Jom Try Diameida Fabulous Mascara

14.4.17

Semarak Biru Austisme Forum "Kenali & Fahami Kami"




[PROGRAM SEMARAK BIRU AUTISME]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buat julung-julung kalinya di USM, Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (MPP PPIP) Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) akan membawakan kepada anda 'Semarak Biru Autisme', satu forum yang akan membawa anda menyelusuri dunia anak-anak autisme.

Ayuh bersama kami kenali hidup anak-anak autisme dengan lebih dekat dalam forum bertajuk 'KENALI & FAHAMI KAMI' yang akan diadakan semasa program ini. Kami juga akan bawakan kepada anda semua penampilan istimewa Zarina Zainudin (selebriti dan ibu kepada dua anak autisme) sebagai salah seorang panel jemputan. Program ini terbuka kepada semua yang berminat.

Ayuh sertai kami pada:

Tarikh: 22 April 2017
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Kuliah SK3, USM
Tema: Biru
Tiket: RM3 (pelajar USM) & RM5 (staf/orang luar)

Dapatkan tiket anda bermula esok (10 April 2017) daripada wakil sekretariat yang terlibat & anda juga boleh hubungi nombor tertera di poster. Jumpa anda di sana!

"Berkhidmat Untuk Mahasiswa, Berbakti Untuk Universiti"

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia 2016/2017

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...