Featured Post

#PrayforPenang

2.2.17

America Next Top Model Cycle 23 Review



Hello u olls semua,

ANTM Cycle 23 sudah empat episod keudara siaran Astro.  U olls punya kesempatan untuk tonton rancangan yang sekarang ini diacarakan oleh Rita Ora dan beberapa juri lain yang meletops-letops.  Hangpa ada kesempatan ka nak tengok show ANTM kali ini?  Berikut adalah ulasan ringkas akak mengenai show ANTM Cycle 23

Gabungan Juri yang Meletops
Pada pendapat akak Rita Ora,  Ashley Graham dan dua orang juri lagi telah menjalankan tugas dengan amat baik sekali setakat ini.  Especially Rita Ora yang menjadi pengacara utama menggantikan spot yang sebelum ini dipegang oleh Tyra Banks setelah bertahun lamanya.  Sudah pasti,  tugasan ini bukanlah sesuatu yang ringan untuk dipegang oleh gadis dari United Kingdom ini.


Tetapi,  bila akak tengok first show,  akak rasa macam wow! Not bad.  Rita Ora mempunyai  mulut lebih kurang kerlas juga.   Dia memberikan komen yang agak pedas dan tegas.  Tetapi yang lebih penting adalah dia mempunyai personaliti yang tersendiri,  strong woman,  berkarisma dan dia langsung tidak mencuba-cuba untuk menjadi Tyra Banks.  Dia adalah Rita Ora for real.


Ini adalah sesuatu yang bagus dan segar untuk peminat ANTM macam kita ni semua yang saban tahun menonton rancangan ini dengan sungguh taksub sekali.  Nak buat macam mana?  Jiwa pondan kita perlu disorot dengan cerita-cerita impian menjadi model macam ini.


Ashley Graham,  Drew Elliott & Law Roach juga tidak kurang hebatnya.  Especially Ashley Graham,  dia tidak cuba untuk menjadi juri jahat macam apa yang dibuat oleh Janice Dickenson dulu.  Ashley jadi macam mak-mak ayam besar kot tepi yang akan membagi penampar secara manis kepada adik-adik yang duk feeling lebih macam tak boleh nak buat apa-apa.


Akak rasa gabungan mereka berempat sebagai juri adalah pilihan yang tepat,  mempunyai chemistry yang semulajadi dan akak rasa depa berempat mampu untuk bawa legasi ANTM terus ke masa akan datang.  We will see!




click read more



Barisan Peserta - The Social Media Generations
Sedar atau tidak,  semua peserta yang masuk pertandingan ANTM kali ini adalah generasi social media yang semuanya membesar depan internet dan mempunyai akaun sosial media sendiri yang tidak kurang hebatnya.  Ramai antara depa yang sudah mempunyai asas sosial media yang kuat,  mempunyai pengikut yang sudah berpuluh ribu.

Oleh itu,  depa drama dan divaness memang sudah mestinya lebih dahsyat lah sebab depa tau depa akan menjadi perhatian dalam rancangan ini.

Anda satu pasangan kembaq dalam competition ini juga,  so biasalah kembaq,  depa dari kecik depa akan rasa macam ada back up dalam hidup depa.  So bila depa masuk dalam team ini,  depa dua dua jadi macam kuat dan style suka duk cari gaduh dengan orang.  Puki betui.  Nasib baik sekoq tu dah terkeluaq awai sikit.

Ada sorang tu,  mak dia adalah models zaman-zaman Tyra Banks semua.  Nama dia Cory Anne.  Cantek tapi bagi aku macam boring.


Strong Contestant
Tiada spesifik feature yang diperlukan untuk cycle ini,  tetapi so far final 14 yang berentap untuk gelaran ANTM mempunyai rupa paras yang menarik.  My favorite will be Paige and Kyle.  Especially Kyle,  dia adalah androgyny model tapi mak rasa dia ni very the pengkid yang elok.  Taste okay.


Ini adalah gambar semua peserta top 14.  Who is your favorite?






Paige Mobley

Kyle McCoy

Binta Dibba

Krislian Rodriguez

Marissa Hopkins

Cody Wells

Tash Wells

Cory Anne Roberts

Giah Hardeman

Courtney Nelson

Tatiana Price

India Gants

Cherish Waters

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...