.


Ini adalah cerita Florence Foster Jenkins seorang bangsawan zaman 1920 an hingga 1940 an yang amat meminati bidang nyanyian opera. Dia sendiri adalah seorang peminat muzik opera dan kerana taraf hidupnya, dia mampu untuk hadiri persembahan-persembahan teater opera dan mempunyai ramai kenalan rapat dalam bidang itu. Tetapi, Florence Foster Jenkins yang didorongi oleh suaminya nekad untuk merakamkan album seterusnya membuat persembahan terbuka dikhalayak ramai untuk memperdengarkan nyanyian operanya.



Takdak sapa-sapa pun yang introduced aku movie ini, aku terjumpa dalam applikasi Showbox (applikasi mudah hangpa boleh download dalam handphone hangpa untuk tengok movie secara percuma, stream terus tanpa perlu download, Cuma dia makan data internet sahaja, takdak dalam Play Apps, hangpa boleh Google sahaja untuk tengok cara-cara nak download, tapi ini untuk android sahaja, sapa Apple susah sikit). Aku tertarik nak tengok film ini sebab tengok posternya, warna kuning, ada muka Meryl Streep, Hugh Grant dan sorang lagi pelakon yang aku recognized dari cerita Inglorious Basterds.



Aku tak expect apa-apa dari filem ini tapi selesai menontonnya aku rasa terhibur gila sampai aku excited dan pi Google macam-macam pasai pompuan feeling kuat bernama Florence Foster Jenkins ni. So am sharing this with you guys, pi cari filem ni dan tengok. Sebab filem ni tak keluar dalam panggung wayang kat Malaysia.


SPOILER ALERT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

click read more

23.2.17

Pasar Malam Rokwok


Mencari peniaga yang berminat untuk menyewa tapak di PASAR MALAM ROKWOK 

Bila dan di mana? 
πŸ‘‰  Setiap hari Khamis (Akan bermula pada 2 Mac 2017)
πŸ‘‰ Lokasi tapak perniagaan Rokwok,  Lorong Kulit,  Stadium Bandaraya Pulau Pinang
πŸ‘‰  Waktu niaga pukul 3:00 petang hingga 10.30 malam



Pendaftaran ?
Sesi cabutan nombor tempat berniaga pada 
1 Mac 2017 pukul 3.00 petang
2 Mac 2017 pukul 3:00 petang
[[  Sila bawa duit pendaftaran ]]

πŸ‘‰Pendaftaran RM50
πŸ‘‰Sehari RM10


Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan,  sila Whatsapp nombor seperti berikut
πŸ‘‰  01126725420(Noor)
πŸ‘‰  0164373444(Adam)
πŸ‘‰  0164201654(Anna)
πŸ‘‰  0196264456(Shaiful)

Ulasan Fesyen Red Carpet Screen Actor's Guild Awards 2017 Part 3

Michelle Williams in Louis Vuitton
Pelik betui baju ni.  Dah lah meghelit macam mana ka.  Michelle lani duk mai dressing pelik-pelik tau.  Apa perasaan dia lani aku pun tak tau.




Busy Philipps in Jeffrey Dodd
Gabungan warna yang pelik dan nampak murah.



Thandie Newton in Schiaparelli Couture
Deni pun sama suka pakai baju merepek juga.  Mungkin baju ini akan relevan untuk red carpet tahun 2050.  Kerlas depa.




Taraji P. Henson in Reem Acra
Kerlas mak ayam Tarajiiiiiiiiiiiiiiiii.  Aku sangat suka dua bijik riben kat leher dan bahagian perut tu.  Tiba-tiba bubuh kat situ teruih nampak standout.  Aku rasa ini first time aku tengok Taraji pakai dress kembang-kembang Sindralela macam ni.  Maybe pilihan warna terlalu bosa bagi akak,  tetapi design dan bentuk dress akak suka.  Sweet tapi still macam rock.




Zuri Hall in Aloura
Awat aku tengok dia aku rasa dia ni macam tuhan semangat padi?  Pasaipa?




Ariel Winter in Mikael D
Tetek hang dah besaq,  pastu duk pakai dress macam ni.  Saja nak menunjuk la tu.  Ariel Winter ni muda tau!  Tapi duk pakai baju nampak tua.  Rambut dan gaya ini keseluruhannya nampak dia macam murah.  Orang badan volapsyes macam ni kena hati hati dalam banyak hal.




Ulasan Fesyen Red Carpet Screen Actor's Guild Awards 2017 Part 2

Nicole Kidman in Gucci
Siriesly ini adalah baju red carpet paling buruk yang pernah akak tengok Nicole Kidman pakai.  Sebagai icon fesyen macam mana deni boleh feeling pakai macam ni?  Gila ka apa?  Aku ingat last Golden Globe was already the worst.





Amy Landecker and Jenifer Lewis in St. John
Depa dorang ni terpakai baju sama atau memang plan nak pakai baju sama?  I dunno!





Michelle Dockery in Elie Saab
Baju ini unik dan nice tapi bukan untuk beliau dan bukan untuk majlis anugerah ini.  Kalau bagi kat someone lebih muda untuk Kid's Choice Awards ataupun MTV Awards ka apa ka,  mak rasa okay.




