22.2.17

Ulasan Filem dan Rancangan TV Hollywood yang Tercalon dalam Anugerah 2017

Hello u olls,

Musim anugerah bagi semua rancangan TV dan filem yang diterbitkan di Hollywood bagi tahun 2016 telah bermula sejak awal tahun ini. Kesemua penerbitan yang mencapai nilai terbaik dalam penyampaian dari segi lakonan, penceritaan, arahan dan suntingan telah dicalonkan dalam pelbagai anugerah. Depa ada lebih kurang 19 buah yayasan atau persatuan yang menjalankan aktiviti menilai dan memberi anugerah kepada pencapaian filem dan rancangan TV di negara depa tetapi yang paling besaq dan paling popular kita kena tau lah of course, Golden Globe Awards, Screen Actors Guild Awards dan Academy Awards.


So hari ini, akak nak share dengan you olls semua semua rancangan TV dan juga filem yang mana telah mendapat banyak pencalonan untuk anugerah-anugerah untuk tahun 2017. Ada yang akak dah tengok, ada yang akak tak tengok lagi.


One thing pasai filem-filem Hollywood adalah bukan semata-mata kerana populariti, berapa juta tiket terjual di seluruh dunia, bukan juga sebab semata-mata bajet berjuta-juta duit yang digunakan untuk menjadikan effect pada filem itu menjadi nyata, tetapi depa ni suka meletakkan nilai yang tinggi pada skrip, lakonan dan pengarahan. Tiga benda ni depa sangat appreaciate dan hormati.


So akak akan pecahkan kepada tiga kategori iaitu filem, TV series dan juga animation film. Kalaulah nak disenaraikan semua filem-filem yang mempunyai pencalonan untuk anugerah, mampuih banyaklah senarai aku, tapi aku buat sikit sahaja dan aku pilih mana yang worth untuk aku kongsikan dengan hangpa dan filem-filem ni menerima lebih dari satu atau dua pencalonan anugerah. Kalau ada masa pada masa akan datang aku share pulak satu-satu story yang aku dah tengok ni!


Kategori Filem

Arrival
Akak dah tengok movie ni. Kak Senduk punya pereng sampai kutuk filem ni kat Facebook status dia. HAHAHA. Well, aku faham pasaipa ramai yang bengang dengan penceritaan filem ini sebab last-last dia tergantung macam mana kah. Aku rasa pengarah ni feeling nak buat semua orang macam touching gila macam masa kita tengok cerita sains fiksyen Insterstella yang menceritakan jugak pasai teori-teori masa dan waktu. Sebenarnya teori filem ni simple sahaja, nak kata si alien tu boleh tengok masa depan kita dan depa mai kat dunia ni sebab si watak utama boleh selamatkan dunia sebab dia mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan. Dahla cerita ni slow gila babi, latar belakang semua style gelap dan misteri gitu, noks, mak tertidur 3 kali depan telefon semata-mata nak habiskan tengok cerita ni. Lakonan Amy Adams memang bestlah tak dinafikan. Tidak begitu 'memorable' kalau nak dibandingkan dengan cerita 'Interstellar' la...habis tengok cerita tu terus rasa macam kena fuck kat otak.


click read more





Captain Fantastic
Tak pernah tengok lagi tapi cerita ini dilakonkan dan diarahkan oleh Viggo Mortensen yang juga Aragorn dalam filem Lord of The Rings. Hangpa jangan duk ingat cerita ni Marvell ataupun DC ka apa ka, ini adalah cerita drama pasai kehidupan lelaki menjaga keluarganya. Akak akan tengok, tapi filem ni kena tunggu bila ada mood baru boleh layan.


Confirmation
Mak dah tengok cerita ni. Dah keluar kat HBO ya. Filem ni menceritakan semula sorotan kejadian sebenar yang telah berlaku apabila seorang wanita bernama Anita Hill telah tampil untuk membuat pengakuan bahawa lelaki bernama Clarence Thomas yang bakal dicalonkan sebagai Supreme Court of the United States telah membuat pelbagai gangguan seksual kepadanya semasa dia bertugas bersama lelaki itu. Cerita ni takdak ending takdak beginning, dia just tunjuk balik rentetan kejadian semasa sesi pendengaran itu dibuat. Kerry Washington berlakon dengan sangat baik sekali, menunjukkan perasaan-perasaan sedih, marah, kecewa dan takut apabila pengakuannya ini dianggap sesuatu yang sengaja dibuat untuk menjatuhkan seseorang. Mak kena tengok balik cerita ni sebab aku memang suka. Sapa kat Malaysia berani buat cerita macam ni? Buat rentetan kejadian perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Kerlas.




