Jom Try Diameida Fabulous Mascara

30.3.17

Review Filem Split (2016)



Hello u olls,

YESS!  Akak dah dapat tengok filem yang akak tunggu-tunggu selama ini dan akak pun dah buat pre-review kat dalam blog akak ini iaitu filem bertajuk SPLIT lakonan seorang lelaki yang bagus lakonannya tapi tak tau pasaipa orang macam tak pernah nak pay attention kat mamat ini iaitu James McAvoy.  Akak taste tau dia ni sebenarnya sebab dia macam handsome campur bad boy sikit-sikit.  Baca pre-review kat sini  :  Filem SPLIT (2016) Mengenai Split Personaliti

So filem terbaru lakonan beliau ini adalah sebuah filem karya sutradara yang banyak mendapat cemuhan dalam dunia peminat filem sebab dia suka feeling iaitu M. Night Shyamalan. 

SPOILER ALERT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


click read more




Sinopsis
Aku cuba ceritakan synopsis ini dengan cara paling senang dan mudah.  Cerita ini susah untuk diceritakan secara bertulis sebab bayangkan watak utama sahaja mempunyai 23 karakter split personality dan dikatakan,  dia akan keluarkan satu lagi karakter split personalitinya yang ke 24.  Walaupun macam pelik dan sukar diterima oleh lojik akal,  kita kena tengok cerita ni sampai habis. 


Cerita ini bermula apabila 3 orang budak perempuan kena culik dalam perjalanan balik dari sebuah party.  Dua orang budak macam gedik sial,  yang sorang lagi pulak adalah budak perempuan yang macam pelik-pelik loner gitu.  Budak loner ni nama Casey dia tumpang balik ikut dua budak perempuan ni.


Penculik tu tangkap depa dan bawak depa pi satu tempat yang tertutup.  Masa kat bilik tu lah,  depa perasan yang penculik ni mempunyai satu perangai yang pelik iaitu dia akan berubah menjadi pelbagai karakter.  Sat dia jadi satu lelaki yang ala-ala tough,  sat dia jadi pompuan siap pakai kasut tinggi,  sat dia jadi budak kecik style dengar lagu Kanye West dan cakap pelat.  Sebenarnya penculik ni mempunyai DID ataupun dissociative identity disorder.  Bermaksud dia mempunyai masalah split personality sebab tu nama filem ni SPLIT.


Nasib baik Casey ni macam bijak sikit,  perlahan-lahan dia duk baca karekter sorang-sorang dan dia perasan,  bila penculik tu berubah jadi budak kecik nama Hedwig (macam nama burung hantu belaan Harry Potter),  dia boleh manipulate budak tu untuk selamatkan diri depa.  Tapi dua orang kawan dia yang gedik tu,  tak berjaya nak selamatkan diri akhirnya kena tangkap dan dibubuh dalam bilik berasingan.


In the mean time,  penculik ni telah menghantar emel banyak-banyak kepada doktor yang sedang merawat masalah psikologinya iaitu Dr. Karen.  Dia kata dia nak jumpa Dr. Karen cepat-cepat sebab ada benda urgent nak habaq.  So esoknya,  si penculik tu mai jumpa doctor dia dengan berubah menjadi personiliti yang berbeza iaitu menjadi seorang lelaki gay yang mempunyai kerjaya sebagai seorang pereka fesyen.  Tapi Dr. Karen ni yang dah bertahun-tahun merawat si penculik ni bukan sahaja dah kenal dan boleh bezakan semua karakter split personality yang ada pada lelaki itu malah dia dapat sense something is wrong dan dia duk pujuk personality “gay fashion designer” ini untuk bagitau apa yang sedang terjadi?


Dipendekkan cerita,  si penculik itu telah bunuh Dr.  Karen dan dua perempuan gedik tu,  tinggal Casey sahaja yang survived.  Si penculik pun akhirnya berubah menjadi karakter ke 24 dalam split personality-nya iaitu berubah menjadi seorang binatang,  yang boleh panjat dinding,  makan orang dan mempunyai kulit setebal dinasour (tikam dengan pisau tak lut).  Karakter ke 24 ini dipanggil The Beast.


At last part,  bila si penculik tu nak bunuh Casey,  dia perasan badan Casey penuh dengan bekas parut toreh pada badan.  Parut macam ni selalunya ada pada orang yang mempunyai masalah psikologi sampai dia obsess dengan mencederakan diri sendiri.  Dia akan toreh tangan,  kaki,  badan.  So bila penculik ni Nampak kesan parut tu,  dia tak jadi nak bunuh Casey,  dia kata “Aku tak akan makan hang sebab hang lain daripada depa dua yang lain.  Hang pure,” (aku tolong translate bahasa Penang la kat hangpa).


Akhirnya Casey dijumpai oleh seorang pekerja zoo dan rupa-rupanya selama ini,  Casey dan kawan-kawan duduk di sebuah tempat tersembunyi di bawah zoo!





Why I like this Filem?

Filem ini mempunyai banyak kaitan rapat dengan filem karya M. Night Shyamalan iaitu Unbreakable.  Sapa yang tak tengok filem tu lagi,  sila tengok filem itu dulu.  Akak pun,  disebabkan filem Split,  akak pun tengoklah filem Unbreakable. 



Perkaitan yang boleh dibuat dengan filem Unbreakable adalah,  Mr.  Glass lakonan Samuel L. Jackson yang telah membuat pembunuhan besar-besaran semata-mata untuk mencari manusia yang mempunyai kekuatan luar biasa,  bukan sahaja telah mencipta karakter David Dunn seorang lelaki yang mempunyai kekuatan superhuman dan boleh melihat masa depan dengan hanya melalui sentuhan,  malah pada masa yang sama,  Mr.  Glass secara tidak sengaja telah mencipta karakter “THE BEAST” sebab penculik dalam filem SPLIT,  bapak dia mati dalam kejadian kemalangan kereta api di mana David Dunn terselamat tanpa sebarang kecederaan langsung.   


Dalam satu scene di stadium,  David Dunn lakonan Bruce Willis berdiri kat tengah orang ramai,  dan dia terbertuh satu pompuan pakai jaket warna pink dan pompuan itu duk pegang budak kecik.  Dalam reflection yang candid itu,  David Dunn dapat rasa yang budak kecik tu duk kena dera dengan mak dia!  Budak kecik tu lah PENCULIK dalam cerita Split.  Dia kecik-kecik duk kena dera dengan mak dia punya teruk sampai last sekali dia jadi split personality.


Sapa-sapa yang minat topik-topik psikologi ni semua memang akan suka olahan yang dibuat oleh M. Night Shyamalan dalam cerita ini sebab plot dia lebih cepat,  perubahan graf naik turun yang menarik dan yang paling penting,  lakonan James McAvoy sangat sangat impresif sekali.


Berlakon dalam satu filem dengan watak yang berbeza macam dalam filem Anakku Sazali adalah perkara yang lain,  tetapi berlakon dalam satu filem yang mempunyai masalah split personality yang mempunyai banyak persona adalah perkara yang amat lain.  James McAvoy tidak melebih-lebih dalam pembinaan karakternya.  Dia macam relaks,  natural dan aku rasa memang deni in real life pun ada masalah split personality. 


Walaupun ramai orang macam tak suka dengan M. Night Shyamalan sebab dia suka buat filem ala-ala feeling bagi orang terkejut dan geram contohnya filem Sixth Sense,  The Village,  The Sign.  Semuanya style macam misteri,  pelakon akan cakap slow motion dan pelik,  teori supernatural dan paranormal,  tetapi filem ini aku rasa macam lain sikit.  Sebab dia punya cara lakonan adalah lebih natural dan macam mana manusia biasa bercakap.  HAHAHA.


Disebabkan kita dah tau M. Night Shyamalan ni suka bagi elemen terkejut yang WTF,  so aku duk ingat dari awal,  Casey tu pun adalah salah satu daripada karakter split personality yang dimilik oleh si Penculik tu.  Tapi sampai last sekali terbukti bukan.  Depa habaq,  Unbreakable adalah permulaan.  Split adalah kedua.  Lepas ni akan ada cerita bersambung daripada dua cerita ini,  di mana David Dunn,  Casey,  Mr Glass dan The Beast akan bertemu dalam satu filem.



Dan paling aku respek, filem ini menelan belanja 9 juta USD sahaja tetapi hasil kutipan box office lani dah mencapai 200 juta USD.  Gila babi!  American ni dalam duk meluat kat M. Night Shyamalan tapi duk mai jugak tengok filem dia.  


Akak bagi 8/10 bintang.


1 comment:

  1. jumie dok download muvi kat mana..bg tutorial boley?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...