Mayim Bialik
Potongan bahagian atas dress ini adalah tidak kemas dan membuatkan tetek dia macam tertarik dan flat.  Dan kain ini akak rasa macam tak sesuai buat dress.  Kalau buat sofa atau kain langsir adalah okay. Tapi akak tetap suka dia punya clutch.



click read more


Ulasan Fesyen Red Carpet Screen Actor's Guild Awards 2017 Part 1

Hello u olls,

Jom kita tengok baju-baju yang dipakai oleh para artist Hollywood semasa menghadiri 23rd Screen Actors Guild Awards yang telah berlangsung pada 29 January 2017 yang lalu di Shrine Auditorium Los Angeles, California.

Akak telah susun baju-baju ini semua mengikut warna dan corak pakai pakaian agar senang pengamatan kalian semua.



Natalie Portman in Dior
Selesanyaa baju ini.  Walaupun nampak sangat besaq dan kembang tapi untuk wanita mengandung macam dia,  tapi akak tengok pun akak tau mesti selesa betul pakai dress ini.  Nothing to carut,  i love potongan ini.  Tapi dia nampak kerlas sebab jenis kain yang dipakai,  kalau pakai kain biasa tak akan nampak meletops macam ni.




Brie Larson in Jason Wu
Terpegun aku dengan potongan dress ini sebab aku pelik macam mana dia buat bagi nampak elok terletak,  tak nampak tempat jahitan,  tak nampak kat mana ada cantuman kain.  Dan memang kat bahagian dada tu senget ka?




Danielle Brooks in Christian Siriano
Mak follow pompuan agam ni kat Instagram.  Dia selalu pakai baju cantik-cantik.  Tapi pasaipa kat red carpet ni dia kena pakai baju pi taici?





Kerry Washington in Cavalli Couture
First time aku tengok Kak Kerry pakai baju dari abad sekarang yang kita duk hidup ni.  Dia kan selalu pakai baju pelik-pelik,  fashion aku tak faham.




Giuliana Rancic in Yousef Al-Jasmi
Mentadak mentaduk pakai baju.  Kerlas.



click read more

Nasi Lemak Goreng at Pulau Tikus, Penang

Gang Laparpo kembali lagi dengan video terbaru iaitu nasi lemak goreng di Pulau Tikus,  Penang.  Gilalah!  Wujud lagi kedai mamak ni.  Aku dulu duk mai makan kat sini zaman sekolah menengah,  mai sini naik motor dengan Zulia dan Haleesa.  Tak sangka masih wujud lagi.


Syabas Laparpo sebab tolong promote kedai makan ni pulak.  Harapan Roti Canai Shaik lepas ni tak berapa ramai orang pi sangat dah.  AHAHAHAHA


click read more

Antologi Puisi dan Cerpen Pari Pari Dikocekmu


Hello u olls,

Hari ini akak nak promote sebuah buku antologi puisi dan cerpen terbitan PANCARAGAM,  semua ni kerja budak-budak USM yang otai dalam bidang penulisan dan sastera ni semua.  Yang sumbangkan penulisan dalam buku antologi ni pun semuanya gang budak-budak terjemahan dan bahasa from PP Ilmu Kemanusiaan semuanya yang memang sedia kala aku tau sebab depa ni memang aktif dengan kerja-kerja bahasa dan sewaktu dengannya.

Respek tinggi untuk hangpa atas penerbitan buku ini.  Kualiti yang baik,  isi yang ikhlas dan tidak cuba untuk menjadi orang lain.  Aku harap hangpa jangan terhenti di sini sahaja.  Terbit dan angkat lagi kerja-kerja penulisan bukan semata-mata untuk cari duit okay.  Terbitlah untuk naikkan nilai yang ada dalam penulisan itu.

click read more

22.2.17

Ulasan Filem dan Rancangan TV Hollywood yang Tercalon dalam Anugerah 2017

Hello u olls,

Musim anugerah bagi semua rancangan TV dan filem yang diterbitkan di Hollywood bagi tahun 2016 telah bermula sejak awal tahun ini. Kesemua penerbitan yang mencapai nilai terbaik dalam penyampaian dari segi lakonan, penceritaan, arahan dan suntingan telah dicalonkan dalam pelbagai anugerah. Depa ada lebih kurang 19 buah yayasan atau persatuan yang menjalankan aktiviti menilai dan memberi anugerah kepada pencapaian filem dan rancangan TV di negara depa tetapi yang paling besaq dan paling popular kita kena tau lah of course, Golden Globe Awards, Screen Actors Guild Awards dan Academy Awards.


So hari ini, akak nak share dengan you olls semua semua rancangan TV dan juga filem yang mana telah mendapat banyak pencalonan untuk anugerah-anugerah untuk tahun 2017. Ada yang akak dah tengok, ada yang akak tak tengok lagi.


One thing pasai filem-filem Hollywood adalah bukan semata-mata kerana populariti, berapa juta tiket terjual di seluruh dunia, bukan juga sebab semata-mata bajet berjuta-juta duit yang digunakan untuk menjadikan effect pada filem itu menjadi nyata, tetapi depa ni suka meletakkan nilai yang tinggi pada skrip, lakonan dan pengarahan. Tiga benda ni depa sangat appreaciate dan hormati.


