Featured Post

#PrayforPenang

16.2.17

Ulasan Drama TV The Crown (2016)

Barisan para pelakon untuk musim 1.

Kebelakangan ini, Hollywood lebih gemar membuat produksi drama TV bersiri berbanding dari membuat sebuah filem yang mungkin hanya untuk gambaran 2- 3 jam dan bersambung menjadi dua tiga siri movie yang masih juga terhad untuk beberapa siri sahaja. Melalui terbitan drama TV, penulis skrip, pengarah, pereka set dan para pelakon mempunya kebebasan yang lebih luas lebih kurang 10 hingga 12 jam karya untuk satu musim yang mungkin mengandungi antara 8 hingga 10 episod.


Penonton sendiri pun lebih gemar memilih siri drama TV sebab olahan yang disampaikan dalam drama TV lebih terperinci dan lebih lengkap (walaupun of course tidak bolehlah nak selengkap olahan dalam penulisan buku).


Game of Thrones, The Vikings, The Walking Dead dan banyak lagi drama siri yang melihat bagaimana rumah-rumah penerbitan filem Hollywood meletakkan berjuta-juta wang untuk sebuah produksi.

Poster release.

Salah satu siri drama TV bajet besar yang akak sempat ikuti baru baru ini adalah The Crown iaitu sebuah drama bersiri yang menceritakan secara terperinci kisah hidup Queen Elizabeth II iaitu mak tok kepada Prince William.


Filem ini dikatakan telah menelan belanja hampir 100 juta pound sterling. NAHARIAM!! Boleh dak bagi 0.5 juta ja kat aku, so aku boleh quit my job and live my life as full time blogger. AHAHAH. Setiap episod dikatakan menelan belanja paling kurang 5 juta pound sterling.


Pada mulanya akak ingatkan The Crown adalah sebuah filem. So akak pun tunggulah filem ni keluar dalam Show Box (sebuah aplikasi pirate yang membenarkan kita tengok free movie dengan menggunakan data internet yang ada, akak akan tulis artikel khas untuk aplikasi ini). Tunggu punya tunggu, rupanya akak salah tunggu. The Crown sudah lama ada dalam aplikasi ini tetapi dalam kategori drama TV.

Gaun replika yang menyerupai gaun perkahwinan Queen Elizabeth.


2016 adalah permulaan untuk musim pertama yang mengandungi 10 episod. Setiap episode mengandungi lebih kurang 50 hingga 60 minit tayangan dan episod-episod ini bermula daripada saat Queen Elizabeth berkahwin dengan Prince Philip, Duke of Edinburgh sehinggalah kepada episod terakhir dalam musim ini yang menceritakan bagaimana kehidupannya sebagai seorang permaisuri muda menghadapi pelbagai cabaran berat seperti kehendak adiknya yang ingin bernikah seorang duda yang juga seorang lelaki yang pernah berkhidmat sebagai pembantu khas kepada mendiang bapa mereka, pengakhiran khidmat Winston Churchill sebagai Perdana Menteri dan bagaimana dia menguruskan suaminya Prince Philip yang berada dalam konflik ego tersendiri, yalah u olls, bini dia bukan semata-mata wanita bekerjaya, bini dia adalah THE QUEEN yang dalam banyak hal tidak memerlukan bantuan suaminya langsung kecuali sokongan moral, kasih sayang dan harapan. Dalam erti kata lain, menjalankan tanggungjawab seorang isteri kepada suami. Mana ada lelaki nak buat macam itu.


Drama siri ini dicipta dan ditulis oleh Peter Morgan, iaitu insan yang bertanggungjawab untuk menulis sebuah filem The Queen, lakonan Helen Mirren yang menceritakan apakah yang dilalui oleh Queen Elizabeth semasa kematian bekas menantunya Princess Diana dalam kemalangan ngeri itu. Aku rasa melalui filem ini jugalah, the whole United Kingdom if not the whole world, somehow boleh merasakan belas kasihan dan bertukar pandangan mereka terhadap Queen Elizabeth yang selama ini mereka nampak sebagai seorang wanita jahat, hati kering dan tiada perasaan. Aku tonton filem itu banyak kali, dan scene yang paling aku suka apabila bagaimana pada satu ketika Queen Elizabeth telah turun dan melihat bunga-bunga yang disusun oleh rakyat untuk mendiang Princess Diana. Catatan-catatan pada bunga-bunga itu yang secara terang mengutuk dan menghina Queen Elizabeth sendiri, terpaksa dia baca dengan tenang tanpa menunjukkan sebarang emosi kepada rakyat yang sedang memerhati dari tepi.


