Featured Post

#PrayforPenang

27.2.17

Ulasan Filem Florence Foster Jenkins


Pernah tak hangpa berada dalam situasi di mana, hangpa duk rasa yang hangpa ni dah cukup bagus gila, sebab kawan-kawan dan ahli keluarga hangpa semua dah bagi hangpa keyakinan dan mengatakan yang apa yang hangpa buat selama ini adalah sangat bagus, tetapi bila mai waktu yang sebenar untuk hangpa test ke-terror-an hangpa, rupanya orang luar nampak hangpa ni semua takdak apa pun, tiada bakat, nothing special dan complete waste of time. Benda ini kemungkinan adalah bakat dan kebolehan sendiri, minat yang hangpa suka atau simply sesuatu yang dari dulu hangpa buat, hangpa rasa hangpa adalah yang terbaik sekali.  Dan bila akhirnya kita tau tentang kebenaran,  kemungkinan juga benda ini adalah terlalu lewat untuk kita selamatkan benda-benda lain.


Ini adalah cerita Florence Foster Jenkins seorang bangsawan zaman 1920 an hingga 1940 an yang amat meminati bidang nyanyian opera. Dia sendiri adalah seorang peminat muzik opera dan kerana taraf hidupnya, dia mampu untuk hadiri persembahan-persembahan teater opera dan mempunyai ramai kenalan rapat dalam bidang itu. Tetapi, Florence Foster Jenkins yang didorongi oleh suaminya nekad untuk merakamkan album seterusnya membuat persembahan terbuka dikhalayak ramai untuk memperdengarkan nyanyian operanya.



Takdak sapa-sapa pun yang introduced aku movie ini, aku terjumpa dalam applikasi Showbox (applikasi mudah hangpa boleh download dalam handphone hangpa untuk tengok movie secara percuma, stream terus tanpa perlu download, Cuma dia makan data internet sahaja, takdak dalam Play Apps, hangpa boleh Google sahaja untuk tengok cara-cara nak download, tapi ini untuk android sahaja, sapa Apple susah sikit). Aku tertarik nak tengok film ini sebab tengok posternya, warna kuning, ada muka Meryl Streep, Hugh Grant dan sorang lagi pelakon yang aku recognized dari cerita Inglorious Basterds.



Aku tak expect apa-apa dari filem ini tapi selesai menontonnya aku rasa terhibur gila sampai aku excited dan pi Google macam-macam pasai pompuan feeling kuat bernama Florence Foster Jenkins ni. So am sharing this with you guys, pi cari filem ni dan tengok. Sebab filem ni tak keluar dalam panggung wayang kat Malaysia.


SPOILER ALERT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

click read more



Plot Summary
Secara ringkasnya, cerita ini adalah tentang Florence Foster Jenkins yang dilakonkan oleh Meryl Streep seorang wanita kaya raya. Dia ada husband bernama St. Clair Bayfield yang dilakonkan oleh Hugh Grant. Disebabkan Florence ada penyakit sifilis yang dia dapat dari suami pertamanya, so dia dan St. Clair tak tidur dan tinggal bersama. Pada waktu malam, selepas St. Clair bagi Florence tidur, dia akan keluar dan balik ke rumah kekasihnya, Kathleen seorang perempuan yang lebih muda dan of course dengan Kathleen la baru dia dapat penuhi keperluan batinnya.


So nak dijadikan cerita, satu hari bini dia Florence teringin nak sambung balik praktis menyanyi opera dan suruh laki dia cari pemain piano yang berkaliber. Sesi temuduga dijalankan dan depa melantik seorang lelaki bernama Cosme McMoon lakonan Simon Helberg untuk menjadi pemain piano untuk mengiringi latihan nyanyian Florence.


Bila sesi latihan bermula, latihan vokal dibantu oleh seorang vocal coach bernama Encik Carlo Edwards, McMoon sangat terkejut apabila mendengar suara nyanyian Florence buat pertama kali. Dia terkejut sebab suara Florence memang tak sedap langsung, memang bukan semua orang boleh jadi penyanyi opera sebab nyanyian itu memerlukan bukan sahaja bakat tetapi kemahiran teknik vokal yang ekstrem. Tapi Florence bukan saja tak boleh jadi penyanyi opera, malah untuk jadi penyanyi biasa pun, belum tentu dia boleh.


