Jom Try Diameida Fabulous Mascara

27.4.17

Peneman Misteri di Makmal


Lokasi:  Pejabat Profesor Ahmad,  Bangunan Fakulti Sains,  Kampus XX
Wakt:  Sekitar jam 12 malam

Kisah ini berlaku ketika saya tahun akhir (extend sebenarnya hahahahahha),  masa ni saya bekerja sebagai pembantu penyelidik untuk Profesor Ahmad sebab last year tak banyak kelas dan saja nak carik duit lebih.  Malam tu saya berada kat tempat kejadian adalah untuk siapkan barang-barang keperluan untuk pergi buat sampling keesokkan harinya.  Secara kebetulan juga malam tu ada student master Profesor Ahmad bernama Hamdan yang kebetulan nak juga guna makmal dekat tingkat 2.  Konon berteman la,  so saya pun rasa berani.

Sampai kat fakulti kami terus berpecah sorang kat atas sorang kat bawah.  Kami berdua setuju kalau sape-sape habis keje dulu terus kat tempat sapa yang belum habis.  So dalam duk sejam jugak saya kat bilik Profesor Ahmad tuh dok buat labeling botol-botol sample air.  Saya perlu sediakan reagant-reagant untuk mengawet sample air.  Tiba-tiba datang Hamdan ni join saya.


Click read more


Saya   :   Eh cepat gila hang punya lab kata ada banyak sample nak analyze?
Hamdan   :   Takder.  Saje join hang kat sini nak tunggu result adelah dalam sejam.

Pada ketika ini kedudukan Hamdan berdiri di belakang saya dan saya duduk atas kerusi mengadap botol-botol sampling di atas meja makmal.  Maksudnya Hamdan betul-betul duduk di belakang dan saya tak nampak dia tapi boleh rasa la kehadiran dia kat belakang. So sepanjang waktu ini adalah dalam 30 minit kami berdua duk berborak. Tak ingat langsung borak apa.  Just borak kosong.  Kemudian................

Saya   :   Eh Hamdan pukul berapa dah result hang dah boleh amek kot?
Senyap.  Tiada jawapan.
Saya   :   Oii!! Aku tanya nih pukul berapa dah? (sambil menoleh kat belakang)

Serta merta bulu roma saya tegak. Hamdan takde kat belakang.  Hanya saya seorang dalam bilik tu.  Saya terus ke pintu dan pintu masih berkunci.  Pelik sebab hanya saya seorang yang ada kunci bilik Prof Ahmad.  Kalau Hamdan keluar dari bilik tuh macam mana dia kunci dari luar.  Dan macam mana dia masuk sebab memang saya kunci pintu tu sejak dari awal lagi.

Gambar hiasan.

Ape lagi saya tutup lampu tinggal terus bilik-bilik dengan segala benda yang nak sampling esok bersepah atas meja. Saya terus ke tingkat 2 dan dapati Hamdan tengah dok leka ngadap sample air dia.

Saya   :   Hooii!! Hang agak-agak la tinggal aku macam tuh. Cuak la sial.

Hamdan  :   Eh hang cakap apa nih bukan tadi hang yang tinggal aku mcm tuh ja ka.  Dok sedap sembang kat sini hang boleh hilang camtuh ja. Hang pi mana?

Saya   :   Kau buat cerita pelik ape nih bila plak aku naik sini.  Kau tuh yang turun bawah kata tunggu result la apa la.

Hamdan   :   Eh bukan kau ke kata tadi tak jadi nak prepare barang kata nak teman aku kat sini.

Serta merta muka Hamdan pucat (Hamdan pun cakap muka saya pun pucat jugak) meremang bulu roma kami berdua. Serta merta kami terus tutup lampu makmal tinggal segaala benda kat situ. Terus belah dari bangunan fakulti.

Keesokkan hari saya ada sembang ngan seorang pak guard kat cafe. Dia pon cakap benda tuh sebenarnya hantu raya. Kalau perasan dibelakang bangunan fakulti sains ini  ada satu pokok besar. Kat situ la hantu raya tu duduk. Dia cakap hantu raya tuh kena buang ngan tuan dia kat pangkal pokok tuh. Among pak guard jugak ade kene kacau dengan hantu raya nih. 

Pak guard di kampus ini selalu juga datang meronda kat area bangunan ini pada waktu malam.  Selalunya hantu raya ni akan kacau pak guard yang baru tak pernah datang fakulti nih.  Bangunan fakulti sains tempat saya belajar ni ada 6 buah tingkat.  so diorang akan berpecah tengok tiga tingkat setiap sorang. Then bila jumpa balik hantu raya ni akan menyamar jadi salah seorg pak guard nih.  Ajak pi teman kencing kat tandas tingkat bawah sebelah belakang yang paling hampir dengan pokok mistik tuh. 

So pakguard yang meneman nih akan kene tunggu lama gila kat luar tandas bile jerit tanya dah sudah ke belom hantu raya akan jawab belom.  Sampai la yang sorang lagi datang carik kat tandas tuh.  Bile yang meneman dah sedar kene yang dia dah kene kacau diorang dengar hantu raya ni duk mengilai dari dalam tandas. 

Ape lagi cabut la dua-dua orang tuh dan tobat tak mau ronda malam kat situ. So next shift pasti akan ada orang baru yang kene sakat.  Sebab yang dah pernah kene tak mau dah mai bangunan fakulti sains ini pada waktu malam. hahahahahahah!!


Cerita ini dikongsikan oleh seorang pembaca kepada penulis.  
U got scary story during your campus life to share? Or any kind of cerita seram dan misteri?  Email to jumiess@gmail.com

3 comments:

  1. ohoiiiii...... tempat ku dulu.... tp mmg x dinafikan ramai student yg kene kacau kat situ kalau ada lab work lewat2... seb baek ku sudah kluar dr situ.. tp kat tmpt baru ni lg bykkkkkkkkk..... huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. Habis la... Pasni mesti ramai student fakulti sains x mai dah waktu malam.... Takut kene kacau. Professor ahmad mesti pasni tukar office. Sebb office Dia berhantu. Takutnyaaaaaaaa..... Patut cita ni jgn publish. Kene kecam nanti ngan pengurusan fakulti sains.......

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...