Olive Tree Ramadan Buffet 2017

Hello u olls,

Untuk pengetahuan u olls semua,  kami barisan Setiausaha USM sangatlah bertuah sangat pada tahun ini kerana pihak Olive Tree Hotel Penang telah meng-sponsor 60 tempat kepada kami-kami semua gang setiausaha USM untuk mai review bukak posa di hotel depa.  Bukan sahaja dapat makan-makan pre Ramadhan dinner pada 17 Mei yang lalu,  malah kami juga diberi peluang untuk berkumpul dan buat upacara khas untuk kelab kami.  Memang kerlas sangat u olls.


 


click read more

Selera Kampung Ramadhan Buffet Dinner at Georgetown City Hotel

Hello u olls,

Kalau anda peminat rasa kampung yang authentic akak sangat rekemen u olls untuk try Selera Kampung Ramadhan Buffet Dinner at Georgetown City Hotel.  City Georgetown Hotel adalah nama baru yang diberikan kepada hotel yang terletak di Midlands Park di Pulau Tikus. 


Lokasi
Selera Kampung Ramadhan Buffet Dinner diadakan di The Cafe yang terletak di tingkat 1 bersamaan dengan lobby hotel.


click read more

Selera Ramadan "Macam-Macam Ada" at Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang

Terima kasih Royale Chulan Penang yang telah menjemput saya untuk review ini.

Hello u olls,

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sekiranya kalian sedang mencari lokasi buka puasa di hotel yang meletops, akak nak cadangkan satu lagi hotel di Penang yang baru sahaja di-upgrade dengan nama baru iaitu Hote Royale Chulan Penang yang terletak di kawasan Penang Heritage Centre.


Sri Tanjung Cafe 
Buffet Dinner bertajuk Selera Ramadan: Macam-Macam Ada diadakan di Sri Tanjung Cafe bermula 29 Mei hingga 23 Jun 2017 dari jam 7.20 pm hingga 10 pm. Sri Tanjung Cafe terletak di bahagian bangunan heritage yang very the English colonial gitu. Memang kerlas!



click read more

Muhibbah Ramadhan Buffet at Hotel Equatorial Penang

Terima kasih kepada Hotel Equatorial Penang yang telah menjemput saya untuk review ini.

Hello u olls,

Baiklah!  Like I always said,  berbuka puasa di hotel bukan lagi satu kegemaran umat Islam sepanjang bulan Ramadhan tetapi sudah menjadi kemestian yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia tak kira apa bangsa dan agama di negara kita.  Oleh itu,  akak sangat suka tajuk Ramadhan buffet yang disediakan di Hotel Equatorial Penang yang diberi nama "Muhibbah Ramadhan Buffet".

Promosi ini akan bermula dari dari 27 Mei hingga 26 Jun 2017 dari 6.30 petang hingga 9.30 malam di restaurant mereka nada lama.

Lokasi
Restoran Nada Lama Hotel Equatorial Penang mempunyai sijil halal dan mempunyai ruang yang luas dan selesa.  Depan restoran depa siap ada taman ala-ala Japanese style lagi.

Ada macam-macam jenis juadah berbuka puasa yang disajikan daripada rasa tradisional Malaysia hinggalah citarasa antarabangsa.  Okay dah,  jom tengok gambar.









click read more


101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan Ramadhan Buffet Dinner at Vistana Penang Bukit Jambul

Terima kasih kepada Vistana Penang Bukit Jambul yang telah menjemput saya untuk review ini.


Hello u olls!  Dalam banyak-banyak hotel akak rasa Hotel Vistana Bukit Jambul yang menampilkan buffet bukak posa yang paling banyak warung sekali!

Warung Nasi Ayam, Warung B.B Q Kambing, Warung Satay, Warung Kerang (THIS IS INTERESTING), Warung Murtabak, Warung Asam Laksa, Warung Sup and Bubur Lambuk, Warung Ketupat & Lemang, Warung Bubur,  Warung Ais Kacang,  Warung Buah dan Warung Ais Kacang. Tapi paling interesting adalah WARUNG AIS KRIM MALAYSIA!

Lokasi
101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan Ramadhan Buffet Dinner akan diadakan di ballroom Hotel Vistana Bukit Jambul yang terletak di ground floor!  Selesa u olls.


click read more

"Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung Ramadan Buffet" at Lexis Suites Penang

Terima kasih kepada Lexis Suite Penang yang telah menjemput saya untuk review ini.


Hello u olls!  Sempena bulan Ramadhan al Mubarak,  Lexis Suite Penang mengadaka "Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung Ramadan Buffet" akan dimulakan dari 27 Mei hingga 24 Jun 2017.  Jamuan berbuka puasa ini akan bermula jam 6.30 petang setiap hari selama 29 hari bertemakan Kampung style di bawah khemah yang akan dipasang khas di belakang hotel,  mengadap laut dan bolehlah u olls saksikan matahari terbenam sambil-sambil duk tunggu ni Maghrib tu.  


Lebih dari 100 juadah pilihan
Ada lebih kurang 100 juadah pilihan untuk berbuka puasa daripada masakan Melayu,  antarabangsa termasuk juadah Arab style.  Tapi yang paling menarik u olls kena try adalah Char Koay Teow Kambing,  Gear Box Soup,  Lamb Kuzi,  Ayam Shawarma,  Ekor Lembu masak Asam Pedas dan my favorite,  fresh telur ikan masak gulai lemak!


