15.2.17

Kiran Jassal wakil Malaysia untuk Miss Universe 2017


Hello u olls,


Let's talk about this girl. First of all, akak ingin ucapkan tahniah kepada beliau dan juga seluruh pasukan Miss Universe Malaysia 2017 yang telah bertungkus lumus menjadikan penyertaan beliau mewakili negara kita ke persada pentas Miss Universe di Manilla baru-baru ini sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan.


Akak baru sahaja menonton rakaman ulangan rancangan Miss Universe di Star World baru baru ini, dan akak rasa macam Miss Universe Organization telah membuat rakaman rancangan TV yang bagus di mana pertandingan Miss Universe ditunjukkan sebagai sebuah pertandingan yang siries dan bukan untuk ditertawakan.


Akak tengok Miss Universe 2017 ni dengan mak akak iaitu Kak Edeh. Dia pun duk syiok tengok siap gelak-gelak dengan Steve Harvey abang botak tu.  Dan pada pendapat akak la,  memang tepat sekali depa buat penganjuran Miss Universe kali ini di Manilla,  Philippines sebab kita semua memang sedia maklumkan macam mana orang-orang Pinoy sangatlah obses dengan pertandingan ratu-ratu cantik ni,  hang pi la mana-mana page Facebook atau Insta pasai ratu cantik,  sah-sah ponen-ponen Pinoy lah yang paling gigih duk komen panjang-panjang macam tulis blog.  Haram semua.


So bila buat kat Manilla,  memang nampak lah sangat meriah kerana tenaga yang diberikan oleh para penonton bukan sahaja semasa pertandingan di dewan tu malah ketika calon-calon Miss Universe hadiri event-event di kawasan lokal.  Daripada buat kat Amerika ka mana-mana ka,  tengok penonton semua macam sendu dan akak-akak kampung yang dapat ticket free gituh.  Artist pun panggil artist sendu yang tak best.

Kali ini artist yang jadi co-host pun wanita agam Ashley Graham dan juri juri pun kerlas antaranya yang akak sangat suka adalah Leila Lopes dan Sushimita Sen.  Kerlas semua.

click read more



Kiran Jassal
So apakah pendapat kalian tentang beliau?  Ada yang suka?  Ada yang tak suka?  Akak takder la tak suka sangat kat beliau tetapi siriesly bagi akak,  beliau sangat keanak-anakkan,  macam anak dara sunti yang masih belum cukup matangnya.  Yelah u olls,  usianya baru 20 tahun.

Jadi walaupun beliau telah memberikan yang terbaik,  tetapi kalau dibandingkan dengan wakil dari negara lain,  hangpa boleh nampak bezanya Kiran Jassal bila bergambar dengan peserta lain.  Dia cantik,  tetapi nampak macam adik-adik form 2 yang teringin nak ambil gambar dengan kakak senior yang cantik feeling nak buat kakak angkat.

Ini adalah mak Kirran Jassal ya.  Nama dia Ranjit Kaur.  Meletops !!!




Anak beranak cantik ni!

Akak godek-godek pasai pompuan ini, rupa-rupanya dia ni memang datang dari keluarga si cantik-cantik ya. Mak dia sendiri, Ranjit Kaur adalah seorang peguam yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik dan akhirnya mengambil gelaran Mrs Malaysia World 2015! Kerlas.  Manakala kakaknya,  Ranmeet Kaur adalah Miss Grand International Malaysia 2016.

Akak rasa kakak dia lagi letops dari dia.  KENAPA KAKAK DIA TAK MASUK MISS UNIVERSE !!! 











Busana Kiran Jassal Wakil Malaysia untuk Miss Universe 2017

Okay you olls berikut adalah semua gambar-gambar baju yang Kiran Jassal pakai semasa pertandingan Miss Universe 2017 di Manilla,  Filipina.

Introduction Rounds




National Costume










Evening Dress





Swimsuit





Secret Dress




Outfits During Competition

Bertolak Ke Manila. Tak tau baju sapa. Tapi sama dengan baju yang Amyra Rosli pakai pi AJL.



Registration Time. Dressed in : @rentadress_klEarrings : @scha_fadly


Dressed in : @rentadress_kl
Accessories : @scha_fadly


baju lace. Dressed in : @andybandyofficial



Dressed in : @syomirizwa



Dressed in : @twenty3my 



Vigan Terno Fashion Show






Governor's Ball. #OOTN was by @cosryofficial



Dressed in @myvariante & accessories by @redsrev


Dressed in @aliabastamamkl



Dressed in : @rizmanruzaini



Dressed in : @myvariante



Fashion show tonight dressed in Loretto Popioco



Dressed in : @nadia_marni




Wearing @rizmanruzaini Malaya 1957 collection.









No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...