Jom Try Diameida Fabulous Mascara

20.3.17

So Alap! Matte Lip Cream by Alapnian Cosmetics



Hello u olls,

Hari ini akak nak cerita kat you olls pasai So Alap! Matte Lip Cream from Alapnian Cosmetics.  Alapnian Cosmetics merupakan sebuah jenama baru dalam industri kosmetik dan kecantikan di Malaysia.  Diasaskan oleh dua orang wanita meletops iaitu Puan A'tikah Ash'ari (pengasas Radiusite Sdn Bhd - jenama tudung dan pakaian muslimah No.1 Malaysia) dan Puan Nur Shaznida Hassan (model Radiusite & pemenang Gadis Jelita 2007).   Shaznida Hassan ni junior I olls masa sekolah dulu,  and they olls baru jer start off jenama ni pada September 2016 yang lalu.


Dua pengasas!  Kiri,  Nur Shaznida.  Kanan,  A'tikah Ash'ari.


Masa mula-mula tengok produk ni depa duk promote kat sosmed akak pun macam pelik la,  apa maksud So Alap ?  Apa maksud Alapnian?  Pastu bila sembang-sembang dengan Shaznida baru dia habaq,  frasa Alap Nian diambil dari bahasa klasik suku kaum Bengkulu yang bermaksud Cantik Sangat. OMG!  Akak sangat suka okeh!  


Produk kosmetik pertama keluaran Alapnian adalah So Alap! Matte Lip Cream.  Sekarang kan,  So Alap! Matte Lip Cream memang ramai dah duk beli dan menjadi trending dalam kalangan peminat make up make up ni u olls.  


So Alap! Matte Lip Cream menawarkan sebanyak lima belas (15) variasi warna.  Haaaa puas hati u olls!  Warna-warna yang dipilih secara teliti oleh dua pengasas Alapnian Cosmetics agar sesuai digunakan oleh wanita-wanita yang terdiri daripada tona kulit cerah hingga gelap.  Dan yang paling akak suka,  semua warna-warna dalam pilihan ini diberikan tajuk-tajuk nama yang sangat kerlas iaitu nama-nama perempuan Melayu yang klasik.  Like Sarimah,  Zaiton,  Tsuraya,  Kuntum,  Anom dan Jamela.  Respek kepada duo pengasas Alapnian Cosmetics sebab instead of keluar satu-satu warna nak keluar,  depa bok keluar semua warna terus dan membuatkan kita pompuan-pompuan semua resah macam nak beli semua.  


click read more


Tengok tajuk-tajuk depa,  kerlas kan?

So Alap! Matte Lip Cream diperkaya dengan Vitamin E dan Vaseline(petroleum jelly) untuk menjaga kelembapan dan kesihatan bibir. Selain memberikan warna yang mewah, ia juga mempunyai tekstur yang sangat ringan hatta memberikan kesan yang selesa dan tahan lama di bibir si pemakai disamping mampunyai perisa Coklat yang wangi. Bahan-bahan yang digunakan adalah selamat dan suci. Rupa bentuk pembungkusan lipstik cecair matte Alapnian juga tampak mewah dan standing dengan jenama antarabangsa.






My personal Review
Akak telah mendapatkan dua warna pilihan hati iaitu Rabia dan Needa.  Rabia ni colour bijik remia gelap orang Penang kata,  Needa pulak colour orange nak mai nude macam mana ka.  Akak pilih dua sebab Rabia ni kira sesuai untuk kelihatan lebih dramatik dan Needa ni untuk nampak macam pompuan-pompuan sopan dan ayu gitu.

First sekali bila dapat packaging dia,  memang ada sangat suka.  Kotak dia warna krim ada corak-corak emas,  dan batang lip cream So Alap juga sangat kerlas,  berbentuk bulat panjang dan mempunyai kemasan tulisan warna emas juga.  Nampak mewah.

What I like about So Alap! Matte Lip Cream adalah:
  • Mula-mula amik dan bubuh kat bibir,  tekstur dia macam cair/runny dan agak berminyak.  Jadi bubuh sikit pun dah cukup untuk cover warna di bibir.  Tapi bila dah biar lama sikit,  warna tu melekat pada bibir dan menjadi matte.  Sangat kerlas! Rupanya minyak tadi adalah pelembab bibir kita.
  • Warna yang sangat jelas dan terang.  Tak perlu apply banyak lapis.
  • Waterproof!!  Sapa yang feeling nak mandi laut tapi nak kekal seksi meletops untuk fotosesi majalah Mangga,  So Alap! Matte Lip Cream adalah yang terbaik.  Oleh itu,  untuk solat,  u olls kena standby pencuci make up yang berasaskan minyak sikit untuk mudahkan pencucian baru boleh keluar warna ni.  


Akak pakai Needa.

Akak in Rabia.


Dua rakan kongsi ini berhasrat untuk membawa jenama Alapnian sehingga ke luar Negara dan mengembangkan lagi perniagaan dengan mempelbagaikan jenis produk kosmetik lain pula selepas ini.  Untuk mengenali Alapnian dengan lebih dekat dan mendapatkan maklumat promosi terkini, para pelanggan boleh lawati laman sosial Instagram @alapnian dan Facebook Alapnian Cosmetics.

Tawaran sebagai Ejen Berdaftar Alapnian juga masih dibuka untuk peluang pelanggan menjana pendapatan sampingan yang lumayan.  So cepat-cepat saya yang minat nak meniaga tu contact depa lekaih!



Merah ini Sarimah!


Kalau minat perpel, perpel,  Khadeja is for you!

Ini colour Zaiton.

Model wearing So Alap! Matte Lip Cream - Jamela

Jangan lupa follow Facebook depa :  https://www.facebook.com/alapniancosmetics
Instagram:  @alapnian

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...