Harga
RM68 nett for adult
RM40 nett for children and senior citizen for 55 years old and above.
  • Untuk 1000 pengunjung pertama boleh beli kupon dengan hanya RM58 nett.
  • Sapa yang stay kat Lexis Suite Penang sepanjang Ramadhan pula,  dapat enjoy buffet Ramadhan ini dengan 15% discount. 
Special Room Rate
Sepanjang bulan Ramadhan almubarak,  you olls semua boleh menginap di Lexis Suites Penang dengan kadar yang sangat istimewa iaitu RM350 per night.  


click read more

MissMe Miracle Beauty & Treatment Care (Wani Lei 012-403 4815)



Hello u olls,

Beberapa minggu yang lalu akak telah buat satu live video bertajuk Sesi Live bersama Kak Zah - Do You MissMe. Haaaaa sapa yang tak tengok lagi,  jangan risau.  Kat bawah nanti akak bubuh rakaman live video tu.  

Actually rakaman live video tu adalah demonstrasi macam mana nak pakai satu produk kecantikan bertajuk Miss Me Miracle Beauty & Treatment Care.
MissMe adalah produk kecatikan yang bebas daripada bahan berbahaya serta bersifat neutral (tiada bahan kimia,  merkuri,  hydroquinone).  MissMe adalah inovasi produk kecantikan & pejagaan kulit untuk penggunaan seharian yang kesannya sagat luar biasa serta telah membuat ramai orang jatuh cinta dengan sekali picit sahaja.



click read more

CitaRasa Bonda Buffet Dinner @ Hotel NEO+ Penang

Terima kasih kepada Hotel NEO+ Penang yang telah menjemput saya untuk review ini. 



Hello u olls!

Nenjia nak habaq hari tu akak pi try CitaRasa Bonda Buffet Dinner dekat Hotel NEO+ Penang. Malaysian-Indonesian buffet dinner style. Macam-macam makanan duk ada from otak-otak to ikan panggang, kambing golek tu nasi ayam and laksa. Jom baca review akak pasai makan kat sini.

Lemongrass Restaurant
CitaRasa Bonda Buffet Dinner yang akan berlangsung dari 1 hingga 23 Jun 2017 akan diadakan di Lemongrass Restaurant yang terletak di aras 1 Hotel NEO+ Penang.  Restaurant ni tak besar sangat dan tak kecil sangat.  Tetapi akak suka sebab design dia very the modern dan tak jalan kaki la nak jalan jauh-jauh sebab nak amik makanan.  HAHAHA


click read more

Doktor Terpotong Jantung



Pada awal bulan Mei,  seorang kawan baik akak telah menjalani pembedahan mastektomi iaitu pembedahan membuang tetek sebab atas nasihat doktor,  dia buat pembedahan ini untuk mengurangkan risiko mengidap kanser payu dara.  Dulu tengok berita Angelina Jolie buat mastektomi aku duk rasa hebat gila pompuan tu sanggup buang dua dua tetek,  rupa-rupanya baru aku tau dalam dunia wanita,  buang buah dada dan buang rahim adalah perkara yang boleh dikatakan prosedur normal yang akan dicadangkan oleh pihak doktor untuk mengurangkan risiko mengidap penyakit kanser.


Setelah beberapa kali mendapat rawatan awal,  akhirnya kawan aku dimasukkan dalam dewan pembedahan untuk prosedur yang mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam.  Keesokkan harinya,  akak minta cuti dari boss dan seawal pukul 9 pagi akak telah datang berjumpa kawan akak di katil bilik wadnya.  Akak dah janji nak mai teman dia separuh hari.


So pagi-pagi sewaktu kawan akak masih berehat di atas katil,  akak dah duduk lepak di dalam bilik wad dengan breakfast yang akak beli dan juga laptop dan handphone.  Sambil-sambil teman dia,  akak ingat boleh la nak edit-edit gambar,  update Facebook dan blog.  Kawan akak mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta yang terkemuka di Pulau Pinang so bilik yang dia duduk ni memang bilik private yang amat selesa.

click read more

Busy Busy May

Jauh berjalan luas pemandangan,  dalam duk pi review bukak posa hotel jumpalah makcik-makcik ni semua depa pun Penang Malay Blogger juga.


Hello u olls,


Apa habaq semua?  Tak lama lagi,  less than 10 days from now kita semua akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al Mubarak.  Ya Allah sat ja,  rasa macam baru semalam kita duk happy happy new year,  tiba tiba lani dah masuk bulan Mei.  Nasib baik aku dah selamat qada semua puasa puasa aku.  Since early this year,  aku puasa ganti siap siap Isnin dan Khamis,  kira kira kalendar rupanya dah cukup semua qada.  So by now aku tak kelang kabut la nak puasa ganti.


Tapi tak sangka bulan Mei ni aku busy gila babi.  Busy sebab nak sambut puasa.  Last year,  aku rasa masa duk pi review bukak posa kat hotel,  aku ada habaq la kat pihak hotel semua, hangpa kalau nak suruh review,  buat la event review ni awal-awal sikit,  so time bulan puasa kami takla kelang kabut nak mai bukak posa kat hotel ja selalu.  Kami pun (blogger and media) nak berbuka puasa bersama kawan dan family juga kan?


So depa took my idea,  nenjia tahun ni seawal hujung bulan April aku dah mula pi review bukak posa kat hotel.  Seminggu boleh kata satu atau dua hotel sometime 3 and 4 hotel kami duk kena pi.  Usually aku akan pi dengan kawan baik aku nama dia Ervinna a.k.a Revina di mana dia akan tolong aku ambil gambar menggunakan telefon,  aku amik gambar guna camera digital.  Nanti hangpa jangan lupa click pada page kat atas,  aku baru buat --- Ramadhan Buffet 2017.  Dalam tu,  aku bubuh semua link-link untuk buka posa kat hotel-hotel dan cafe around Penang.

click read more

Ramadhan Buffet @ Eastin Hotel, Penang "Absolute Authentic & Exclusive ‘Masakan Kampung’ (28 Mei hingga 24 Jun 2017)

Terima kasih kepada Eastin Hotel, Penang yang telah menjemput saya untuk review ini. 