Ya, aku rasa melalui filem itu, Queen Elizabeth telah diselamatkan oleh Peter Morgan. Rakyat mula mengerti peranannya bukan sahaja sebagai seorang permaisuri malah seorang ibu dan seorang nenek.


So aku rasa, perkara yang sama cuba dilakukan oleh Peter Morgan dalam penulisan drama bersiri ini. Dia mahu menunjukkan kepada para penonton sekalian bahawa, di sebalik imej seorang permaisuri yang tua dan mempunyai rupa paras yang menakutkan itu (tipu kalau ampa tak takut tengok muka Queen Elizabeth lagi, wehss dia dah purba okay!!), disebalik wajah tanpa eksperesi dan senyuman keras itu, kita semua kena ingat bahawa Queen Elizabeth adalah seorang yang wanita luar biasa kerana kecekalannya dalam menjadikan dirinya yang terbaik untuk memegang jawatan terbesar di dunia ini.

click read more



Para pelakon

Clair Foy adalah seorang pelakon muda yang telah beberapa kali berlakon di layar perak dan drama siri dalam genre yang lebih kurang sama iaitu sejarah telah berlakon dengan amat baik sekali. Tidak hairan kalau dia akhirnya dinobat sebagai pelakon wanita terbaik untuk kategori drama bersiri dalam Anugerah Golden Globe baru-baru ini. Akak juga rasa dia telah berjaya meniru Queen Elizabeth dengan baik especially untuk ton suaranya.

Claire Foy menang anugerah Best Performance by an Actress in a Television Series - Drama menerusi Anugerah Golden Globe 2017



Matt Smith sebagai Prince Philip. Aku rasa mamat ni pun berlakon dengan baik. Melakonkan watak sebagai seorang lelaki yang bukan sahaja terkenal kerana mulutnya yang celupar tetapi pada masa yang sama seorang yang berkarisma dan sedikit sombong (arragont is the best word). Cuma aku sedikit terganggu pada postur badan Matt Smith sebab dia selalu macam menyengetkan kepalanya untuk meniru gaya Prince Philip ketika bercakap. Aku tak rasa Prince Philip sengetkan kepala dia terlalu teruk sampai begitu.


Kepala teleng orang tua - tua kata.


John Lithgow sebagai Winston Churchill. Agak pelik sebab dia seorang yang sinonim untuk layar perak Amerika,  walaupun tidak kurang hebatnya. Aku lebih suka Timothy Spall berlakon sebagai Winston Churchill seperti mana yang aku tengok dalam filem King’s Speech. Walaupun lakonan dalam filem itu terlalu singkat.

John Lithgow seorang yang amat agam sehinggakan set untuk pintu rumah Perdana Menteri terpaksa dibesarkan daripada saiz asal agar sesuai dengan ketinggiannya.


Fakta Mengenai Drama Siri Ini dan Kenapa Aku sukakannya?

Hangpa semua kena tengok drama bersiri ini dan ini adalah sebabnya:


Peter Morgan at an event for The 74th Golden Globe Awards (2017)



  1. Peter Morgan mengesahkan bahawa dia telah menulis hingga 6 musim untuk drama siri ini. Setiap 1 musim meliputi kehidupan 10 tahun dalam hayat Queen Elizabeth. Sehingga kini, sesi penggambaran untuk musim 2 sedang berlangsung. Untuk empat episode akan datang, depa kata depa akan guna pelakon yang berbeza-beza agar bersesuaian dengan kehidupan Queen Elizabeth yang semakin meningkat usia. Aku paling tak sabar bila depa akan story pada zaman kehidupan Prince Charles, Princess Diana dan Camilla Parker Bowles. Aku tak akan bohsan dengan kisah cinta royal paling tragis pada abad kita ini.


