Jom Try Diameida Fabulous Mascara

14.4.17

Luahan Hati Cikgu Tuisyen


Dear Jumie,


Tulisan aku hari ini adalah sebagai seorang guru tuisyen yang berpengalaman dalam bidang ni selama 11 tahun. Berbekalkan pengalaman aku selama perjalanan yang agak lama tu, hari ni aku terpanggil untuk kongsi sikap ibu bapa zaman moden sekarang terhadap pendidikan anak-anak khususnya (fokus kepada pelajar sekolah rendah). Sebelum aku teruskan tulisan ni, biar aku jelaskan bahawa tulisan aku ni tidak berniat untuk condemn sesiapa. Tujuan aku tulis ni hanyalah dengan niat untuk menyedarkan individu di luar sana tentang kepentingan pendidikan dan tanggungjawab seorang ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka selain untuk berkongsi pengalaman sahaja. Harap tiada individu yang terasa hati atau sumpah seranah pada aku.


Jenis-jenis Ibu Bapa
Selama aku menjadi tuan punya pusat tuisyen di salah satu kawasan di Pulau Pinang ni aku tengok ibu bapa ni pelbagai jenis. Jenis-jenisnya adalah seperti berikut:

1.Ada yang willing to spend their money/time for their kids’ education.

2. Ada parents yang financially tak strong but they are truly concern about their kids’ education and try their best to give the best to the kids.

3. Ada parents yang not educated but try to help their kids apa yang mereka mampu.

4. Ada gak parents yang macam lantak kat anak dia. Hang nak belajar, belajar. Tak mahu belajar lantak kat hang. Janji ang boleh jadi somebody in future.

5. Yang paling tak tahan, ada parents yang jenis macam aku dah hantar hang pi sekolah dan tuisyen, so hang kena tau semua benda kat dunia ni. Hang tak boleh tanya apa kat aku dah lepas tu. Results mesti kena gempak siot.

click read more


Dari kelima-lima kategori yang aku senaraikan di atas, aku salute habis-habis kat parents yang dalam kategori no 1, 2, dan 3. Yang no 4 aku jarang jumpa. Tapi pernahlah jumpa dua tiga kali tapi aku tak stress sangat. Yang aku nak tekankan sekarang adalah nombor 5. Sumpah aku kata, aku tak faham pasaipa manusia jenis ni dok bebankan muka bumi kita ni.


Bila Ibu Bapa Tak Puas Hati!
Sejak keluar result keputusan Ujian Penilaian 1 (sekolah rendah) baru-baru ni fon aku mula berbunyi tak kira masa. Hang tau pasaipa? Pasai mak bapa jenis no 5 ni dok sound aku sebab anak-anak depa tak score dalam exam. Okay, sekarang biar aku cerita few cases yang aku dapat baru-baru ni yang menyebabkan aku depressed:

1. Ada parent yang nak hentikan anak dari belajar tuisyen sebab anak tak score dalam exam tu. Bila aku check keputusan sebelum tu (check online), Masyallah! Wei, semua subjek dia FAIL ok! Dia mai belajar kat aku baru sebulan. Takkan parent dia nak aku mandrem anak dia sampai lulus dapat semua A? Hantar kat aku tengah bulan 2, bulan 3 dah exam. Ape kejadah wei aku boleh buat?

2. Ada parent tanya awat masa Darjah 3 anak dia semua dapat A, masuk darjah 4 anak dia dapat keputusan teruk. Aku tak faham satu benda. Nak kata parent ni tak berpelajaran, tak juga. Halnya, takkan tak tau syllabus Tahun 3 dan Tahun 4 tak sama? Bila explain, boleh pula dia dok degil kata exam Tahun 3 tu penting. Aku tak kata tak penting, yang aku kata syllabus tak sama la. Bagi budak tu familiar dulu dengan format baru!

3. Masa cuti sekolah bulan 3 hari tu, kami bagi homework kat budak-budak tu. Tak banyak, dalam dua tiga helai mukasurat sahaja. Ada yang buat ada yang tak buat. Tapi 90% buat la. Yang 10% tak buat tu punya mak pak la dok mai menyalak lebih kata keputusan anak dia merosot.

