Jom Try Diameida Fabulous Mascara

19.4.17

Make Up Artist Penang yang Meletops



Hello u olls,

Baru-baru ni Abang Rudy Imran composer meletops tu PM akak kat Facebook suruh akak rekemen make up artist meletops kat Penang.  Akak pun bagi beberapa nama,  and of course akak pun bagi dia confirmation satu MUA ni yang betui betui akak suka hasil kerjanya dan memang haruslah Abang Rudy ikut apa yang akak cadangkan.  Nampaknya MUA itu wah dengan gah seronoknya bergambar dengan artist yang disoleknya post on sosial media,  siap buat video live lagi u olls.  HAPPY LA TU U OLLS...sekali sekali dapat job kan?  Why not.  Maybe dia tak tau kot akak yang rekemen beliau,  tu yang dia haram tak PM akak langsung kata terima kasih.  Kita bukan tak ikhlas you olls dah rekemen orang,  kalau kita busuk hati,  langsung kita tak mentioned nama dia okay!   Rezeki itu Allah yang bagi,  bukan akak,  so buat apa akak nak sekat?  Im telling the truth,  she's definitely the best make up artist in Penang according to my standard.


Akak dulu pun buat make up juga,  hangpa pi la search #makeupbyjumiess kat confirm keluar beberapa gambar akak make up pengantin.  Last pengantin akak amik rasanya awal 2015.  Lepas tu akak sendiri bersara dari kerjaya sampingan yang akak minat ni,  atas nasihat doktor yang suruh akak lebih banyak rehat di rumah kerana masalah migraine akak yang teruk.


Walaupun baru dua tahun akak berhenti buat make up,  nahariam lani punya ramai MUA yang tumbuh melata di Pulau Mutiara ini.  Semuaaaa nama-nama baru yang aku pun tak kenai langsung.  Tapi rata-rata adalah cik ki ya!  Cik ki tu apa?  Cik ki tu pompuan berpuki la u olls.  Kakak-kakak zornen,  adik-adik gayboy semua boleh duduk tepi diam-diam sat.  Dari semua senarai yang akak bagi ni,  nenjia semuanya pompuan,  sorang ja lelaki frampun yang tersenarai.


So hari ini akak nak share dengan you olls barisan Make Up Artist Penang yang Meletops untuk tatapan kalian semua,  jom baca:

click read more





Wenxy Khor 1,083 followers
Yang ini adalah MUA berbangsa Cina.  Mak suka touch dia.  Very the nipis dan natural.  Dia pandai buat rambut juga.  Tapi pengantin Melayu tak boleh nak dapat sentuhan make up nipis macam ni,  kalau tak nampak macam muka nak pi Paragon saja.  Hala,  pompuan-pompuan Melayu kan pemalaih nak jaga kulit bagi elok.  Lagi suka perabih duit beli HP dan hembek mahai daripada beli produk menjaga kulit.  Habis kulit pun tak cantik,  ingat selapis foundation dah cukup?
Instagram: @wenxymakeup







Tri Siswanto Maulana 1,944 followers
Cantik hasil kerja dia.  Mak tengok dia punya muka pun macam friendly dan PR bagus ni.
Instagram: @tri_siswanto94







Nurul Natalia 2,663 followers
Account IG beliau adalah private tapi dapat tengok beberapa hasil kerjanya di Facebook.
Instagram: @tart_thalia









Sofea Musa 3,933 followers
Pandai buat smokey eyes ni.  Pompuan ni pun cantik ya,  muka macam Jepun-jepun macam mana ka.
Instagram: @beautebysofea







Azreena Azmi 4,869 followers
Budak pompuan ni friend dengan aku kat Facebook.  Rajin jugak komen-komen dengan aku.  Aku tak ingat aku mula kenai dia kot mana,  maybe make up kot.  Wanita agam juga.  Tak pernah jumpa live.  Tapi aku boleh rasa deni pompuan yang jenis peramah.  Kerja make up dia cantik juga.
Instagram: @missazreena









Syafawani Othman 14.6k followers
Aku kenai deni dah lama daripada dia mula-mula duk start pegang beruih make up i think some where tahun 2013.  Lepas graduate,  dia terus start buat make up work secara full time.  Banyak buat kerja-kerja make up for printing/advertorial so dah banyak muka model yang dia dah pegang.  Dia juga dah travel banyak tempat.  Terbaru,  dia dah berjinak-jinak dalam dunia business fesyen iaitu mengeluarkan cardigan labuh yang merupakan signature look dia juga.
Instagram: @syafasweettouch






Kis Rafael 19.8k followers
Pompuan ni cantik gila.  Aku panggil dia Kim Kardashian Penang.  Aku pernah pi potong rambut kat kedai dia.  Jumpa live pun jenis cantik,  style relaks ja cakap Penang.  Aku suka.
Instagram: @kisrafael






Mimie Aziz 25.6k followers
Ini nama aku tak kenal tapi tengoklah followers dia punya ramai.  Kerja make up dia kemas dan banyak guna rona-rona natural.
Instagram: @mimie_aziz







Azzy Syazlieynn 42.9k followers
Deni nama baru juga.  Mak terkejut mak ayam mak bagitau nama dia ni?  Bukan ja dia make up orang jadi lawa,  dia sendiri pun cantik lawa.  Dengar kata,  dia pakai semua barang NARS untuk make up.
Instagram: @azzy_syazlieynn







Noor Hayati 56.4k followers
Account insta dia adalah private tapi kalau search kat Facebook boleh jumpa.  Dia ada studio kecik kat rumah yang dia set up untuk buat video make up dan bubuh kat Youtube.  Kerlas depa.  56k followers.  Mak nak meninggal sat.
Instagram: @yati3030








Nurul Faezah 428 followers
Yang ini follower sikit lagi....tapi make up dia makin lama makin baguih dan aku dengan bangganya nak introduce kat hangpa semua sebab dia ini adalah ANAK MENAKAN AKU!  Dari kecik dia suka main make up-make up,  last sekali masa aku berhenti buat make up work,  aku sedekah semua barang make up aku kat dia!!!!! Aku bangga sebab dia kuat kerja di hujung minggu untuk cari duit lebih,  aku kata takpa hang muda lagi,  hujung minggu pi la keluar pi make up work,  jumpa macam-macam orang,  cari pengalaman.  Aku ni dah tua-tua duduk rumah tulis blog cukup.  HANGPA JANGAN LUPA FOLLOW DIA KAT INSTA OKAY!
Instagram: @makeupbynurul93





Akhir kata,  aku macam banggalah tengok make up artist lani semua ramai dah tumbuh melata melalui sosial media semua.  Tahun 2008 dulu,  aku lah make up artist pertama kat Penang yang jual khidmat aku melalui blog dan Facebook.  Before me,  semuanya kena pi kedai pengantin untuk dapat job.


Kepada semua bakal pengantin yang nak cari orang make up hangpa di hari bahagia,  ataupun kepada frampun frampun yang mencari make up artist sesuai untuk menata rias wajah ampa untuk hari istimewa like dinner ka apa ka,  JANGANLAH TEMPAH MUA TU SEMATA-MATA LIST YANG AKAK BUAT INI DAN SEMATA-MATA MUA ITU MEMPUNYAI FOLLOWERS YANG RAMAI.  Hangpa amati dan nilai make up work depa dengan baik,  kalau followers beribu tapi make up foundation berkati dan bedak bertepung buat apa?

Sekian sahaja perkongsian I olls.  


ps/  The best make up artist in Penang according to my standard takdak dalam list ini ya.  She's so out of this league ya.  

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...