Jom Try Diameida Fabulous Mascara

27.3.17

Jom Berurut di Thaife Exclusive Massage

Gambar kat lobby dia akak cilok dari Facebook page depa.

Hello u olls,

Actually last month bulan Februari,  lepas minggu-minggu sibuk berteater.  Akak pi lepak dengan kawan akak,  pastu kawan akak tu kata "Wehs awat muka hang macam letih gila?"  Akak pun cakap la,  "Hala bured,  memang aku letih kot seminggu lebih duk kira tidoq lambat,  mangkit awai,  sebab duk prepare macam-macam untuk persembahan teater Resdong's tu.  Lani belakang mak rasa tak sedap,  sebab letih." 

"Okay jom aku bawak hang pi urut satu tempat ni!  Confirm best.  Macam kat Siam betul," kawan akak ni pun kaki mengurut macam akak.  

So dia pun bawak akak pi satu tempat ni yang katanya terletak di tengah bandar Georgetown.  Pusing punya pusing,  kami pun tiba di satu rumah lama yang telah direnovate siap dengan papan tanda bertulis 'Thaife Exclusive Massage'. 

Akak pun mendapatkan rawatan urutan di Thaife Exclusive Massage buat pertama kali di tempat ini,  memang akak jatuh hati dan akak sangat rekemen u olls semua untuk mai kat sini.  Here are the reason why akak suka tempat ini  :

1.  Tempat ni macam elok,  bersih dan sesuai dengan namanya,  ekslusif!  Memang ekslusif.  The moment hang step in masuk tempat ni,  hang dah boleh rasakan ambience ke-ekslusif-an tempat ni.  Dihias cantik ala-ala spa mewah.  Suasana lampu yang malap dan mendamaikan.  So lepas stress penat badan semua,  hangpa rasa macam nak tidur ja kat tempat ni.
Thaife Exclusive Massage.  Ada parking yang memudahkan pengunjung.

click read more



2.  Hangpa dijemput masuk dengan hormat,  lepas memilih pakej rawatan apa yang hangpa nak?  Hangpa akan diminta untuk masuk satu bilik dan kaki u olls akan dibasuh dahulu dan kemudiannya u olls akan di bawa ke bilik rawatan yang bersesuaian mengikut pakej yang u olls ambil.  
Ruangan khas untuk sesi mencuci kaki before mendapatkan rawatan.






3.  Bilik rawatan ada macam-macam.  Ada yang bilik sorang,  ada yang bilik couple masuk sekali.  Tapi semuanya bersih dan relaks.  Depa akan bagi set baju,  panty pakai buang,  sarung kepala dan tuala untuk kemudahan pelanggan untuk bersalin.


Ruangan untuk rawatan urutan kaki.
Bilik rawatan secara berpasangan di bahagian atas.


Laluan tengah di aras atas yang menempatkan bilik-bilik rawatan.

4.  Harga takdak la mahal sangat noks!  Akak amik pakej urutan hot oil untuk 1 jam 30 minit,  baru RM108 u olls.  Nanti akak akan huraikan pakej-pakej rawatan lain yang terdapat di sini.  And kalau tak salah akak,  takdak GST,  takdak service tax.




Antara lukisan dinding yang akak suka. :)

5.  Urutan yang memang puas hati.  Para pengurut adalah staf terlatih dari Thailand.  Depa tak banyak bercakap dan pay attention to your body language.  My first experience,  aku dapat tukang urut yang betul-betul kuat tangannya walaupun size badan dia suku daripada saiz badan aku sahaja.  Tanpa bukak mulut,  dia perasan bahagian mana aku rasa sakit,  bahagian mana aku rasa macam YES URUT LAGI BANYAK-BANYAK KAT SITU.  So since this is kedai urut ala-ala Thai,  lepas urut tu,  hangpa jangan lupa hulur sikit duit tips u olls.


6.  Lokasi yang strategik untuk orang yang duduk area Tanjung macam I olls.  


7. Ada parking yang memudahkan pengunjung.


8.  Selepas rawatan,  pengunjung akan dibawa ke ruangan rehat khas dan disajikan teh halia panas dengan hot towels untuk menyegarkan badan.  Di ruangan rehat ini,  terdapat kerusi dan meja dan tandas yang selesa dan bersih.


9.  Waktu operasi adalah setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 1.30 pagi!  Yes,  1.30 pagi.  So u olls yang balik kerja lewat,  jangan risau,  u olls masih sempat nak datang buat rawatan kat sini.


10.  Disebabkan tempat ini bersih dan memberikan khidmat yang profesional,  akak sangat rekemen kalau u olls nak bawa client atau ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan di sini.  Tengok kat Facebook page depa,  mat salleh pun duk mai buat rawatan kat sini u olls.



Kesimpulan
Memang akak sangat suka tempat ni.  So far akak dah pi dua kali dan duk rekemen kawan-kawan akak untuk datang dapatkan rawatan kat sini!


Pakej dan Harga

Berikut adalah senarai harga dan pakej untuk rujukan u olls.


Aromatherapy Treatment
1 hour RM88
1 1/2 hour RM118
2 hours RM148

Thai Herbal Compress
1 /12 hours  RM138
2 hours RM168

Ear candling 
1 park RM38

X-SLim Body Treatment 
1 hour  RM118
1 /12 hours  RM148
2 hours  RM178

Muscle Oil Treatment
1 hour  RM118
1 /12 hours  RM148
2 hours  RM178

Four Handed Massage Therapy
2 hours RM258

Foot Massage
1 hour RM58
1 1/2 hours RM78

Foot and Back Massage
1 hour RM73
1 /12 hours RM98

Traditional Thai Massage
1 hour RM68
1 /12 hours  RM98
2 hours  RM118

Oil Massage
1 hour  RM78
1 /12 hours  RM108
2 hours RM128

PACKAGE
A- Foot +Thai Body Massage
2 hours  RM118
2 1/2 hours  RM138
3 hours  RM158

B Foot + Oil Body Massage
2 hours  RM123
2 1/2 hours  RM143
3 hours  RM163

1  Aromatherapy Body Treatment
2 1/2 hours  RM188
3 hours  RM228
FREE 15 minutes Ear Candling & Black pearl & Gold eye Treatment

2 X Slim Treatment
2 1/2 hours  RM208
3 hours  RM258
FREE 15 minutes Ear Candling & Black pearl & Gold eye Treatment

*semua harga yang dipaparkan adalah tertakluk kepada perubahan pengusaha.  


Lokasi & Cara Hubung
So kalau u olls nak datang kat sini,  here are the details.  

Alamat:  38 Abusitilane Georgetown,  Penang, Malaysia
No Telefon : 04-226 4770
Facebook: www.facebook.com/thaifeexclusive



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...