4. Bila tanya parent ni, “Anak puan buat revision tak kat rumah, selain buat kerja sekolah/tuisyen?” Jawapan yang selalu aku dapat dari 10% tu adalah seperti berikut:
  • Dia selalu masuk bilik kunci kata buat revision, tapi saya pun tak tau la dia dok buat apa.
  • Kami kerja balik lewat, so tak tau sangat pasal homework bagai. 
  • Eh, cikgu ada bagi homework ke? Tak tau la pula saya. Saya tak check beg dia. 
  • Dia kata cikgu tak bagi homework apa-apa. So, saya pun tak tanya dah la.
  • Saya yang kata tak payah buat homework. Saya suruh dia rehat. (Weii!!!!)

5. Ada parent ajar aku macam mana patut mengajar budak-budak. Ikutkan hati aku, nak je aku kata awat tak ajar sendiri kat rumah kan? Awat hantar kat kami?

6. Ni ada seorang ni, dia ajar aku macam mana aku patut bahagi masa dengan semua student dalam kelas.
  • Bila dalam kelas ada 5 orang pelajar, guru kena berdiri dan mengajar selama 15 minit. Baki 45 minit bahagi dengan 5 orang pelajar, maka seorang pelajar akan dapat 9 minit untuk belajar dengan cikgu tu dengan mendalam. Celaka aku kata!!! Habis mak bapa budak-budak lain bayar untuk apa pula? Kalau dalam masa 9 minit tu budak tu tak faham juga, kira lantak kat dia? 

Yuran aku rendah gila. Tu pun depa minta diskaun wei. Habis kami cikgu-cikgu kena mengajar anak-anak depa for free? Kami tak yah bayar rental and utiliti ka? Depa nak bahan belajar banyak. Yuran macam tu pun kami tak pernah kedekut dari hal bahan photostat. Boleh pula dok komplain kata mahal. Mahal tang mana pun aku tak faham.


Aku faham dia orang ni kerja, tapi when it comes to their kids’ education, it is their responsibility. The parents should understand that the kids spend more time with their parents rather than with their school or tuition teachers. The parents have to play an important role in their kids’ education. They have to concern about the kids’ education. If they didn’t monitor them, I believe the kids won’t success in their studies.


Memang mereka membayar untuk hantar anak-anak ke pusat tuisyen. Tapi jangan lepas tangan. Jangan letak 100% tanggungjawab pada guru tuisyen pula. Jangan pula kata dah pergi tuisyen so budak-budak tu akan pandai automatically. Jangan anggap budak tu akan tau semua mak nenek kat dunia ni bila pegi tuition. Wei, they are kids ok. They need guidance. Otak main-main lagi. Mesti la ada benda akan lupa. That’s why la kami bagi homework. Tapi haram J ni semua tak nak faham kepentingan homework.


Fungsi Homework
1. Memantapkan kemahiran dalam topik-topik tertentu.
2. Memantapkan penulisan (karangan/essei).
3. Supaya tidak lupa perkara yang telah belajar.
4. Sebagai latih tubi.
5. Supaya anak-anak tak buang masa.
6. Supaya anak-anak tak leka bermain sahaja.


Fungsi Guru Tuisyen
1. Untuk membimbing anak-anak dari segi mata pelajaran sekolah.
2. Kurangkan stress pelajar dalam mempelajari mata pelajaran sekolah sebab di sekolah budak-budak jadi stress.
3. Menyiapkan dan mendedahkan anak-anak dengan format exam/pelajaran sekolah.


Peranan Ibu Bapa

Sebagai ibu bapa (ini berdasarkan pengalaman aku dalam bidang pendidikan dan Psikologi):
1. Lebihkan masa dengan anak-anak.
2. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak.
3. Ambil tahu hal peribadi atau tentang rakan-rakan mereka di sekolah atau dimana2.
4. Walaupun penat balik keje try to talk for a while dengan mereka.
5. Follow up fasal homework mereka.
6. Check buku-buku sekolah/tuition.
7. Belikan/print soalan-soalan exam kepada mereka.
8. Jangan paksa untuk belajar sahaja.
9. Jangan biarkan mereka spend lebih masa depan TV/komputer/gadget.
10. Waktu cuti sekolah jangan 100% bagi kebebasan kepada mereka. Kena make sure diorang study juga walaupun cuti supaya tak lupa semua (bila otak lebih ke arah main, pelajaran akan keluar dari pemikiran. macam kita main buaian masa stress supaya tension tu keluar dari otak. bila main banyak benda kita belajar akan keluar dan menyebabkan kita lupa).