Absolute Authentic & Exclusive ‘Masakan Kampung’ adalah tema pilihan Hotel Eastin, Penang. Memang best pilihan kali ini, tapi highlight paling akak suka adalah “Kambing Golek Beratur Panjang”, “Gearbox soup” dan satu dessert bertajuk ‘UM ALI” yang kalau u olls makan, u akan duk kata “Urmm...Ali….”


Balik rumah, akak pun Google pasai Um Ali dan punya duk gelak baca sejarah makanan ni. Dikisahkan pada zaman dahulu di negeri Mesir, seorang raja bernama Sultan Ezz El Din Aybek. Dia ada dua bini. So dua dua bini ni duk bergaduh sebab nak kuasa sapa mak ayam lagi besar kan? So isteri pertama nama Um Ali ni pi rasuah kat dayang dan inang isteri kedua, so inang dan dayang tu semua pukul bini nombor dua ni dengan kasut sampai mati masa dia nak pi mandi. Gilaaaaaa punya ganas pompuan pompuan Arab ni semua, upah bunuh orang pakai kasut sahaja.


Lepas bini nombor dua ni mati, so isteri first ni buatlah sejenis dessert berupa sejenis pudding roti dan bagi semua rakyat jelata makan. Sebab tu la bread pudding ini diberi nama Um Ali, sempena isteri pertama yang menang!


Tapi Um Ali bukan satu-satu makanan kat Ramadhan Buffet Eastin Hotel yang sedap, hangpa kena try dia punya masakan panas dia macam-macam duk ada. Ayam, daging, seafood. Pastu side dish lagilah banyak ada rojak buah yang hangpa boleh bancuh sendiri, popia basah, ubi bakar dan macam-macam lagi!

click read more

Rei Kawakubo/Comme des Garcons: Art Of The In-Between - MET Gala 2017

Teka sapa pakai baju pengantin kaler merah ni?  Kena baca artikel lain.


Saban tahun,  peminat fashion pastinya akan menantikan MET Gala atau Costume Institute Gala adalah sebuah malam gilang gemilang yang dianjurkan oleh majalah Vogue bagi menjana dana dalam tabung pembangunan fesyen untuk Metropolitan Museum of Art,  New York.  Kerlas muzium depa siap ada bahagian khas untuk pembangunan fesyen siap boleh raised money every year berjuta juta USD.


Nak cerita mai secara ringkas,  event besar-besaran ini satu tiket sahaja dijual pada harga USD 30,000 untuk satu ticket dan satu meja lebih kurang USD275,000.  Ini adalah harga tahun ini.  Nahariam punyalah mahal!  Tak kata la satu tahun depa boleh untung berjuta-juta masuk dalam tabung.  Selalunya yang akan beli meja-meja ini adalah designer-designer dan mogul fashion yang kaya raya la.  Dan kat meja depa tu,  depa nanti invite lah models dan selebriti mai duduk satu meja dengan depa dan pakai baju-baju rekaan depa juga.


Ada juga beberapa tempat yang akan diberikan oleh mak ayam besar Anna Wintour (editor majalah Vogue) kepada designer-designer yang baru nak up dan selebriti yang dia suka.  Tapi pokok pangkalnya,  600 tempat yang disediakan untuk MET GALA ni semuanya kena melalui mak ayam besar Anna Wintour ni dulu.  Kalau dia bagi permission,  barulah hangpa boleh join,  kalau tak...jangan haram ampa boleh masuk walaupun hangpa mampu beli tiket.

Click Read More

Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 1

Hello u olls,

Untuk part I,  akak akan letak gambar-gambar yang masuk under kategori warna biru,  hijau,  merah,  pink,  putih dan nude colour.  Disebabkan sebab banyak sangat selebs dan model dan baju yang macam-macam,  yang mana pakai baju boring semua aku dah buang dari list.  Yang masuk dalam kategori ini adalah yang OKAY NOT BAD,  tak boring dan tak salah kalau nak kata memang cantik.

Jom tengok.

Biru/Hijau
Jennifer Lopez in Valentino with a Judith Leiber Couture bag
Make up mak ayam ni always meletops.  Takdak sapa pun boleh pakai lipstick nude secantik macam JLo pakai.  Kalau aku buat make up nude lipstick macam ni nampak macam sakit.  Anyway,  walaupun dress ini warna nya cantik ala-ala biru prom dress tetapi actually design ni macam zaman dulu-dulu 70s.  Tak cantik.



Felicity Jones in Erdem
Bahagian atas dress ni macam baju kebaya pompuan Melayu suka duk pakai masa akhir tahun 90 an.  Kain jarang buat kebaya kot atas,  kot dalam pakai tube dress macam mana ka.  Kerlas....



Katie Holmes in Zac Posen
Kerlas mak ayam ni membuat-buat dengan dress ZacPo.


click read more


Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 2

Hai u olls,


Sama juga untuk part 1, bahagian ini akan menampilkan mereka yang tampil dengan warna kuning (which paling sikit orang pakai), hitam (yang paling ramai orang pakai....maybe depa play safe sebab tak tau nak avant garde macam mana kot nanti jadi merapu), warna glitter seperti perak dan emas (tak banyak berbanding tahun lepas bila depa buat tema "Manus x Machina: Fashion In An Age Of Technology" punya ramai duk pakai colour silver feeling robot. And of course akak selitkan juga kategori lelaki, syiok sikit tengok lelaki yang dressap mai event ni sebab depa berani pakai gila gila sikit.