Lebih mengejutkan McMoon adalah si vocal coach tu dengan relaksnya memuji muji dan mengipas pungkok Florence dengan tahap yang sangat over sekali sampai Florence ni duk rasa macam suara dia sedap gila babi dah. Begitu juga suami dia, si St. Clair yang turut sama bersekongkol dalam 'lakonan' itu.




Pada mula, McMoon macam nak give up dan terus belah dari menjadi pemain piano untuk Florence. Tapi disebabkan desakan dan juga janji janji manis dari St. Clair terutama sekali dorongan WANG RINGGIT, maka McMoon stay dan bermulalah persahabatan uniknya bersama pasangan suami isteri ini.


Dipendekkan cerita, McMoon bukan sahaja mengiringi Florence untuk sesi latihan vocal, lepas tu depa record nyanyian dan mainan muzik piano bersama dan buat persembahan konsert. Last sekali, oleh kerana Florence terbaca ulasan tentang nyanyian dia yang teruk, dia jadi kecewa, jatuh sakit dan perlahan-lahan dia pun meninggal dunia.





Pelakon

Meryl Streep, pompuan ni memang jiniyes bab-bab tiru orang. Sebelum ni kita dah tengok Meryl Streep berlakon jadi Julia Child tukang masak zaman dulu-dulu dan kemudiannya jadi Margaret Tatcher the Iron Lady, tapi kali ini dia jadi Florence Foster Jenkins pulak. Disamping lakonan bersahaja nya yang nampak sangat natural, benda yang paling aku respek adalah macam-macam dia boleh tiru nyanyian Florence Foster Jenkins yang tak sedap tu. AHHAHAHHAHA. Aku dengar balik nyanyian original Florence Foster Jenkins dalam Youtube wehs lebih kurang sama dengan cara Meryl Street nyanyi. Tak tau la kalau dia ada buat alteration dalam studio agar suara dia jadi sebijik macam tu, ataupun memang dia berlatih bersungguh-sungguh sampai dia dapat tiru sebijik. Aku harap dia menang anugerah pelakon wanita terbaik di Oscar untuk tahun ini.



Not only because dia telah berjaya melakonkan watak ini dengan baik tapi pada masa yang sama dia telah meyakinkan kita untuk belajar untuk mengetahui tentang karakter pelik ini yang sebelum ini aku tidak pernah dengar dalam sejarah dunia muzik. Mungkin pencapaian kerjaya muzik Florence Foster Jenkins bukanlah sesuatu yang dibanggakan tetapi lakonan Meryl Street melalui penulisan skrip dan arahan filem ini memberi satu pengajaran untuk kita semua. Iaitu keikhlasan dalam seni adalah amat penting.


Sapa-sapa sahaja boleh mengaku depa berbakat, boleh buat itu, boleh buat ini, depa kerja keras, depa berusaha gila-gila, depa berlatih dengan orang professional, tetapi tanpa keikhlasan, tanpa kebenaran, at the end of the day, semua itu hanya sia-sia sahaja.


Soalan aku adalah, adalah Florence Foster Jenkins seorang yang ikhlas? Bagi aku tidak, dia tidak ikhlas kerana aku rasa dia sendiri tahu suara dia tak sedap dan tak sehebat mana sebab dia sendiri adalah peminat fanatic muzik opera, takkan dia sampai pekak tuli tak boleh nak beza banding antara nyanyian dia dengan nyanyian penyanyi opera yang lain? Dia tidak ikhlas dengan diri sendiri sampai akhir sekali bagi aku, disebabkan dia juga mungkin dilahirkan dalam keluarga bangsawan yang berada di mana dia sudah biasa mendengar pujian dan hanya kata-kata baik so akhir sekali dia sendiri terperangkap dalam dunia dia sendiri yang penuh dengan delusinasi. Dia tak ikhlas, kalau dia ikhlas, dia tidak seksa suami dan kawan-kawan dia sendiri semata-mata untuk pastikan apa yang dia nak capai, terlaksana.


Florence Foster Jenkins dilahirkan sebagai Narcissa Florence Foster. Narcissa juga adalah nama versi perempuan untuk nama Narcissus iaitu karakter dalam kepercayaan mythology Greek yang merujuk kepada seseorang yang obses pada diri sendiri. DAMN!


Hugh Grant sebagai St. Clair Bayfield juga telah berlakon dengan baik sekali. Karakter yang dibawakan oleh Hugh Grant membuatkan penonton tertanya-tanya, dia ni apa? Suami yang baik? Suami yang jahat? Kita nampak dia sebagai suami yang jahat sebab dia menipu bini dia dengan mengatakan yang isteri dia mempunyai suara yang sedap. Dia juga digambarkan sebagai seorang suami yang jahat kerana dia adalah mastermind disebalik dorongan-dorongan palsu untuk isterinya.


Dalam usaha untuk tidak mahu membuatkan hati bini dia terluka (sebab bini dia duk feeling teruk kata suara dia sedap dan mempunyai bakat unik dalam bidang nyanyian opera), St. Clair secara gigih telah mengatur pelbagai strategi agar cita-cita dan kemahuan isterinya dalam kerjaya ini terlaksana. Menjual tiket konsert kepada penonton-penonton terpilih sahaja (sebab tak boleh lah jual kat orang ramai secara rawak nanti bini dia kena kutuk), sedaya upaya menghalang wartawan dari hadiri concert ini, membayar pemuzik dan guru vocal yang tidak mentertawakan bini dia ketika nyanyian dan paling ketara dia sanggup beli semua surat khabar yang menulis ulasan negative mengenai nyanyian isterinya. Dan dalam semua itu, dia juga digambarkan sebagai suami yang jahat kerana dia mempunyai kekasih gelap iaitu Kathleen.



Atau adakah dia seorang suami yang baik? Baik kerana terlalu taat dan patuh pada semua kehendak isterinya. Terpulang kepada penonton untuk menilai karakter yang dilakonkan oleh Hugh Grant kerana pada pendapat peribadi aku, dia seorang suami yang baik! Yes, memang dia menipu dan sanggup buat apa sahaja untuk memastikan kehendak isterinya terlaksana, tetapi bagi aku kalau bini dia sendiri tidak feeling kuat, dia pun tak akan buat teruk-teruk sampai macam tu sekali! Kat sini aku nampak karakter dan peribadi Florence Foster Jenkins tu sendiri yang mendorong suami dia jadi macam tu.



Sebab dalam babak-babak lain, hangpa boleh tengok sendiri macam mana dia jaga bini dia dengan penuh taat, dia seorang kawan yang jujur dan baik untuk Mcmoon dan lain-lain dan dalam satu situasi di mana dia pi serang lelaki-lelaki yang duk kutuk bini dia kat bar. Aku rasa dia bukan buat ni semua semata-mata sebab bini dia kaya dan dia kena jaga bini dia sebab kalau dia kena cerai, dia akan hidup susah, tapi bagi aku, dia seorang yang bertanggungjawab, seorang lelaki sebenar yang cuba buat yang terbaik dalam hidup yang dia ada.



Simon Helberg yang melakonkan watak Cosme McMoon juga telah melakukan tugas yang amat baik. Hangpa kalau tengok muka deni pun hangpa dah tau dia adalah lawak, dia buat pulak watak ala-ala lelaki yang nerd dan naif. Hidung yang incredibily terlalu besar itu jadi sangat cartoon dan komikal. Sampai saat-saat akhir filem bila konflik muncul, baru kita nampak the other side of karakter Cosme iaitu seorang sahabat yang setia.




Watak Sebenar

Aku nak hangpa pi baca dan belajar lagi pasai karakter ini. Ada banyak artikel pasai dia kat internet, Youtube pun ada. Tapi before aku akhiri blogpost ini, aku nak share video-video berikut.

ps/  Lepas ni kalau kawan-kawan hangpa puji hangpa,  sila berhati-hati.








Ini adalah rakaman video nyanyian asal Florence Foster Jenkins di Youtube.  Ada banyak lagi,  tapi aku bagi yang ini sahaja.




Okay ini pulak adalah video clip yang menunjukkan nyanyian dan lakonan Meryl Streep.  Aku rasa suara Meryl Street still sedap juga berbanding nyanyian asal.  Tapi pompuan ni memang terror berlakon.





Ratings: Aku bagi 7 / 10

Read more :
Wikipedia.org/

1 comment:

  1. Ada pendapat yg mengatakan telinganya bermasalah untuk mendengar nyanyian sendiri sebab penyakit siflis yg beliau alami

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...