18.4.17

David Gandy Yang Elok


Hello u olls,

Disebabkan sekarang ni rata-rata hero yang berlakon kat TV boleh dikatakan semuanya muka very the anak-anak ikan,  pretty boys,  tak kira lah TV orang puteh ka,  TV dan filem kat Malaysia ni lagilah.  Muka-muka hero ala-ala Rosyam Noor,  Faizal Hussein,  Fahrin Ahmad semua macam dah pupus macam mana ka?  Yang duk mai semua muka-muka jambu,  anak-anak ikan yang mengharap di-spedo oleh abang-abang PLU yang bekerjaya.  

Mak tak salahkan you olls semua sebagai penonton yang rata-rata memang IQ pun tak berapa nak tinggi kan?  So apa sahaja orang sogok kat hangpa,  hangpa pun telan laa satu satu duk merana diri syiok kat hero-hero yang kunonnya bagi hangpa kira dah elok jantan habis dah.  Tapi nak buat macammana?  Dari producer,  pengarah,  penulis skrip.........SEMUA PUN PLU...sah sahlah pemilihan pelakon pun depa amik yang taste-taste depa.

Tapi macam mana bottom akak ni,  akak tetap nak cari muka abang-abang yang mak taste.  So mulai hari ini, sekali sekali kalau akak jumpa jantan yang very the sesuai dengan skala taste akak yang tinggi,  akak akan share kat blog akak okay.  

Jom kita berkenalan dengan jantan elok pertama untuk tatapan kalian semua.  Sapa posa,  jangan sesekali click read more.

click read

Lelaki elok pertama yang akak nak perkenalkan adalah David Gandy seorang model berusia 37 tahun berasal daripada United Kingdom.  Dia start jadi popular dalam bidang model-model ini adalah apabila Dolce & Gabbanna duk amik dia untuk kerja-kerja fesyen depa.  Pada tahun 2006,  Dolce & Gabbana angkat dia sebagai leading face untuk perfume keluaran depa bertajuk Light Blue dan sejak tu nama dia lagi meletops.


Model berdarah English dan Scottish ni memang jenis muka-muka fighter ni.  Mak suka la tengok jantan rupa macam ni.  Betul-betul kacak,  muka jantan yang boleh dibawa bergaduh dengan ketua kampung malah pada masa yang sama kalau dia mai baca talkin depan kita pun kita boleh jadi cayaq.


Aku korek punya korek,  disahkan mamat ni dah beberapa kali duk couple dengan penyanyi dan model British tetapi tak berapa lepaih tu depa break off.  Dan lani,  memang sah-sah dia masih single.  PLEASE JANGAN KATA DENI GAY NAHARIAM aku nanti tulis surat kat Queen Elizabeth untuk nyahkan dia ni daripada kerakyatan British.


Bentuk badannya yang tinggi dan tegap juga telah melayakkan beliau untuk menang anugerah 'Best Dressed Men' oleh majalah GQ dan seterusnya meraih anugerah 'Most Stylish Man of the Year' semasa Men of the Year awards gala tahun 2015.  Selain kerjaya sebagai seorang model,  dia juga ada syarikat produksi sendiri yang membikin filem-filem pendek serta aktif juga dalam aktiviti filantropi.  Kalau hangpa berminat nak beli baju tidoq jenama dia,  merasa dia merangkul tubuh hangpa dalam kedinginan malam,  hangpa bolehlah beli baju tidoq jenama dia kat Marks and Spencer:  DAVID GANDY FOR AUTOGRAPH

Selamat merembes semorang!

Haaaaaaaaaaaaaaaaa lok-e dak?

Haii Abang David.....

Ya Allah aku rasa macam dia duk tengok kat aku niiii ...jantung rasa nak jatuh teruih.....

Dia duk mai posing tidoq pulak..................

Dia duk main gigik gigik jari pulak....



Tengok muka style jantan ni...Ya Allah.  




Mata punya biru Ya Allah.


Ini muka ori ...bangun bangun tidoq tak make up,  tak touch up terus amik gambaq.  Walaupun berkerdut,  mak tetap taste!


Yang ni masa buat commercial iklan perfume Light Blue Dolce & Gabanna.  Aku tengok gambaq ni aku tak tau la nak mandi ayaq laut ka atau nak mandi dia.  EH!










Instagram: @davidgandy_official
Twitter: Twitter.com/DGandyOfficial?

2 comments:

  1. Hi Jumie...
    Hang ni pasaipa taste sama dengan akak nih?haha

    ReplyDelete
  2. Lencun dasyat.. pernah tgk shot film dia.. jeni mcm michael fassbender yg magneto muda tu ��

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...