6.4.17

Anak Syurga (Sempena Bulan Kesedaran Austisme)

Anak Syurga

Saat ketibaan mu di rahimku,
Ku lafaz rasa kesyukuran,
Aku dan orang sekelilingku tersangatlah gembira,
Ghairahan menanti kedatanganmu di dunia ini.

Pelbagai ‘ragam’ yang kau tonjolkan semasa kau menetap di rahimku,
Ku anggap kenakalanmu itu adalah panorama indah.


Setelah kau muncul di dunia yang sementara ini,
Lahirmu seperti insan lain,
Sempurna…

Namun, kelainan mu membuatkan ku tertanya-tanya
Siapa kau…?

Oh Tuhan!
Mengapa aku diduga…
Kau sempurna…tetapi….hakikatnya kau berlainan upaya.
Aku seperti tidak dapat menerima hakikat,
Aku malu,
Aku takut,
Apakah aku telah hilang arah?


Tuhan itu adil….
Kau bukan SUSAH ATAU PENYUSAH,
TETAPI KAU ADALAH ANUGERAH!
ANAK SYURGA
(nukilan : YussZulk)


Autisme. Ungkapan yang diketahui oleh ramai rakyat Malaysia namun ianya bukanlah istilah KEGEMARAN kerana kurang kesedaran atau mungkin ‘belum kena pada batang hidung sendiri’. Sudah terhantuk barulah nak tengadah. Itulah mentaliti rakyat Malaysia yang rata-ratanya hidup dalam keadaan ‘ignorance’ atau tidak ambil kisah. Untuk mereka yang ingin tahu apakah itu autisme, eloklah jika kita kenali dahulu makna asas gejala autisme. Sebenarnya, autisme ini adalah salah satu kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Bukan itu sahaja, malah mereka juga mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi. 


click read more


Kebanyakan ibu bapa yang hidup dengan anak-anak yang dikenal pasti menghidap autisme selalunya mempunyai perasan segan, malu dan tidak mahu menonjolkan anak mereka di mata masyarakat.


Hal ini kerana, mereka khuatir masyarakat memandang serong akan kelainan yang ditonjolkan oleh anak mereka. Masyarakat? Biasalah cepat menghukum, sebab mereka tidak tahu, tetapi berpura-pura tahu.  Inilah antara tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak syurga ini. Bulan kesedaran autisme ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat berkenaan autisme. Sebagai masyarakat yang baik, kita seharusnya memberikan sokongan dan bukannya memandang serong atau mengkeji kanak-kanak autisme. Sesungguhnya, mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Cumanya mereka tidak tahu cara untuk menzahirkan perasaan mereka. Harus kita tahu, AUTISME BUKAN PENYAKIT MENTAL! 


Sumber yang diperolehi daripada Utusan Online bertarikh 1 September 2016 menyatakan bahawa;
  • Menurut statistik yang dikelurkan pada 2014, satu dalam 68 individu menghidap autisme.
  • Autisme boleh didiagnos dengan tepat seawal usia 18 bulan. 
  • Faktor persekitaran, biologi dan genetik dikaitkan dengan punca autisme tetapi penyebab utama masih belum diketahui. 

Menurut Individuals with Disabilities Education (IDEA), autisme ditakrifkan sebagai ketidakupayaan perkembangan yang secara signifikannya memberi kesan kepada komunikaqsi lisan dan bukan lisan, dan interaksi sosial. Menurut American Psychiatric Association (APA) pula, autisme ini adalah keadaan yang mana berlakunya kecelaruan perkembangan, mempunyai kesukaran untuk berinteraksi, komunikasi, tingkah laku yang berulangan dan gangguan emosi Tingkah laku berulangan adalah seperti memusingkan badan (spinning), membunyikan suara dalam satu nada secara berulangan dan lain-lain lagi. Gangguan emosi pula adalah merujuk kepada perilaku sensitif yang ditonjolkan oleh mereka seperti akan menjerit dengan begitu kuat jika mereka berasa insecure, menutup telinga jika secara tiba-tiba dan lain-lain lagi.


Apakah itu ciri-ciri autisme?
Mesti ramai ingin tahu, apakah itu ciri-ciri autisme? Bagaimanakah untuk kita tahu ciri-ciri mereka yang menghidap autisme? Sebenarnya setiap daripada kita ada AUTISME. Kalau anda berkata anda adalah normal, jawapan anda adalah salah dan betul. Kenapa?

Seperti yang diperkatakan tadi, setiap daripada kita ada ciri-ciri autisme, bezanya ialah ianya TIDAK DOMINAN dalam diri kita tetapi kita turut mengalaminya. Contohnya, ada dalam kalangan kita, walaupun kita normal, tetapi kita tidak boleh melihat sesuatu benda yang tidak teratur. Kita akan rasa rimas melihat sesuatu keadaan itu tidak teratur dan kita sendiri yang akan menyusun atur, dan jika orang lain selerakkannya, kita akan rasa marah. Ya, ini adalah salah satu ciri autisme.


Ada juga dalam kalangan kita yang kononnya normal, tetapi tidak selesa untuk berada dalam keadaan hiruk pikuk. Kita akan rasa rimas jika kita dikerumuni oleh orang ramai, dan pada saat itu kita akan rasa seperti pening kepala dan mahu cepat-cepat beredar daripada keadaan itu. Ini juga adalah salah ciri autisme.


Seterusnya, ada dalam kalangan kita yang tidak pandai bercakap dihadapan khalayak, atau tidak banyak bercakap, tetapi kita sangat bagus dalam penulisan. Ini juga adalah salah satu ciri autisme. Banyak lagi contoh-contoh lain. Maka cuba anda cerminkan diri anda. Adakah anda NORMAL? Jadi perlukah kita menghina atau memandang serong kepada ANAK-ANAK SYURGA itu?


Berikut dahulu pendahuluan berkenaan austisme yang ingin kami kongsikan bersama kalian semua.  Ibu bapa muda,  nenek dan datuk,  kakak dan abang,  makcik dan pakcik malah sesiapa sahaja yang prihatin kepada isu ini,  harapan kalian semua sit back and relax kerana kami akan susulkan dengan beberapa artikel lagi yang Insya Allah akan membantu pemahaman kalian mengenai autisme.  Kalau tak dapat tolong banyak,  tolong sedikit pun tak mengapalah.


So stay tune dan nantikan artikel-artikel lain yang akan kami paparkan dari sehari ke sehari melalui blog JumieSamsudin.Com.  Lepas baca,  jangan lupa share dan masukkan hashtag #SemarakBiru atau #LightItUpBlue sempena sokongan anda semua sebagai ahli masyarakat yang prihatin!



NOTA:  Saya menjemput ibu bapa yang ingin berkongsi kisah-kisah pahit, manis, gembira dan sedih dalam perjalanan berharga kalian membesarkan anak-anak AUSTISME. Cerita kalian sekurang-sekurangnya 1500 perkataan dan akan dikongsikan dalam blog saya sempena Bulan Kesedaran Austisme.#semarakbiru

Emel saya di jumiess@gmail.com. Hantar kepada saya selewat-lewatnya atau pada 15 April 2017!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...