Featured Post

#PrayforPenang

21.2.17

Pesta Cahaya di Kek Lok Si Temple



Hello u olls,


Haaa kalau hangpa mai Penang,  mesti hangpa tau kan Kek Lok Si temple?  Ataupun hangpa typical Melayu-Melayu yang tak masuk tokong Cina atau apa-apa sahaja tempat ibadat agama lain sebab hangpa takut hangpa bersekutu dengan Allah?   Gitu.  So kalau hangpa pernah pergi ke Kek Lok Si Temple yang sebenarnya dekat dah sangat dengan Penang Hill,  ni nak habaq sat kat hangpa,  sebenarnya tempat tu dah dekat sangat dengan rumah akak okay.  Kalau hangpa nak pi sana,  memang confirm hangpa kena lalu rumah akak dulu.


Untuk pengetahuan,  setiap kali tibanya perayaan tahun baru Cina dan juga ketika sambutan Hari Wesak,  seluruh tokong Kek Lok Si akan diterangi dengan cahaya lampu yang berwarna-warni selama lebih kurang seminggu lebih.  Dalam kes ini,  15 hari lah u olls sebab sampai habiskan Chap Goh Meh.

Akak,  Kak Maya dan Dannie pun gigih pergi makan nasi kandar dan pergi menaiki Kek Lok Si temple ni dengan menaiki dua bijik motor.  Dannie lagi sial siap tak pakai helmet u olls.  Nampak tak betapa dekatnya lokasi kami sampai naik motor tak payah pakai helmet pun takpa?

Nak naik motor tu agak mencabarlah jugak u olls sebab bukit menaiki tokong Kek Lok Si ni agak curam,  tapi masa nak turun tu lagilah mencabar.  Akak rasa sangat macam gajah nak basikal kat sarkis.  Tapi alhamdulillah,  akak bawak motor pelan-pelan dan berjaya turun hingga ke bawah tanpa terlibat dengan sebarang kemalangan.  Choi!

Untuk u olls yang teringin nak melalui pengalaman ini,  kena mai macam tarikh-tarikh yang akak cadangkan tu,  kalau nak naik kereta pun boleh,  tapi parking jauh di bawah dan you olls kenalah jalan kaki naik ke puncak.  Kalau naik motor,  hangpa boleh parking betul-betul kat bawah patung Dewi Quan Yin tu.

Bawak camera untuk ambil gambar cantik-cantik!  Itu yang paling penting,  dan hormati orang lain yang tengah bersembahyang.  Jangan duk buat benda-benda tak senonoh pulak.  Ini tempat ibadat ya.


Takpayah teruk-teruk nak pi China,  Penang sudeh!



click read more



 












 





2 comments:

  1. Replies
    1. memang cantik...nanti sekali hang balik penang hang kena mai time depa bukak lampu ni...macam disneyland dari jauhhh

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...