15.3.17

Friday Night Poolside BBQ @ The Royale Bintang Penang

Ucapan terima kasih kepada pihak The Royale Bintang Penang atas jemputan ini.


Hello u olls semua,


The Royale Bintang Penang sedang meraikan ulangtahun ketiga sepanjang bulan Mac ini. So macam-macam tawaran istimewa kepada kita semua daripada potongan harga hingga 50% untuk semua bilik-bilik termasuk suite dan juga untuk u olls yang teringin nak makan-makan di sini.


Oleh itu, baru-baru ini akak telah dijemput untuk menerai depa punya Friday Night Poolside BBQ dan juga dapat royale tour to some of their suite rooms. Memang kerlas meletops u olls.


Jom baca review akak !!


Friday Night Poolside BBQ
Apabila kita nampak perkataan BBQ of course first sekali kita akan nampak apa? Yaaaaa...daging daging daging dan bau haruman wangi apabila bahan-bahan BBQ itu sedang dibakar. Untuk Friday Night Poolside BBQ ni, first first sekali yang akak nampak adalah KAMBING GOLEK.


Terdapat 7 kaunter utama yang menyajikan pelbagai pilihan jamuan untuk semua pengunjung yang menikmati hidangan BBQ ala buffet style malam itu. Ada kaunter BOUTIQUE SALAD yang menyajikan macam-macam jenis salad daripada pilihan barat macam salad mozarella cheese dan tomato hinggalah pilihan nusantara seperti sotong kangkung. Kaunter SOUP menyajikan sup tulang rawan kambing, kaunter HOT DISHES yang menyajikan pelbagai hidangan utama seperti nasi goreng ikan masin, mee goreng tomyam, potongan labu bakar dan macam - macam lagi.


Kemudian di kaunter LONG LIVE STATION dan MEAT TO ORDER BAR, haaa kat sini lah hangpa boleh dapat macam-macam jenis BBQ dari kambing, satay ayam dan daging, ikan, ayam, sosej dan juga seafood teppanyaki!!Hangpa juga harus dan wajib try masakan panas seperti kari mee Nyonya, char koay teow!! Semuanya akak try dan memang sedap puas hati especially kambing golek tu, daging bakar ---- potongan steak yang dimasak medium rare gitu. Dan of course, dua jenis spageti yang dimasak panas mengikut permintaan kita sama ada dalam kuah krim carbonara atau kuah asas tomato.


Apabila Kak Zah menemui makanan,  Kak Zah akan tersenyum begini.


Bila daging-daging dan segala maknena BBQ tu dah turun bawah ke dasar perut kita, so ada ruang kosong lagi? Hangpa kena try pula DIY YONG TAU FOO kaunter yang menawarkan macam-macam jenis pilihan dumplings, makanan laut dan sayur untuk hangpa masak Yong Tau Foo sendiri.


Dan of course untuk melengkapkan sesi makan-makan kita malam ini haruslah kita kena tutup dengan memakan pelbagai pilihan manisan di kaunter SWEET SEVENTEEN. Ada macam-macam pilihan cake, mouses, apple struddle, raisin bread and butter pudding....Ya Allah aku tak mau tulis nanti aku rasa aku nak pi makan kat sini esok jugak!! Dan paling best free flow of ice cream & condiments!

click read more




Pada pendapat akak, dengan harga yang ditawarkan untuk pakej BBQ buffet ini adalah amat berbaloi sekali. Kalau banding dengan hotel-hotel 4 bintang yang lain, kira murah lah harga yang depa offer untuk BBQ buffet ni. Hanya RM88 nett untuk seorang dewasa, RM44 nett untuk warga emas dan kanak-kanak.  Juga nota kepada rakan-rakan muslimah akak,  pihak The Royale Bintang Penang mempunyai sijil Halal yang sah daripada pihak JAKIM.


Disebabkan kami berkesempatan untuk makan malam bersama General Manager The Royale Bintang Penang yang kacak,  kami dua adik pompuan manis dibelanja mocktail.  Sorry akak tak sempat nak bergambar dengan manager depa.


Tawaran ini berlangsung sepanjang tahun pada setiap hari Jumaat. Oleh itu, cepat-cepat mai buat tempahan!


Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 04- 259 8888 ext 8914


MEAT TO ORDER BAR
Selection of marinated grilled minute steak, tandoori marinated chicken 
sambal bassa fish fillet, chicken sausages

Sauces And Condiments: 
Peanut Sauce, Tom Yam Soup, Chicken Bolognaise, Carbonara Sauce, Black Pepper Sauce, 
Mushroom Sauce, Mint Sauce, Tomato Ketchup, Thai Chili Sauce, Bbq Sauce, Mint Sauce & Chili Sauce





Depa ni seronok aku nak ambil gambar depa semua.  Syiok la tu.





Long Live Station
Samurai Burger Station, Royale Spiced Marinated Roast Lamb, Nyonya Curry Noodles, Penang Char Koay Teow, Chicken and Beef Satay,Mix Seafood Teppanyaki, Fish And Chips More, Pasta Chowrasta 



Fish and Chips More.  Sila meninggal! Punya banyak..........

Spaghetti dengan kuah tomato dan seafood ini adalah sangat sedap astgahfirullah halazim.






Hot Dishes
Salted Fish Fried Rice, Tom Yam Fried Noodles, Baked Pumpkin Wedges, Jacket Potatoes With Chives Sour Cream, Grilled Sweet Corn On Cob,
Glazed Garden Vegetables with Oyster Sauce







D.I.Y Yong Tau Foo 
Selection Of Seafood Of The Day On Ice
Accompanied With Vegetables Selection And Condiments






Boutique Salad 
Bbq Chicken Salad, Mixed Bean And Corn Salad, Fruit Cocktail Salad,
Tomato And Mozarella Salad, Sotong Kangkung, Asian Coleslaw,
Assorted Cheese Platter, Potato Salad, Fried Beancurd Salad, Cold Cut Platters, 
Keropok Ikan, Seafood Glass Noodle Salad, Mango And Papaya Salad

Salad Bar: Mesclun Mixed Salad, Red Cabbage, Cherry Tomato, Carrot With Raisin, Radicchio,    
Cucumber, Sliced Mixed Capsicum, Cauliflower And Broccoli
Condiment And Dressing: Marie Rose Dressing, Cocktail Sauce, Garlic Mayo, Tartar Sauce & Lemon Vinaigrette









Sweet Seventeen
Apple Strudel, Chocolate Mousse, Raisin Bread & Butter Pudding With Vanilla Sauce, 
Sago And Honey Dew Coconut Cream, Assorted French Pastries,
Chocolate And Pandan Cake, Assorted Fruit Jelly, Tropical Fruit Platter, 
Cake Of The Day, Mini Creme Caramel, Mango Pudding, Selection Of Nyonya Kuih, 
Mini Fruits Jelly And Mousse, Pengat Pisang Sago, 
Sago Gula Melaka, Strawberry Chocolate Mousse.
Station- Ice Kacang With Ice Cream & Condiments
 Coffee And Tea

  







Suasana Di Tepi Kolam Mandi
Kecuali hari hujan,  kita dapat nikmati suasana makan malam di tepi kolam mandi ini.



Selain BBQ Buffet,  antara tawaran buffet lain adalah seperti berikut:

1. The Tanjung Set Lunch available every Monday to Saturday from 12noon to 2.30pm
RM72 nett per set/meal for 4 person
Inclusive of 3 dishes,  1 soup,  steam rice,  orange cordial & fruit platter

2. The Saturday Night Hawker’s Fare from 7.00pm to 10.00pm at the Sri Tanjung Café
RM70 nett for adult
RM35 nett for senior citizen & children

4. The Sunday High Tea from 12.30pm to 4.00pm at the Sri Tanjung Café
RM62 nett for adult
RM30 nett for senior citizen
RM28 nett for children


Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 04- 259 8888 ext 8914.

The Royale Bintang Penang
No. 1 & 2 Pengkalan Weld
George Town
10300, Penang
Malaysia

Phone Number: +604 259 8888
Fax: +604 250 1111
Email:info@royalebintang-penang.com
Facebook:  The Royale Bintang Penang

Beli special offer dari The Royale Bintang Penang di Fave by Groupon.  Klik sini:  https://myfave.com
Terima kasih juga diucapkan kepada PA aku Veena Barakbah yang menjadi jurufoto meletops merangkap tukang pegang Longchamp akak sepanjang majlis ini.  I lef yu!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com