7.4.17

Mengenalpasti Kanak-Kanak Autisme

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.


Dalam artikel yang pertama siri #semarakbiru di blog ini kami telah paparkan tentang pengenalan ringkas mengenai apa itu autisme. Pasti kalian semua berasa terkejut sedikit apabila tanpa disedari sebenarnya setiap daripada kita ada AUTISME. Bezanya ialah ianya TIDAK DOMINAN dalam diri kita tetapi kita turut mengalaminya. Kepada kalian yang terlepas pembacaan itu, boleh klik di sini : Anak Syurga (Sempena Bulan Kesedaran Austisme)


Melalui artikel ini pula, kita akan berkongsi tentang ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak autism mengikut peringkat-peringkat usia tertentu. Mungkin terdapat pelbagai ciri-ciri lain, dan harus kita tahu, autisme ini adalah pelbagai, tetapi antara ciri-ciri yang selalunya dikenal pasti dan boleh dikenal pasti seawal usia 3 tahun.


Picture are copyright of Otsimo.com



click read more

Ciri-ciri yang dapat dikenalpasti adalah seperti berikut ;

  • Menjelang 6 bulan, tiada senyuman, tindak balas kemesraan, ungkapan gembira dan lain-lain ditujukan kepada orang
  • Menjelang 6 bulan, terhad atau tiada hubungan mata
  • Menjelang 9 bulan, tiada perkongsian bunyi vokal, senyuman atau komunikasi bukan lisan lain
  • Menjelang 12 bulan, tiada babbling (bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada mulut bayi)
  • Tidak menggunakan gerak isyarat untuk berkomunikasi (misalnya menunjuk, mencapai, melambai dan lain-lain)
  • Tiada tindak balas kepada nama apabila dipanggil.  
  • Mengelakkan hubungan mata dan lebih suka untuk bersendirian atau kurang menyedari realiti, hal ini kerana kebanyakan anak-anak autisme berada pada dunia mereka sendiri. Kalau mereka buat sesuatu mereka akan terlalu fokus dan tidak menyedari akan orang lain.
  • Menjelang 16 bulan, tiada kata-kata/ pertuturan/ kemahiran berbahasa.  
  • Tidak boleh bercakap atau sukar untuk bercakap walaupun perkataan mudah. Kebanyakkan mereka akan menggunakan bahasa tubuh untuk meminta sesuatu seperti mengambil tangan kita untuk mencapai sesuatu yang mereka mahukan.
  • Menjelang 24 bulan, tidak menghasil frasa perkataan ringkas yang bermakna (misalnya "Mama",  "Adik lapar" atau "Suka bola" dll)
  • Kehilangan segala ucapan, ungkapan, babbling, kemahiran bersosial yang mampu dihasilkan sebelum ini.
  • Tidak paham bahasa yang kompleks atau ayat yang panjang.
  • Kesukaran untuk memahami perasaan/ emosi orang lain. Tidak mempunya minat untuk berinteraksi seperti bersalaman, senyum atau melambaikan tangan kepada orang lain. 
  • Mengulangi perkataan atau frasa berulang-ulang (echolalia)
  • Kecewa dengan perubahan kecil pada rutin atau persekitaran harian.
  • Mempunyai tumpuan/ minat yang sangat terhad. Kekurangan tumpuan dan ada dalam kalangan kanak-kanak autisme yang hiperaktif dan mereka sukar mengawal pergerakan seperti gemar melompat-lompat. 
  • Tidak pandai mengawal emosi. Contohnya menangis yang berpanjangan atau tersenyum tanpa sebab. Ada juga kanak-kanak autistik yang berpelakuan ganas atau agresif seperti menghentak kepala mereka didinding atau mencerekan diri mereka sendiri.
  • Mempunyai tindak balas yang sangat luar biasa pada bunyi, bau, rasa, tekstur, lampu dan/ atau warna. Menunjukkan gerak geri berulangan seperti ‘hands flapping’, bergerak daripada point A ke point B secara berulang-ulang.
  • Kurang menunjukkan minat pada orang lain. Dengan erti kata lain, lebih gemar bermain bersendirian daripada bermain dengan kawan-kawan.
  • Menyusun atur barang-barang pada satu garisan yang sama. Contohnya menyusan mainan mereka dengan begitu teratur seperti diatas satu garisan.