Jom baca.


Kuning

Diane von Furstenberg
Sah sah baju dia pakai ni apa yang dia buat sendiri.  Tapi sorryla nak kata dress ni merepek kot.  Nampak macam dua jenis kain,  yang putih dan renda yang nampak murah tu yang masih belum dijahit dicantum.  Tapi bek pi laaa depa kan fashion designer kerlass kerlass...mana orang boleh kata kat depa.



Jessica Chastain in Prada
Gaya klasik yang menjadi kesukaan Jessica Chastain.  Tak boleh nak carut banyak sebab dress ini cantik pun.



click read more

Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 3

Hello u olls,

Dah habis baca ulasan nombor 1 dan 2, untuk bahagian nombor 3 ini akak khaskan untuk they olls-they olls yang unfortunately pakai baju memang merepek dan tak cantik langsung. Dalam erti kata lain, akak ringkaskan sebagai kategori buruk dan WTF!


Kategori ni mesti seronok sikit nak tengok.



Buruk
Kategori ni yang memang tak boleh blah langsung.



Celine Dion in Versace
Deni duk feeling apa tak tau sejak jadi kak jans ni.  Pakai baby T kot dalam pastu amik kain warna hitam macam mana ka balut-balut siap sepit dengan penyepit kayu.  Apa la kot dia duk pikiaq,  baju ini adalah koleksi Fall Versace 2014!  Gila bangang apa pakai baju 3 tahun lepas pulak collection. Siap dengan pump heels macam mana ka,  mana ada orang pakai kasut tu dah lani?



Chrissy Teigen in custom Marchesa
Chrissy for the first time akak rasa dia pakai baju paling tak elok sekali di red carpet.  Pompuan ni selalu pakai baju vogue gilas kot tapi tak tau pasai pa malam ni dia pilih untuk pakai baju Marchesa yang membuatkan dia nampak macam anjing poodle?




Rita Ora in custom Marchesa
Pompuan ni pun pakai baju Marchesa jugak.  Pasaipa baju Marchesa semua lani makin merepek?  Kesian kat Rita Ora aku berapa kali duk habaq,  pompuan ni edgy dan cantik tapi selalu baju-baju yang dia pakai di red carpet tak pernah nak ummphh dan menaikkan nama dia di mata peminat fesyen.  Baju merah ni nampak sangat murah,  tak padan dan tak masuk langsung dengan kain koko cayaq di bahagian bawah tu dan pasaipa buat rambut macam tu?


click read more

Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 4

Hello u olls,

Ini bahagian paling akhiar sekali.  Yeaaaah!  Dalam category ini ditampilkan para artis dan model yang memakai busana dari jenama Comme des Garçons dan juga those selebriti yang bagi I olls telah berani menampilkan gaya mutu keunggulan dan layak dimasukkan dalam kategori kerlas dan epik!

Jom baca.

Comme des Garçons
Rihanna in a Comme des Garçons
Mak ayam ini memang sangat sesuai untuk memperagakan fesyen yang gila seperti ini.

Anna Cleveland in Comme des Garçons Stella Tennant


Nahariaaam macam sebuku roti! 


click read more


Obaby by MrOganik (Hasminda 018-4030809)



Hello u olls,

Hari ini akak nak share dengan you olls pasai satu produk bumiputera iaitu ...jeng jeng jeng...Obaby by MrOganik.  Rangkaian produk kebersihan dan kesihatan ini adalah diperbuat daripada bahan-bahan organik dengan menggunakan teknologi nano.  Tau tak teknologi nano tu apa?  Teknologi nano adalah teknologi terpaling advance la dalam teknologi sains kesihatan di mana molekul-molekul dipecahkan ke saiz nano (lebih teramat kecik) yang memudahkan penyerapan ke dalam rongga kulit.  Rangkaian produk oleh MrOganik ni baru sahaja dimulakan pada tahun 2016 dan kini sudah mendapat tempat di mata para pengguna.  Walaupun rangkaian produk ni mostly more kepada baby,  tapi produk ni semua selamat digunakan oleh kita semua daripada peringkat kanak-kanak dan dewasa.

Liputan media : Majalah Pa&ma dan Utusan



Senarai Produk Obaby By Mroganik
  • Obaby Organic Spray
  • Honey Oat Soap
  • Calming Soap
  • Obaby Oil Serum




click read more

Penghuni Tetap di Asrama Rumah Kelamin



Semasa aku belajar di semester I, oleh kerana bilik yang aku duduk bersama roomate aku mempuyai banyak masalah kerosakan, ketua aras mencadangkan agar aku dan roomate dipindahkan ke sebuah rumah kelamin yang terletak di belakang bangunan asrama kami buat sementara waktu. Puan Raja yang merupakan Penyelia Asrama memberikan izin dengan syarat, penginapan ini hanya bersifat sementara. Kerana kami adalah pelajar tahun satu dalam bidang sarjana muda. Kebiasaan, rumah kelamin diutamakan kepada pelajar di peringat Ph.D. Setelah berbincang dengan penyelenggara asrama yang akan baiki kerosakan di bilik kami, Puan Raja kata, kami kena duduk di rumah kelamin ini lebih kurang seminggu barulah kami dapat duduk di rumah asrama kami balik.


Sepanjang duduk di rumah kelamin, banyak benda-benda pelik terjadi. Jejak je kaki masuk ke dalam bangunan rumah ini, badan aku telah rasa macam kena himpit dengan something. Like badan aku ni berlaga berlaga dengan orang. Sejak itu, aku dah mula rasa tak sedap hati.

click read more

JANGAN TAKUT NAK CLICK READ MORE.  PENULIS BLOG NI PUN PENAKUT MAHA BESAR SO DIA PUN TAK AKAN LETAK GAMBAR-GAMBAR HANTU MAHUPUN GAMBAR HANTU YANG LAWAK TENGAH MAKAN NASI.

