28.4.17

Teknik Hipnosis Bagi Tidoq Lena



Hello u olls,


Okay hari ini aku nak cerita pasai satu kegilaan yang aku praktikkan secara serius iaitu 'sleep hynosis'. Kalau kita pecahkan maksud dua frasa ini, yang pertama, sleep bermaksud tidoq, atau lena, atau katop mata dan mampuih sementara atau berlayaq.


Hynosis pula dalam ejaan Bahasa Melayu adalah hipnosis, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka dalam istilah Malaysia perubatan, hipnosis dihuraikan sebagai "Keadaan kekurangan tahap kesedaran yang diaruh secara artifisial yang menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan arahan atau cadangan."  So kalau campuq dua perkataan ini, bolehlah kita fahamkan bahawa satu proses hipnosis, pemukauan untuk bagi orang tu tidoq.


Nak dijadikan cerita,  aku memang mempunyai masalah tidur.  Susah nak tidur, bukan kata lani sejak dah umur 30 an,  tapi sejak aku zaman muda jelita pun aku perasan,  aku memang susah nak tidur malam.  Especially kalau aku duk pikiaq macam-macam benda,  tak semestinya pikiaq masalah,  kalau tiba-tiba tara nak tidur aku nanti duk baca buku ka,  duk dapat idea baru ka,  tiba-tiba jadi semangat lagi mampuih aku susah nak tidur.  Bila dah dapat tidur,  susah nak bangun pulak.  HAHAHA nahariam.  Tapi mungkin ini adalah masalah lazim untuk golongan manusia yang IQ tinggi macam aku.


click read more


Jadi macam-macam cara aku duk try,  mandi before tidur,  jadualkan waktu tidur dengan displin,  minum susu,  elakkan caffein, baca Quran (gituuuu....),  baca buku dan macam-macam lagi aku dah cuba.  Tapi baru-baru ini aku rasa starting tahun lepas,  setelah aku meng-updatekan diri aku memakai  talian U Mobile pakej post paid di mana aku dapat tengok Youtube secara percuma tanpa had,  maka aku mula duk explore macam-macam jenis video documentary dan macam-macam lagi.  


Pastu macam mana ka,  aku terjumpa video orang duk buat pasai sleep hypnosis.  Aku macam baca dulu,  pastu tengok video-video yang bagi penerangan mengenai ritual ini,  pastu nak jadi cerita,  aku pun cuba.


Video ini bertajuk Guided Meditation for Deepest Sleep: Ascension From Earth to Stars (Sleep Meditation Dreaming) daripada Michael Sealey.  Dia punya video tak lama lebih kurang 50 minit,  tapi siriesly,  selalu aku akan pasang dan dengar recording hypnosis ni,  tak dan 15 minit aku nanti tidoq lena goal sampai pagi. Especially pada hari-hari yang aku kena stay up sampai lewat malam dengan gang teater sebab teman depa praktis berlakon,  pastu esok paginya dah kena bangun awai pi kerja,  so masa minggu-minggu tu,  aku rasa aku kena tidur yang betul-betul berkualiti.


Kadang-kadang kita tidur 8 jam pun,  tapi bangun letih seluruh badan.  Tapi so far aku guna teknik ni,  especially video yang aku mention kat atas tu,  esok pagi bila aku bangun,  alhamdulillah memang badan rasa fresh dan seronok nak bangun untuk buat kerja.  Ini bermakna walaupun kita tidoq untuk 3-4 jam sahaja tetapi kalau tidoq kita berkualiti,  esoknya badan kita akan rasa fresh dan cargas.


Aku pernah baca somewhere,  tidoq yang berkualiti sebenarnya amatlah penting kepada kesihatan manusia sebab time tidoq nilah kita akan tukar sel sel darah baru,  organ semua rehat dan sebagainya.  Mana nak pi tau,  sebenarnya melalui teknik hipnosis yang aku buat ni sebenarnya,  aku telah melatih badan aku hingga ke peringkat sel sel zarah untuk bertindak merehatkan diri mereka semua so aku pun boleh la rest secara optimum.
 

Aku pernah cerita benda ni kat Abu Mamu yang masuk Raja Lawak tapi second week dah terkeluar tu,  dia duk menguap masa in between latihan teater,  aku cerita la kat dia,  hang cuba try sleep hypnosis ni.  Pastu habaq kat dialah,  dalam video hipnosis tu,  kita akan dengar orang nanti cakap bagi arahan suruh kita tarik napaih,  tutup mata and perlahan-lahan kita akan lena.  Penuh semangat aku cerita dengan harapan dia akan amik nasihat aku ni dan nak try la.  Tapi butoh punya Abu dia duk gelak kat aku macam aku yang duk masuk Raja Lawak.


So sejak tu aku tak cerita sangat-sangat kat sapa pasai teknik yang aku duk cuba ni sebab aku takut nanti orang duk gelak kat aku.  Tapi sebab minggu ni aku takdak bahan nak cerita kat ampa dalam blog ni,  aku aku pikiaq,  takpalah aku cerita pi lah kat hangpa,  sapa nak tau boleh pi belajar dan baca pasai sleep hypnosis ni,  tapi benda ni semua adalah satu cara alternatif la.  Hangpa jangan duk percaya benda ni dan amal macam satu agama baru pulak.  Orang Melayu ni suka obses lebih-lebih.  Satgi nanti ramai-ramai duk buat fan club la,  ada T Shirt persatuan Sleep Hypnosis la pastu tiba-tiba nanti keluar pulak fatwa kata benda alah ni HARAM di sisi agama.

Mau relaks buang!



Okay here are some of the tips aku nak share kat ampa pasai sleep hypnosis yang hangpa kena tau sebelum hangpa cuba:

  1. Pemikiran hang kena jadi submisif semasa proses ni berlangsung.  Maksudnya,  hang berserah dan percaya pada proses yang diungkapkan dalam rakaman suara tu.  Ikut apa dia kata,  dan let loose.  Kalau hang duk tak percaya,  skeptikal dan tak boleh nak betul-betul let go,  rasanya tak boleh jadi kot.  Kalau hang tak submit diri hang dalam proses ni,  mesti nanti hang akan gelak-gelak.

  2. Ada banyak rakaman sleep hynosis yang terdapat kat Youtube.  Beratus-ratus Youtuber yang buat macam-macam rakaman video dan rakaman hipnosis ini adalah untuk macam-macam jenis tujuan.  Terpulang kepada kita nak pilih yang mana satu,  suka suara lelaki,  suka suara perempuan,  atau suka yang ada background music,  atau yang takdak background music.  Ada yang bertujuan untuk relakskan badan secara optimum,  ada yang nak suruh buang all negative thoughts + maafkan semua semua yang berlaku (this is good),  ada yang macam ajar kita untuk mencari siapa diri kita sebenar...gicuuu....

  3. Ada pulak video hynosis yang nak suruh kita buat lucid dreaming.  Yang ni aku akan cerita dalam artikel akan datang insya allah.  Kalau ampa nak tau secara ringkas,  lucid dream ni macam apa yang jadi dalam filem Inception.

  4. Make sure condition persekitaran you olls semasa nak tidur tu adalah selamat dan selesa.  Kalau boleh,  bagila bilik tidur tu kemas,  cadar bantal semua baru elok dan kalau hangpa ada essential oil lagi baguih,  bagi suasana bilik tu lagi nyaman ala-ala kat spa gitu.

  5. Walaupun hangpa nak tidur sebentar,  tapi make sure pasang alarm clock ya.  Takut nanti terlena teruih sampai tengahari tak pi kerja teruih.  AHAHAHAH

  6. Best way adalah dengar rakaman menggunakan ear-phone dan selaraskan volume ikut kadar yang selamat untuk gegendang telinga.  Paling selesa pakai ear phone yang jenis plug in sebab kita nak tidur selesa.  Kalau ear phone yang jenis cekak tu nanti susah nak tidur u olls.


So inilah aku nak share dengan hangpa.  Hangpa boleh try.  Aku juga ada letak link sleep hypnosis yang paling aku suka sekali iaitu Michael Sealey.  Dia ni suara dia memang siries macam best gila.  Cara dia rakam suara dia dan dimasukkan dalam video juga adalah sangat best rasa macam dia duk bisik kat telinga kita masa tidur.  Clean recording and clear pronunciation.


Dahla dia suara mat salleh kan,  so setiap malam rasa macam mat salleh duk mai dodoi kat telinga aku suruh tidur,  macammana tak lena kan?  HAHAH aku melawak saja.  Tapi aku memang suka cara dia cakap,  suara dia mendamaikan,  relaks dan dengan nada berbisik.


Before aku habiskan cerita sleep hypnosis ni,  aku nak cerita kat hangpa pasai satu benda lawak.  Aku selama ni hanya berani dengar video Michael Sealey sahaja.  Before this aku pernahlah pasang video dari Youtuber yang lain,  dia perempuan dan dia pun buat banyak video hipnosis.  So aku saja la kunon nak tukar angin dan pilih untuk dengar video dia.  Sekali nenjia...aku dengar tidur baguih suur punya lena.  Sedar-sedar phone berdering kuat,  aku tengok BOSS aku called aku.  Dan aku baru sedar Ya Allah jam menunjukkan pukul 9 pagi.


Gila babi.  No way aku nak tipu boss aku kan,  nak tipu kot mana lagi,  memang aku yang bodoh.  Aku mesej boss aku cepat-cepat kata aku terbabas tidur lebih,  aku akan bersiap dan mai kerja secepat mungkin.  Wehs memang lawak la benda tu jadi kat aku,  dan aku akurlah kalau sampai tahun 2060 baru aku layak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.


AHAHAHAHA



Ini adalah video rakaman yang akak paling suka.  Hangpa try tengok ni dulu,  dengar cara dia cakap macam mana.  Pastu malam ni hangpa nak tidur,  hangpa dengar dan try!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...