Bagi membolehkan seseorang kanak-kanak itu dikenalpasti sebagai seorang autistik, pengkaji autistisme mengenalpasti 3 kriteria utama iaitu interaksi sosial, kemahiran komunikasi dan tingkahlaku. Seorang kanak-kanak autistik akan mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada salah satu kriteria ini.


Kriteria 1: Interaksi Sosial 
(menzahirkan sekurang-kurangnya dua daripada berikut);

  • Mengunakan pelbagai tingkah laku tanpa lisan seperti tenungan mata ke mata, ekspresi muka, postur tubuh dan gerak geri atau isyarat untuk mengawal selia interaksi sosial.
  • Kegagalan untuk membentuk perhubungan sebaya yang bersesuaian dengan tahap perkembangan.
  • Kekurangan keinginan mengongsi keseronokan, minat atau pencapaian secara spontan dengan orang sekeliling.
  • Kekurangan sifat timbal balik sosial dan emosi.


Kriteria 2: Kemahiran berkomunikasi 
(menzahirkan sekurang-kurangnya dua daripada berikut);
  • Kelewatan dalam atau ketiadaan terus perkembangan bahasa pertuturan (tidak disertakan dengan usaha-usaha untuk mengantian kekurangan atau ketiadaan bahasa pertuturan)
  • Bagi individual yang boleh pertuturan, terdapat kegagalan untuk mengadakan atau mengekalkan perbualan dengan orang lain
  • Stereotaip dan pengunaan bahasa atau bahasa idiosyncratic (merujukan kepada bahasa yang mempunyai maksud tersendiri atau peribadi kepada penguna bahasa itu sahaja) yang berulang
  • Kekurang pada permainan berpura-pura (make-believe play) (misalnya main masak-masak) yang pelbagai dan spontan atau permainan peniruan sosial yang bersesuaian dengan tahap perkembangan (misalnya main cikgu-cikgu).


Kriteria 3: Tingkah laku yang terhad dan berulang-ulang, minat dan aktiviti yang bercorak stereotaip 
(menzahirkan sekurang-kurangnya dua daripada berikut);

  • Keasyikkan pada satu atau lebih minat bilazim yang seteiotaip dan berulang-ulang
  • Terikat dengan rutin atau ritual (rangkaian perbuatan) yang spesifik dan tidak bermaksa atau berfaedah
  • Tabiat motor yang stereotaip dan berulang-ulang (tangan atau jari mengepak atau berpusing atau pergerak tubuh yang kompleks)
  • Keasyikkan yang berterusan dengan bahagian tertentu atau objek

Image copyright from Quotefancy.com

Ibu bapa janganlah berasa segan atau malu dengan kehadiran anak syurga ini. Jika mendapat intervensi awal, mereka boleh menunjukkan perubahan positif. Masyarakat perlu ambil tahu akan gejala autisme ini. Mereka bukan PESAKIT MENTAL tetapi mereka adalah FUTURE GENIUS. Ramai dalam kalalangan anak-anak auitisme ini, jika mendapat intervensi awal, mereka pasti akan menunjukkan perubahan positif, dan ada dalam kalangan anak autisme ini apabila besar telah pun menjadi antara pakar-pakar terkemuka dunia. 


Sekali lagi ingin kami maklumkan, petanda-petanda yang telah disenaraikan di atas bukan sebagai satu pengesahan kanak-kanak itu merupakan seorang autistik, ia hanya sebagai satu pemberitahuan kepada ibubapa untuk mendapatkan pemeriksaan yang betul.


Nantikan artikel seterusnya dari kami tentang cara-cara untuk membantu anak-anak autism.


So stay tune dan nantikan artikel-artikel lain yang akan kami paparkan dari sehari ke sehari melalui blog JumieSamsudin.Com. Lepas baca, jangan lupa share dan masukkan hashtag #SemarakBiru atau #LightItUpBlue sempena sokongan anda semua sebagai ahli masyarakat yang prihatin!





NOTA:  Saya menjemput ibu bapa yang ingin berkongsi kisah-kisah pahit, manis, gembira dan sedih dalam perjalanan berharga kalian membesarkan anak-anak AUSTISME. Cerita kalian sekurang-sekurangnya 1500 perkataan dan akan dikongsikan dalam blog saya sempena Bulan Kesedaran Austisme.#semarakbiru

Emel saya di jumiess@gmail.com. Hantar kepada saya selewat-lewatnya atau pada 15 April 2017!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...