17.4.17

IT (2017) Lebih Menakutkan?


Sapa dulu kecik-kecik dihantui dengan satu filem yang diinspirasi daripada buku horror tulisan Stephen King bertajuk IT?  Celaka anak haram punya filem yang menceritakan misteri kehilangan kanak-kanak kecil di sebuah pekan yang disaksikan oleh sekumpulan kanak-kanak.  Depa duk nampak benda yang duk bunuh/culik budak budak kecik ni semua adalah satu makhluk bukan manusia,  bukan haiwan, tetapi berupa menjadi badut yang duduk kat dalam parit.  Dia akan goda budak budak kecik masuk dalam parit dan budak budak tu nanti kena makan.

Aku tengok filem tu masa kat TV2 masa tu aku baru darjah 2 rasanya.  Esok pi sekolah semua orang duk bercakap pasai hantu IT tu.  Bila masuk sekolah menengah,  dah paham baca orang putih,  aku macam mana ka jumpa novel Stephen King ni dengan tajuk IT.  Baca punya baca sampai,  aku punyalah takut dengan hantu badut tu sampai lani aku dah umur 32 tahun pun aku masih takut dengan badut.

Sampai lani aku memang takut dengan badut.  YES!

Pada tahun 2017,  depa buat remake filem ini!!! Nahariammmmmm aku confirm akan pi tengok walaupun aku hanya tengok melalui celahan jari.  Jom tengok trailer yang dah keluar kat Youtube.

click read more







Ini adalah 'first look' of badut Pennywise yang dilakonkan oleh pendatang baru bernama Bill Skarsgård.  Nakhariam mak rasa badut ni kalau mai kat aku,  jalan kot tepi saja,  aku kencing dan cirit secara berirama.






Click here:  IT (2017)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com