Fences
Cerita tentang kehidupan masyarakatan African American ketika tahun 50an. Denzel Washington berlakon cerita ni. Tua dah…tapi masih hemsem.




Florence Foster Jenkins
Akak dah tengok cerita ni. Siries lawak noks!! Berapa kali aku punya duk gelak tengok cerita ni. Meryl Streep telah berlakon cerita ini dengan tersangat baik sekali, deni memang paling jinies dan sangat hebat dalam bab-bab memegang watak meniru karakter sebenar. Macam apa yang dia buat dalam filem Iron Lady dan Julia Julie! Aku harap sangat dia menang sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Oscar tahun ini untuk filem ini dan mengalahkan calon kegemaran Emma Stone untuk filem La La Land. Aku akan buat artikel asing pasai filem ni. Nanti hangpa baca. Siries cerita ni best dan sapa yang suka cerita muzikal yang lawak, this is your best.  Cerita biography tentang seorang wanita bangsawan yang feeling nak jadi penyanyi opera,  sebenarnya dia tak boleh menyanyi langsung.  Suara dia tak sedap....so macam mana?



Hidden Figures
Cerita ni antara yang favorite jugak tahun ini, akak tak tengok lagi. Bila kita tengok para pelakonnya yang terdiri daripada orang kulit hitam, secara automatic mesti kita duk ingat pasai kisah-kisah diskriminasi kaum dan yang sewaktu dengannya. Tetapi kisah ini sebenarnya tentang wanita-wanita yang bertanggungjawab menjadi ahli matematik yang membuat perkiraan semasa misi Amerika hendak membawa para astronaut naik ke angkasa lepas. Zaman dulu, computer semua tak berapa nak ada lagi, jadi ahli-ahli matematik seperti ini yang diperlukan untuk memudahkan kerja. Akak tak sabar nak tengok Octavia Spencer berlakon dengan mak ayam Taraji P. Henson, dua-dua mak ayam mulut black yang sangat celupar dan sassy.




Jackie
Natalie Portman pun dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik dalam Oscar untuk file mini. Filem ini mengisahkan kisah hidup Jackie Kennedy, isteri kepada bekas Presiden Amerika yang ditembak. Tak sabar nak tengok juga cerita ni.




La La Land
Nenjia semua kat Hollywood duk gila syiok tengok cerita ni. Cerita cinta muzikal ala-ala Hindustan jugak you olls. Lagu City of Stars adalah runut bunyi yang sangat best. Akak punya gila lagu ni sampai buat playlist lagu ni ulang dan boleh dengar seharian kat office.





Miss Sloane
Tengok poster pun mesti tau dah mesti kisah-kisah politik Amerika Syarikat ni. Tapi En. Yusof Bakar suggest kat Facebook group Movie Addict dia kata movie ni best, maka akak akan tengoklah nanti. Tapi Jessica Chastain hanya dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik di Golden Globe tetapi tidak di Oscar.




Loving
Cerita pasai percintaan dan perkahwinan antara dua orang insan yang berlainan warna kulit. Berdasarkan kisah sebenar. Ruth Negga dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik di Oscar untuk filem ini.




Manchester by the Sea
Casey Affleck dicalonkan sebagai pelakon lelaki terbaik melalui file mini. Mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang tiba-tiba kena ambil tanggungjawab untuk menjaga anak menakannya sebab bapa dia mati. Drama slow ni you olls.



Moonlight
Tak tengok lagi. Tapi depa ni dapat 8 pencalonan untuk Oscar sahaja. Cerita ini pasai kisah hidup yang susah oleh orang-orang kulit hitam di Miami, Amerika.





The Lobster
Akak dah tengok cerita ni. HAHAHAH memang pukimak la cerita ni. Lepas tengok 2 jam, akak rasa macam menyesal gila dan rasa nak sepak muka sendiri. Bukan sebab cerita ni tak best, cerita ni best tetapi aku duk rasa macam ser dengan teori sosial gila dalam filem ni. Sebab tu kadang-kadang rasa macam tak suka nak tengok apa-apa cerita secara random tanpa mengetahui apakah latar belakang cerita ni? Aku tak mau hangpa semua jadi bara macam aku, so aku nak share cerita ni pasai pa. Cerita ni kira macam satu dunia rekaan di mana semua orang di dunia ini kena hidup berpasangan.


