Featured Post

#PrayforPenang

13.2.17

Road Trip Kampar: Breakfast at Warung Selera Kampung, Kuala Kangsar



So lepas dah semua orang pun dah kena balik awal ke Penang pada hari Ahad, maka akak, suami dan Kak Yuss sahaja yang stayed back di Kuala Kangsar di mana kami tumpang menginap di rumah Kak Ren. So dah terlajak tidur kat sini, esok paginya kami bertiga pun pergi makan pagi di sebuah lokasi yang sangat meletops iaitu Warong Selera Kampung yang terletak di tepian Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar.


Selain makan pagi, warong ini ada juga menyediakan jamuan makan tengahari yang pelbagai. Tapi paling popular rasanya tempat ini adalah kerana suasana kampungnya yang aman. Especially bahagian belakang warung ini yang mempunyai kebun pokok getah yang mungkin di miliki orang persendirian.


Kata Kak Ren, dulu warung ni kecik jer, tapi sekarang ni makin lama makin besar dan lauk pauk dan juadah pilihan untuk kita nak makan pun sangat banyak.


Pada pagi yang damai itu, kami order mee kari, mee kicap dan roti bakar dengan telur setengah masak. Untuk suami akak, I olls bungkus nasi ayam. Akak dan bapa akak sangat suka mee kicap, kalau turun Ipoh kami sangat suka beli dan makan mee kicap. Tapi siriesly, Mee Kicap Warung Selera Kampung inilah mee kicap paling sedap yang akak pernah rasa!!! Kicapnya lemak berkrim dan masin yang terkawal, tekstur mee yang tidak begitu berkanji dan paling penting sambal yang disertakan bersama-sama dengan mee kicap ini. Pedas pedas manis yang pekat. Dan sup panas yang disediakan bersama, bukan sup kosong semata-mata air dan minyak ya!


click read more



Overall makanan kat sini semua sedaplah, (ada satu sup cendawan yang Kak Ren kata sangat sedap), tapi masa kami nak order dah habis dah. So nampaknya kena datang lagi kot, tapi kena datang lebih awal. Staf kat sini pun sangat baik dan bekerja dengan pantas, walaupun ramai orang, depa dah bahagikan staff untuk jaga area-area berkenaan, baguih betui bersistematik.


Paling akak suka, bila akak cakap dengan abang-abang yang kerja kat sini "Ayor dah order?" I was like...."Ayor?" OMG!! Bestnya dengar abang-abang kampung ni duk cakap Perak dengan aku. Teruih aku rasa macam merembes semua ayaq-ayaq Ya Allah bestnya dengar orang Perak cakap.


Sapa-sapa yang melalui area ini, akak sangat suggest hangpa semua singgah mai makan kat Warung Selera Kampung ini.





Our glory breakfast!

Tapi siriesly, Mee Kicap Warung Selera Kampung inilah mee kicap paling sedap yang akak pernah rasa!!!

Complete set of mee kicap dengan sup sekali.

Mee curry yang meleps.  Not bad rasanya.   Tetapi pada akak,  dia tak pakai kerang,  just ayam as based sahaja.


Set roti bakar dengan telur setengah masak.  Depa pakai white bread ala-ala Penang punya roti benggali.  Tapi roti benggali ni lebih lembut dari yang Penang punya.

Antara keistimewaan Warung Selera Kampung juga adalah LELEH Fruitties iaitu pilihan air ice blended yang sangat meriah siap ada macam-macam bahan kat dalamnya.  Akak pun beli satu u olls sebab lepak punya lepak makan pagi kat sini sampai nak tengahari dah u olls.  Akak pilih perisa ABC.  Paling menarik sekali adalah perisa MOJITO ya u olls.  I hope depa tau kot yang Mojito sebenarnya adalah sejenis cocktail yang biasanya menggunakan rum.  Gitu!! LOL


LELEH akak perisa ABC.



Akhir kata terimalah selfie akak.


Facebook : Selera Kampung

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...