UK Clark Sales

13.2.17

Roadtrip to Kampar: Air Terjun Lata Kinjang

Semalam sampai lebih kurang 3 pagi,  kami semua bergelak ketawa dan melayan bersembang.  Esok paginya,  kami menuju ke Air Terjun Lata Kinjang.  Air terjun ini adalah air terjun yang u olls boleh nampak dengan gahnya mengalir pada lereng bukit yang tinggi ketika dalam perjalanan balik melalui lebuhraya Plus dari Selatan ke Utara.  Yes,  itulah air terjunya.    Dari kawasan Lake Garden,  UTAR menuju ke Air Terjun Lata Kinjang takdak la jauh sangat.  Lebih kurang 20 minit macam tu jer.


Selfie atas titi gantung.

Sampai kat lokasi Air Terjun Lata Kinjang masih awal pagi,  lebih kurang 8 pagi.  Akak tinggalkan En.  Khafi suami akak di rumah Kak Yuss,  kami yang pompuan-pompuan sahaja pergi mandi air terjun.  Masa ni kan En.  Khafi baru keluar hospital you olls.  Satgi kalau dia ikut,  daripada menjadi nyaman dan tenang melihat keindahan alam,  last sekali dia nanti kena masuk hospital balik sebab kalau nak mandi air terjun mesti nak kena hiking sikit kan?


Kita kena bayar duit parking dan pas masuk untuk semua orang.  Lebih kurang RM18 untuk dua kereta dan kami semua lebih kurang 8 orang.  Kawan I olls kata,  actually pakcik yang jaga kaunter tu,  dia akan ushar dulu kita ni semua dari mana?  No plate mana?  Cakap macam mana?


Kalau sah-sah macam kami ni duk feeling,  "Abiang...beghapa?"  semua ponen cakap loghat Penang,  sah sah dia tau orang luar dan amik bayaran ikut kadar betul.  Kalau u olls semua cakap Perak dan muka familiar area-area situ,  pakcik tu akan amik bayaran lebih kurang sahaja.


Tapi akak tak kisah pun berapa,  duit itu untuk depa buat selenggaraan jaga kawasan ni kan?  Alah,  kita duk masuk tempat lagi mahal-mahal tak kisah apa aih,  awat nak masuk mandi air terjun yang sah - sah lagi cantik seribu kali duk nak buat berkira pulak.


Pastu kami pun naik bukit sampai ke puncak atas.  Masa ni lah lawak,  kami duk pekena Mami Nizal.  Dia tu memang jenis berat pungkok tak mau nak berjalan jauh-jauh.  Dia duk tanya,  "Jauh lagi ka?"  kami duk kata "Dak aih mami...lagi sikit...lagi sikit..."  AHHAAHAHA.  Dia punya bara la kat kami.  Last sekali sampai jugak sampai ataih!


Bila akak dah ada betul betul di bawah kaki air terjun tu masya Allah sangatlah cantik.  Perkataan yang paling sesuai untuk akak gambarkan adalah magnificent.  Sangat cantik u olls tak boleh nak bayangkan macam mana apabila air terjun tu betul betul ada depan muka you.  Kita boleh naik titi gantung dan tengok air terjun itu dengan lebih dekat.  Pokok-pokok yang tumbuh di celahan batu pada air terjun itu bagaikan disusun oleh penggubah bunga dengan penuh nilai artistic


Kami pilih spot untuk mandi di kawasan kaki air terjun.  Arus air agak lagu dan batu-batu agak licin,  bahaya kalau bawa anak kecil.  Kami yang frampun-frampun ini memilih untuk duduk pada satu spot sahaja sambil feeling rendam-rendam kaki dan berbicara tentang jantan.  AHAHAHAH dah nama pondan kan ?  Apa lagi yang perlu kita bicarakan?



Click read more





Kita boleh nampak dah air terjun tu dari kawasan parking lot.

Pusat Interpretasi,  ditutup.  Mungkin sebab hujung minggu.  



Akak sedang menyambut ketibaan frampun-frampun ke air terjun.  Semua siye muka tak mandi.

Bagaimana Lata Kinjang mendapat nama.  Kisahnya,  Mat Salleh yang pelat cakap Melayu.  Tak reti nak sebut kijang,  dia sebut KINJANG.

Air terjun blah bawah.  

Pondan...kalau dah dapat tuala pun dah feeling dress macam mana ka.  Siye semua.


Akhirnya Mami Nizal berjaya naik ke atas!!