Bantu Tambah atau Turunkan Berat Badan bersama FK Fitness


FK Fitness
Membantu anda menaikkan atau menurunkan berat


Program 5 minggu menurunkan/menaikkan berat (online)

Dalam tempoh 5 minggu anda akan menerima:

  • l Pelan senaman dan makanan yang disesuaikan bergantung kepada matlamat
  • l Pelan senaman dan makanan dikemaskini setiap minggu
  • l Tidak memerlukan diet yang ketat
  • l Respon cepat kepada soalan-soalan anda


click read more

Apa itu Tabir Suria / Sunscreen?

I olls tengok, ramai yang nak kulit cantik, kurang kedut, kurang pigmentasi, tapi ramai yang tak nak pakai sunscreen sebabnya sunscreen ni tidak memberi impak dari segi kemulusan dan pencerahan kulit dan juga teksturnya yang melekit membuatkan ramai yang tak nak pakai (memang takder lagi formulasi sunscreen yang betol-betol non greasy kecuali brand tu letak alcohol, which is I olls tak rekomen).


Akan tetapi jika you olls tak protect kulit you olls dari sinar UV, segala hasil titik peluh you olls letak treatment adalah sia-sia especially untuk pigmentasi sebabnya ia akan jadi reverse effect, you olls takkan nampak sekarang tapi after beberapa tahun kemudian sebabnya sinar UV adalah penyebab utama tanda-tanda penuaan.


I olls sendiri dulu tak suka pakai sunscreen sebab takder formulasi yang ringan dari segi tekstur then one day, I olls tengok kulit I olls berbelak especially dekat tempat yang I olls pakai spec, dari situlah I olls start pakai sunscreen dan I olls tengok pigmentasi dan bekas jerawat yang merah-merah tu sembuh dengan lebih cepat dan kedutan kurang. Dari situlah I olls perasan memang sunscreen ni penting giler, I won’t go out without it anymore. Dan contoh lain ialah mama I olls sendiri, dia pakai sunscreen lewat pd umur 40an tapi now kulit dia macam orang umur 50an walaupun dia dah 60an.



Ada dua jenis sinar UV yang you olls kena tau:


  1. UVA – penyumbang kepada kerosakan dalaman kulit yang boleh menyebabkan kedutan, kanser kulit dan pigmentasi.
  2. UVB – penyumbang kepada sunburn.


click read more

Servis Penghantaran Makanan dengan DeliveryEat.My



Hello u olls,

Sapa sini pemalaih keluar jalan-jalan lunch masa hari kerja?  SAYA!!!! Haram jadah nampaknya aku angkat tangan sorang-sorang.  Aku memang antara maknusia yang tak suka berjalan-jalan masa lunch time.  Sekali-sekali takpa,  tapi kalau hari hari NO!  Aku nanti pesan kat orang,  atau bungkus siap-siap dari rumah.  Pada hari Jumaat,  orang kerajaan kan akan pi berlunch secara jemaah di Queensbay dan kawasan meriah yang sama waktu dengannya,  tapi lain bagi akak ya,  my ULTIMATE BEST WAY untuk spend y long lunch hour adalah dengan duduk dalam bilik di office,  tutup lampu,  tutup pintu,  tutup tingkap dan apa lagi?  TULIS BLOG LAH!


Tapi kadang-kadang bila ada bajet sikit,  hang mesti teringin nak makan lunch sedap-sedap tapi hang malas nak keluar pi bungkus ataupun segan pulak nak menyusahkan kawan-kawan lain yang keluar berlunch.


Jadi apa kata kita semua jom try order lunch dengan DeliveryEat.my.  Okay ampa mai baca dulu cara-cara mudah dia macam mana.

Click read more

Kenapa Saya Tak Suka Travel Dengan Laki Saya



Hello u olls,


Jeles kadang-kadang bila tengok kawan-kawan aku dengan laki depa travel pi merata tempat.  Pi berjalan laki bini, aku tengok rasa macam jeles tengok macam pasangan kekasih akan bekerjasama untuk merancang agar perjalanan dan percutian itu jadi lebih bermakna.  Jeles! Jeles! Jeles!  Sebab aku dengan laki aku susah nak buat macam tu!


Sepanjang 6 tahun kami kawen dah aku rasa,  yang kami duk bercuti dua orang sahaja ada la boleh aku kira dengan jari.  Pertama sekali pi bercuti di Cameron Highlands dengan dia,  and secondly pergi Pulau Perhentian dengan dia dan terbaru sekali baru-baru ini kami ke Kelantan.  Dan perjalanan kedua ini,  membuatkan aku rasa macam,  AKU KENA MAI KELANTAN LAGI SEKALI sebab aku rasa banyak lagi benda aku boleh buat,  tapi tak sempat nak buat sebab aku mai dengan laki aku.


