9.4.17

Makan Malam di Restoran Khuntai, Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Anak-anak ayam akak semua 'teruna' idaman Malaya.  Gitu.  Kalau berkenan kat mana-mana dalam gambar ni sila habaq.

Hello u olls,

Sapa sini suka makan Chinese style Seafood?  AKAK SUKA!!  Hari ini akak nak cerita pasai pengalaman akak pi makan kat restoran Khuntai yang actually more to Siam - Chinese style seafood restaurant yang terletak di Gertak Sanggul,  Teluk Kumbar.

Ramai dah kawan-kawan akak duk sebut dan menceritakan ke-best-an tempat ini.  Depa kata tempat ni cantik bila malam,  depa bubuh lampu-lampu semua tepi laut rasa macam makan kat Bali.  Rasa pun memang sedap depa kata.

So akak dan anak-anak ayam akak pun membuat tempahan dan men-try makan malam ni disini.  Kami order macam-macam tapi malangnya,  rasa makanan yang we olls order semuanya tidaklah begitu berbaloi dengan apa yang kami bayar.  Rasanya sedap,  tetapi takdaklah sedap sampai rasa nak berayaq ayaq pepek semua.  Sedap dia biasa-biasa sahaja.  


Ze food.

click read more




Mungkin juga sebab we olls datang / sampai dah almost 8pm,  so tukang masak ni yang dah masak sejak awal pagi,  dia punya mutu masakan dah tak berapa nak up sebab dah berapa jam memasak.  

Kami semua 6 orang,  dapat bill,  agih-agih,  sorang bayar lebih kurang RM50.  Kami paham mahal sikit sebab kami pun order macam-macam juga menu,  tapi berbanding dengan rasa,  macam a bit turn down sikit la.  Tapi still,  mungkin macam yang akak kata,  mungkin tukang masak dia dah penat sebab dah mai lewat malam.

Apa pun,  tempat ni memang best untuk mai lepak bersama keluarga sebab
1.  Tak payah buat booking sebab tempat ni memang luaih dan banyak meja.
2.  Tepi laut dan cantik lampu-lampu u olls!  Ala Bali gitu.
3.  Parking pun banyak.


Sebenarnya nak ambil gambar lampu,  tapi termasuk gambar Taufiq muka bara tengok Syed Amir.  HAHAHAHHA

Kerabu mangga.

Ayam masak kacang gajus.

Butter prawn.  Macam sedih sikit.  Tapi takpalah noks,  makan saja.

Ayam masak green curry.

Lala masak kam heong.


Otak-otak ni macam sedap!


Yang ni ikan siakap masak kuah pedas macam mana ka.  Sedap jugak u olls.  Dia kena bubuh sup kot ataih.

Lokasi:
Khuntai
1052 Mukim 9,  Pasir Belanda
11920 Teluk Kumbar
Pulau Pinang




No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...