Jom Try Diameida Fabulous Mascara

14.4.17

Mengenali dan Memahami Jenis Kulit by Emi Kaz

Jenis-jenis kulit.

Kulit adalah organ terbesar bagi manusia dan dari kulit jugaklah u olls boleh tau masalah-masalah komplikasi dalam badan, contohnya jika jerawat naik banyak ini petandanya hormon tak seimbang atau you olls allergic dekat kekacang ke? Ada 4 jenis kulit yang you olls kena ketahui seperti berikut:


1. Kulit Normal
2. Kulit Kering
3. Kulit Berminyak
4. Kulit Kombinasi – bahagian tengah berminyak (t-zone) dan bahagian tepi kering


Dari jenis kulit kita beralih kepada beberapa permasalahan kulit seperti:

1. Jerawat
2. Kekeringan
3. Jeragat (pigmenasi)
4. Kedutan
5. Sensitiviti


click read more


Jenis dan permasalahan kulit juga bergantung kepada faktor-faktor tertentu seperti berikut:


Genetik – you olls dapat tengok that kulit you olls akan lebih kurang sama dengan parents you olls dari segi jenis dan permasalahan.


Persekitaran – persekitaran yang berbeza dapat menyumbang kepada beberapa faktor permasalahan kulit, contohnya you olls allergic kat habuk then you olls berada di kemas rumah dan kena habuk, terus kulit jadi merah-merah.


Diet – Apa yang kita consume akan effect kulit kita, contohnya pengambilan gula yang terlalu tinggi bleh menyumbang kepada keradangan especially bagi kulit eczema. If you olls banyak ambik omega 3 dan 6, you olls akan dapat rasa that kulit more moist.


Cuaca
– You olls akan perasan, if you olls pegi atau duduk tempat sejuk kulit akan lebih kearah kekeringan even kulit you olls berminyak sebab cuaca yang sejuk akan menyerap lembapan dari kulit.


Hormon
– You olls akan perasan bila pregnant kulit akan hasil pigmen lebih atau berjerawat sebab hormone berubah, you olls boleh tengok masa remaja dulu kebanyakan orang akan naik jerawat disebabkan penghasilan hormone yang pesat untuk tumbesaran.


Stress – bila kita stress, hormone akan jadi tak seimbang dan menyumbang kepada masalah seperti jerawat, eczema.


Perubatan – sesetengah ubat dapat mengeringkan kulit, contohnya ubat jerawat seperti Roaccutane akan megecilkan oil glands dan menjerus kepada kekeringan kulit.



So before you olls tafsir jenis dan permasalahan kulit, first thing you olls kena tengok ialah produk kecantikan yang you olls guna, sebab kalu salah pilih produk maka terjadilah komplikasi kepada kulit, contohnya penggunaan alcohol, pencuci muka sabun dan buih yang mengeringkan, you olls scrub muka hari-hari, menggunakan minyak rose hip atas kulit berjerawat, produk terlalu banyak pewangi sehingga menyebabkan radang atau penggunaan produk-produk local yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin pada kadar yang terlarang yang menjurus kearah keradangan dan pigmenasi.


Sebab kenapa kulit ada jeragat?
Actually untuk kulit gelap kena extra caution bila guna produk pencerahan sebabnya jika kulit you olls tercedera maka you olls akan lebih dapat banyak pigmen sebab tu bila kita tengok memula “Eh cantik!” Kulit jadi cerah then tetiba lepas beberapa bulan atau tahun, kulit mulai naik pigmen yang begitu banyak sebabnya once kulit you olls dah cedera, maka kulit akan hantar signal kepada sel untuk produce lagi banyak pigmen.



Tips Mudah Untuk Mengenal Jenis Kulit
Untuk menentukan dengan betol jenis kulit, you olls kena elakkan penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan yang tak elok dan gunakan pencuci yang gentle dahulu. So, you olls cuci muka (mesti dengan gentle cleanser), keringkan dengan tuala dan biarkan muka selama dua jam tanpa ape-ape produk atas muka then tengok semula kulit you olls;


- if kulit tidak menghasilkan minyak dan rasa bersisik maka kulit tu kering
- if melekit dan ada minyak maka kulit berminyak
- if tiada reaksi kering dan berminyak maka kulit normal dan;
- if kulit tu berminyak di T-zone dan rasa kekeringan di bahagian tepi so kulit kombinasi.


Usually faktor utama yang menentukan jenis kulit ialah jenetik, hormon dan cuaca (pada musim winter almost everyone kulit jadi kering).



Faktor-Faktor Lain Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat

Then kita tengok pula pada permasalahan kulit. You olls kena relate dengan faktor-faktor yang diberi, then try to solve dulu punca-punca tersebut before you olls terus pakai produk. Produk tak boleh selesaikan 100% masalah kulit tapi dapat membantu dalam mencegah dan mengawal permasalahan tersebut. Berikut adalah beberapa contoh faktor yang boleh diubah:


Diet – tengok if you olls ada alergik terhadap ayam, makanan laut atau kekacang dan suka makan benda-benda ni, try hentikan pengambilan makanan jenis tersebut and tengok if jerawat ada kurang ke tak? If ada dah solve the main problem. Jika you olls mengalami radang macam eczema try kurangkan pengambilan gula dan tenusu, sebab dua produk ini boleh menyumbang ke arah masalah itu.


Penggunaan produk yang tidak elok bahannya – kadang-kadang kita tak perasan kita guna produk yang mengandungi alcohol, witch hazel dan tretinoin & hydroquinone pada kadar yang merbahaya. Jadi ini boleh meyumbang kepada permasalahan seperti kulit bercapuk, radang dan kemerahan. Bagi kulit berminyak please stop using all those bio oil (ada oil yang okay untuk kulit berminyak like argan tapi kena pakai with precaution) sebab dapat menyumbang kepada masalah jerawat, rose hip oil boleh trigger jerawat walaupun antioxidant tinggi. If you olls suka guna sabun untuk cuci muka especially kulit berminyak, tetiba kulit jadi kering, might be sabun puncanya, stop pakai dan tengok.


Stress – jika you olls perasan yang kulit you olls naik jerawat dan pigmen semasa stress, try buat benda yang lebih make sure you olls feels a bit more relax.


Tengok dan lihat tiga faktor tersebut dan try ubah, you olls bleh rasa skin start to get better (of course dengan penggunaan skin care products yang betol).


Faktor-faktor kekal dan tidak dapat dielakkan seperti jenetik, persekitaran, cuaca, hormon dan perubatan (some people kena ambik medication untuk jangka panjang), dengan penggunaan produk yang betol you olls boleh control permasalahan kulit.


Jika anda ada persoalan atau cadangan mengenai tajuk/topik kecantikan dan kesihatan kulit,  jangan lupa komen pada artikel ini atau emel ke jumiess@gmail.com.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...