Featured Post

#PrayforPenang

8.2.17

My Friend Hotel, Trang Thailand


Sepanjang kami berada di Trang,  Thailand kami menginap di sebuah hotel bajet bertajuk My Friend Hotel.  Walaupun status hotel bajet tetapi hotel ini memang best sekali. Kenapa akak suka hotel ini?


Murahlazah
My Friend Hotel adalah sangat murah lazah gila babi dan sangat bersih walaupun hotel ini berstatus hotel bajet. Kami ambil bilik jenis family room, satu bilik ada empat orang boleh duduk. Hanya RM98 semalam. Ada fridge besar, toilet American Standard yang cantik berwarna biru yang ceria, ada water heater, ada aircond dan kipas angin. Ada TV juga tapi Tv siam semua bahasa Siam lah.  Cerita orang putih pun habis semua depa translate bahasa depa.  Lobi hotel juga lengkap dengan ruang sofa yang lengkap dengan free coffee & cakes in the morning, ada bahan bacaan seperti majalah dan novel dan depa ada jual minum dan keropok dengan harga yang lebih kurang sama macam kat kedai runcit.

Ini gambar depan My Friend Hotel,  Trang Thailand.


Katil queen size.

Single bed dia tambah dua untuk family room yang kami stay.

click read more



Gambar pompuan tetek yang mengganggu kosentrasi Nizal dan Kak Maya sepanjang duduk di bilik ini.  AHAHAHA





Lokasi
First sebab lokasinya, bukan sahaja sebab dekat dengan railway station, malah berdekatan dengan hotel ini ada supermarket kecil kalau kat Penang macam Billion lah u olls. Akak sempat menjelajah masuk kat supermarket ni masa hari pertama akak sampai sebab nak beli sabun badan. Akak memang suka pergi kedai runcit atau kedai supermarket orang tempatan kalau melancong, akak akan belilah rempah ratus, sos apatah benda-benda makanan yang boleh akak bawa balik sebagai buah tangan. Akak tengok ada macam-macam produk Maggie Nestle yang kat Malaysia takdak. Sabun dan produk badan hasil keluaran tempatan seperti sabun beras dan sebagainya pun ada banyak. Tapi sayangnya, akak tidak merancang masa dengan baik dan tak sempat nak shoping kat sini before akak balik Penang.


Nampak tak bangunan yang ada tulisan Siam warna merah tu?  Itulah supermarket yang akak cakap tu.


Chan Chala Night Market
Selain daripada dekat dengan supermarket, My Friend hotel juga sangatlah teramat dekat dengan pasar malam Chan Chala Night Market yang beroperasi setiap malam. Ada banyak night market lain di Trang, tapi akak rasa Chan Chala Night Market offers more Muslim and halal food!! Kami ada sempat pi tengok night market di clock tower di pekan tetapi kat situ nenjia semua benda ada pork dan daging. Bila kami first kunjung Chan Chala Night Market on our first night ya allah rasa macam jumpa syurga makanan atas dunia.


Halal Food
Kat sini ada beberapa gerai makan kecil yang diusahakan oleh orang Islam. Paling popular adalah kedai roti canai pisang Kakak Ninja (aku panggil kakak ninja sebab bini owner tu pakai purdah), and ada satu kedai nasi Melayu. Tak salah aku nama dia Kedai Makanan Halal Fatimah (tulis dalam Bahasa Melayu) betul betul depan railway station tu. Tetapi yang lawaknya, aku dan Nizal Nasi Tomato telah pergi breakfast di situ pada hari ketiga kami di Trang.


Kami amik nasi putih dan lauk daging masak macam gulai kawah. Makcik Siam tu pesan, “This is spicy,” tapi aku tak mengendahkan kata-kata makcik itu. Aku ambil sahaja lauk daging itu macam biasa. Tapi bila makan, astaghfirullah hal azim punyalah pedas aku rasa macam makan gulai daging yang diperbuat daripada lava gunung berapi.


Siriesly wehs pedaih gila, kita dah lah makan breakfast. Teruih hilang segala mengantuk dajal pagi buta ni semua. Mata aku menangis-nangis, air hidung pun jatuh meleleh. Pakcik Siam yang duduk di meja sebelah tengok aku sambil tersenyum. Aku kata “Pet pet...pet pet...” Pet pet bukan bermaksud pepek luzah u olls, pet pet dalam bahasa Siam adalah pedas. Nizal yang lahiriah suka makan pedas pun tewas turut sama menangis dan menitis air hidung ketika memakan nasi dan gulai daging itu.



Staf yang Baik
Staf kat sini pun amat efisyen dan baik. Sebelum kami pi sana, apa sahaja benda Ridhwan Shariff (ketua rombongan) kami emel, staf depa akan balaih dengan laju. Bagus betul. Malam-malam ada seorang staf jaga di lobi dan seorang security jaga di bahagian luar.


Dan yang paling penting, hotel ini mempunyai wifi yang sangat laju!!!!!! Kak Maya send me 80 pictures in one go melalui Whatsapp pun takdak masalah.


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...