Banyak-banyak tempat lain yang aku duk pi selama ini,  kalau hangpa perasan,  aku pi dengan family aku,  tapi most of the time aku dengan anak-anak ayam dan kawan-kawan aku. Sebenarnya laki aku tak suka bercuti,  berjalan-jalan dan out door activity dan kawasan yang sama waktu dengannya.  Bukan tak suka sampai anti terus,  tapi kalau dia keluar berjalan-jalan,  cara dia tak se-adventurous macam aku.  Daripada berpanas terik,  berpeluh di tempat yang sesak dan penuh dengan orang ramai,  dia lebih suka duduk kat rumah,  lepak relaks makan-makan dan tengok TV.  Itu adalah ekspektasi percutian dan rehat yang ultimate untuk dia.

click read more

Shop Till You Drop at Wakaf Che Yeh

Jangan gelak,  tapi salah satu dress leopard print tu akak dah beli.  HAHAHAHAH

Hello u olls,


Aku bukan jenis kaki shopping sangat dan sebenarnya disebabkan aku kedekut so aku memang sekali-sekala sahaja akan shopping dan mengikut keperluan.  Jadi kalau diikutkan,  dah lama sangat aku tak bershopping secara meriah untuk meng-top-up pakaian basic yang sedia ada.  Last time aku shopping aku rasa adalah di Bandung,  beberapa tahun yang lalu.  So selepas tu,  memang aku takdak pun pi satu-satu tempat semata-mata untuk shopping u olls.


Aku bukan macam hangpa-hangpa semua yang sanggup berhabis ratusan ringgit hanya semata-mata sehelai tudung.  Yes,  sekali sekala like hari raya ka apa ka,  aku ada la beli tudung jenama kelas sikit tapi harga tudung tak pernah more than RM100 sehelai ya.  Oleh itu,  kalau hang nak cakap pasai baju Jovian Mandagie la,  Rizman Ruzaimi la,  DUCK la apa kepala butoh semua,  hangpa boleh sembang dengan orang lain,  sometimes orang mai depan muka aku dan habaq kata depa tak sabar nak beli baju RR limited edition yang akan diannounce dalam website tak lama lagi.  Sorry mak bukan macam tu,  hangpa mai story macam tu depan muka aku,  reaksi teruja dan kegembiraan yang aku berikan adalah fake dan pelasu belaka.  Sorry.  Buat apa aku nak susah payahkan diri aku beli benda yang aku tak mampu?  Hangpa mampu,  teruskanlah.


Masa kat Wakaf Che Yeh ni dengan hanya bajet RM300 aku dah boleh beli macam-macam wehs.  Blouse aku boleh dapat RM30 untuk design polos terkini,  untuk blouse yang terbelakang sikit design dia only RM10 sehelai.  Cardigan size pendek RM15 sehelai,  size labuh RM20 sehelai.  Seluar palazo lebih kurang RM20 ke atas,  kena pandai tawar.  Baju kelawar (wajib beli...ahahaha) RM10 sahaja sehelai.  T shirt untuk pakai basahan RM8 sahaja.



click read more

Wat Phothivihan, Patung Buddha Berbaring Terpanjang di Asia Tenggara


Hello u olls,


On our way back,  kami pakai Google Maps untuk navigate pemanduan kami balik ke Pulau Pinang.  Kami tak pakai Waze sebab aku ada banyak masalah dan kenangan buruk dengan Waze.  So sejak Google Maps pun boleh ada suara cakap-cakap dan habaq kita suruh korner-korner,  so aku pakai Google Maps sahaja.


Jadi on the way back,  dia navigate kami dari Kota Bharu lalu Tumpat dan terus simpang lalu tepian Sungai Golok dan tembus di Rantau Panjang dan kami terus tiba di Bukit Bunga!!  Kami jimat 30 minit worth of drive dan minyak.  Memang kami dorang syiokk wehs.  Sebab lalu jalan Machang tu memang macam sial.  Like I said,  banyak kereta pastu drivers kat Kelantan kan macam sucks sikit.


Laluan Tumpat ni lebih relaks,  pemandangan cantik dan entah macam mana kami passed by satu Wat Siam.  Aku pun kata kat laki aku "Weh,  kalau tak salah,  Wat Siam ni adalah yang terbesaq kat Malaysia ka macam mana ka?"


Laki aku tanya "Nak pi tengok dak?"


"Nakkkkkk...kalau hang tak kisah nak stop,"  pastu laki aku pun perlahankan kereta dan dia membuat pusingan U.  Aku syiok wehs.  Laki aku supporting!!!  So kami pun masuk ke perkarangan kawasan Wat Phothivihan.  Kawasan hadapan wat ini sangat luas dan kosong.  Ada sebuah gerai menjual makanan dan air kelapa.


Kami pun berjalan melihat kawasan sekeliling.  Patung Buddha yang sedang berbaring terbentang luas dan nampak jelas dari kejauhan.  Kita boleh masuk tanpa sebarang bayaran dikenakan,  kecuali kalau hang nak buat derma ikhlas.  Aku pusing keliling Patung Buddha tu,  di keliling Patung Buddha itu juga terdapat banyak patung Buddha lain dalam posisi duduk.  Pada setiap bahagian terdapat banyak lukisan dan ukiran yang melambangkan kepercayaan dalam ajaran agama Buddha.  Dari lukisan dapat lihat lukisan ini dipengaruhi oleh Siam.


Di luar bangunan utama yang menempatkan Buddha berbaring tu,  ada banyak lagi rumah-rumah berhala yang menempatkan patung-patung Buddha daripada pelbagai latar belakang lain.  Ada yang Chinese style dan Tibetan style.  Ada juga rumah-rumah berhala yang kelihatan lebih usang dan tidak begitu dijaga.


Patung Buddha berbaring yang terdapat di Wat Phothivihan adalah sepanjang 40 meter dan merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara.  Mengalahkan Patung Buddha berbaring yang terdapat di Wat Chayamangkalaram,  Jalan Burma Pulau Pinang yang hanya sepanjang 33 meter.


Okay click read more untuk tengok gambar.


