26.4.17

Bila Sara Ali Buka Tudung



Hello uolls,


Semasa akak menjalankan live video minggu lalu,  ada orang bertanya kepada akak secara spontan tentang apakah pendapat akak mengenai Sara Ali yang telah membuka tudung?  Jawapan akak ketika itu adalah soalan.  Siapakah Sara Ali?  Sumpah lillali akak tak kenai dia sapa.  Tapi bila Google dan tengok siapa Sara Ali baru lah akak tahu,  beliau adalah seorang pelakon muda yang berbakat dan mempunyai rupa paras Melayu yang menarik.  Akak kenal dia lah aiiiyooo cuma nama tak ingat.


Jadi,  setelah membaca sedikit mengenai gossip beliau membuka tudung,  akak ingin ajak uolls beramai-ramai berbincang dan bercakap tentang isu ini.


Soalan yang pertama adalah kenapa Sara Ali membuka tudung menjadi isu besar dalam kalangan penggemar gossip di Malaysia.  Terang-terang dia bukan artis pertama di Malaysia yang pernah muncul sebagai wanita muslimah,  terima 'hidayah' dari yang Maha Esa atau memilih untuk memakai tudung sebagai imej baru setelah berkahwin dan seterusnya entah bagaimana tiba-tiba beliau mengambil keputusan untuk membuka tudung.


click read more



Nama-nama artist lain yang pernah berbuat demikian adalah seperti Raja Ema,  Nelydia Sendrose,  dan macam-macam lagi nama artist yang aku rasa hangpa lebih terror dari aku. Tapi peliknya kepada para peminat Malaysia,  apa yang seringkali berlaku ini menjadi buah mulut yang tidak pernah sekali pun membohsankan.  Topik ini menjadi topik-topik panas yang amat digemari.  Walaupun kisah artis bukak tudung ini bukanlah sesuatu yang baru!


Ini adalah kerana,  rakyat Malaysia semua adalah hipokrit dan sangatlah dahagakan kejatuhan dan kesalahan yang dilakukan oleh para artis.  Padahal kita semua lupa yang artis pun manusia macam biasa juga.  Akak pun ada dalam kalangan adik beradik akak,  yang pada usia 30 an mereka memilih untuk memakai tudung,  tapi lepas beberapa tahun mencuba,  mereka rasa tak selesa,  mereka kembali tidak berhijab dan kini,  setelah mempunyai anak cucu,  mereka kembali berhijab.  Yes,  sepupu dan adik-adik beradik lain seronok mengata,  tapi akak yang masa itu masih kecil merasakan apa yang dilakukan oleh si sepupu yang tak habis-habis mengata ini adalah sebagai hipokrit.


At least orang yang membuka dan memakai tudung ini mencuba sebaik mungkin untuk menjadi 'penganut agama' yang lebih baik,  dia berani membuat keputusan kerana apa yang dia rasa betul dan bukan kerana apa yang orang kata!


Negara kita bukan macam negara Timur Tengah yang lain seperti Arab Saudi,  Iraq,  Iran dan sebagainya di mana SEMUA PEREMPUAN diwajibkan untuk memakai tudung.  Kegagalan untuk memakai tudung,  akan menyebabkan mereka ditangkap oleh pihak berkuasa,  dihukum dan paling menyedihkan mereka akan dianggap sebagai wanita yang tidak bermoral dalam kalangan wanita-wanita lain.  Tapi kita bukan Arab Saudi!!!


Ini adalah video mengenai pergerakan ini dan juga Facebook page milik mereka yang disokong oleh ramai lelaki dan perempuan:  My Stealthy Freedom آزادی یواشکی زنان در ایران

Contohnya ada satu pergerakan yang dimulakan oleh wanita Iran yang dipanggil My Stealthy Freedom آزادی یواشکی زنان در ایران dimana mereka memanggil wanita-wanita Iran dari negara Iran dan di seluruh dunia untuk memberanikan diri mereka untuk membuka tudung di khalayak ramai,  ambil gambar dan dikongsikan di laman sosial.


Tujuan mereka bukanlah untuk menggalakkan semua wanita untuk berlaku dosa dan membuka aurat tetapi untuk memberikan satu liberalisasi kepada semua wanita bahawa mereka boleh pakai tudung pada bila-bila masa yang mereka mahu dan mereka bebas membuat apa sahaja yang mereka suka tanpa takut dan hirau pada sebarang jenis hinaan dan juga hukuman dari insan lain!


So hangpa paham tak kat sini?  Depa tu sah-sah dah hidup sepanjang hayat depa dalam lingkungan di mana perempuan tak boleh nak buat apa yang depa suka macam bersukan,  menyanyi,  bekerja secara berdikari sebab depa perempuan dan perempuan terikat dengan macam-macam jenis undang-undang seperti tutup aurat, muhrim dan sebagainya.


Tapi kita kat Malaysia kot!  Dari dulu kita hidup dengan pelbagai jenis kaum dan budaya,  sejarah negara kita juga bewarna-warni,  kerajaan kita tak pernah halang kita untuk belajar apa sahaja jenis ilmu dan maklumat yang kita mahu tapi still at the end of the day,  kita nak jadikan diri kita sama taraf dengan perempuan-perempuan berhijab di Iran yang sejak kecil telah dilatih untuk melihat SAPA TAK PAKAI TUDUNG ADALAH PELACUR.


So hari ini,  aku nak tanya balik kat hangpa,  janganlah hanya kerana perempuan itu pakai tudung kita angkat dia jadi malaikat dan hanya kerana dia ambil keputusan untuk buka tudung,  terus kita label dia sebagai iblis.


Sila liberalisasikan otak kalian semua daripada cepat-cepat menghukum seseorang hanya kerana pilihan peribadinya.  Banyak lagi pendosa-dosa kat negara kita ni yang duk curi duit rakyat semua buat filem 18sx kita boleh buat relaks ja?

1 comment:

  1. Assalamualaikum...saya terbaca artikel Kak Jumie diatas dan tidak menafikan apa yang diperkatakan..cumanya membuat keputusan yang berani kerana berasa betul pada penilaian diri sendiri dengan apa yang betul di sisi agama Islam itu berbeza caranya...Islam itu sendiri bukan agama paksaan namun itu bukan suatu sebab untuk kita membuat sesuka hati atas alasan berani kerana berasa betul atas penilaian sendiri...Islam itu agama yang indah yang didatangkan dengan pelbagai hikmah dan kemuliaan... menutup aurat itu satu perintah Allah yang tiada kompromi begitu dan begini...sudah jadi satu trend sekarang tagline 'yang menutup aurat itu belum tentu cantik akhlaknya'...namun tidak juga menafikan tagline 'yang tidak tutup aurat itu juga belum tentu baik akhlaknya'...agama dan kehidupan tiada berpisah...apa yang kita nak buat perlu berlandas agama...jangan nafikan buka tudung itu hak individu dan penilaian masing-masing...itu bukan cara mendidik masyarakat...benar perlu berhikmah apabila mendidik dalam Islam tapi bukan berhikmah dengan cara membenarkan sesuatu yang bukan didikan Islam..sekadar pandangan semoga hati kita sentiasa betul dan ikhlas dalam mendidik..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...