Jom Try Diameida Fabulous Mascara

25.4.17

Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 1

Hello u olls,

Nenjia punya lama duk kata nak buat review fesyen Oscar 2017.  Duk tangguh-tangguh last sekali aku dapat jugak kumpulkan semua gambar,  susun ikut colour dan dapatkan maklumat fesyen designer  yang buat baju-baju ini.


Secara kesimpulan,  baju-baju tahun ini okay-okaylah takdaklah meriah sangat.  Tak meriah maksudnya,  takdak orang nak pakai baju tak elok bodo-bodo.  Aku rasa sejak Joan Rivers mati,  semua orang tiba-tiba nak pakai secara elok. Dulu ada ja yang nanti pakai baju bodo-bodo semua aku rasa macam nak penampak sebab kaya tapi pakai baju yang nampak murah,  tak cantik dan simply mengundang carutan percuma.

So mungkin sebab tu semangat aku nak buat ulasan fesyen tak berapa nak memercik.   Siriesly,  dulu kalau tengok gambar para selebriti di atas red carpet,  secara otomatik aku akan jadi gatai nak cerita macam-macam benda.  Tapi lani,  setiap gambar baju yang dipaparkan oleh mereka kadang-kadang membuatkan aku terpaksa mereka cipta ayat,  puji yang membuat-membuat untuk mereka.

Takpalah,  jom kita tengok lani apa baju para retis Hollywood pakai untuk OSCAR 2017 yang telah berlangsung pada awal bulan Mac yang lalu.


Jangan lupa untuk baca Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] yang lain:

Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 1
Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 2

Ulasan Fesyen 89th Academy Awards [OSCAR 2017] Part 3


Emma Stone in Givenchy Haute Couture by Riccardo Tisci
Aku suka dress ni dan aku rasa Emma memang awal-awal lagi dah boleh agak yang dia akan menang,  so dia pun pakai la elok-elok,  polished dari hujung rambut sampai hujung kaki.  Tengok macam mana dia make up dan rambut semua elok,  memang betul-betul melambangkan Hollywood golden girl.


click read more



Jessica Biel in Kaufman Franco
Aku tak suka the whole style.  Aku rasa dia nampak macam seekor kuda. Aku tak suka make up,  tak suka rambut,  tak suka semua.  Dia kuruih,  panjang,  pastu buat rambut macam karakter perempuan dalam lukisan American Gothic.  Why?




Dakota Johnson in Gucci
Deni pakai baju vintej zaman tok-tok dia kawen untuk kali ke 3 zaman 70 an.  Deni style cantik tapi baju style tak elok.  Macam pi beli kat mana-mana kedai baju bundle.  Tengok kain pun macam tak serika.




Chrissy Teigen in Zuhair Murad
Kerlas cantik pompuan ni.  Macam biasalah.....tapi lani dah tak berapa popular dah deni.  Aku baca kat gossip orang puteh,  deni macam orang tak suka kat dia sebab d mulut dia macam pepek.




Charlize Theron in bronzed Dior
Wehs aku terganggu dengan muka dia yang semakin plastik.  Wehs...sorryy aku tak boleh tengok dah muka Charlize Theron yang cantik selama ini telah rosak dan pecah lobangs teruk.   Ya Allah kesiannya depa ni duk terpaksa nak maintain cantik kulit cekang,  last ssekali muka terpaksa jadi binatang.  Aku doakan agar Charlize Theron berhenti pi buat apa apa teruk kat muka dia lagi.



Nicole Kidman in Armani Prive
Haaa akhirnya setelah beberapa baju bodo yang dipakai oleh beliau dalam Grammy dan anugerah-anugerah berprestij yang lain,  akhirnya Kak Nicole memakai satu dress yang decent cantik untuk majlis Oscar.  Warna ini sesuai untuk kulit pucat macam dia.



Robin Roberts in Badgley Mishcka
Kerlas dan kemas.  Suka.  Badan dia pun elok terletak.  



Busy Philipps in Elizabeth Kennedy
Baldu.  Hurm..........



Meryl Streep in Elie Saab
First time tengok Meryl Streep pakai ala-ala pompuan pi award.  Deni dari dulu akan pakai dress boring macam mana ka.  Aku suka pilihan gaun Elie Saab ini. Pilihan yang berani.




Giuliana Rancic in Georges Chakra
Baju dia pakai tak pernah tak cantik.  Tapi aku terganggu sebab dia kurus sangat.  Dia nampak macam belakang kuit kuit.




Nicole Sheridan in Gauri & Nainika
Baju ni nampak serabot.  Nampak macam dia pakai kain selimut yang ada ropol-ropol yang mak kita suka beli dulu-dulu tu.



Eva von Bahr
Kesian deni walaupun tercalon dalam anugerah Oscar tapi takdak sapa nasihat dia untuk beli gaun yang lebih trendy dan sesuai untuk personaliti dia.  Gaun ni nampak macam pengantin tahun 90 an nanti pakai untuk potong kek.




Kelly Ripa
Ramai pengkritik fesyen yang kutuk baju ni sebab rama-rama yang ada kat baju ni.  Bagi aku okay ja....maybe aku punya taste Melayu.  Kena ada bran bran baru cantik.




Faye Dunaway
Makcik ni la yang silap baca anugerah filem terbaik. Walaubagaimana pun,  pada usia ini,  beliau adalah sangat meletops kerana mampu memakai dress yang cantik begini.



Naomie Harris in Calvin Klein by Appointment
Kasut dia sebelah lain sebelah lain.  In term of pilihan gaya yang beliau kenakan,  i have no much to say.  Pompuan ni memang selalu akan pakai gaya yang pelik-pelik,  rasanya macam yang akan popular masa akan datang.



Karlie Kloss in Stella McCartney
Stella McCartney punya baju mesti la kerlas u olls.  Karlie Kloss yang popular sebagai model muda yang berhati gila tiba-tiba nampak sangat suci Colgate dengan dress ini.



Felicity Jones in Christian Dior Couture
Dress ni comeiii kot.  Masa dia naik pentas untuk present anugerah.  Aku suka tengok dia nampak sangat comels dengan dress kain-kain organza macam ni.  Rambut pun simple,  make up pun simple.  Dia pompuan cantik,  takpayah nak pakai teruk-teruk.




Isabelle Huppert in Armani Privé
Bagus makcik ni dia tau dia kertu (tua) dia tak mau pakai seksi-seksi,  dia pakai decent dress dari kain yang cantik.




Priyanka Chopra in Ralph & Russo
Aku rasa dress ini tidak memberikan kebaikan kepada bentuk badan Priyanka yang volapsyes.  Nampak macam sendat macam mana ka.  Warna dress ini pun tak meletops.




Debbie Matenopoulos
Nice dress,  colour dan corak kain yang cantik.  Aku pun suka drapping kain yang ditambah kat tepi dress ni.




Hailee Steinfeld in Ralph & Russo
Aku sangat suka dress ini.  Macam girl-girl,  styling pun nice dengan rambut dan make up nampak yang dia still maintain remaja.




Olivia Culpo in Marchesa
Aku perati pompuan ni lama-lama sapa deni?  Muka tak familiar langsung.  Make up punyalah tebai,  hair do tak cantik,  dress pun tak kena dengan gaya make up dan rambut,  tapi tak tau pasai pa aku rasa nama dia aku macam kenai.  Last sekali aku Google baru aku teringat balik dah,  deni dulu menang Miss World.


Auli'i Cravalho in Rubin
Dress ni cantik tapi gaya rambut tak kena untuk pompuan Moana ni.



Sofia Carson in Monique Lhuillier
Deni macam kartun berus putih yang kena sumpah dalam istana Beauty dan the Beast.



Ava DuVernay in custom Ashi Studio
Dress ni macam baju-baju pengantin Melayu.  Untuk pengantin-pengantin bertudung yang feeling pakai dress semua.



Octavia Spencer in Marchesa
Tak elok dress ni tak kena dengan badan dia.  Kak Octavia nampak macam ayam serama saja.  Aku lebih suka kalau dia pakai baju-baju karya pereka fesyen Jepun yang selalu menjadi pilihan dia sebelum ini.  Why you no wear baju jepun anymore?



Teresa Palmer in Prada
Cantek dress ni tapi tali pinggang tu macam mengganggu la.



Darby Stanchfield in Georges Chakra Couture
Aku sangat suka dress ni.  Potongan dia perfect,  pastu ada macam lace nipis jatuh macam mana ka kot belakang.  Aku suka juga dengan styling rambut tu.  Nampak mahal.


Sofia Boutella in Chanel Haute Couture
Deni la pompuan jahat dalam cerita Kingsman yang ada kaki besi tu.  Haaa....Tengok ada bahagian bawah dress ini antara kain jemeki dan jugak bahagian bulu-bulu tu,  sengaja depa buat agar kedua elemen ini tidak dijahit sempurna.  Adakah ini satu trend baru?  Gaya yang sama dipakai oleh Katy Pery masa red carpet Grammy Awards tetapi melalui busana Tom Ford.



Emma Roberts in vintage Armani Privé
Nahariam tetek punya kecik bubuh kain sikit macam tu semata-mata katop puting tu pun nampak tak seksi.



Michelle Williams in Louis Vuitton
Nothing to caruts.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...