Kalau hang bercerai ataupun ditinggalkan kekasih hang, hang kena check in satu hotel. Masa check in kat hotel tu, hang kena habaq dah siap-siap apakah binatang yang hang nak jadi kalau dalam tempoh yang ditetapkan hang gagal menemui pasangan baru di hotel itu. Hotel itu adalah tempat di mana single people masuk untuk mencari pasangan baru. So lelaki ni lakonan Collin Farell yang hemsem tapi dia tak hemsem dalam filem ni sebab dia nampak boroi dan ada misai macam lelaki tahun 90 an, dia pilih untuk menjadi lobster. Kalau duduk kat hotel ni, hang tak boleh cikcap ataupun beronani, kalau ditangkap berbuat demikian, tangan hang akan dimasukkan dalam bread toaster.


Aku rasa aku kena buat artikel asing pasai filem ni la. AHAHA sebab terlalu lawak untuk aku tulis kat sini.



Moana
Dah tengok, cerita dia biasa-biasa sahaja. Baik jalan cerita How To Train Your Dragon lagi best. Tapi cerita ni dapat pencalonan sebab dia punya animasi yang sangat nyata dan betul tu. Gila buat animasi ayaq…..ayaq laut yang berkocak, bergelora, berombak dah macam betul!



Zootopia
Filem ni banyak mendapat pujian dan diperkatakan dalam 9gag. Tapi akak tak tengok lagi. Cerita binatang-binatang, tapi yang comelnya, yang girl tu arnab, yang boy tu musang. Pastu depa kawen ka? Anak depa jadi apa?




Kategori Drama TV Bersiri

Berikut adalah antara TV-TV series yang mendapat pencalonan untuk tahun ini. Seperti yang kita tahu, kebiasaanya di Hollywood depa akan selalunya utamakan pencalonan anugerah untuk drama-drama siri yang baru. Yang dah Berjaya sampai 10 musim tu semua dah tak akan dapat apa-apa pencalonan dah. Baguih juga depa buat macam ni, promotion kepada drama TV tersebut dan menggalakkan penerbitan drama TV baru.  Antara TV Series yang sering disebut-sebut adalah seperti berikut;


West World
Cerita ni ramai duk puji dan bercakap banyak dalam 9gag. Tapi akak tak tengok lagi.




Stranger Things
Akak dah pernah buat review pasai siri ini, hangpa boleh baca kat sini: Ulasan Siri Drama TV Sains Fiksyen: Stranger Things





The Crown
Yang ni pun akak dah buat review, hangpa boleh baca kat sini:  Ulasan Drama TV The Crown (2016)




Mr. Robot
Rami Malek yang hemsem berlakon cerita ni. Akak dulu ingat cerita ni filem. Rupanya Tv series. Tak tengok lagi, kalau dah tengok akak akan buat review. Kisah pasai hacker internet ni.



Orange is The New Black
Akak pernah buat ala-ala simple review (pengenalan) tentang TV drama series itu di sini : Warna Oren Adalah Lebih Meletop Dari Warna Hitam Akak tengok season 1 dan 2 sahaja, lepas tu akak stop. Lani dah masuk season ke empat dah.




The People v. O. J. Simpson: American Crime Story
Wehs! Drama siri ni hangpa memang wajib kena tengok. Dia bukan jenis bersambung sampai bermusim-musim, actually cerita ni kalau nak buat movie terlalu pendek, dan depa buat drama bersiri, tapi satu musim sahaja, dan ada 10 episod. Ini adalah kisah benar yang terjadi kepada seorang ahli sukan American football iaitu O.J. Simpson yang terlepas daripada pertuduhan daripada jenayah membunuh isteri dan seorang lelaki di rumah mereka sendiri. Walaupun pelbagai bukti telah disediakan dengan terperinci dan memang nyata, dia ni bersalah sebab bunuh bini dia sendiri tetapi oleh kerana manipulasi peguam pembela, mainan media dan orang ramai terhadap insan popular dan disukai ramai ini akhirnya menyebabkan dia terlepas dari pertuduhan. Lepas tengok drama bersiri ini dan setelah tengok juga beberapa dokumentari tentang kes ini, akak rasa O.J. Simpson memang bersalah dan betapa fucked up nya system pengadilan di negara Amerika Syarikat pada ketika itu.

Sumber gambar:  IMDB

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...