20.2.17

Contoh Hujung Minggu Yang Damai

Mama Regina and me.

Hello u olls,


Sajalah nak share sikit cara hidup Jumie Samsudin pada hujung minggu yang damai.  Ini adalah contohnya yang berlaku pada beberapa minggu yang lampau.  Kalau tiada apa-apa program,  takdak benda penting nak buat,  takdak kain untuk dibasuh,  rumah pun siap berkemas,  laki pulak duk sibuk pergi kerja,  beginilah cara akak menghabiskan hujung minggu akak.


Ya Allah seronoknya kerana akhirnya setelah dengan berat hati beberapa tahun yang lalu akak terpaksa melepaskan benda yang paling akak suka buat iaitu menjadi tukang make up kepada para pengantin di mana akak menerima banyak tempahan make up di seluruh Pulau Pinang khasnya.  Kerjaya sampingan itu akak buat sejak tahun 2008 dan akhirnya akak hentikan pada tahun 2014 atas faktor-faktor kesihatan.


Akak selalu kena migraine yang agak kronik kadang tu sampai berhari-hari tak boleh bangun,  akak jadi lesu,  takdak semangat dan hampir-hampir nak jadi depression sebab tak cukup rehat,  tak boleh tidur dan overthink tentang hidup.  Akak pernah catat dalam blog akak dulu dalam segmen catatan diari,  pandai-pandailah hangpa pi godek cari.


So ini adalah satu contoh hujung minggu yang damai. Pukul 9 pagi akak bersiap dan minta tolong suami akak hantar akak ke Bee Hwa Cafe  dan bertemu dengan Mama Regina Ibrahim.  Kami sembang-sembang tentang hidup, tentang penulisan,  tentang buku over breakfast yang amat sedap.  Mee curry jadi pilihan akak.


Mee curry kat Bee Hwa sempoi sikit.  Dia kuah putih,  bila hang kacau sambal dia baru dia jadi warna merah.

click read more



Ramai teman yang pernah berkata,  "Awat hang ni obses dengan Mama Regina?"  "Awat hang suka sangat dengan dia tu?"  Itu antara ayat-ayat pedas yang aku selalu kena dari kawan-kawan yang entah mengapa macam tak puas hati dengan hubungan baik aku dengan mama.


Obses adalah satu perkataan yang sangat berat dan extreme bagi aku.  Takkan aku sampai obses dengan Mama Regina?  Kalau aku obses mesti aku ambil gambar Mama dan sematkan sebagai screensaver di telefon dan desktop komputer aku.  Kalau aku obses,  mungkin setiap minggu aku desak nak jumpa Mama.


Aku persetankan kata-kata kawan aku tu,  pernah juga aku berusaha untuk berikan penjelasan kepada mereka.  "Mama adalah satu-satunya kawan yang aku ada yang selalu bagi aku banyak info dan ajar aku tentang ilmu penulisan.  Cara nak simpan idea,  cara nak elaborate idea,  cara nak edit,  cara nak approach kisah dari apa yang berlaku keliling kita dengan nilai pengajaran.  Mama pun selalu bagi aku dorongan dan satu-satunya manusia yang kalau dia tahu aku tengah edit sesuatu penulisan,  dia yang akan follow up dan tanya apa perkembangan terbaru kerja aku.  Hang ada tolong aku macam tu?"  Jawapan aku dibalas dengan jelingan 'do I care?' oleh kawan-kawan aku.  Lantaklah,  depa pun pondan jugak.  Berat dengan pemikiran sinis dan sikap tidak puas hati dengan kisah orang lain adalah oksigen untuk depa.


Selepas makan pagi,  aku berjalan merintas Penang Road dan melalui Macalister Road.  Aku berhenti di cafe kegemaran aku,  Lagenda Cafe.  Aku selalu lepak sini bukan sahaja sebab tempat ni macam kerlasss,  makanan sedap,  lani tauke kedai tu pun dah jadi kawan baik aku sendiri.


Antara gambar yang aku rakam semasa berjalan sepanjang Macalister Road.








