23.2.17

Ulasan Fesyen Red Carpet Screen Actor's Guild Awards 2017 Part 2

Nicole Kidman in Gucci
Siriesly ini adalah baju red carpet paling buruk yang pernah akak tengok Nicole Kidman pakai.  Sebagai icon fesyen macam mana deni boleh feeling pakai macam ni?  Gila ka apa?  Aku ingat last Golden Globe was already the worst.





Amy Landecker and Jenifer Lewis in St. John
Depa dorang ni terpakai baju sama atau memang plan nak pakai baju sama?  I dunno!





Michelle Dockery in Elie Saab
Baju ini unik dan nice tapi bukan untuk beliau dan bukan untuk majlis anugerah ini.  Kalau bagi kat someone lebih muda untuk Kid's Choice Awards ataupun MTV Awards ka apa ka,  mak rasa okay.




Mayim Bialik
Potongan bahagian atas dress ini adalah tidak kemas dan membuatkan tetek dia macam tertarik dan flat.  Dan kain ini akak rasa macam tak sesuai buat dress.  Kalau buat sofa atau kain langsir adalah okay. Tapi akak tetap suka dia punya clutch.



click read more





Claire Foy in Valentino
Pilihan yang comel dan fun.  Hair do dan make up membuatkan wajah Claire Foy terus berubah.





Gina Rodriguez in Patricia Bonaldi
Rekaan dress yang menarik.  Pompuan ni pun makin kurus dan slim,  dia  nampak lebih berani dalam memakai rekaan gaun yang lebih kerlas.







Yara Shahidi in Naeem Khan
Unik.




Samira Wiley
Pilihan fesyen yang menampakkan beliau lebih tua dari usia.  Dan akak rasa akak lebih suka dia botak daripada buat rambut macam ini.  Dia nampak lebih seksi dengan botak.





Naomie Harris in Lanvin
Rekaan Lanvin memang macam lain dan pelik pelik sikit.  Nothing to carut.  Pilihan yang berani untuk Naomie.



Evan Rachel Wood in Altuzarra
Dua kali dah event awards dia ni pakai suit.  Apa yang dia cuba sampaikan?  Hang nak kata lani hang dalam transisi seksual?





Gwendoline Christie in Vivienne Westwood Haute Couture
Deni tak pasai-pasai pakai baju meghelit macam nak pi jogging ni pasai pa?




Hannah Hart
Tomboy mana ni?





Clea DuVall
Kemas.





Dascha Polanco in Vintage Jean Paul Gaultier 
Akak lebih suka dia pakai dress.




Taryn Manning in Rami Al Ali
Too many things are happening here.  Dress besaq gedabai yang diperbuat daripada some sort of kain tarpal ataupun kulit PVC dan rambut dia warna pink.  Menakutkan okay!  Hang bagi dia tongkat tinggi ala-ala Gandalf dan juga topi muncung naik atas,  teruih jadi kostume ahli sihir.





Anna Chlumsky
Dress ini menampakkan beliau macam bantal peluk.




Maisie Williams in Charlie Brear
Aku rasa lani Maisie dalam proses menunjukkan kepada dunia yang dia bukan lagi pelakon remaja yang dikenali tetapi dia sekarang sudah menjadi wanita.  Gitu.  Yes,  tetapi aku lebih suka beliau dalam stail ini berbanding dalam stail di Golden Globe.  Di sini dia nampak lebih made-up,  kemas da bersih.  Good job Arya!




Angela Sarafyan in Zac Posen
Kain baju ni nampak macam murah murah.





Sophia Bush in Marchesa
Kakak,  orang tak pakai dah design colour kain macam ni.




Taylor Schilling in Adeam
Baju deni tak siap ka apa?  Tak cantik la baju ni,  nampak macam oversize dan tak tau apakah bentuk yang cuba dibawakan.





Ellie Kemper in Wai Ming
Next.





Judith Light in Balmain
Siries baju ni tak elok.  Dah la kain baldu,  pastu kaler biru.  Pastu design macam planet-planet apa ni?




Jolene Purdy
Pompuan gemok kalau posing jangan bubuh tangan kat atas perut macam ni boleh tak?  Unless hang betul-betul mengandung.  Dalam gambar di atas,  yes.....dia memang mengandung.  HAHAHA.




Raini Rodriguez in Sherri Hill
Okaylah nice dan kemas.  Cuma pattern dulu-dulu.




Samantha Isler in Philosophy
Artis Melayu dielakkan daripada memakai dress ini kerana dikhuatiri mengundang amarah orang ramai kerana bahagian tengah tu adalah tanda salib Kristian.





Salma Hayek in Gucci
Kerlasss mak ayam kita sorang ja pakai kuning.  Cantik.





Keltie Knight in Givenchy
Simple jer u olls.


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...