So akak akan pecahkan kepada tiga kategori iaitu filem, TV series dan juga animation film. Kalaulah nak disenaraikan semua filem-filem yang mempunyai pencalonan untuk anugerah, mampuih banyaklah senarai aku, tapi aku buat sikit sahaja dan aku pilih mana yang worth untuk aku kongsikan dengan hangpa dan filem-filem ni menerima lebih dari satu atau dua pencalonan anugerah. Kalau ada masa pada masa akan datang aku share pulak satu-satu story yang aku dah tengok ni!


Kategori Filem

Arrival
Akak dah tengok movie ni. Kak Senduk punya pereng sampai kutuk filem ni kat Facebook status dia. HAHAHA. Well, aku faham pasaipa ramai yang bengang dengan penceritaan filem ini sebab last-last dia tergantung macam mana kah. Aku rasa pengarah ni feeling nak buat semua orang macam touching gila macam masa kita tengok cerita sains fiksyen Insterstella yang menceritakan jugak pasai teori-teori masa dan waktu. Sebenarnya teori filem ni simple sahaja, nak kata si alien tu boleh tengok masa depan kita dan depa mai kat dunia ni sebab si watak utama boleh selamatkan dunia sebab dia mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan. Dahla cerita ni slow gila babi, latar belakang semua style gelap dan misteri gitu, noks, mak tertidur 3 kali depan telefon semata-mata nak habiskan tengok cerita ni. Lakonan Amy Adams memang bestlah tak dinafikan. Tidak begitu 'memorable' kalau nak dibandingkan dengan cerita 'Interstellar' la...habis tengok cerita tu terus rasa macam kena fuck kat otak.


click read more

21.2.17

MILO Malaysia Breakfast Day 2017 - Penang


Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan ke MILO Malaysia Breakfast Day 2017!


Universiti Sains Malaysia (Padang B)

19 Mac 2017
7 hingga 10 pagi


Datanglah berpakaian hijau!


UNTUK PENDAFTARAN sila layari: http://www.milo.com.my/?q=page/mbd2017-pulau-pinang


Pesta Cahaya di Kek Lok Si Temple



Hello u olls,


Haaa kalau hangpa mai Penang,  mesti hangpa tau kan Kek Lok Si temple?  Ataupun hangpa typical Melayu-Melayu yang tak masuk tokong Cina atau apa-apa sahaja tempat ibadat agama lain sebab hangpa takut hangpa bersekutu dengan Allah?   Gitu.  So kalau hangpa pernah pergi ke Kek Lok Si Temple yang sebenarnya dekat dah sangat dengan Penang Hill,  ni nak habaq sat kat hangpa,  sebenarnya tempat tu dah dekat sangat dengan rumah akak okay.  Kalau hangpa nak pi sana,  memang confirm hangpa kena lalu rumah akak dulu.


Untuk pengetahuan,  setiap kali tibanya perayaan tahun baru Cina dan juga ketika sambutan Hari Wesak,  seluruh tokong Kek Lok Si akan diterangi dengan cahaya lampu yang berwarna-warni selama lebih kurang seminggu lebih.  Dalam kes ini,  15 hari lah u olls sebab sampai habiskan Chap Goh Meh.

Akak,  Kak Maya dan Dannie pun gigih pergi makan nasi kandar dan pergi menaiki Kek Lok Si temple ni dengan menaiki dua bijik motor.  Dannie lagi sial siap tak pakai helmet u olls.  Nampak tak betapa dekatnya lokasi kami sampai naik motor tak payah pakai helmet pun takpa?

Nak naik motor tu agak mencabarlah jugak u olls sebab bukit menaiki tokong Kek Lok Si ni agak curam,  tapi masa nak turun tu lagilah mencabar.  Akak rasa sangat macam gajah nak basikal kat sarkis.  Tapi alhamdulillah,  akak bawak motor pelan-pelan dan berjaya turun hingga ke bawah tanpa terlibat dengan sebarang kemalangan.  Choi!

Untuk u olls yang teringin nak melalui pengalaman ini,  kena mai macam tarikh-tarikh yang akak cadangkan tu,  kalau nak naik kereta pun boleh,  tapi parking jauh di bawah dan you olls kenalah jalan kaki naik ke puncak.  Kalau naik motor,  hangpa boleh parking betul-betul kat bawah patung Dewi Quan Yin tu.

Bawak camera untuk ambil gambar cantik-cantik!  Itu yang paling penting,  dan hormati orang lain yang tengah bersembahyang.  Jangan duk buat benda-benda tak senonoh pulak.  Ini tempat ibadat ya.


Takpayah teruk-teruk nak pi China,  Penang sudeh!



click read more

Pau Abah Yang Sedap



Hello u olls,

Akak duk nampak la kat Facebook kawan akak ni dia memang meniaga macam-macam makanan jenis snack seperti kek dan sebagainya dekat satu kiosk dalam USM.  So ada satu time tu dia duk promote pau abah,  pau abah,  pau abah.  Pau apa tu?  Akak tengok nampak macam cendawan besaq tapi sebenarnya dia adalah sebuah pau.  Pau kan selalu warna putih?  Yang ni warna putih,  tapi kot atas dia ada macam satu salaput warna koko yang merekah.  Unikla bentuk dia.