Aku nak bukak laptop,  nak start menulis,  sekali kawan aku mai.  Nadia Khoo.  Pompuan ni dulu satu sekolah dengan aku zaman sekolah menengah.  Pastu macam-macam jadi kat hidup dia,  macam-macam jadi kat hidup aku,  aku pun tak berapa rapat dengan dia.  Aku malas nak layan dia ni sebenarnya lepas sekolah sebab hidup dia macam pelik-pelik sikit dan dia suka sound-sound orang.  Tak tau macam mana aku rasa tahun ni,  aku start macam hang out dan berhubung dengan dia sebab aku rasa dalam ramai-ramai kawan pompuan,  kawan sekolah aku,  kami dorang ni saja yang takdak anak lagi dan bila bersama kami tak suka menghabiskan masa dengan bercerita pasai orang lain berdasarkan hasil 'stalking activity' yang dibuat melalui Facebook dan Instagram orang tu.  AHAHAHAHA









Kami duduk dorang,  kami akan cakap pasai macam-macam.  Nadia suka travel,  so dia akan cerita pasai travel dia.  Dia travel bukan macam pompuan-pompuan kaya,  beg tarik,  naik flight first class apa semua.  Deni style bag pack.  Dua tiga bulan tak balik Malaysia dan dia lebih suka explore Asia especially South East Asia.  Dia kata,  kita orang Asia,  baik kita habiskan masa kita kat Asia dulu,  belajar pasai tempat kita dulu baru kita sibuk pi belajar tempat yang jauh-jauh.  Aku duk galakkan dia menulis,  catat semua pengalaman perjalanan dia.  Tapi deni pemalaih!!!!!!  Tapi memang aku rasa selesa sembang dan spend time dengan dia.  Dia tak wujudkan perasaan tahi dalam hati aku,  tidak cuba mewujudkan perasaan kompetisyen hidup yang menyesakkan like bila nak beli rumah?  Bila nak tukar kereta?  Berapa gaji hang?  Berapa gaji laki hang?


Aku pernah cerita dalam satu tulisan dalam blog aku iaitu keperluan untuk kita mengaudit kawan-kawan.  Aku rasa aku kena tambah satu point sebagai rumusan penting kepada penulisan itu yang sekarang menjadi kesimpulan yang aku amalkan.   Bila kita keluar lepak dengan kawan-kawan,  kita sepatutnya rasa damai dan gembira.  Lapang dan paling penting seronok bergelak sampai sakit perut.  kalau hang jumpa dan lepak dengan so called kawan hang tu,  tapi bila hang balik hang rumah,  hang rasa macam tahi!  Hang duk terbayang apa kawan hang kata,  apa yang dia bagi hang rasa,  apa yang hangpa buat,  hang rasa macam masa tu semua sia-sia dan sangat membazir,  I tell you,  don't  you ever go out and hang out with those 'friend' anymore.  Hang sepatutnya 'feel good' lepas jumpa kawan-kawan hang,  bukan rasa macam tahi.



Makanya bila Nadia ada depan muka,  aku pun tak boleh lah nak menulis blog.  Kami makan-makan dan bersembang sahaja.  Masuk waktu malam,  tauke Lagenda Cafe iaitu Shad ajak kami pi lepak satu tempat.  Dia kata tempat ni best tepi laut.  So dia pun bawak la kami kat area Upper Penang Road,  melalui jalan utama dan berhenti depan 32 Mansion.  Aku ingat dia nak bawak kami makan kat sini,  (fine dining kot!) rupanya dia nak ajak lepak kat patio tepi 32 Mansion tu,  dia buat macam open bar gitu.  Nama tempat ni Beach Blanket Babylon.  Best juga lepak sini,  ala-ala mat salleh orang kaya you olls.  Kami order salad dan mocktail.





Lepas tu,  depa pun tutup pukul 1 pagi macam tu,  kami pun kenalah beredar pergi dan menuju ke Sup Hameed depan Hotel Malaysia.  Pekena teh tarik dan daging burger bakar,  lepak bersembang 3 orang sampai 3 pagi.  HAHAHAHAH.  Penatnya aku bercakap,  sakit pipi dan sakit mulut.  Sakit perut jugak sebab duk gelak dari tadi tak berhenti.


Balik rumah,  laki tak balik lagi.  Mandi bersih-bersih semua,  duduk kat katil.  Pastu pukul 5 pagi macam tu,  laki pun balik,  pastu dia kata "Awat hang tak tidoq lagi? Dah pukul berapa?"

"Bek pi la...esok hujung minggu....."  lepas Subuh barulah akak tidoq.  Tidoq pulak sampai Zohor tak sedaq diri.  Bestnya hidup liberal tanpa tanggungjawab besar menjadi ibu ataupun sebagai make up a.k.a mak andam.  Nak bangun pukul berapa pun takpa.  HAHAHAHAHA



 

1 comment:

  1. betui. kenapa la nk siksa pikiaq apa org lain pikiaq. janji kita happy. hehhehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...