Fansuri ni memang siye.  Kalau pi mandi mana-mana pun dengan aku,  dia suka buat macam ni.  Duk dalam ayaq,  pastu buat tersangkut kat batu ka apa ka,  pastu jerit "Tolong...tolong..." macam pompuan-pompuan dalam filem AR Badol tahun 80 an,  lemas dalam air,  pastu hero akan mai tolong dia.


Ni akak nak ajar ampa semua,  kalau mandi air terjun atau mandi laut ka, pastu tiba-tiba kawan hangpa bangun pi duduk sorang-sorang kat area lain dari tempat kita duk ada,  macam gambar kat atas ni,  confirm dia bukan duduk saja na.  Dia mesti duk kencing!

Ketibaan marhayam besar Pulau Pinang bersama anak-anak ayamnya ke Air Terjun Lata Kinjang,  Perak.  Akak blurkan bahagian itu kerana tak tau pasaipa baju tu timbul-timbul nampak macam luzah sangat.




Pemandangan Cantik
Masa kat Air Terjun Lata Kinjang ni akak banyak ambil gambar pemandangan dan apa-apa sahaja benda alam sekitar semulajadi yang menarik perhatian akak.  All this picture akak amik pakai camera handphone akak sahaja,  Samsung Note 3 sahaja u olls.  Nantila ada bajet lebih akak teringin nak beli Samsung 7 Edge,  yang tu memang camera paling meletops la!!  

Okay gambar-gambar ini adalah raw ya u olls.  Takdak editing.  Hanya bubuh watermark sahaja.  Tapi ada yang akak bubuh kat instagram akak,  akak adala letak filter apa sikit bagi nampak lagi canteks u olls.




Sapa nampak ada pokok menjalar yang jatuh ke bawah nampak macam tirai u olls.  Kerlas.





Sang Kelembai
Kawasan Lata Kinjang juga terkenal dengan kisah mistiknya iaitu sang kelembai.  Penduduk orang asli yang menetap di kawasan air terjun itu sejak dahulu percaya dengan kewujudan sang kelembaiyang hidup di kawasan air terjun itu.  Sang kelembai adalah seekor makhluk mistik yang mempunyai kuasa ajaib iaitu menukar apa sahaja (orang,  binatang atau objek) yang ditegurnya menjadi batu.  Ada satu kisah tentang sang kelembai yang ditipu oleh seorang wanita orang asli yang hidup di kawasan itu yang dikongsikan kepada pengunjung Air Terjun Lata Kinjang.


Kisahnya,  untuk menakutkan sang kelembai,  wanita itu menggantung baju yang dibasuh tinggi di atas dahan pokok buluh dan melukis tapak kaki yang sangat besar di bawah perdu pokok buluh.  So,  sang kelembai pun pelik la lalu bertanya,  macam mana hang gantung baju tinggi kat atas pokok tu?  Wanita itu menjawab,     laki dia yang gantung baju tu,  nah tengok tapak kaki laki aku yang besar ni?  Sang kelembai pun terkejut tengok tapak kaki yang sangat besar dan membayangkan laki pompuan ini besaq gila sampai boleh gantung baju punya tinggi,  so,  dia pun belah tak kacau orang kampong asli tu lagi.


NAHARIAM.......aku pelik,  pasaipa makcik orang asli tu tak jadi batu?  And pokok buluh tu tak jadi batu jugak?



Masa kat sana,  akak sempat called mak akak iaitu Kak Edeh,  sajalah nak habaq kata kami duk mandi air terjun.  Mak aku orang lama dan dulu masa dia muda-muda mungkin dia pernah mai sini,  dia pun tahu tentang kisah sang kelembai.  Dia tanya kat akak “Hang tak jumpa ka Sang Kelembai?”  Aku pun kata, “Tak jumpa lagi,  maybe dia duk duduk blah dalam hutan kot.”


Tapi mak akak menjawab selamba “Aku rasa sang kelembai tu nampak dah hang and kawan-kawan mai mandi situ,  so dia belah siap siap.  Sebab dia tau,  kalau dia tegur hang nanti,  bukan hang jadi batu,  dia yang last-last akan jadi batu.”


Depa kata juga Air Terjun Lata Kinjang ni jugalah yang menjadi lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara Jacquelina sebab depa tak boleh nak guna lokasi air terjun Gunung Ledang sebab ada pantang larangnya.  So depa mai berlakon kat sini.  Any body can confirm that?


Okay jangan lupa artikel-artikel aku yang lain ya about this roadtrip.
Roadtrip to Kampar:  Why I Fucking Love Roadtrip
Roadtrip to Kampar: Air Terjun Lata Kinjang
Roadtrip To Kampar: Kelli's Castle, Batu Gajah, Perak
Road Trip Kampar:  Breakfast in Kuala Kangsar

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com