UK Clark Sales

13.2.17

Roadtrip To Kampar: Kelli's Castle, Batu Gajah, Perak

Pemandangan Istana Kelli yang sangat popular.  Tetapi tahukah anda,  sekiranya istana ini siap di bina,  sebenarnya ini adalah bahagian belakang istana ini!

Next,  kami menuju ke Istana Kellie.  Ini adalah pertama kali dalam hidup akak,  akak mai istana ini.  Sebelum ini akak pernah mai,  tapi dah lewat malam dan lokasi ini sudah tutup untuk kunjungan orang ramai.  Akak ada gambarnya yang akak share dalam blog nanti lah akak cari. 


Dalam ekspidisi ini,  akak akan ambil peluang sebaiknya untuk explore istana ini sebaik mungkin.  Masa kami mula-mula mendekati Istana Kelly,  kawan akak iaitu Taufiq Noor telah bertanya,  “Wehs,  apa cerita Istana ni?  Boleh dak hangpa cerita dengan aku?”


Aku rasa macam nak humban lelaki yang putih macam kapas mayat ni dalam Sungai Kinta yang mengalir di belakang Istana Kelli.  Kepala puki hang umur 30 an hidup kat Malaysia ni hang tak tau Istana Kelli ni apa?  Lainlah pukimak Fansuri tu yang dari kecik duduk USA,  umur remaja baru balik mai duduk Malaysia.  Tapi detu pun memang ponen bodo-bodo sikit,  pengetahuan am lemah.


Nasib baik aku adalah penyuka majalah Mastika yang bagi sesetengah orang sebagai bahan bacaan Melayu kamfung,  aku mula baca pasai Istana Keli melalui majalah Mastika lah yang aku baca sejak aku kecik-kecik lagi.  Kepada sesiapa yang masih tak tau tentang Istana Kelli,  butoh hangpa semua tak tau.  Siye Istana besaq-besaq Queen Elizabeth duduk semua hangpa hafal,  rumah-rumah artist mat salleh semua hangpa ingat,  Istana Kelli dan sejarah dia hangpa tak pernah ambil tahu.

click read more


Denila Taufiq Noor siye duk tanya "Wehs hangpa boleh cerita tak sikit pasai istana ni?  Apa story dia?"  Butoh!!  Pastu duk posing macam video clip lagu Melayu.
"Kellie's Castle (sometimes also called Kellie's Folly) is a castle located in Batu Gajah, Kinta District, Perak, Malaysia. The unfinished, ruined mansion, was built by a Scottish planter named William Kellie Smith. According to differing accounts, it was either a gift for his wife or a home for his son.[citation needed] Kellie's Castle is situated beside the Raya River (Sungai Raya), which is a tributary to the Kinta River" - WIKIPEDIA


Latar Belakang Istana Kelli
Okaylah secara ringkas,  Istana Kelli dibina oleh seorang lelaki dari Scotland zaman kolonial British dulu.  Nama dia William Kellie Smith.  Dia kira kayalah sebab semua tanah ladang kat sini adalah miliknya.  So dia pun bercita-cita nak bina istana besar ini yang akan ‘overlooking’ semua harta ladang miliknya sebagai hadiah kepada isterinya atas kelahiran anak lelaki mereka yang pertama.  Tetapi belum sempat siap,  macam-macam perkara misteri terjadi semasa pembinaan istana ini,  pekerja-pekerja mati kerana penyakit misteri dan last sekali dia pun jatuh sakit juga. 


Isterinya jual istana tersebut tetapi sesiapa sahaja yang memiliki istana ini tidak pernah berjaya untuk menyiapkan pembinaan istana ini.  Buat sekian lama,  bangunan ini terbiar dan dimamah usia.  Nasib baik kerajaan negeri Perak telah menyelamatkan binaan agung ini dan dibuka kepada orang ramai untuk meneliti dan belajar darinya. Sapa-sapa yang minat sejarah dan seni bina macam akak,  ini adalah tempat yang sesuai untuk hangpa semua. 



Selama hampir satu abad, Kelli's Castle telah dipenuhi hutan, lambang ketinggalan pemerintahan British di Malaya, kisah impian, aspirasi, kekecewaan dan akhirnya tragedi seorang lelaki, dan juga yang berkata, lambang cinta yang tiada penghujungnya.

Mengapa ia dibina? Semasa era Victoria, ramai usahawan muda dan kaya yang membeli rumah agam, istana dan estet lama demi meningkatkan kaliber mereka dalam lingkungan sosial mereka.

Di Malaya, ketika abad tersebut, Kellie's Castle dikenali sebagai Agnes' Palace di kalangan sosial mereka kerana Agnes adalah pemilik sebenar bangunan tersebut. Sejumlah besar wang yang diperlukan untuk membinanya datang daripada pusaka Agnes berjumlah $300,00 (Straits Dollar). William juga telah memindahkan separuh daripada pegangannya kepada Agnes, menjadikan Agnes sebagai pemilik Kellas Estate seluar 1,500 ekar itu.

Terdapat tiga bangunan kesemuanya yang dihubungkan dengan laluan berbumbung.

- Rumah pertama, Kellas House, sebuah banglo kayu sederhana.
-Rumah kedua, sambungan Kellas Hosue, rumah agam batu kini berdiri musnah di hadapan Kellie's Castle. Ida dibina pada tahun 1909.
- Kerja-kerja pada sambungan seterusnya, menara dan sayap yang kini digelar Kelli's Castle, bermula pada tahun 1915 dengan kelahiran anaknya, Anthony.

Kellie's Castle adalah sebuah rumah yang tidak lengkap. Ia tidak mempunyai kuaters orang gaji atau tandas dan disambungkan ke Kellas House kedua. Iklan bertarikh 7 Oktober 1927, bagi melupuskan hartanah tersebut mengatakan bahawa Kelli's Castle berfungsi sebagai pejabat am dengan ruang menyambut tetamu yang besar serta dewan makan bagi melayani tetamu penting.

Walau bagaimanapun, lama kelamaan, perhubungan William dengan Kerajaan Kolonial semakin kurang baik. Mereka ragu-ragu akan keupayaan William untuk menguruskan projek dan pegawai birokrat yang sombong itu mentertawakan tentang pusaka Agnes. William bertekad untuk membuktikan yang mereka salah. Istana beliau lebih besar dan lebih hebat daripada Residency di Taiping. Kellie's Castle akan mempunyai lif haidraulik pertama di Malaya yang membawa tetamu bagi melihat gelanggang tenis di dalam dan halaman besar untuk menganjurkan jamuan yang elegan. Ia dirancang untuk menjadi tempat pertemuan golongan elit tempatan yang William harapkan bakal menerimanya di dalam lingkungan mereka.

Kelli's Castle ada disebut di dalam surat khabar London Financier pada 15 September 1911. Bangunan tersebut juga adalah salah sebuah lokasi penggambaran filem Anna and The King, yang dibintangi oleh Jodie Foster dan Chow Yun Fatt.



Masa akak mai Kellie’s Castle ni,  cuti sekolah,  so orang punyalah ramai macam ulat taik.  Especially masa akak ada kat atas bumbung istana ini yang dibuka kepada semua pengunjung tanpa pengawasan keselamatan yang ketat,  orang punyalah ramai duk bergayut dan bersantai di situ especially spisyis budak budak Instagram ni semua kan?  Punya ramai ya allah sampai aku rasa aku nak pukul dan tolak depa bagi jatuh.


Kepada hangpa yang nak mai sini,  akak harap hangpa janganla duk jadi macam monyet kampong sangat.  Dah naik,  dah amik gambar,  dah tengok pemandangan, teruslah turun cepat-cepat.  Bagilah peluang orang lain pulak,  sebab ramai yang bangang-bangang siap duduk lepak buat bulatan dan main handphone.  Eh,  nok hang kalau nak lepak pergi dataran Ipoh boleh tak?


Ada juga ibu bapa muda yang aku rasa macam nak sekeh tengok depa,  depa biar anak-anak depa kecik yang usia lebih kurang 4 hingga 5 tahun berjalan tanpa tangan mereka dipegang,  dan mak bapak duk feeling amik gambar,  bapak sibuk suruh mak posing,  mak pulak feeling pakai tudung lilit,  spek mata orang buta dan high heels. 


Orang ramai tanya juga,  tak berhantu ka mai sini?  Siriesly noks,  dengan ramainya maknusia macam yang akak klasifikasikan dalam perenggan-perenggan kat atas,  akak rasa hantu dan syaitan pun naik rimas dan blah pi tempat lain buat sementara waktu.  Kami explore sampai bilik wine di kawasan bawah istana ini,  yang gelap dan dingin,  tapi siriesly akak tak rasa apa pelik pun.  Kecuali,  takut sebab gelap.  Akak memang penakut pun. 


Ada rakan-rakan yang komen di laman Facebook mengatakan bahawa depa pernah lalui pelbagai kisah seram dan misteri masa mengunjungi Istana Kelli dahulu,  tetapi ketika akak berada di sini,  akak tak rasai apa-apa kecuali melayan perasaan diri akak sendiri yang amatlah kagum dengan seni bina istana ini yang sungguh ‘rojak’.  Macam karya Eropah ada,  gaya seni bina Arab ada.  Akak dan Taufiq Kapas Mayat a.k.a Achi Ayaq bergabung dan telah merakam beberapa keping gambar yang membuatkan akak rasa macam berada di Turki buat sementara waktu.


Thank you Azren Kamaruddin a.k.a Kak Ren yang turut bersama kami dalam espidisi ini dan menceritakan pelbagai kisah-kisah disebalik pembinaan istana ini dengan lebih mendalam.  Lorong-lorong rahsia,  idea asal pembangunan dan sebagainya.  Akak juga dikesempatan ini telah membuat ‘permainan’ untuk diri akak sendiri semasa berjalan di kawasan runtuhan ini iaitu akak tidak akan melalui kawasan dinding walaupun dinding itu sudah runtuh dan hanya ada bekas di lantai.  Akak hanya akan berjalan di kawasan istana ini melalui pintu-pintunya sahaja.  Next time hangpa mai sini,  hangpa kena try!!


Okay jom tengok gambar yang kami amik.  Some of the picture memang akak tak letak kat social media ya.

Belakang
Gambar-gambar dari bahagian belakang istana.  Kami mula masuk melalui Rumah Pengawal & Bangsal Kuda.

Papan tanda yang menyatakan kisah tentang bangsal dan penampakan entiti.  Quoted dari blog paranormal apa ka.  Awat la pilih quote ini.  Nampak sangat tak akademik u olls.

Menaiki tangga dari tepi bangsal.


Pintu Masuk Utama
Macam akak cerita dalam gambar pertama dalam blogpost ini,  sebenarnya gambar bangunan Istana Kelli yang seringkali kita tengok tu bukanlah bahagian depan istana.  Sekiranya Istana Kelli ini siap dibina,  inilah pemandangan depan istana ini yang sebenar.  Pintu masuk utama ke Istana Kelli adalah melalui ladang estet milik Agnes dan Smith yang terletak di bahagian yang lain.


Sekiranya Istana Kelli ini siap dibina,  inilah pemandangan depan istana ini yang sebenar.

Kami berjalan dari pagar masuk utama.

Akak cuba mengambil gambar pintu masuk utama dengan memasukkan elemen pokok tinggi yang hampir mati itu.  Tetapi shot akak tidak cantik,  walaupun...

...akak sampai bersujud sukur semata-mata nak amik shot gambar pintu gambar istana tu.  Celaka punya Taufiq Noor sempat rakam gambar akak tengah duk sujud tu.  Butoh betui.




The Taman
Kat tepi istana ni ada banyak pokok-pokok rimbun, pokok besar, ada denai jalan, ada kerusi. Yang ni semua ditaman dan mungkin naturally tumbuh kat kawasan ini semasa proses baik pulih semula kawasan istana.






Ruang Dalam Istana
Ini adalah gambar-gambar perincian dari ruang dalam istana.


Mungkin ini sepatutnya menjadi dapur masak depa?

Marmar Italy yang masih lagi terlekat.












Perluka bagitau ada hantu semua?


Hiasan dinding di dalam bilik-bilik.




Terowong Rahasia
Depa kata ada terowong rahasia dari sini,  masuk bawah cellar (tempat simpan wine),  dan boleh sampai ke estet ladang dan ada yang boleh sampai kat Tokong Hindu yang dibina oleh para pekerja pembinaan istana ini.


Hellllloooooo...anybody down there!!




The Bumbung
Kat sinilah punya ramai orang duk lepak.



Akak duk rimaih dah!

Eh adik?  Ko nak kena tolak dengan jin Islam ke duk bertenggek macam ni?



Bahagian Luar Istana
Aku sangat suka reka bentuk istana ini.  Kalaulah istana ini siap dibina,  mesti kita semua tak dapat masuk explore macam ni kan?  Mesti kerajaan Perak dah ambil ka ataupun Raja Perak pakai buat istana singgah gitu.






Posing Biar Letips Nyah...
Okay u olls,  jom tengok gambar-gambar we olls posing pulak.  Harusler....

 









Okay jangan lupa artikel-artikel aku yang lain ya about this roadtrip.


2 comments:

  1. kak, ada 1 keping gambaq tu ada kepala je kak, mana badan n kaki org tu kak..ayoyoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh ...yang tu akak amik panorama noks....tiba tiba kawan aku terjalan masuk...ahahah jadila macam mistik gitu.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com