Maggi Tiram Pok Weil, Bachok Kelantan


Hello u olls,


I olls mai makan sini sebab direkemen oleh Dr.  Hafizal a.k.a Dr.  Pitt.  Dari hotel kami menginap di Wakaf Che Yeh lebih kurang 30 minit drive ke sini.  Warung Maggi Tiram Pok Weil ni terletak di sebuah kampung di Bachok,  jauh dari jalan sesak-sesak.  Kita akan lalu perkampungan dengan pokok kelapa yang tinggi melangit.  Ya Allah aku suka pemandangan di sini.


Aku baca-baca di blog lain mengenai warung ini,  Pok Weil adalah seorang guru tarian dikir barat dan memelihara tiram-tiram ini sendiri.  Kerlasss!!  So hasil peliharaaan ini,  dia pun buatlah warung yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang berasaskan tiram.


Ada nasi goreng,  mee,  kotiau dan maggi goreng juga.  Tetapi yang popular adalah maggi tomyam tiramnya.  Akak juga telah mengorder telur dadar tiram sebab depa kata memang sedap.  Pastu akak juga order tiram segar yang di makan bersama sos cili,  YANG NI MEMANG AKAK PALING SUKA SEKALI.  Selalunya orang makan tiram segar dengan sedikit jus lemon dan tobasco kan?  So yang ni depa buat macam sos cili macam mana ka,  tuang atas tiram tu,  pastu hang makan la fresh.  Satu tiram RM2 sahaja.  Akak order sikit sahaja sebab takut tak habis.


Warung Pok Weil adalah comel dan bersih,  sekitar kawasan warung ini dibersihkan dan dihias dengan pokok-pokok.  Ada ruang parking khas di belakang warung,  di bawah pokok-pokok kelapa....takut juga nak parking bawah ni,  kalau buah nyok jatuh timpa atas kereta macam mana?


Tapi overall,  makan kat sini takdak la sedap mana sangat.  Untuk 5 bintang,  akak bagi 3 sahaja.  Maggi tomyam tiram adalah mengecewakan.  Kuah dia ceroi (tak pekat) dan memang tak umph.


Telur dadar tiram pulak bagi akak adalah dry dan tidak menyerlahkan rasa tiram segar itu.  Akak rasa tiram masak ommellete yang sedap adalah New World Park Penang punya fried oyster.  Nasi goreng tiram macam biasa ja.  Takdak special apa.  Cuma yang paling aku suka adalah tiram segar makan dengan cili sos tu.


Entahlah ikutlah citarasa masing-masing,  tapi bagi akak,  mungkin akak tak sepatutnya order Maggi Tiram.  Mungkin kalau order maggi goreng tiram lagi sedap kot rasa dia.  Dan sayangnya burger tiram dah takdak,  kalau ada...mungkin burger tiram tu lebih tepat dengan citarasa akak.

Okay dah,  jom tengok gambar. Click read more,

Istana Jahar, Istana Batu dan Istana Balai Besar

Istana Jahar.  Nama Istana Jahar kerana bunga-bunga jahar yang tumbuh di sekitar istana.


Hello u olls,

Sapa pernah mai Istana Jahar dan Istana Batu yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.  Ini adalah kali pertama aku masuk ke dua Istana yang merupakan peninggalan sejarah beharga untuk institusi keluarga diraja Kelantan.

Pas masuk ke kedua-dua istana ini agak murah hanya RM2 sahaja. Tidak dibenaran untuk mengambil gambar di dalam Istana (kecuali di bahagian anjung). 


Istana Jahar
Istana Jahar dibina sekitar kurun ke 19 oleh Sultan Muhammad II.  Menurut Wikipedia,  Istana yang dibuat daripada kayu ini diberi nama Istana Jahar kerana bunga-bunga jahar yang tumbuh di sekitar istana.  Aku sangat suka struktur seni bina ukiran yang terdapat di Istana Jahar,  memang lain daripada ukiran kayu yang terdapat pada motif ukiran kayu di negeri-negeri lain. Dia ada influence Siam of courselah sebab negeri Che Siti Wan Kembang ini bersempadan dengan negeri Siam dan leluhur kesultanan ini mempunyai perkaitan dengan kerajaan Siam.

Bahagian dalam Istana Jahar disempurnakan dengan lantai marmar.  Dari luar nampak Istana Jahar ni kecik ja,  tapi bila kita masuk,  memang luas juga.  Bahagian bawah bersambung dengan bahagian atas melalui dua tangga pusing yang diperbuat daripada besi.  Tangga pusing ni sangatlah lama dan aku rasa macam takut sikit masa nak naik tangga ni.  Aku rasa tangga ini diimport dari luar negara sebab motifnya nampak macam barat sikit.

Walaupun aku sangat suka dengan penjagaan rapi yang diberikan pada alat-alat kebesaran diraja,  alatan senjata,  perhiasan diraja,  gambar-gambar.  Semuanya disusun cantik dan kemas tapi bagi aku,  pihak Muzium tak buat labelling dengan baik.  Patutnya diceritakan dengan lebih terperinci tentang tangga tu,  ukiran-ukiran pada istana,  tingkap dan pintu,  apa sejarahnya?  Dibuat di mana?  

Kalau takdak label pun,  at least buatlah pamphlet agar kami boleh baca.



Istana Batu
Walaupun Istana Batu terletak hanya di belakang Istana Jahar namun rumah agam yang dibina pada tahun 1939 dibina keseluruhannya dengan batu mengikut arus kemodenan seni bina barat. Dibina oleh Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad kepada anak saudaranya Yahya Petra sebagai hadiah perkahwinan. Yahya Petra adalah datuk kepada Yang di-Pertuan Agong XV Al-Sultan of Kelantan atau juga nama sebenarnya Tengku Muhammad Faris Petra. Istana ini telah diubah suai menjadi galeri dan diberikan kepada Kerajaan Kelantan pada 1991 untuk pameran kepada orang awam.


Istana ini pun nampak kecik dari luar, tapi bila dah masuk baru boleh alami kebesaran istana ini. Kalau tak salah ada lebih kurang 6 bilik dalam Istana Batu ni,  dan setiap bilik telah disusun barang-barangan peribadi milik keluarga di raja Kelantan,  gambar-gambar dan hadiah yang diberikan oleh badan-badan kerajaan dan juga badan korporat kepada Raja untuk upacara perasmian dan sebagainya.

Sekali pandang,  nampak macam masuk rumah orang-orang kaya tahun 1980 an yang tidak terusik.  Perabut lama,  penuh dengan barangan pengumpul habuk.  Sayang sekali peralatan dan hadiah-hadiah itu tidak disusun dan dilabel dengan baik sebagai mana yang dibuat di Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.  Setiap bilik dan ruang disusun dengan baik,  ada penceritaaan dan tema tertentu yang menunjukkan minat,  hobi dan juga aktiviti yang dilakukan oleh keluarga di Raja.

Sayang sekali aku adalah jenis pelancong yang baik,  so dia tak bagi kita ambil gambar kan?  Kita pun tak amik lah gambar curi-curi.  Ada satu ciri pada sebuah pintu di dalam istana ini iaitu sebuah pintu yang pusing-pusing macam dalam cerita orang putih,  tapi pintu tu diperbuat daripada kayu.  Memang sempoi betui.  Sorry aku takdak gambar.


Istana Balai Besar
Istana Balai Besar adalah pejabat urusan pentadbiran Raja Kelantan yang sedia ada.  Kita boleh tengok pintu pagar kayu besar untuk istana ini yang terletak di sebelah Istana Jahar.  Aku bodo betui tak tau pun yang Istana Balai Besar bukanlah tempat untuk pelancong masuk dan berjalan-jalan.  Aku baru masuk sikit saja pastu ada sign tulis DILARANG MASUK.  Hahahahaha aku pun patah balik dan keluar teruih.  Nasib baik.  Kalau tak aku dah kena tembak dah.  HAHAHAHA


Okay dah habis cerita,  jom tengok gambar.

Click Read More

Teh Tarik Madu dan Sup Kepala Ikan Warung Pak Mat Pulau Pisang

Teh Tarik Madu dan Sup Kepala Ikan Warung Pak Mat Pulau Pisang

Hello u olls,


The first makanan sedap yang aku makan masa kat Kota Bharu adalah set nasi putih dengan sup ikan + daging dan teh tarik madu ais di Warung Pak Mat Pulau Pisang.  From Kota Bharu ke lokasi gerai ini,  lebih kurang 15 minit.


Warung ini terletak di sebuah astaka yang terletak di hilir Sungai Kelantan.  Ada banyak kedai-kedai lain kat sini,  tapi Warung Pak Mat ni paling meriah.


Selain terkenal dengan sup kepala ikan dan teh tarik madu,  Warung Pak Mat juga menyajikan pelbagai jenis nasi dan lauk pauk seperti ayam,  ikan dan daging yang dimasak menggunakan resepi kesukaan rakyat Kelantan.  Tapi hangpa kalau mai sini memang confirm kena try set nasi putih dengan sup ikan atau sup daging ni.



Aku teringat zaman belajar kat POLISAS dulu kalau cuti semester pernah sekali aku ikut kawan aku Maznida Mahadi balik rumah dia di Ajil,  Terengganu.  Family dia memang buat business depan rumah dengan membuka gerai makanan.  Dan makanan yang popular kat rumah depa adalah set nasi putih dengan sup daging.  Sup yang terdapat di Warung Pak Mat ni memang mengingatkan aku pada sup daging di rumah Maznida Mahadi.


Untuk set sup kepala ikan adalah RM60 dan ke atas mengikut saiz kepala ikan tu,  tetapi aku dah la mai berdua dengan laki aku sahaja dan kami dua orang mana boleh nak makan kepala ikan besar-besar,  so aku amik sup isi ikan siakap sahaja.  Isi ikan itu dipotong besar dan tebal.  Memang puas hatilah!


Satu sup ikan adalah RM25 kalau tambah daging jadi RM30,  so aku amik sup ikan + daging.  Dua nasi putih,  teh tarik madu ais dua dan ais krim teh tarik dua,  kami kena RM45.


Sup ikan ni memang special sebab,  bila hang sebut kata hang nak sup ikan+daging,  kakak kat kaunter tu akan cedok ikan +daging pastu dia akan mixed depan hang,  sup,  lada,  gula,  air asam limau....macam customized sup hang bagi special.  Bukan semata-mata amik sup dari periuk dan ceduk bubuh dalam mangkuk hang sahaja.  Aku habaq kat dia,  nak sup tu kurang pedas.  So depa kurangkanlah bubuh lada dan cili.  Tapi rasa sup tu jadi lebih pekat dan pekena dengan nasi putih memang suur wehhh.  Sambal belacan dia kau punya pedas,  so amik sikit-sikit please.


Aku juga dapat rasa ais krim Teh Tarik Madu yang dibuat khas oleh Pak Mat.  Rasa dia memang sedap.  Rasa teh pekat,  after taste dia ala-ala masin macam caramel gitu.  Pak Mat yang kebetulan duk ada kat kaunter masa aku beli ais krim ni,  dia kata aku memang pandai rasa.  Dia bagi aku satu scoop air krim free.  HAHAHA YES!! Oh yes,  Pak Mat kata dia tak pakai gula langsung.  Just madu dan susu yang dimasak.  Something like that.


Ampa mai tengok gambar-gambar yang aku share ni!

click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...