Jom Try Diameida Fabulous Mascara

28.3.17

Picnic Bersama Anak-Anak di Batu Feringghi

Terimalah gambar posing ikan duyung akak yang mendapat hampir 300 likes di Facebook.  WTF

Hello u olls,

Seperti yang telah berkali-kali akak cakap dalam blog akak dalam ruangan catatan diari akak,  sekarang ni jadual hujung minggu akak lebih relaks dan santai dengan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan.  Tapi actually,  aktiviti bersama kawan-kawan lebih banyak.  HEHEHE.

Akak memang happy bila dengan keputusan akak untuk meng-quit-kan diri daripada aktiviti bermake-up dan aktiviti 'kerja berat' yang lain kerana benda-benda tu walaupun akak suka dan mendapatkan uwang ringgit yang berpatutan tetapi kalau at the end of the day,  kau sampai tak cukup rehat dan migraine-migraine baik tak payah kan?

Oh indahnya dunia ini akak sangat bersyukur kerana pada usia 30an ini,  akak ada suami yang sporting gila,  akak ada kawan-kawan yang best,  akak takdak komitmen besar seperti anak so akak bebas seperti mergastua di dalam hutan.  Terbang ke sana ke mari tanpa haluan.  HAHAHA.  Tapi akak takdak la sebebas zaman akak bujang itu u olls!  Akak tetap berpijak di bumi yang nyata.  

So baru-baru ini,  sorang anak ayam akak bersuara.  JOM KITA PI PIKNIK.  Tiba-tiba dia teringin sangat nak piknik kat tepi laut katanya sambil bawak makanan dan makan-makan.  Bukan nak mandi sangat,  tapi nak makan-makan.  Tarikh,  masa dan lokasi dipilih,  jemputan pun dibuat.  
Kejadian Edy menjatuhkan kuah kacang dan membuatkan gambar ini sangat dramatik sekali.  Seolah-olah Ridhwan Shariff kena semburan tahi cirit. #favoritemoment

click read more




They olls semua datang!  Cumanya bila keluar dengan kawan-kawan zornen ni korang tau jer la kan?  Makanan yang dibawa amatlah meriah sampai akak confuse adakah ini majlis piknik di tepi pantai ataupun kenduri berkhattan.  Siap ada pulut kuning dan gulai daging ko rasa?


Okaylah,  akak saja nak layur beberapa gambar indah yang kami rakam.  Memang beruntung kami orang Penang,  nak pergi laut tak perlu drive jauh-jauh atau sampai kena naik kapal terbang.  Memang release tension bila duduk dengan kawan-kawan I olls ni,  apa yang kami buat hanyalah gelak-gelak dan gelak.  Balik rumah,  rasa happy dan puas,  rindu dan berkira-kira bila pula dapat berlepak macam ini lagi.  Inilah rasa gembira bila keluar dengan kawan-kawan yang betul-betul sedap rasa di hati.


Kalau keluar dengan kawan yang walaupun hanya untuk beberapa jam,  tapi efek pening kepala dia sampai 7 hari 7 malam,  sila jauhi kawan seperti itu ya.


Okay jom tengok gambar

Laki aku duk melengung kat batu feeling buat video clip la tu!










We were not the first to arrive.




Lepas makan kita tidur!

Pakcik ni dari awai sampai last dia duk memancing.  Tak tau la dia memang duk dapat banyak ikan ataupun dia duk ushar kami!

Adik ni duk feeling duk atas batu tengah panas.  Feeling video clip jugak deni.  Kot belakang tu la Banglo Tunku Abdul Rahman.

If you guys wondering kat mana pantai yang kami lepak ni?  Sebab macam cantek gila,  takdak orang dan sangat ala-ala private beach gitu?  Ini adalah pantai kesukaan bapak akak,  dari kecik dia suka bawak kami mai mandi  kat sini.  

Pantai ni adalah Pantai Banglo Tunku Abdul Rahman yang terletak opposite dengan Batu Feringghi Chinese Cemetary.  Ya bertentang dengan kubur Cina yang agak lama dan menakutkan u olls.  Tapi tempat ni memang best,  ada kemudahan surau dan tandas yang bersih ya.  

Ampa boleh tengok lokasi akak ada letak peta kat bawah.



Ini gambar makanan pulak.

Mai tengok gambar makanan pulak!  Betul kan aku kata macam kenduri berkhatan.  Ada lagi gambar makanan yang tak bubuh!  Nasi lemak! Sandwhich!  











Last sekali kami duk feeling buat sand castle bentuk cake pastu bagi la Arafat dan Edy potong sebab baru baru depa punya birthday.  Pastu Syed Amir tu biasalah suka enterprem nak tunjuk aurat paha depa.







Peta

2 comments:

  1. Ini tempat keramat. Barang siapa yang pergi ke sana, akan mengundang maut dalam tempoh 30 hari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dengar macam lain pulak. Barang siapa yg pergi sana, akan mengandung dalam tempoh 30 hari

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...