  2. Antara penceritaan kisah di belakang tabir kehidupan Queen Elizabeth yang kita tak pernah baca or dengar sebelum ini. Antaranya macam mana dia telah ‘carut’ salah seorang menteri dan Winston Churchill sendiri kerana menyembunyikan berita bahawa Winston Churchill telah jatuh sakit sampai stroke. Cerita bagaimana laki dia Prince Philip macam bara sebab depa tak benarkan dia gunakan nama surname Mountbaten untuk anak-anak mereka, instead menggunakan nama rumah Winsdor sendiri walaupun the fact selalunya anak-anak akan ikut nama surname bapa dan bukan ibu. Kisah bagaimana Winston Churchill style ego gila babi dan bara apabila pelukis yang dilantik melukis potretnya sebagai seorang lelaki yang tua dan gemok sampai last sekali dia bakar lukisan tu. Winston Churchill adalah antara karakter yang penting dalam penceritaan ini, aku harap hangpa ambil masa untuk baca dan juga tonton apa-apa dokumentari mengenai lelaki ini.

  3. Selain Winston Churchill satu lagi karakter utama yang memainkan peranan penting dalam drama siri ini adalah adik perempuan Queen Elizabeth sendiri iaitu Princess Margaret. Deni pun adalah satu karakter yang pelik jugak bagi akak, sesuai dengan namanya Margaret, dia pun garet. AHAHAH. Mungkin sebab dia adalah si adik bongsu, hidup kaya raya dan tak pernah susah, dia pulak bebas tidak perlu pegang banyak tanggungjawab macam kakak dia, so dia mempunyai ekspetasi yang berbeza tentang hidup iaitu dia akan dapat apa yang dia nak. Where as kakak dia Elizabeth yang depa panggil secara manja sebagai Lilybeth, perlu buat banyak pengorbanan semata-mata untuk memastikan dia menjawat jawatan QUEEN ini dengan baik. Aku pernah baca dan tonton kisah hidup Princess Margaret sebelum ini, dia sampai tua nanti duk feeling cinta sana sini tau. Kesian kat dia. Sebab tu orang selalu pesan, hang tak boleh memiliki segalanya. The more you want, the more you loose. Princess Margaret tak boleh setuju dengan penyataan itu.


Vanessa Kirby sebagai Princess Margaret.


  1. Karakter Prince Philip juga aku suka. Kalau hangpa pernah baca pasai lelaki ini, dia memang terkenal dengan memberikan komen-komen negative dan bersifat perkauman semasa lawatan-lawatan rasmi yang dibuat olehnya dan Queen Elizabeth. Aku pernah baca sekali dia pesan kat askar-askar British yang bertugas di China, (kalau tak salah aku), dia kata, hangpa semua jangan duduk sini lama-lama, habis bertugas terus balik, kalau tidak hangpa punya mata semua akan jadi kecik macam depa. Butoh! So dalam drama siri ni ada sekali tu, dia dan Queen melawat beberapa negeri di benua Afrika. Semasa sesi pertemuan dengan ketua-ketua puak, Prince Philip bagi komen “Nice hat,” kat salah seorang ketua puak yang mempunyai head gear yang sangat besar. Tapi Queen Elizabeth betulkan dia dengan mengatakan, itu bukan topi, itu adalah crown mereka.

  2. Okay satu lagi benda aku nak story pasai perkara yang Queen Elizabeth buat semasa dia mula-mula menjadi Queen adalah bagaimana dia sendiri merasakan pengetahuan yang dia miliki sebelum ini tidak cukup dan tidak kuat untuk menjadi seorang pemimpin. Jadi dia telah melantik seorang guru peribadi yang akan ajar dia pelbagai pengetahuan terutama sekali dalam bidang sains. Aku respek gila sebab macam mana dia rendahkan diri dia untuk mengakui dia mempunyai kekurangan dan dia nak baiki diri dia.



Okay aku dah cerita banyak dalam artikel ini. Hangpa kena pi find out dan pi tonton drama bersiri ini yang sekarang ini baru musim pertama. Tak jauh lagi kalau hangpa nak follow. Kita boleh belajar banyak benda dari kegigihan wanita ini yang at the end of the day, dia pun manusia biasa macam kita semua.

Gambar sumber :  IMDB

1 comment:

  1. omg. sampai 6 season ka. jenuh tunggu keluar netflix. btw kami dah habis tgk season 1. best!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...