UK Clark Sales

1.3.17

Akak On Facebook Live

Hello u olls,

Nak dijadikan cerita,  akak duk tengok lah Abu Mamu and Mamak Puteh semua duk feeling buat video live masa kami duk praktis teater,  so aku pun duk ushar kat tepi duk rasa jeles.  So beberapa minggu lalu akak pun feeling buat live video.

First time try,  akak tak habaq kat sapa-sapa pastu hanya sembang kosong.  Okaylah,  rasa macam seronok juga sebab at least hangpa boleh tengok aku bercakap secara live macam mana.  I bukan jenis-jenis propa ya,  sesetengah blogger dalam penulisan bukan main rancak mengata orang sana sini,  status Facebook semua macam boleh nak makan orang any time,  tapi in LIVE actually style nerd-nerd baca buku nak bercakap tak reti.  Apatah lagi carut-carut semua.

Tataplah kejelitaan akak.


I really interested nak buat video live ni sebab rasa macam interested.  Last Friday akak buat lagi and this time macam ramai orang juga yang tengok.  Tetapi satu ja akak tak berapa suka is because akak rasa macam bodo duk cakap merapu tanpa ada tujuan dan juga topik yang baik.

Akak tak akan buat make up class sebab akak bukanlah terror make up sangat,  dulu pun akak make up biasa-biasa sahaja,  sampai lani pun akak tak tau kat mananya yang tak elok hasil make up akak tu.  Sebab tu bagus jugak akak berhenti jadi make up artist.  Aku sebenarnya rimaih jugak setiap kali (baru dua kali ja butoh betui perasan),  aku go on LIVE,  orang duk request suruh aku ajar make up dan suruh aku buat kening.

Padahal dah berlambaq aih orang lain duk buat video ajar make up dan lukis kening kat Youtube dan Facebook semua,  awat pasaipa?  Kalau hangpa tengok aku ajar secara otomatik hangpa pun teruih jadi terror buat make up ka?

Click Read More


Inilah orang Melayu,  orang lain buat apa,  hangpa semua pun nak tiru benda yang sama.  Takdak originality,  takdak kelainan.  Pastu last-last bila business hangpa tak laku,  hangpa tuduh hangpa kena santau.  Padahal business branding takdak.


Akak jugak tak akan feeling jadi macam sesetengah artist (akak pun selayaknya artis la jugak kan?  Sebab pi sampai Trang Thailand pun ada orang kenai...ahahahahah) yang duk bubuh video live,  tak bercakap apa,  tapi duk posing depan camera macam tengok cermin kat muka.  Weeehhhh butohnya.  Siries aku pernah tengok Danial Lawak Solo buat macam tu kat Instagram dia dan aku teruih rasa macam putuih urat taik aku.


So next,  akak akan buat video live yang mempunyai isi.  Bukan ajar make up,  bukan posing tengok camera,  tetapi kita akan bersembang tentang benda-benda yang bermanfaat untuk para wanita amnya.  Maybe akak akan tunjuk produk-produk kecantikan yang akak suka pakai dan keduanya akak akan cari dan pilih topik dan cari bahan apa semua,  and habaq siap siap kat hangpa bila akak akan keudara dan kita akan LIVE bersama-sama.




Akak ingat akak akan ubah masa live ini daripada before maghrib kepada lepas isya.  Yalah,  time before maghrib ni orang selalu busy nak kena buat macam-macam.  So akak ingat akak akan buat live video pada hari Jumaat ini pada jam 10.00 malam waktu Malaysia.  So standby!!


So hangpa yang baru duk tau pasai Facebook Live ni,  kita kat sini duk rasa gelak-gelak seronok la sebab ini lah first time dapat bersembang secara live dengan artis kesayangan, apatah lagi bila artis tu sebut nama kita semua dan sebagainya.  Rasa macam seronok gila kan?

Hangpa tau tak,  kat US depa dah ada video live Facebook ni lagi lama,  malah depa juga banyak duk main aplikasi lain yang memang ada live video / image feature contohnya Snapchat.  Akak ada Snapchat tapi tak active u olls.  Antara benda yang paling mengerikan tentang sejarah live video on Facebook adalah kejadian polis menembak seorang lelaki kulit hitam dalam kereta tanpa seberang sebab yang jelas.  Girlfriend dia yang happened to be di sebelah dia dalam kereta tu memang takut dan terkejut gila,  so dia terus tekan aplikasi Live dan membiarkan segala yang sedang berlaku terakam dan ditunjukkan dalam sosial media.  Hangpa nak tau lebih lanjut,  pi Google sendiri :  Philando Castile

Dan ada juga beberapa kes di mana ada pihak yang membunuh diri secara live untuk tontonan semua di laman sosial.  Ini adalah lebih ngeri,  aku tak tau specificly cases macam ini tetapi mungkin hangpa boleh Google search sendiri.

Harapannya kat Malaysia ni takdak la macam kes-kes menakutkan macam ini.  Cukuplah kita memang dah ada banyak kes tembak menembak dalam kalangan para gangster dan kawasan yang sama waktu dengannya.

So okay tak mau sedih-sedih dan takut-takut dah,  akak letakkan rakaman video FACEBOOK LIVE yang akak save kat Facebook akak.  (Lepas buat live kita boleh pilih nak save atau nak delete,  of courselah akak letak save).

Selamat menonton.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan



Rakaman pertama
Sementara Maghrib.... jom kita live...




Rakaman kedua
Segmen live bersama Kak Zah




No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com