Pesanan Akhiar
Ini kata-kata aku:
  • Zaman sekarang semakin maju dan mencabar. Pendidikan adalah satu-satunya senjata yang dapat menyelamatkan seseorang individu. Saya berharap sangat-sangat ibu bapa sedar hal ini dan tidak menganggap duit la segala-galanya. Walaupun mereka mencari duit untuk kesenangan anak-anak mereka, tapi anak-anak perlukan perhatian mereka. Jika lihat pendidikan seseorang anak-anak, lihatlah siapa ibu bapa dia. Jika ibu bapanya seorang yang prihatin terhadap anak-anak, pendidikan anak-anak maju. Dan juga sebaliknya. Janganlah sentiasa utamakan kerja. Sebaliknya, utamakan ‘harta’ utama di rumah yang perlukan perhatian mereka. Ingatlah bahawa tidak semua individu bernasib baik untuk mendapatkan pendidikan, maka yang mampu memberikan pendidikan itu (ibu bapa) berikanlah dengan sempurna supaya yang menerima juga menerima dengan sempurnanya.

  • Walaupun benda-benda negatif ni sering mengganggu minda aku, tapi tak disangkal perkara positif yang berlaku juga. Pelajar yang belajar dengan aku ni SEMUA ada peningkatan. Ibu bapa tak henti berterima kasih dengan kami kami bila anak-anak mereka berjaya. Ibu bapa yang sama juga tak kecewa bila ada masa skor anak-anak mereka menurun. Malah, mereka mencari kesalahan diri sendiri dan cuba perbaiki. Maka, masa exam seterusnya keputusan anak tersebut meningkat kembali. Ada pelajar dari Darjah 3 hingga sekarang (Ting 1) dengan kami kerana pencapaiannya. 

Saya berharap, dengan perkongsian perkara ni dapatlah membuka mata dan minda ibu bapa di luar sana. Yang dalam kategori 1, 2 dan 3 diharapkan anda terus kekal dan berjaya. Ibu bapa dalam kategori 4 dan 5 tolong sedar akan kesilapan diri sendiri dan kepentingan pendidikan anak-anak. Jangan salahkan guru tuisyen semata-mata. Sebaliknya, bekerjasamalah dengan mereka. Pendidikan ni ibarat ‘team work’ yang perlukan kerjasama ibu bapa, pelajar dan guru sendiri. Jika satu pihak gagal, maka ‘tema work’ tersebut adalah considered as failed. Wang bukan segala-galanya.


Mungkin ibu bapa tak sedar, para guru tuisyen pun sama seperti guru sekolah yang cuba yang terbaik. Kami mengajar seperti guru sekolah, bina kertas peperiksaan sendiri (bukan download/photostat dari buku ya), semak buku pelajar dan sebagainya. Guru tuisyen juga la antara individu yang bangga bila anak-anak berjaya. Guru tuisyen juga la antara individu yang kecewa bila anak-anak kurang berjaya. Guru tuisyen juga tertekan bila ibu bapa salahkan bulat-bulat atas kegagalan anak-anak.

Walaupun aku seorang pensyarah, aku lebih suka mengajar pelajar sekolah. Aku harap ibu bapa yang beranggapan saya ni saja dok gatai nak ajar budak-budak sekolah ni fasal duit tu please tukar pemikiran. I’m doing what I love. Money is last thing for me. Aku lebih rapat dengan pelajar sekolah berbanding pelajar universiti aku. Aku sanggup jadi pensyarah dan guru pada masa yang sama dengan niat untuk deliver knowledge aku. Allah bagi ilmu dan aku kena share dengan individu yang perlukan. It’s a kind of dakwah juga. Harap-harap ilmu yang aku kongsi dan bakal kongsi memberi manfaat kepada penerimanya. Insyaallah.


Yang benar,
Teacher Yara

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...