So one day,  akak pun pergi lah ke kiosk kawan akak tu dan beli pau abah dan akak rasa.  Siries wehs memang sedap pau abah ni.  Inti dia adalah perisa ayam dan juga campuran cendewan.  Depa masak inti tu dengan rasa yang simple,  u can taste the chicken and you can taste the cendawan.  Takdak la overwhelm dengan rasa curry ka lada ka apa apa la.



click read more

20.2.17

Contoh Hujung Minggu Yang Damai

Mama Regina and me.

Hello u olls,


Sajalah nak share sikit cara hidup Jumie Samsudin pada hujung minggu yang damai.  Ini adalah contohnya yang berlaku pada beberapa minggu yang lampau.  Kalau tiada apa-apa program,  takdak benda penting nak buat,  takdak kain untuk dibasuh,  rumah pun siap berkemas,  laki pulak duk sibuk pergi kerja,  beginilah cara akak menghabiskan hujung minggu akak.


Ya Allah seronoknya kerana akhirnya setelah dengan berat hati beberapa tahun yang lalu akak terpaksa melepaskan benda yang paling akak suka buat iaitu menjadi tukang make up kepada para pengantin di mana akak menerima banyak tempahan make up di seluruh Pulau Pinang khasnya.  Kerjaya sampingan itu akak buat sejak tahun 2008 dan akhirnya akak hentikan pada tahun 2014 atas faktor-faktor kesihatan.


Akak selalu kena migraine yang agak kronik kadang tu sampai berhari-hari tak boleh bangun,  akak jadi lesu,  takdak semangat dan hampir-hampir nak jadi depression sebab tak cukup rehat,  tak boleh tidur dan overthink tentang hidup.  Akak pernah catat dalam blog akak dulu dalam segmen catatan diari,  pandai-pandailah hangpa pi godek cari.


So ini adalah satu contoh hujung minggu yang damai. Pukul 9 pagi akak bersiap dan minta tolong suami akak hantar akak ke Bee Hwa Cafe  dan bertemu dengan Mama Regina Ibrahim.  Kami sembang-sembang tentang hidup, tentang penulisan,  tentang buku over breakfast yang amat sedap.  Mee curry jadi pilihan akak.


Mee curry kat Bee Hwa sempoi sikit.  Dia kuah putih,  bila hang kacau sambal dia baru dia jadi warna merah.

click read more

17.2.17

Kampung Style Homestay Ayer Itam Pulau Pinang


Hello u olls,

If you're looking for kampung style homestay very near to Bukit Bendera, this is the best spot. Ramai jugak orang dah booking, especially mat salleh sebab depa suka nak tengok cara duduk rumah kampung just outskirt of Georgetown.




click read more

16.2.17

Menginap di Segi Tiga Emas Hotel in Kuala Lumpur !

Hello u olls,

DAH LAMAAAAAAAAAAAAAAAA tak turun Key Ells.  Siries - siries.  I bukan macam Afat Gillard,  eberi weekend turun KL naik flight ya.  Tapi bulan empat ni,  ada sedara we olls akan mengahwinkan anak beliau dan kendurinya di Kuala Lumpur u olls.  

Disebabkan hari tu kenduri di Putrajaya akak dah skipped dan menyebabkan sepupu sepapat akak semua marah,  maka family gathering yang akan datang ini haruslah akak kena pergi juga.  Mandatory.  Semalam akak duk called my sister Sanita,  wakil pengedar tuala wanita,  dan duk plan lah pasai nak pi KL ni.  




So akak pun terpikiaq,  sekali-sekala datang KL teringin juga nak duduk kat tempat-tempat high class Bukit Bintang Kuala Lumpur yang mana dikenali juga sebagai segi tiga emas ibu kota Malaysia.  Selalu akak duk tengok bila lalu kat area-area tu,  nenjia duk nampak lah pelancog asing especially pak-pak Arab yang duk stay kat area sini.  And of course,  kalau orang kita pulak adalah mak-mak datin dan datuk-datuk VVIP kerlas dan kaya ni.

Akak terpikiaq juga,  berapalah harga kalau nak duduk semalam kat hotel area Golden Triangle ni.  Kalau kita pi straight tanya kat kaunter receptionist mesti kita sendiri akan seperti melukut di tepi gantang kan sebab tersentap dengan harga yang dinyatakan.  Tapi,  ikut hati macam teringin jugak kan?  So macam mana nak buat?  

Nenjiaaaaaaa!!  Traveloka Malaysia sangat bermurah hati sebab depa selalu tawarkan tiket promosi kepada member-membernya. So kalau rajin visit Traveloka punya website ni, hangpa boleh berpeluang untuk stay di hotel-hotel mewah seperti tersenarai di bawah degan harga yang morah!! Jom baca lagi.

click read more



Ulasan Drama TV The Crown (2016)

Barisan para pelakon untuk musim 1.

Kebelakangan ini, Hollywood lebih gemar membuat produksi drama TV bersiri berbanding dari membuat sebuah filem yang mungkin hanya untuk gambaran 2- 3 jam dan bersambung menjadi dua tiga siri movie yang masih juga terhad untuk beberapa siri sahaja. Melalui terbitan drama TV, penulis skrip, pengarah, pereka set dan para pelakon mempunya kebebasan yang lebih luas lebih kurang 10 hingga 12 jam karya untuk satu musim yang mungkin mengandungi antara 8 hingga 10 episod.


Penonton sendiri pun lebih gemar memilih siri drama TV sebab olahan yang disampaikan dalam drama TV lebih terperinci dan lebih lengkap (walaupun of course tidak bolehlah nak selengkap olahan dalam penulisan buku).


Game of Thrones, The Vikings, The Walking Dead dan banyak lagi drama siri yang melihat bagaimana rumah-rumah penerbitan filem Hollywood meletakkan berjuta-juta wang untuk sebuah produksi.

Poster release.

Salah satu siri drama TV bajet besar yang akak sempat ikuti baru baru ini adalah The Crown iaitu sebuah drama bersiri yang menceritakan secara terperinci kisah hidup Queen Elizabeth II iaitu mak tok kepada Prince William.


Filem ini dikatakan telah menelan belanja hampir 100 juta pound sterling. NAHARIAM!! Boleh dak bagi 0.5 juta ja kat aku, so aku boleh quit my job and live my life as full time blogger. AHAHAH. Setiap episod dikatakan menelan belanja paling kurang 5 juta pound sterling.


Pada mulanya akak ingatkan The Crown adalah sebuah filem. So akak pun tunggulah filem ni keluar dalam Show Box (sebuah aplikasi pirate yang membenarkan kita tengok free movie dengan menggunakan data internet yang ada, akak akan tulis artikel khas untuk aplikasi ini). Tunggu punya tunggu, rupanya akak salah tunggu. The Crown sudah lama ada dalam aplikasi ini tetapi dalam kategori drama TV.

Gaun replika yang menyerupai gaun perkahwinan Queen Elizabeth.


2016 adalah permulaan untuk musim pertama yang mengandungi 10 episod. Setiap episode mengandungi lebih kurang 50 hingga 60 minit tayangan dan episod-episod ini bermula daripada saat Queen Elizabeth berkahwin dengan Prince Philip, Duke of Edinburgh sehinggalah kepada episod terakhir dalam musim ini yang menceritakan bagaimana kehidupannya sebagai seorang permaisuri muda menghadapi pelbagai cabaran berat seperti kehendak adiknya yang ingin bernikah seorang duda yang juga seorang lelaki yang pernah berkhidmat sebagai pembantu khas kepada mendiang bapa mereka, pengakhiran khidmat Winston Churchill sebagai Perdana Menteri dan bagaimana dia menguruskan suaminya Prince Philip yang berada dalam konflik ego tersendiri, yalah u olls, bini dia bukan semata-mata wanita bekerjaya, bini dia adalah THE QUEEN yang dalam banyak hal tidak memerlukan bantuan suaminya langsung kecuali sokongan moral, kasih sayang dan harapan. Dalam erti kata lain, menjalankan tanggungjawab seorang isteri kepada suami. Mana ada lelaki nak buat macam itu.


Drama siri ini dicipta dan ditulis oleh Peter Morgan, iaitu insan yang bertanggungjawab untuk menulis sebuah filem The Queen, lakonan Helen Mirren yang menceritakan apakah yang dilalui oleh Queen Elizabeth semasa kematian bekas menantunya Princess Diana dalam kemalangan ngeri itu. Aku rasa melalui filem ini jugalah, the whole United Kingdom if not the whole world, somehow boleh merasakan belas kasihan dan bertukar pandangan mereka terhadap Queen Elizabeth yang selama ini mereka nampak sebagai seorang wanita jahat, hati kering dan tiada perasaan. Aku tonton filem itu banyak kali, dan scene yang paling aku suka apabila bagaimana pada satu ketika Queen Elizabeth telah turun dan melihat bunga-bunga yang disusun oleh rakyat untuk mendiang Princess Diana. Catatan-catatan pada bunga-bunga itu yang secara terang mengutuk dan menghina Queen Elizabeth sendiri, terpaksa dia baca dengan tenang tanpa menunjukkan sebarang emosi kepada rakyat yang sedang memerhati dari tepi.


Ya, aku rasa melalui filem itu, Queen Elizabeth telah diselamatkan oleh Peter Morgan. Rakyat mula mengerti peranannya bukan sahaja sebagai seorang permaisuri malah seorang ibu dan seorang nenek.


So aku rasa, perkara yang sama cuba dilakukan oleh Peter Morgan dalam penulisan drama bersiri ini. Dia mahu menunjukkan kepada para penonton sekalian bahawa, di sebalik imej seorang permaisuri yang tua dan mempunyai rupa paras yang menakutkan itu (tipu kalau ampa tak takut tengok muka Queen Elizabeth lagi, wehss dia dah purba okay!!), disebalik wajah tanpa eksperesi dan senyuman keras itu, kita semua kena ingat bahawa Queen Elizabeth adalah seorang yang wanita luar biasa kerana kecekalannya dalam menjadikan dirinya yang terbaik untuk memegang jawatan terbesar di dunia ini.

click read more

Baju Teedoque by WHAT.malaysia



Hello u olls,

Haaaaaa sapa sini suka pakai baju kelawaq duduk kat rumah?  Yaaaaaaa akak angkat tangan dah siap-siap noks.  Akak akui sebagai pompuam agam,  akak suka dan selesa memakai baju kelawaq apabila duduk di rumah.  Tetapi untuk duduk di dalam rumah sahaja ya,  bukan untuk keluar membeli sayur dan sabun Dettol di kedai runcit.

Baju kelawaq selesa sebab kain potongan yang luas dan lebar menyenangkan kita untuk membuat kerja di rumah atau berkubang di atas katil.  Malah apabila untuk membuat sesuatu pun,  nak bukak pun senang kan?  Tetapi baju kelawar ada kelemahannya juga iaitu jahitan di tepi ketiak mungkin akan mudah terkoyak dan untuk pompuan celaka macam akak yang malas jahit,  akak akan biarkan jahitan itu terbuka dari ketiak hingga menampakkan seluar dalam.  Kih Kih Kih.

Banyak baju kelawar akak yang buruk-buruk akak dah buang jauh dan sekarag akak nak invest dalam baju tidur yang nampak lebih kemas,  cantik dan membuatkan suami rasa tenang melihat akak di rumah.  Oleh itu akak baru baru ini telah mencuba sebuah baju tidur yang sangat meletops keluaran WHAT.malaysia




click read more

15.2.17

Kiran Jassal wakil Malaysia untuk Miss Universe 2017


Hello u olls,


Let's talk about this girl. First of all, akak ingin ucapkan tahniah kepada beliau dan juga seluruh pasukan Miss Universe Malaysia 2017 yang telah bertungkus lumus menjadikan penyertaan beliau mewakili negara kita ke persada pentas Miss Universe di Manilla baru-baru ini sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan.


Akak baru sahaja menonton rakaman ulangan rancangan Miss Universe di Star World baru baru ini, dan akak rasa macam Miss Universe Organization telah membuat rakaman rancangan TV yang bagus di mana pertandingan Miss Universe ditunjukkan sebagai sebuah pertandingan yang siries dan bukan untuk ditertawakan.


Akak tengok Miss Universe 2017 ni dengan mak akak iaitu Kak Edeh. Dia pun duk syiok tengok siap gelak-gelak dengan Steve Harvey abang botak tu.  Dan pada pendapat akak la,  memang tepat sekali depa buat penganjuran Miss Universe kali ini di Manilla,  Philippines sebab kita semua memang sedia maklumkan macam mana orang-orang Pinoy sangatlah obses dengan pertandingan ratu-ratu cantik ni,  hang pi la mana-mana page Facebook atau Insta pasai ratu cantik,  sah-sah ponen-ponen Pinoy lah yang paling gigih duk komen panjang-panjang macam tulis blog.  Haram semua.


So bila buat kat Manilla,  memang nampak lah sangat meriah kerana tenaga yang diberikan oleh para penonton bukan sahaja semasa pertandingan di dewan tu malah ketika calon-calon Miss Universe hadiri event-event di kawasan lokal.  Daripada buat kat Amerika ka mana-mana ka,  tengok penonton semua macam sendu dan akak-akak kampung yang dapat ticket free gituh.  Artist pun panggil artist sendu yang tak best.

Kali ini artist yang jadi co-host pun wanita agam Ashley Graham dan juri juri pun kerlas antaranya yang akak sangat suka adalah Leila Lopes dan Sushimita Sen.  Kerlas semua.

click read more

13.2.17

Road Trip Kampar: Breakfast at Warung Selera Kampung, Kuala Kangsar



So lepas dah semua orang pun dah kena balik awal ke Penang pada hari Ahad, maka akak, suami dan Kak Yuss sahaja yang stayed back di Kuala Kangsar di mana kami tumpang menginap di rumah Kak Ren. So dah terlajak tidur kat sini, esok paginya kami bertiga pun pergi makan pagi di sebuah lokasi yang sangat meletops iaitu Warong Selera Kampung yang terletak di tepian Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar.


Selain makan pagi, warong ini ada juga menyediakan jamuan makan tengahari yang pelbagai. Tapi paling popular rasanya tempat ini adalah kerana suasana kampungnya yang aman. Especially bahagian belakang warung ini yang mempunyai kebun pokok getah yang mungkin di miliki orang persendirian.


Kata Kak Ren, dulu warung ni kecik jer, tapi sekarang ni makin lama makin besar dan lauk pauk dan juadah pilihan untuk kita nak makan pun sangat banyak.


Pada pagi yang damai itu, kami order mee kari, mee kicap dan roti bakar dengan telur setengah masak. Untuk suami akak, I olls bungkus nasi ayam. Akak dan bapa akak sangat suka mee kicap, kalau turun Ipoh kami sangat suka beli dan makan mee kicap. Tapi siriesly, Mee Kicap Warung Selera Kampung inilah mee kicap paling sedap yang akak pernah rasa!!! Kicapnya lemak berkrim dan masin yang terkawal, tekstur mee yang tidak begitu berkanji dan paling penting sambal yang disertakan bersama-sama dengan mee kicap ini. Pedas pedas manis yang pekat. Dan sup panas yang disediakan bersama, bukan sup kosong semata-mata air dan minyak ya!


click read more

Roadtrip To Kampar: Kelli's Castle, Batu Gajah, Perak

Pemandangan Istana Kelli yang sangat popular.  Tetapi tahukah anda,  sekiranya istana ini siap di bina,  sebenarnya ini adalah bahagian belakang istana ini!

Next,  kami menuju ke Istana Kellie.  Ini adalah pertama kali dalam hidup akak,  akak mai istana ini.  Sebelum ini akak pernah mai,  tapi dah lewat malam dan lokasi ini sudah tutup untuk kunjungan orang ramai.  Akak ada gambarnya yang akak share dalam blog nanti lah akak cari. 


Dalam ekspidisi ini,  akak akan ambil peluang sebaiknya untuk explore istana ini sebaik mungkin.  Masa kami mula-mula mendekati Istana Kelly,  kawan akak iaitu Taufiq Noor telah bertanya,  “Wehs,  apa cerita Istana ni?  Boleh dak hangpa cerita dengan aku?”


Aku rasa macam nak humban lelaki yang putih macam kapas mayat ni dalam Sungai Kinta yang mengalir di belakang Istana Kelli.  Kepala puki hang umur 30 an hidup kat Malaysia ni hang tak tau Istana Kelli ni apa?  Lainlah pukimak Fansuri tu yang dari kecik duduk USA,  umur remaja baru balik mai duduk Malaysia.  Tapi detu pun memang ponen bodo-bodo sikit,  pengetahuan am lemah.


Nasib baik aku adalah penyuka majalah Mastika yang bagi sesetengah orang sebagai bahan bacaan Melayu kamfung,  aku mula baca pasai Istana Keli melalui majalah Mastika lah yang aku baca sejak aku kecik-kecik lagi.  Kepada sesiapa yang masih tak tau tentang Istana Kelli,  butoh hangpa semua tak tau.  Siye Istana besaq-besaq Queen Elizabeth duduk semua hangpa hafal,  rumah-rumah artist mat salleh semua hangpa ingat,  Istana Kelli dan sejarah dia hangpa tak pernah ambil tahu.

click read more

Roadtrip to Kampar: Air Terjun Lata Kinjang

Semalam sampai lebih kurang 3 pagi,  kami semua bergelak ketawa dan melayan bersembang.  Esok paginya,  kami menuju ke Air Terjun Lata Kinjang.  Air terjun ini adalah air terjun yang u olls boleh nampak dengan gahnya mengalir pada lereng bukit yang tinggi ketika dalam perjalanan balik melalui lebuhraya Plus dari Selatan ke Utara.  Yes,  itulah air terjunya.    Dari kawasan Lake Garden,  UTAR menuju ke Air Terjun Lata Kinjang takdak la jauh sangat.  Lebih kurang 20 minit macam tu jer.


Selfie atas titi gantung.

Sampai kat lokasi Air Terjun Lata Kinjang masih awal pagi,  lebih kurang 8 pagi.  Akak tinggalkan En.  Khafi suami akak di rumah Kak Yuss,  kami yang pompuan-pompuan sahaja pergi mandi air terjun.  Masa ni kan En.  Khafi baru keluar hospital you olls.  Satgi kalau dia ikut,  daripada menjadi nyaman dan tenang melihat keindahan alam,  last sekali dia nanti kena masuk hospital balik sebab kalau nak mandi air terjun mesti nak kena hiking sikit kan?


Kita kena bayar duit parking dan pas masuk untuk semua orang.  Lebih kurang RM18 untuk dua kereta dan kami semua lebih kurang 8 orang.  Kawan I olls kata,  actually pakcik yang jaga kaunter tu,  dia akan ushar dulu kita ni semua dari mana?  No plate mana?  Cakap macam mana?


Kalau sah-sah macam kami ni duk feeling,  "Abiang...beghapa?"  semua ponen cakap loghat Penang,  sah sah dia tau orang luar dan amik bayaran ikut kadar betul.  Kalau u olls semua cakap Perak dan muka familiar area-area situ,  pakcik tu akan amik bayaran lebih kurang sahaja.


Tapi akak tak kisah pun berapa,  duit itu untuk depa buat selenggaraan jaga kawasan ni kan?  Alah,  kita duk masuk tempat lagi mahal-mahal tak kisah apa aih,  awat nak masuk mandi air terjun yang sah - sah lagi cantik seribu kali duk nak buat berkira pulak.


Pastu kami pun naik bukit sampai ke puncak atas.  Masa ni lah lawak,  kami duk pekena Mami Nizal.  Dia tu memang jenis berat pungkok tak mau nak berjalan jauh-jauh.  Dia duk tanya,  "Jauh lagi ka?"  kami duk kata "Dak aih mami...lagi sikit...lagi sikit..."  AHHAAHAHA.  Dia punya bara la kat kami.  Last sekali sampai jugak sampai ataih!


Bila akak dah ada betul betul di bawah kaki air terjun tu masya Allah sangatlah cantik.  Perkataan yang paling sesuai untuk akak gambarkan adalah magnificent.  Sangat cantik u olls tak boleh nak bayangkan macam mana apabila air terjun tu betul betul ada depan muka you.  Kita boleh naik titi gantung dan tengok air terjun itu dengan lebih dekat.  Pokok-pokok yang tumbuh di celahan batu pada air terjun itu bagaikan disusun oleh penggubah bunga dengan penuh nilai artistic


Kami pilih spot untuk mandi di kawasan kaki air terjun.  Arus air agak lagu dan batu-batu agak licin,  bahaya kalau bawa anak kecil.  Kami yang frampun-frampun ini memilih untuk duduk pada satu spot sahaja sambil feeling rendam-rendam kaki dan berbicara tentang jantan.  AHAHAHAH dah nama pondan kan ?  Apa lagi yang perlu kita bicarakan?



Click read more

Roadtrip to Kampar: Why I Fucking Love Roadtrip

Hello u olls,  


Pada hujung tahun yang lalu akak dan anak-anak ayam akak telah ber-road-trip ke negeri Perak.  Tapi nenjia bulan Februari baru akak nak up blog about this.


Akak sangat suka road trip.  Naik kereta ronda ronda ke kawasan kampong adalah yang paling akak suka sekali.  Siriesly,  akak dibesarkan di kawasan Bbandar Georgetown.  Dari umur 10 tahun akak dah belajar naik bas pergi Komtar,  Bukit Jambul Complex dan kawasan yang sewaktu dengannya.  Dulu masa akak zaman sekolah menengah,  ada RM2 dalam poket dah mencukupi untuk akak berjalan ke sana ke mari.  Pergi dari satu mall ke satu mall di dalam negeri Pulau Pinang ini.


Sekarang ini bila sudah dewasa,  siriesly akak nak cakap kat hang,  sejak pertama kali Gurney Paragon dibuka,  akak tak pernah masuk sekali pun sampai sekarang.  Like seriously.  Bukan akak anti shopping mall ka apa,  tetapi bagi akak berjalan-jalan dan lepak dalam shopping complex adalah sangat membuang duit.

Dengan nak parking,  makan,  pastu terbeli itu terbeli ini,  last last paling kurang RM100 habis macam itu saja.  Sebab tu setiap tengahari Jumaat apabila warga gomen sibuk menghabiskan lunch time panjang di Queensbay Mall,  akak lebih rela meringkuk dalam office akak sambil membaca di internet ataupun menulis blog.



So macam mana akak buat shopping?  Akak tak gila shopping macam pompuan-pompuan lain,  kalau akak gila shopping sudah tentu blog akak hanya akan penuh dengan artikel akak pergi shopping mana dan apakah handbag dan kasut yang akak beli tahun ini.  Most of my shopping,  kalau perlu akak akan terus ke lokasi kedai yang kakak hendak tuju.  And yes,  sekarang zaman modern,  online shopping kan ada?


Kepada you olls yang kecewa kenapa akak punya blog tidak seperti blogger wanita Kuala Lumpur lain yang penuh dengan kisah-kisah depa makan apa,  pakai apa,  beli apa,  suka apa,  anak depa makan apa,  pakai apa,  laki depa pakai apa,  okay ini bukan blog yang u olls hendak.  Yes,  sometime akak akan bercerita pasai apa yang akak buat dan apa yang akak suka,  tetapi takdak la sampai semua benda nak kena cerita sebab bagi akak,  you olls you olls semua lagi terror dari akak.  So biarlah u olls yang tulis dan kongsi di blog dan laman Facebook you olls.


Okay jom sambung,  nahariam aku berleter punya panjang.  Sebenarnya akak ada seorang anak ayam yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman atau UTAR di daerah Kampar,  Perak.  Akak kenal dengan anak ayam akak ni sejak zaman USM lagi.  So kami mulakan perjalanan kami dari negeri Penang ke negeri Perak,  melepasi terowong Menora dan akhirnya melalui exit Gopeng,  kami pun tiba di rumah beliau di Kampar ini.


Lauk pauk dan juadah istimewa yang dibawa dari Penang ke rumah Kak Yuss di Kuala Kangsar.


click read more


10.2.17

Bantuan untuk Keluarga Muhamad Irfan

BANTUAN UNTUK KELUARGA MUHAMAD IRFAN

Mohon sumbangan orang ramai untuk membantu Muhamad Irfan (ex student kawan saya yang bekerja di Kolej PTPL) di mana ayahnya terlantar di katil akibat dari kemalangan jalanraya yang dilalui dahulu. Ibunya seorang surirumah dan mereka semua mempunyai 7 orang adik beradik yang masih bersekolah.

Berikut adalah butiran untuk salurkan sumbangan bagi meringankan bebanan keluarga ini.

#HulurkanSumbanganRingankanbeban
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

Assalamualaikum.

Saya Muhamamd Irfan (Anak Sulung Encik Suhaimi).

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan kepada keluarga saya amat dialu-alukan. Sumbangan boleh dilakukan sama ada dari segi kewangan ataupun barang-barang.

Butiran Sumbangan:
1) Wang Ringgit.

2) Barang Keperluan abah:
- Susu Glucerna( tin besar)
- Susu Myotein
- Blueshit (size 30 ×30)
- Normal Saline( Btol Besar).

3) Barang Dapur

Sebarang sumbangan boleh dilakukan ke account maybank saya: 1580-5183-6326
(Muhammad Irfan bin Mohd Suhaimi) @ ingin melakukan penghantaran barang boleh dilakukan beralamat:

No.32, Jalan Haji Mohd Zain,
34000, Assam Kumbang,
Taiping Perak.

Boleh berurusan dengan saya di number ±60176857751

Segala pemberian kalian semua..Hanya Allah dapat membalasnya..
Terima kasih atas sumbngan anda berikan

#mohonpanjangkanmsgini


Keadaan ayah Muhamad Irfan iaitu En Suhaimi yang terlantar di rumah.  Kemalangan yang dialaminya telah meragut nyawa datuk Muhamad Irfan.


Mesej saya terima dari sahabat dari Facebook.  Beliau adalah pensyarah Muhammad Irfan di PTPL.  Muhammad Irfan kini sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE