28.4.17

Teknik Hipnosis Bagi Tidoq Lena



Hello u olls,


Okay hari ini aku nak cerita pasai satu kegilaan yang aku praktikkan secara serius iaitu 'sleep hynosis'. Kalau kita pecahkan maksud dua frasa ini, yang pertama, sleep bermaksud tidoq, atau lena, atau katop mata dan mampuih sementara atau berlayaq.


Hynosis pula dalam ejaan Bahasa Melayu adalah hipnosis, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka dalam istilah Malaysia perubatan, hipnosis dihuraikan sebagai "Keadaan kekurangan tahap kesedaran yang diaruh secara artifisial yang menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan arahan atau cadangan."  So kalau campuq dua perkataan ini, bolehlah kita fahamkan bahawa satu proses hipnosis, pemukauan untuk bagi orang tu tidoq.


Nak dijadikan cerita,  aku memang mempunyai masalah tidur.  Susah nak tidur, bukan kata lani sejak dah umur 30 an,  tapi sejak aku zaman muda jelita pun aku perasan,  aku memang susah nak tidur malam.  Especially kalau aku duk pikiaq macam-macam benda,  tak semestinya pikiaq masalah,  kalau tiba-tiba tara nak tidur aku nanti duk baca buku ka,  duk dapat idea baru ka,  tiba-tiba jadi semangat lagi mampuih aku susah nak tidur.  Bila dah dapat tidur,  susah nak bangun pulak.  HAHAHA nahariam.  Tapi mungkin ini adalah masalah lazim untuk golongan manusia yang IQ tinggi macam aku.


click read more

27.4.17

Beg Khas Jika Termeninggal

Kalau hang termeninggal,  inilah beg untuk hang.

Peneman Misteri di Makmal


Lokasi:  Pejabat Profesor Ahmad,  Bangunan Fakulti Sains,  Kampus XX
Wakt:  Sekitar jam 12 malam

Kisah ini berlaku ketika saya tahun akhir (extend sebenarnya hahahahahha),  masa ni saya bekerja sebagai pembantu penyelidik untuk Profesor Ahmad sebab last year tak banyak kelas dan saja nak carik duit lebih.  Malam tu saya berada kat tempat kejadian adalah untuk siapkan barang-barang keperluan untuk pergi buat sampling keesokkan harinya.  Secara kebetulan juga malam tu ada student master Profesor Ahmad bernama Hamdan yang kebetulan nak juga guna makmal dekat tingkat 2.  Konon berteman la,  so saya pun rasa berani.

Sampai kat fakulti kami terus berpecah sorang kat atas sorang kat bawah.  Kami berdua setuju kalau sape-sape habis keje dulu terus kat tempat sapa yang belum habis.  So dalam duk sejam jugak saya kat bilik Profesor Ahmad tuh dok buat labeling botol-botol sample air.  Saya perlu sediakan reagant-reagant untuk mengawet sample air.  Tiba-tiba datang Hamdan ni join saya.


Click read more

26.4.17

Bila Sara Ali Buka Tudung



Hello uolls,


Semasa akak menjalankan live video minggu lalu,  ada orang bertanya kepada akak secara spontan tentang apakah pendapat akak mengenai Sara Ali yang telah membuka tudung?  Jawapan akak ketika itu adalah soalan.  Siapakah Sara Ali?  Sumpah lillali akak tak kenai dia sapa.  Tapi bila Google dan tengok siapa Sara Ali baru lah akak tahu,  beliau adalah seorang pelakon muda yang berbakat dan mempunyai rupa paras Melayu yang menarik.  Akak kenal dia lah aiiiyooo cuma nama tak ingat.


Jadi,  setelah membaca sedikit mengenai gossip beliau membuka tudung,  akak ingin ajak uolls beramai-ramai berbincang dan bercakap tentang isu ini.


Soalan yang pertama adalah kenapa Sara Ali membuka tudung menjadi isu besar dalam kalangan penggemar gossip di Malaysia.  Terang-terang dia bukan artis pertama di Malaysia yang pernah muncul sebagai wanita muslimah,  terima 'hidayah' dari yang Maha Esa atau memilih untuk memakai tudung sebagai imej baru setelah berkahwin dan seterusnya entah bagaimana tiba-tiba beliau mengambil keputusan untuk membuka tudung.


click read more

25.4.17

Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 3

Hello u olls,

Ini adalah part 3 untuk Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017].  Untuk bahagian ini kita akan tengok kepada baju-baju yang dipakai oleh selebriti lelaki sahaja. Not much nak komen depa sorang-sorang ini,  lelaki tak ada banyak option selain pakaian rasmi depa suit and bow tie.  Cuma pilihan warna dan potongan yang kemas dari kain yang bagus.

Tapi yang pastinya,  para selebriti mat salleh tidak berkejar-kejar untuk memakai seluar sesendat yang boleh seperti mana yang menjadi kegemaran selebriti Melayu.  Kalau boleh nak sendat sesendat yang boleh macam pertandingan,  betis sapa paling menawan?  COME ON!  Potongan klasik biarlah diberikan penghormatan yang baik agar gambar gaya kalian tidak lapuk ditelan zaman.  Lagi 10 tahun hang tak malu ka tengok diri hang pakai seluar ketat macam tu dengan jacket dan menamakan diri u olls memakai suit dan tie?

Contohnya hangpa tengok Andrew Garfield yang masih kurus kedekiang sebab mungkin dia baru habis berlakon filem The Silence, tapi dia berhati hati pada potongan seluar yang dipakai bersama suitnya.  Kalau artist Melayu,  tak kira lah hang kurus ka,  gemok macam tong ka,  tapi semua tetap feeling nak pakai seluar ketat macam legging.  AKU TAK TAU PASAIPA!


John Legend in Gucci


click read more

Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 2

Hello u olls,

Here are the second part untuk sesi Ulasan Fesyen untuk 89th Academy Awards [OSCAR 2017].




Brie Larson in Oscar de la Renta
Dress ini adalah seksi.  Potongan baldu itu juga adalah satu fashion statement yang berani.  Walaupun hakikat rambut Brie Larson macam pompuan baru mandi tak dan nak blow dry rambut dia.  Akak juga suka pada kasut itu.


click read more


Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 1

Hello u olls,

Nenjia punya lama duk kata nak buat review fesyen Oscar 2017.  Duk tangguh-tangguh last sekali aku dapat jugak kumpulkan semua gambar,  susun ikut colour dan dapatkan maklumat fesyen designer  yang buat baju-baju ini.


Secara kesimpulan,  baju-baju tahun ini okay-okaylah takdaklah meriah sangat.  Tak meriah maksudnya,  takdak orang nak pakai baju tak elok bodo-bodo.  Aku rasa sejak Joan Rivers mati,  semua orang tiba-tiba nak pakai secara elok. Dulu ada ja yang nanti pakai baju bodo-bodo semua aku rasa macam nak penampak sebab kaya tapi pakai baju yang nampak murah,  tak cantik dan simply mengundang carutan percuma.

So mungkin sebab tu semangat aku nak buat ulasan fesyen tak berapa nak memercik.   Siriesly,  dulu kalau tengok gambar para selebriti di atas red carpet,  secara otomatik aku akan jadi gatai nak cerita macam-macam benda.  Tapi lani,  setiap gambar baju yang dipaparkan oleh mereka kadang-kadang membuatkan aku terpaksa mereka cipta ayat,  puji yang membuat-membuat untuk mereka.

Takpalah,  jom kita tengok lani apa baju para retis Hollywood pakai untuk OSCAR 2017 yang telah berlangsung pada awal bulan Mac yang lalu.


Jangan lupa untuk baca Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] yang lain:

Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 1
Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 2

Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 3


Emma Stone in Givenchy Haute Couture by Riccardo Tisci
Aku suka dress ni dan aku rasa Emma memang awal-awal lagi dah boleh agak yang dia akan menang,  so dia pun pakai la elok-elok,  polished dari hujung rambut sampai hujung kaki.  Tengok macam mana dia make up dan rambut semua elok,  memang betul-betul melambangkan Hollywood golden girl.


click read more

21.4.17

Jangan Naik Cameron Highland Melalui Tapah

Hello u olls,


Dalam banyak-banyak memori aku naik Cameron Highlands,  paling best sekali adalah masa aku pi Cameron Highlands dengan laki aku sebagai honeymoon kami yang pertama.  Aku ada tulis dalam catatan aku kat blog seperti berikut,  aku akan bubuh link macam kat bawah nanti hangpa boleh baca.


So baru-baru ini, kami ada kenduri adik-beradik belah bapak aku di Ampang,  Kuala Lumpur.  Jadi,  aku,  Khafi,  mak dan bapak aku telah membuat satu roadtrip.  Bermula dari Pulau Pinang,  kami singgah di Ipoh.  Tidur semalam di rumah sepupu aku di Sungai Rokam.  Sepupu aku yang lain semuanya dah pi terus ke Kuala Lumpur sebab depa seronok nak jalan-jalan u olls.  Akak pun ingat mula-mula nak pi KL juga lama tak jalan Keyell,  tapi nak buat macam mana,  bapak I kata,  dia tak larat nak pi jauh-jauh,  dia kata baik pergi Ipoh saja.  


Kami pun tidur Ipoh semalaman dan of course kami sempat makan-makan di cafe milik sepupu I olls bertajuk Rimbunan Serai yang terletak di Ampang,  Ipoh.  Kerlas...kat Ipoh pun ada Ampang ya.

Ini antara makanan sedap yang kami order dan makan.  Fish and chips,  mixed grilled dan nasi putih dengan ayam masak cili kering (menu baru).  Semuanya below RM15.  Gila babing punya murah makanan kat Ipoh ni.


click read more

Anak Syurga Ini Tiada Penggantinya - Kisah Ibu Bapa Menjaga Anak Austisma



Assalammualaikum,


Lahirnya Muhammad Aniq Haziq, anak sulung kami pada 15 Julai 2012. Sejak dia baby lagi, Haziq mempunyai karakter yang relaks, cool dan laid back sahaja. Kalau kami memanggil nama dia, dia tidak akan kalih atau menyahut. Awalnya kami berasa perkara tersebut adalah biasa untuk kanak-kanak. Tetapi, semakin dia membesar, apabila membandingkan Haziq dan kanak-kanak yang seusia dengan dia, karakter Haziq memang nampak agak berbeza sedikit. Disebabkan tiada pengalaman membesarkan kanak-kanak dan Haziq juga merupakan cucu pertama untuk kedua-dua belah keluarga, kami tidak peka akan perbezaan Haziq. Hanya berpegang dengan kata-kata orang tua “ Biasa la budak lelaki, memang lambat sikit nak matang.”.


Perkembangan Haziq agak delay, hanya mampu menyebut “Abah” dan “Mama” pada usia 1 tahun tapi lama kelamaan sudah tidak keluar lagi perkataan2 tersebut. Dia juga tidak tahu cara nak berinteraksi jadi sejak umur 1 ½ tahun dia kerap menangis dan mengamuk. Cara dia interaksi dengan kami ialah dengan menangis. Makan nangis, mandi nangis, tidur nangis. Walaupun masa di taska, cikgu-cikgu Haziq cakap Haziq kerap menangis dan lebih suka main bersendirian. Apabila dia mengamuk, dia akan menghentak kepala dia kebelakang kedepan. 


Sering kali kepala dia lebam akibat hentakan, tapi dia tidak menangis kesakitan kalau terhantuk. Seupama tak sakit, sedangkan bunyi hentakan amat la kuat (Segelintir anak autism ada masalah sensory, ada yang sengaja cedera kan diri untuk merasa pain sensation). Kami sebagai ibubapa agak tertekan melihat anak yang mengamuk hampir setiap rutin harian. Tapi tanda-tanda itu masih belum menyedarkan kami yang anak kami ini berbeza.


Jangan dalam in denial mode terlalu lama kerana anak itu memerlukan kita.



click read more

20.4.17

Perspektif Orang Yang Open Minded



Laki aku pernah tegur aku,  "Hang ni duduk terkangkang!" pastu aku tepis tangan dia sambil kata, "Bekpila...bukan orang nampak pun,  paha aku besaq."  Ya,  orang gemok tak akan nampak celah kangkangnya sebab paha dia besaq.  HAHAHA tapi itu dulu masa aku tak pakai tudung,  lani aku dah pakai tudung,  selalu pakai seluar panjang dan kain labuh.  Tapi aku ingat apa kata laki aku, "Orang yang suka duduk terkangkang tu adalah orang yang open minded,  dia tak heran apa yang orang kata pasai dia."


Aku macam terdiam.  Yes,  betul kata laki aku.  Aku memang jenis orang yang open minded.  Dari kecil aku macam ni.  Aku berkawan dengan lelaki,  perempuan,  orang cantik,  orang tak cantik,  orang yang ada mainan,  orang yang takdak mainan,  memang inilah aku dari dulu.  Sampai aku dah besar pun aku sama la juga.  Tapi itu daripada segi pergaulan.


Tapi open minded boleh jadi lebih daripada itu.  Bukan sahaja dari aspek pergaulan atau bersosial,  apa benda kita baca?  Apa benda kita pilih untuk belajar?  Persekitaran kita,  semua tu memainkan peranan penting yang membentuk kita ni jenis personality yang open minded atau tidak.  Hari ini aku nak cakap pasai kebaikan dan keburukan orang yang open minded macam aku.

Click Read More

19.4.17

Make Up Artist Penang yang Meletops



Hello u olls,

Baru-baru ni Abang Rudy Imran composer meletops tu PM akak kat Facebook suruh akak rekemen make up artist meletops kat Penang.  Akak pun bagi beberapa nama,  and of course akak pun bagi dia confirmation satu MUA ni yang betui betui akak suka hasil kerjanya dan memang haruslah Abang Rudy ikut apa yang akak cadangkan.  Nampaknya MUA itu wah dengan gah seronoknya bergambar dengan artist yang disoleknya post on sosial media,  siap buat video live lagi u olls.  HAPPY LA TU U OLLS...sekali sekali dapat job kan?  Why not.  Maybe dia tak tau kot akak yang rekemen beliau,  tu yang dia haram tak PM akak langsung kata terima kasih.  Kita bukan tak ikhlas you olls dah rekemen orang,  kalau kita busuk hati,  langsung kita tak mentioned nama dia okay!   Rezeki itu Allah yang bagi,  bukan akak,  so buat apa akak nak sekat?  Im telling the truth,  she's definitely the best make up artist in Penang according to my standard.


Akak dulu pun buat make up juga,  hangpa pi la search #makeupbyjumiess kat confirm keluar beberapa gambar akak make up pengantin.  Last pengantin akak amik rasanya awal 2015.  Lepas tu akak sendiri bersara dari kerjaya sampingan yang akak minat ni,  atas nasihat doktor yang suruh akak lebih banyak rehat di rumah kerana masalah migraine akak yang teruk.


Walaupun baru dua tahun akak berhenti buat make up,  nahariam lani punya ramai MUA yang tumbuh melata di Pulau Mutiara ini.  Semuaaaa nama-nama baru yang aku pun tak kenai langsung.  Tapi rata-rata adalah cik ki ya!  Cik ki tu apa?  Cik ki tu pompuan berpuki la u olls.  Kakak-kakak zornen,  adik-adik gayboy semua boleh duduk tepi diam-diam sat.  Dari semua senarai yang akak bagi ni,  nenjia semuanya pompuan,  sorang ja lelaki frampun yang tersenarai.


So hari ini akak nak share dengan you olls barisan Make Up Artist Penang yang Meletops untuk tatapan kalian semua,  jom baca:

click read more

Happy Birthday 32 Years Old Jumizah

Kek seprais pukui doblas malam.

Dear u olls,


Baru-baru ini iaitu pada 29 Mac yang lalu akak telah meraikan hari jadi akak yang ke 32 tahun.  Ya Allah cepatnya masa berlalu.  Dah semakin tua aku jadinya.  Walaupun aku telah menyembunyikan tarikh hari jadi aku dalam Facebook,  tapi alhamdulillah masih ramai kawan-kawan yang ingat tarikh besde aku ini.  HAHAHA.  Berani depa tak ingat?  Aku nanti fight dengan depa semua.


Pada hari itu,  tepat jam 12 malam.  Aku dah melabuhkan tirai malam,  sudah beberapa jam bersedia di atas katil,  untuk tidur.  AHAHA.  Hang duk ingat aku nak bersedia untuk apa?  Aku punya besde jatuh hari kerja,  haruslah mak tidur awal u olls.  I didn't expect anythinglah.  Alah,  dah tua-tua nak pi celebrate apa yang teruk-teruk sangat?


Tiba-tiba,  tepat pukul 12 malam,  dalam keadaan bilik tidur yang sudah gelap,  laki aku masuk bilik dengan sebuah kek besde siap dengan lilin lagi.  Dia nyanyi happy birthday kat aku.  Ceewaaaaahhhh,  touchingnya laki aku buat suprise macam ni kat aku.  Aku ingat dia buat-buat lupa macam tahun-tahun lepas,  tak sangka dia nak suprise aku macam ni.  


Kami nyanyi lagu besde dorang dan sama-sama potong kek.  Gelak punya gelak,  setengah cheese cake 1.5 kg tu habis kami balun.  Aku tanya,  pasaipa tahun ni hang suprise aku?  Dia kata "Sebab tahun ni hang paling tak mintak apa-apa dari aku?  So aku suprise la.  Aku rimaih kalau hang duk minta macam-macam,  mengada-ngada!"  JARI TENGAH KE ATAS!!


Esoknya,  aku terpaksa pi kerja sebab dua tiga hari lagi aku ada mesyuarat yang nak kena susun atur.  Aku lebih suka kalau hari besde aku,  aku amik cuti dan rehat duduk rumah.  Tapi tak boleh nak cuti lah sebab ada kerja kan?  So aku pun mai kerja,  kat office baru aku,  Penerbit USM,  depa sambut besde aku dengan dua bijik kek black forest.  Ya Allah terharunya,  terima kasih kawan-kawan dan bosses semua.  Pastu,  aku dapat hadiah kek khas dari kawan baik aku Veena Ariffin daripada Cake Buffet.  Dia bagi kek cokelat,  maka aku pun yang duk rindu kat kawan-kawan office lama telah pergi sama-sama sambut potong kek aku sendiri kat sana.  Seronoklah boleh potong kek sambil keriau-keriau,  kat office baru aku kena jadi sopan sikit.  HAHAHAH


So sambil duduk-duduk dengan budak-budak Buddies tu,  salah seorang tanya kat aku "Kak Jumie,  what do you feel at this age?"  


Aku macam tergagam dengan soalan itu.  Tiba-tiba rasa macam artist sat,  orang duk tanya soalan-soalan cepu emas macam ni.  Terus rasa macam kamera,  flash-flash dan microphone semua duk tala kat muka aku.


Aku terdiam seketika pastu aku jawab secara spontan.


18.4.17

Sesi Live bersama Kak Zah - Episod "Why you so ALAP?


Hello u olls,

Lani akak boleh dikatakan rajin meng-livekan diri akak.  Yeah!! Thanks ampa semua yang rajin nak join.  Terima kasih sangat-sangat.  Hangpa dah tengok dak minggu-minggu lepaih ni akak ada buat rakaman Sesi Live bersama Kak Zah Episod yang bertajuk "Why you so ALAP?"

Sapa yang tak tengok lagi,  ampa boleh click read more dan tengok rakaman video tu akak letak link tu kat sini:

click read more

David Gandy Yang Elok


Hello u olls,

Disebabkan sekarang ni rata-rata hero yang berlakon kat TV boleh dikatakan semuanya muka very the anak-anak ikan,  pretty boys,  tak kira lah TV orang puteh ka,  TV dan filem kat Malaysia ni lagilah.  Muka-muka hero ala-ala Rosyam Noor,  Faizal Hussein,  Fahrin Ahmad semua macam dah pupus macam mana ka?  Yang duk mai semua muka-muka jambu,  anak-anak ikan yang mengharap di-spedo oleh abang-abang PLU yang bekerjaya.  

Mak tak salahkan you olls semua sebagai penonton yang rata-rata memang IQ pun tak berapa nak tinggi kan?  So apa sahaja orang sogok kat hangpa,  hangpa pun telan laa satu satu duk merana diri syiok kat hero-hero yang kunonnya bagi hangpa kira dah elok jantan habis dah.  Tapi nak buat macammana?  Dari producer,  pengarah,  penulis skrip.........SEMUA PUN PLU...sah sahlah pemilihan pelakon pun depa amik yang taste-taste depa.

Tapi macam mana bottom akak ni,  akak tetap nak cari muka abang-abang yang mak taste.  So mulai hari ini, sekali sekali kalau akak jumpa jantan yang very the sesuai dengan skala taste akak yang tinggi,  akak akan share kat blog akak okay.  

Jom kita berkenalan dengan jantan elok pertama untuk tatapan kalian semua.  Sapa posa,  jangan sesekali click read more.

click read

17.4.17

TokWan Sayang Cucu by DJ ED


Thank you to Aunty MJA Miss Jay Alexander a.k.a Miss Jahariah Abbas yang telah mengtag video ini kepada akak.  Akak pun dengar dan memang terus pikiaq,  OMG yang ni kena bubuh kat blog.  

DJ Ed ni kira macam lokal artis from Jitra banyak record lagu-lagu sendiri dan lagu terbarunya bertajuk Tok Wan Sayang Cucu diproduce oleh Arbanji Records yang juga diusahakan di kawasan Jitra,  Kedah.  

Aku tengok video ni sambil salin lirik untuk hangpa semua,  punyalah duk gelak.  Lirik dia sangatlah tepat,  sungguh betui tapi bila dilagukan jadi lawak bak hiang.  Aku duk rasa depa ni semua mesti gang ayaq ketum ni,  tu la boleh jamming menyanyi buat lagu siap ada video clip dengan orang-orang kampung duk menari semua.  Baguih betui!

Jom tengok video ni.  Click read more.

click read more


Trailer Filem The Last Jedi - Star Wars 2017

Kepada para peminat Star Wars,  sila tarik nafas sekarang!  Trailer baru dah keluaq.  But kita hanya akan tengok pada hari raya Krismas 2017 nanti.  Bertabahlah.


IT (2017) Lebih Menakutkan?


Sapa dulu kecik-kecik dihantui dengan satu filem yang diinspirasi daripada buku horror tulisan Stephen King bertajuk IT?  Celaka anak haram punya filem yang menceritakan misteri kehilangan kanak-kanak kecil di sebuah pekan yang disaksikan oleh sekumpulan kanak-kanak.  Depa duk nampak benda yang duk bunuh/culik budak budak kecik ni semua adalah satu makhluk bukan manusia,  bukan haiwan, tetapi berupa menjadi badut yang duduk kat dalam parit.  Dia akan goda budak budak kecik masuk dalam parit dan budak budak tu nanti kena makan.

Aku tengok filem tu masa kat TV2 masa tu aku baru darjah 2 rasanya.  Esok pi sekolah semua orang duk bercakap pasai hantu IT tu.  Bila masuk sekolah menengah,  dah paham baca orang putih,  aku macam mana ka jumpa novel Stephen King ni dengan tajuk IT.  Baca punya baca sampai,  aku punyalah takut dengan hantu badut tu sampai lani aku dah umur 32 tahun pun aku masih takut dengan badut.

Sampai lani aku memang takut dengan badut.  YES!

Pada tahun 2017,  depa buat remake filem ini!!! Nahariammmmmm aku confirm akan pi tengok walaupun aku hanya tengok melalui celahan jari.  Jom tengok trailer yang dah keluar kat Youtube.

click read more

14.4.17

Mengenali dan Memahami Jenis Kulit by Emi Kaz

Jenis-jenis kulit.

Kulit adalah organ terbesar bagi manusia dan dari kulit jugaklah u olls boleh tau masalah-masalah komplikasi dalam badan, contohnya jika jerawat naik banyak ini petandanya hormon tak seimbang atau you olls allergic dekat kekacang ke? Ada 4 jenis kulit yang you olls kena ketahui seperti berikut:


1. Kulit Normal
2. Kulit Kering
3. Kulit Berminyak
4. Kulit Kombinasi – bahagian tengah berminyak (t-zone) dan bahagian tepi kering


Dari jenis kulit kita beralih kepada beberapa permasalahan kulit seperti:

1. Jerawat
2. Kekeringan
3. Jeragat (pigmenasi)
4. Kedutan
5. Sensitiviti


click read more

Luahan Hati Cikgu Tuisyen


Dear Jumie,


Tulisan aku hari ini adalah sebagai seorang guru tuisyen yang berpengalaman dalam bidang ni selama 11 tahun. Berbekalkan pengalaman aku selama perjalanan yang agak lama tu, hari ni aku terpanggil untuk kongsi sikap ibu bapa zaman moden sekarang terhadap pendidikan anak-anak khususnya (fokus kepada pelajar sekolah rendah). Sebelum aku teruskan tulisan ni, biar aku jelaskan bahawa tulisan aku ni tidak berniat untuk condemn sesiapa. Tujuan aku tulis ni hanyalah dengan niat untuk menyedarkan individu di luar sana tentang kepentingan pendidikan dan tanggungjawab seorang ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka selain untuk berkongsi pengalaman sahaja. Harap tiada individu yang terasa hati atau sumpah seranah pada aku.


Jenis-jenis Ibu Bapa
Selama aku menjadi tuan punya pusat tuisyen di salah satu kawasan di Pulau Pinang ni aku tengok ibu bapa ni pelbagai jenis. Jenis-jenisnya adalah seperti berikut:

1.Ada yang willing to spend their money/time for their kids’ education.

2. Ada parents yang financially tak strong but they are truly concern about their kids’ education and try their best to give the best to the kids.

3. Ada parents yang not educated but try to help their kids apa yang mereka mampu.

4. Ada gak parents yang macam lantak kat anak dia. Hang nak belajar, belajar. Tak mahu belajar lantak kat hang. Janji ang boleh jadi somebody in future.

5. Yang paling tak tahan, ada parents yang jenis macam aku dah hantar hang pi sekolah dan tuisyen, so hang kena tau semua benda kat dunia ni. Hang tak boleh tanya apa kat aku dah lepas tu. Results mesti kena gempak siot.

click read more

13.4.17

Majlis Persandingan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila di Penang


Hello u olls,


Berinai sudah,  bernikah sudah,  bersanding pun sudah,  ini pulak majlis menyambut tetamu yang diadakan di Pulau Pinang pada 8 April 2017.  Yalah,  Sharnaaz Ahmad kan orang Pulau Pinang.

Untuk majlis di Pulau Pinang ini,  Noor Nabila tampil sederhana dengan gaun warna biru gelap tanpa sebarang hiasan kepala atau layah.  I just love it!  Teringat pulak zaman akak bersanding dulu.  Gitu!!!

And satu akak perasan lah setelah mengamati gambar-gambar perkahwinan mereka,  semuanya dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat handai mereka.  Dan bukan semata-mata artist sahaja u olls.  Akak sangat suka,  ini bermakna selain kerjaya mereka sebagai artist,  mereka ada dunia yang sebenar.  



click read more

Majlis Persandingan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila di Kuala Lumpur


Hello u olls,

Jom kita tengok pulak gambar-gambar majlis persandingan antara Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 2 April 2017 yang lalu.  Bagaikan pasangan putera dan puteri raja,  I just love the fact that Noor Nabila memilih busana putih yang simple dengan potongan tertutup yang membuatkan kita semua tertumpu pada dia,  dan bukan pada baju.

Tengok reaksi wajah Sharnaaz Ahmad pun,  dia nampak 'genuinely' happy dalam setiap gambar yang dirakam.  Tahniah u olls berdua.  Semoga terus bahagia sehingga syurga.


click read more

Majlis Malam Berinai Noor Nabilah dan Sharnaaz Ahmad



Majlis malam berinai diadakan sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung. Nabilah memakai busana warna biru lembut dari Mimpi Kita dengan solekan nipis dan juga dandanan rambut yang santai. Lukisan henna disempurnakan oleh pelukis Sheema Henna dengan ukiran warna luar tradisional iaitu warna putih.

Jom tengok gambar-gambar sekitar majlis malam berinai yang telah berlangsung.

click read more


Majlis Pernikahan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila



Hello u olls,


Aku duk tengok la gambar-gambar majlis perkahwinan pelakon lelaki Melayu yang antara satu-satunya bermuka fighter dan tidak bersifat muka-muka anak ikan (mak tak lalu nyah...mak bukan PLU okay nak taste kat anak-anak ikan),  iaitu Sharnaaz Ahmad dengan pasangan hatinya Noor Nabila.  Belek punya belek,  aku duk heran awat gambar Neelofa duk ada banyak kat gambar kawen ni?  Pastu aku tanya kat Whatsapp group anak-anak ayam aku,  rupa-rupanya memang Sharnaaz Ahmad kawen dengan kakak Neelofa.


Mak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat aih!  Elok Nabila ni cantik macam puteri-puteri Tunisia macam mana ka?  Kalau nak banding dengan Sharnaaz Ahmad punya kisah-kisah cinta lalu yang penuh kontroversi tu,  memang jauh daging BBQ daripada api.  Depa dorang pun nampak sangatlah cocok bersama.  Mak suka sangat!


Okay jom kita tengok gambar sekitar majlis pernikahan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila yang telah berlangsung pada 31 Mac 2017 yang lalu.


click read more

9.4.17

Makan Malam di Restoran Khuntai, Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Anak-anak ayam akak semua 'teruna' idaman Malaya.  Gitu.  Kalau berkenan kat mana-mana dalam gambar ni sila habaq.

Hello u olls,

Sapa sini suka makan Chinese style Seafood?  AKAK SUKA!!  Hari ini akak nak cerita pasai pengalaman akak pi makan kat restoran Khuntai yang actually more to Siam - Chinese style seafood restaurant yang terletak di Gertak Sanggul,  Teluk Kumbar.

Ramai dah kawan-kawan akak duk sebut dan menceritakan ke-best-an tempat ini.  Depa kata tempat ni cantik bila malam,  depa bubuh lampu-lampu semua tepi laut rasa macam makan kat Bali.  Rasa pun memang sedap depa kata.

So akak dan anak-anak ayam akak pun membuat tempahan dan men-try makan malam ni disini.  Kami order macam-macam tapi malangnya,  rasa makanan yang we olls order semuanya tidaklah begitu berbaloi dengan apa yang kami bayar.  Rasanya sedap,  tetapi takdaklah sedap sampai rasa nak berayaq ayaq pepek semua.  Sedap dia biasa-biasa sahaja.  


Ze food.

click read more

7.4.17

Crustaceans and Shellfishes Night (Buffet Dinner) di Flamingo Hotel by the Beach Penang

Terima kasih kepada Flamingo Hotel by The Beach, Penang yang telah menjemput saya untuk menikmati  Crustaceans and Shellfishes Night (Buffet Dinner) ini. 

Sila menangeh semua orang.

Hello u olls,


Kepada peminat seafood, hujung minggu ini apa kata you olls semua ramai-ramai try Crustaceans and Shellfishes Night (Buffet Dinner) di Flamingo Hotel by the Beach Penang, Tanjung Bungah.


Memang u olls akan naik gila tengok ketam, tiram, udang, sotong dan pelbagai lagi makanan laut yang dimasak dalam macam-macam jenis rasa, ada yang dipanggang dan ada yang boleh dimakan segar! Memang jadi gila tengok macam-macam sampai tak tau nak makan yang mana dulu!


Kepada yang ada penyakit resdung,  kolestrol tinggi,  elergic,  haaaa nak mai makan boleh.  Tapi tolonglah makan ubat dulu.  Siap hari bulan,  pi hotel naik Uber,  balik hotel naik ambulance pulak.


Akak mai makan sini baru baru ni dengan kawan akak.  Waaah kerlas kan tiap tiap hujung minggu makan kat hotel,  barulah artis u olls. AHAHAHAH.  Terima kasih kepada Flamingo Hotel by the Beach Penang yang telah menjemput akak mai try makan kat sini.

Oleh itu,  mai tengok gambar-gambar akak memakan kawan-kawan dan sahabat laut akak (feeling akak ni little mermaid la u olls).  Sila terliur dan cepat-cepat buat booking untuk mai makan di sini juga!


Sapa sakit ghaut,  dia tengok gambar ni dia akan menangis.

click read more you olls

Mai Follow Akak di Facebook!


Hello u olls,

Dulu akak ada Facebook Page selain Facebook account yang akak pakai hari hari.  Facebook Page tu kira ala-ala page yang orang selalu pakai untuk meniaga atau untuk artist-artist kan?  So akak buat Facebook Page ni selain untuk feeling akak ni artist,  akak juga berasakan adalah amat penting akak set up page ini untuk memudahkan hangpa semua follow akak on Facebook sebab compare dengan account peribadi Facebook tu, dia ada limit tertentu ya.  

Friends pun kita boleh ada up to 5000 friends sahaja,  if you keep adding everyone yang request jadi kawan hang,  lama kelamaan,  friends hang dah sampai limit,  you cannot do anything on your Facebook.  You can't comment,  cannot like,  cannot even message your friend.  Akak dah pernah lalui,  so kenalah delete orang-orang akak tak kenal,  account-account muka cartoon,  account-account muka orang putih nama orang putih tapi duk add semua perempuan tetek besar (termasuk aku), pastu account-account yang selama ini tak pernah nak like or komen Facebook aku pun.

Leceh kan nak maintain tu semua?  Sebab tu dulu kita buat Page.


click read more

Mengenalpasti Kanak-Kanak Autisme

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.


Dalam artikel yang pertama siri #semarakbiru di blog ini kami telah paparkan tentang pengenalan ringkas mengenai apa itu autisme. Pasti kalian semua berasa terkejut sedikit apabila tanpa disedari sebenarnya setiap daripada kita ada AUTISME. Bezanya ialah ianya TIDAK DOMINAN dalam diri kita tetapi kita turut mengalaminya. Kepada kalian yang terlepas pembacaan itu, boleh klik di sini : Anak Syurga (Sempena Bulan Kesedaran Austisme)


Melalui artikel ini pula, kita akan berkongsi tentang ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak autism mengikut peringkat-peringkat usia tertentu. Mungkin terdapat pelbagai ciri-ciri lain, dan harus kita tahu, autisme ini adalah pelbagai, tetapi antara ciri-ciri yang selalunya dikenal pasti dan boleh dikenal pasti seawal usia 3 tahun.


Picture are copyright of Otsimo.com



click read more

6.4.17

Anak Syurga (Sempena Bulan Kesedaran Austisme)

Anak Syurga

Saat ketibaan mu di rahimku,
Ku lafaz rasa kesyukuran,
Aku dan orang sekelilingku tersangatlah gembira,
Ghairahan menanti kedatanganmu di dunia ini.

Pelbagai ‘ragam’ yang kau tonjolkan semasa kau menetap di rahimku,
Ku anggap kenakalanmu itu adalah panorama indah.


Setelah kau muncul di dunia yang sementara ini,
Lahirmu seperti insan lain,
Sempurna…

Namun, kelainan mu membuatkan ku tertanya-tanya
Siapa kau…?

Oh Tuhan!
Mengapa aku diduga…
Kau sempurna…tetapi….hakikatnya kau berlainan upaya.
Aku seperti tidak dapat menerima hakikat,
Aku malu,
Aku takut,
Apakah aku telah hilang arah?


Tuhan itu adil….
Kau bukan SUSAH ATAU PENYUSAH,
TETAPI KAU ADALAH ANUGERAH!
ANAK SYURGA
(nukilan : YussZulk)


Autisme. Ungkapan yang diketahui oleh ramai rakyat Malaysia namun ianya bukanlah istilah KEGEMARAN kerana kurang kesedaran atau mungkin ‘belum kena pada batang hidung sendiri’. Sudah terhantuk barulah nak tengadah. Itulah mentaliti rakyat Malaysia yang rata-ratanya hidup dalam keadaan ‘ignorance’ atau tidak ambil kisah. Untuk mereka yang ingin tahu apakah itu autisme, eloklah jika kita kenali dahulu makna asas gejala autisme. Sebenarnya, autisme ini adalah salah satu kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Bukan itu sahaja, malah mereka juga mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi. 


click read more

5.4.17

Lucky Draw Cantik & Kayaraya di Hari Raya bersama Pure by Safiyyah Osman


Hello u olls,

Hangpa semua dah tengok kan kat Facebook akak macam mana akak boleh TERBERTUAH dan menang BARANGAN TEFAL YANG BERHARGA LEBIH KURANG RM1000.00!  Kalau hangpa berminat untuk berpeluang menang Lucky Draw Cantik & Kayaraya di Hari Raya bersama Pure by Safiyyah Osman jom join!  

Cara dia mudah sahaja.



click read more

4.4.17

Akak Menang Motor!

Hello u olls,

Aku dah tak larat nak habaq kat hangpa semua 23947 juta kali, pakai PSO, pakai PSO. Bukan sahaja hangpa akan jadi cantik macam akak, malah hangpa jugak berpeluang untuk menang macam-macam hadiah daripada cabutan bertuah yang dihadiah oleh founder Purebysafiyyahosman.

Ini gambar masa Piyah dan Eli,  Founder PbySO sedang membuat cabutan!



Akak tak sangka ini semua milik akak!  Dalam gambar ni la Kak Piyah yang gebu pompuan owner PBYSO.



click read more untuk tengok video

Gambar Perkahwinan Nora Danish dan Nedim Nazri



Hello u olls,

Pada 30 Mac yang lalu akhirnya pasangan kekasih yang sudah lama menjalinkan hubungan akak rasa before akak bercinta dengan Khafi lagi iaitu Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya telahpun bernikah dalam satu majlis pernikahan disusuli resepsi ringkas yang sangatlah sweet dan cantik bagi akak.

Akak godek-godek kat Instagram Nora Danish,  dia tak mentioned pun siapa pun baju dan dekorasi pelamin dan majlis dan sebagainya.  

So akak dengan gigih,  meng-screen shot semua gambar-gambar dalam Instagram milik Nora Danish dan beberapa rakannya untuk tatapan kalian semua.  Sebab baru-baru ini semasa akak buat review gambar perkahwinan Deborah Henry,  ramai yang complain bahawa depa tak boleh nak tengok gambar yang dipaparkan sebab akak hanya masukkan coding daripada Instagram.  







click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE